Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 July 2009

Walker...

Walker..benda yang sudah lama aku fikirkan untuk Nabila guna sekarang ini. Mungkin ada yang pendapat walker ini baik untuk anak-anak..Mudah untuk mereka belajar berjalan. Mudah bagi orang lain menggunakannya untuk anak mereka..tapi tidak bagi aku.Kenapa aku berkata demikian?

Aku sedia maklum..untuk kanak-kanak seperti Nabila, tak sesuai untuk meletakkannya di dalam walker. Kerana keadaan kaki yang sentiasa menjengkit..maka walker tidak sama sekali sesuai untuk anak-anak ini.Kaki dan tapaknya yang sentiasa menjengkit akan menyukarkan lagi proses pembentukan kaki dan proses untuk dia berjalan kelak.

Dan kelmarin, aku suarakan pendapat aku pada Puan Suhana ketika aku dan Nabila ke sesi fisioterapinya. Puan Suhana mulanya memang tidak menggalakkan aku meletakkan Nabila di dalam walker..Jika aku mahu letakkan Nabila dalam walker juga..Syaratnya aku mesti memakaikan splint pada kaki Nabila.

Dan petang tadi, aku cuba ikut apa yang Puan Suhana katakan. Pakaikan splint pada kaki Nabila dan masukkan ke dalam walker. Reaksinya : Nabila diam...dan cuba merasai duduk di dalamnya..Tak lama..ada la dalam 10 minit..Nabila mula merengek. Tak suka. Diletakkan mainan dan cuba bawa berjalan pun Nabila masih menangis. Bukan sebab sakit kaki memakai splint..tetapi rimas barangkali duduk di dalam walker. Aku fikir mungkin Nabila nak tidur, jadi aku bawa Nabila masuk ke dalam rumah .

Malam: Aku cuba lagi untuk melihat sendiri sama ada Nabila suka atau tidak.Mungkin tadi sebab mengantuk..maka dia pun macam dah takde mood untuk main. Malangnya..Nabila masih jugak menangis bila di letakkan di dalam walker. Dan kesimpulannya, aku rasa memang tak patutlah aku letakkan dia di dalam walker. Dan dia pun seakan faham dan mengerti jika dia menggunakan walker..pembentukan kaki nya juga tidak sempurna.

Mak aku mula bising. Katanya beli sahaja walker yang baru. Yang ringan untuk Nabila. Mudahkan dia untuk bergerak. Walker yang sekarang ini adalah pemberian makcik Abg..dulu cucunya, Sarah , pakai walker tu. Tapi disebabkan Sarah pun takde adik lagi, jadi walker itu dah jadi milik Nabila sekarang. Dan aku mula pening-pening lalat. Nak beli baru atau tidak.

Terasa rugi jika aku beli, jika Nabila tak nak guna. Baik aku gunakan duit untuk beli barang Nabila atau belikan yang ini..


Sebab Nabila masih lagi menggunakan 'rocker' nya untuk makan.


Apa pendapat kawan-kawan?Susahnya nak buat pilihan.



Menangis bagai di dera..huhu..



Seronok lagi berada di dalam ini..Buai..melayan perasaan..huhu..

p/s : Alhamdulillah..berkat doa kawan-kawan semua.. Nabila dah kembali sihat dari demam. Cuma tinggal selsema sahaja yag masih degil untuk meninggalkan Nabila..

11 comments:

ibuayu said...

Tak tahu anak yang lain tapi si faiz ni pun tak suka duduk dalam walker.kalau ibuayu masukkan mesti menangis macam nak rak..

Cian tengok muka cebek nabila kena dera.babab ibu dia

miemiey said...

salam...ciannya nabila demam..memang musim demam ni auntie pon baru sembuh demam..for ina ,saya tgk walker tu masih elok..cuma nabila tak selesa lgi ngn walker tu..nti time mood nabila elok try lgi..x pun mmg doc tak sarankan ddk dlm walker jadi mgkn tak perlu kot.ok jugk ina blikn kerusi tuk mkn..sekurg2nya nabila selesa nk mkn...

