Semalam aku ke Gedangsa lagi..Patutnya dalam minggu ini Nabila akan beralih ke terapi yang baru..iaitu tolak tulang.Itu istilah yang diberi oleh Kak Raw..
Namun..aku dan abg tersalah langkah. Sepatutnya kami kena datang pada waktu pagi..iaitu sekitar jam 8 pagi..Tapi semalam kami tiba hampir jam 2 petang.Bila nampak sahaja wajah aku dan abg, Kak Raw ingin menegur kami.Mengapa kami lambat. Dek kerana dia sedang mengurut dan ibu kepada anak yang diurut tu sedang bercerita tentang bisnes..terbantut hasrat dia untuk menegur kami. Sehinggalah turn Nabila sampai..barulah Kak Raw bercerita. Pada mulanya Kak Raw kata, dia dah pesan kat aku suruh datang pagi. Sama ada aku tak dengar atau aku tak ingat, aku pun tak pasti. Aku siap bercerita lagi yang aku berehat-rehat di rumah sambil menonton TV sebelum bertolak ke Gedangsa. Abg pula 'charge' tenaga dia..Sebab malam Sabtu tu, abg langsung tak dapat tidur ditempat kerja.
Tapi ada hikmahnya kenapa kami tak buat 'tolak tulang' tu semalam.Sebab rupanya Kak Raw terlupa yang Nabila masih lagi belum buat sesi 'tolak rusuk' . Aku pun tak faham sebenarnya..yang pasti prosesnya..Nabila diletakkan di atas bola..Kak Raw pegang kaki Nabila..dan Abg pegang kedua-dua tangan Nabila.Abg akan kira 1,2,3 dan mereka berdua sentap secara serentak tangan dan kaki Nabila.Memang agak mengerikan.Abg sendiri takut nak lakukan sebab takut tangan Nabila patah atau terkehel.Emm..aku hanya memandang dan berharap segala usaha ini akan berhasil.
Kak Raw berkata lagi, proses ini mungkin meletihkan Nabila, dan Kak Raw berpesan balutan dikepala boleh dibuka dengan cepat.Sebab khuatiri Nabila letih.
Dan dalam kereta..sepanjang perjalanan, Nabila menangis.Tidak seperti minggu-minggu sebelumnya..Nabila nampak ok. Tapi semalam Nabila menunjukkan 'taringnya'. Tak mengapa..sebab bagi aku semua ini perkara biasa..malah aku pernah 'handle' Nabila dengan keadaan yang lebih teruk lagi berbanding semalam.
Apapun, niat penting dalam melakukan segala rawatan. Bak kata Kak Raw semalam..jangan hanya berharap Nabila boleh berjalan.Pastikan niat kita itu betul.Pastikan Nabila boleh buat lebih dari berjalan.Mahukan dia boleh mengurus diri, ke sekolah, dapat belajar di Universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Dan sekiranya ada jodoh, berkahwin dengan lelaki yang baik.Itu yang sepatutnya. Dapat atau tidak segalanya yang kita impikan hanya Allah s.w.t sahaja yang tentukan. Jika tidak berjaya..Redha dengan apa yang telah ditentukan.Segalanya ada hikmah dengan apa yang berlaku pada kami.Sebab selama ini aku tidak berharap apa-apa.Aku takut kecewa. Ibu mana yang tak mahu anak berjaya. Dek kerana termakan kata-kata doktor..yang sering berkata Nabila susah untuk pulih, jadi aku hanya berharap dia boleh berjalan.Aku perlu tukar 'mentaliti' ini. Ya..Aku, Abg dan Nabila mesti boleh.. Amin..
1 comment:
assalamualikum..bleh nana tanya?? pusat rawatan gedangsa nie kat ner ya?? tq
Post a Comment