Comel tak kakak Nano..hehe..chubby cam Abg Rayyan jugak. Nano ada cakap ngan aku..dia tak nak main dengan budak-budak sebaya dengan dia sebab budak-budak tu buli dia..tinggalkan dia. Nano ni lembut tau orangnya..hehe...tengok la siap peluk si Nabila masa nak amik gambar.Plak tu..siap ikut aku ke dapur klu nak mandikan Nabila..pastu siap tolong aku nak siapkan Nabila..kira boleh harap la budak ni..hehe..
.
Ni pulak kisah Nabila pegang kaki.. Aku sebenarnya teringin sangat nak tengok Nabila pegang kaki..ni ada gambar dia..jap yek
Kalau nak diikutkan, bukan setakat kaki je boleh dipegang..malah lebih dari itu. Cuma aku nak sedapkan hati..dan teringin untuk lihat Nabila memegang kakinya sendiri..Aku pun cuba la letakkan tangan dia di kaki dia..Hurmm..ada la dalam 10 saat dia pegang kaki dia..Dan sempat aku standby camera sebelah aku.hehe.. Mungkin ada yang tertanya..apa perkembangan Nabila ini sebenarnya.. Nabila masih lagi belum untuk memegang kaki sendiri. Sungguh..aku sendiri semakin risau sebab Nabila sudahpun menjangkau usia 15 bulan. Masih belum menampakkan dirinya yang mahu untuk memusingkan badannya dan memegang mainan.
Aku sebenarnya 'down' hari Rabu lepas. Aku terasa seperti aku lambat untuk berikan Nabila latihan atau terapi yang aku buat sendiri di rumah. Entah kenapa..sejak seminggu lepas..aku memang terasa penat sangat. Pulang dari pejabat..aku terus kejarkan Nabila..Mandikan, dan membawa Nabila bermain di luar. Dan malamnya, aku memberi makan, dan terus melayan Nabila. Dan ketika lakukan terapi mata, aku sendiri tertidur. Dek kerana bilik yang sengaja digelapkan untuk Nabila menampakkan cahaya dari mainannya. Sedar-sedar, Nabila sudah menendang-nendang aku, seolah-olah mengajak aku bermain dengannya. Sudahnya terapi entah ke mana..aku entah kemana. Kasihan Nabila..
Dan splintnya pula, aku dah 3 hari tak pakaikan ke kaki Nabila. Terlupa. Sebab terlalu mengantuk.Aduhai anakku..ibu minta maaf. Sebab tidak menunaikan tanggungjwab ibu untuk mu anakku.
Tak patutnya rasanya berterusan begini. Entahlah..agaknya aku perlu bercuti untuk berehat.. !
11 comments:
takpa.. pasni ambik cuti kejap!!
cabaran utk ina..klu ena cko ena penat rasanya tak terbanding ngan penat ina menjaga nabila kan..terasa kerdil sgt diri ena nie
ermm.. sabar. la.. kadang2 lina pun terabai kat fia. bl dikenang2 nyesal pulak.. iksk.. lumrah manusia.. hehehehehe
MamaQaypo : harap2nya la..ina sayang nak amik cuti sebenarnya..pasal nak carry forward cuti tahun depan tuh banyak sket..hehehe..
zh-ena : hurmm..ala..sama je ena..nama pun jaga budak kan..cam ena pun kena gak main2 ngan dia..ransang dia..jadik budak cerdik..betul tak..sama la cam ina..semua tu niat nak ransang dan ajar..cuma teknik je lain..hehehe..
Mummy fia ; tu ah..bila ter'skip' sehari untuk terapi dia..rasa bersalah je..tapi tu ah..tak leh nak lawan badan yang penat nih..tu tak kira klu ina ulang alik rawang..klu balik rawang tiap2 hari..mau lembik badan nih..huhu
kita insan biasa.Kadang-kala kalau dah penat tu memang tak ingat lain. Tak pe nanti Ina cover balik terapi nabila tu...Comel nabila pegang kaki
Kakak Annur kadang2 kami panggil Nano...
Saya pernah mengalami seperti anda.... badan terlalu penat.. kerana rutin (sama seperti rutin anda) Akhirnya saya dan suami ambil keputusan tidak mahu paksa diri. Ingat anak kita perlukan kita, kalau kita sakit payah... yang penting kita semua sihat. Buat yang mana terdaya.
ibuayu : tu ah..harap2 boleh cover kan..masa tu emas..rasa rugi sangat2 klu tinggalkan sehari trak buat terapi dia..huhu..Tapi mmg betul..comel kan dia pegang kaki..ahakss..puji anak sendiri :0
Mama A&A : yeke..hehe..leh la panggil kakak Annur Nano pasni.. :)
Betul kak..Bukan apa..jeles tgk anak org lain..dapat perhatian lebih sebab mak tak keje..dok kat umah..Nabila pulak..harapkan sabtu dan ahad je..betul cakap akak..tak guna nak paksa diri kan..huhu..
xpe..buat slowû ya la.. kadang kiter x terkejar nak buat sumer menda... Nabila in good progress... dah leh pegang kaki ya... bagus... comei tul...
Post a Comment