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Kalau intan nye pndapat la.Tak pyh la ina beli bru.Walker tu tetap sma je,wlau brlainan jnis.Ksian nabila,mayb dia tak selesa duk dlm tu.Membazir jek kalau ina beli lg.Duit tu boleh ina gune utk belikn brg nabila yg lain.Tul tak?Wah,dh baik demam ye syg.Alhamdulilah.Moga slesma pun cpt sembuh ye.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sian tgk Nabila dia nk guna walker x leh la ek...

ummuabdullahsyaakir said...

Salam ina,harp ina dan family sht2 selalu.

Akk rsa ina ikut mna yg Nabila selesa,klu walker tu Nabila tak selesa..ina jgn beli..tu pun blh pngaruh mood n perasaan dia juga.

Sue.Aleen said...

Ina, Syafiah pegi terapi ari ni. Hehehe.. kalo semalam ada possibility untuk jumpa kan....

Akak pernah jumpa pesakit hydrocephalus (sah la CP jugak) yang mak dia pakaikan walker masa kecik. Tak pergi terapi pun, tapi mak dia wat sendiri kat rumah. Pakai walker + selalu kenakan kaki dia dengan embun. Alhamdulillah dia boleh berjalan pada usia 2 tahun. Sekang ni usia dia dah 23 tahun. Berjalan dan menjalani kehidupan seperti insan yang normal. Bertutur pun dengan baik sekali.

Memang biasa budak CP akan jalan menjengkit sket. Tapi memang kena selalu get used to it.

Yasmin Nabilah.. said...

ibuayu : yeke..hurmm..leh geng ngan Nabila lah nih.hehe..tak suka walker.huhu..dah kena babap dah pun ibuayu..mak bising mcm bertih goreng..marahkan ina..huhu

miemiey : betul la..baik beli kerusi makan kan..hurm..ina malas nak pakse2 dia..sian pulak kan..yelah..mungkin tu je yang terdaya dia buat..hurmm..tapi ina akan cuba lagi..mungkin mula2 kan..klu tak leh gak..tak yanh naik la kot..huhu

Yasmin Nabilah.. said...

intan : tu ah..cam tak selesa pun ada.huhu..tak tau lah Intan..Budak2 special cam Nabila nih..mmg kerenah dia boleh tahan gak..cerewet bukan main lagi..huhu..Mak ina kata..dia nak mahal2 je..klu org2 bagi ni dia tak moh..yang buai tu..mmg la sedap..harga pun sedap gak..hehe..

zura@iwan :huhu..tu ah auntie zura..nak wat camner..klu bidak lain..pantang letak..abis satu rumah dikerjakannnya..heheh..

Yasmin Nabilah.. said...

ummuabdullahsyaakir :b etul2..pengaruhi sesangat..bad mood jerk..mulut tuh muncung mcm leh ikat..hehe..

Kak Sue : betul kak..ina nih pun satu..baru guna kejap..rasa cam dah give up..tapi sian tgk dia nangis2..huhu..mungkin dia rasa takut kot..

Klu betul apa yang akak cerita tuh..harap2 benda yang baik tu jadik la kat Nabila..jalan..dan boleh berdikari kan.. :)

Kem salam peluk cium untuk Syafiah yek..harap2 dapat la jumpe kan.hehe..

DaKoSue said...

tak pe pelan2 kayuh ajar pelan2 may b mood ngah x baiek n tak terpikat lg kat walker tuh budak2 mmg cam tu...my doughter pun pakai walker lbh kurg cam tu bukan berat jd alasan ianya ttp beroda kdg2 my doughter pon x mau duk dlm tuh...tp time dia ade mood dia suka sgt2...usaha lift kejayaan...

Yasmin Nabilah.. said...

DakoSue: hurmm.tul lah..agaknya terkujat kot..hehe..lagipun nabila nih manja sket..nak berpeluk je..huhu..hurmm..takpe..nanti cuba lagi..thanks yek..!