Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 July 2009

Melawat kawan di hospital & ke One Utama


Assalamualaikum..Ahad lepas..tiada apa yang kami berdua lakukan di rumah. Hanya menunggu ayah Nabila pulang dari kerja dan kami bersiap-siap untuk pulang ke Gombak.

Jam 1 tengahari, aku mendapat sms dari kawan baik aku, Su. Katanya dia dah bersalin. Eh..bila? Kat mana? Sihat ke dia? Terkejut sebab mengikut perkiraan dan firasat aku, masanya belum tiba lagi. Mungkin baby dia dah tak sabar untuk keluar barangkali. Dan lebih mengejutkan, Su bersalin di Hospital Sg. Buloh. Bukan di Klang atau HKL. Kerana Su bekerja di HKL dan tingal di Klang.

Rupanya, air ketuban Su pecah ketika dia melawat saudaranya di Sg. Buloh. Dan terus bergegas ke hospital. Dan terus bersalin di situ. Katanya, suasana persekitaran di hospital itu tidak menyeronokkan. Entah lah.. Lain orang lain pendapatnya. Aku punya pengalaman yang berbeza ketika melahirkan Nabila di situ. Segalanya baik, walaupun nasib tidak menyebelahi aku. Aku tahu doktor disitu telah cuba sedaya upaya meneyelamatkan Nabila dan aku. Malah jururawat di situ tidak marah pada aku. Semuanya baik-baik belaka. Seperti yang aku katakan tadi, ikut pada nasib juga..

Dan petang, jam 6, aku bertolak dari Bukit Sentosa dengan menaiki kereta aku, manakala abg pula, membawa keretanya. Kerana aku akan terus sahaja pulang ke Gombak bersama Nabila, dan Abg pula akan pulang ke Bukit Sentosa. Setibanya di hospital, aku dan Nabila tak dibenarkan masuk. Sebab kes H1N1. Aku sememangnya tidak tahu peraturan baru itu. Patutlah aku lihat ramai kanak-kanak bawah 12 tahun, berkeliaran di sekitar lobi hospital.

Abg terus mengambil Nabila dari aku dan menyuruh aku naik ke wad sendirian. Aku pun naik ke wad 6C. Teringat kenangan aku tatkala melintas dihadapan pintu masuk ke NICU. Di situ lah segala-galanya bermula. Segala kisah Aku, Abg dan Nabila.

Aku menuju ke wad 6C. Di wad ini juga aku ditempatkan ketika aku bersalin dahulu. Segala kenangan bagai " di rewind " semula. Aku masih ingat lagi aku ke bilik memerah susu. Di situ lah aku memerah susu untuk diberikan pada Nabila. Sayu rasa hati. Namun Su bukan la di katil yang sama dengan aku dulu. Jika sama, mungkin aku akan menangis bila mengenangkan katil yang banyak meninggalkan sejarah untuk aku.

Tak banyak yang dapat aku bualkan dengan Su. Su masih lagi kelihatan letih, namun melihatkan anaknya, aku terasa seperti segala kenangan bersama Nabila menjelma semula. Aku agak kekok memegang anaknya walaupun beratnya hanya 2.4kg sahaja. Aku berkata dengan Su, aku dapat memegang Nabila pun bila Nabila sudah berusia seminggu. Sedihnya. Tapi aku bersyukur, segalanya selamat. Su dan bayi yang masih belum diberi nama itu, selamat dan menunggu masa untuk keluar dari hospital.

Sesudah itu, Aku turun semula ke bawah. Nasib baik Nabila tak meragam. Dan aku mencadangkan pada Abg untuk singgah makan di mana-mana. Mulanya kami sendiri tak tahu hendak kemana kerana masing-masing membawa kereta. Sudahnya, abg membuat keputusan untuk meninggalkan kereta aku di hospital, dan aku serta Nabila naik kereta abg. Kami terus menuju ke OU.

Setibanya di sana, aku terlupa untuk membawa pakaian yang sesuai untuk Nabila. Kerana aku memakaikannya skirt. Kurang sesuai untuk keadaan yang sejuk dan ayahnya terus mengajak aku dan Nabila ke Jusco. Beli baju baru. hehe..seronoknya. Raya ni tak payah la beli baju lagi yek Nabila..Tiap2 kali keluar mesti beli baju. Hehehe..Sampai dah tak muat almari kat rumah mak tu.

Dan kami makan, sesudah itu, abg menghantar aku semula ke hospital. Aku dan Nabila pulang ke Gombak. Nabila memang suka berjalan. Kasihan dia, walaupun dia masih tak mengerti, tapi bila aku siap-siapkan dia untuk keluar berjalan-jalan, dia pasti akan tersenyum meleret. Seakan faham apa rutin dia setiap minggu. Bagi aku, inilah peluang aku untuk bawa dia berjalan. Andai di izinkan Allah, aku ingin sekali melihat Nabila berjalan sendiri sambil tangannya dipimpin oleh aku.Bila kah aku akan dapat rasa itu semua? Aku perlu usaha lebih keras lagi. Insyaallah...

11 comments:

Jiey^Mien said...

Comelnya Nabila senyum.. =)

Sue.Aleen said...

hari Ahad lepas kami pun lawat kawan. kawan Syafiah to be exact. walo pun berlainan bangsa tapi kami pergi sebab rasa connected dengan mereka

Naura said...

ala..ala..cutenya nabila senyum..manis sangat..

zh-ena said...

pengalaman ena pun baik sajer di hosp sg.buloh

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey : hehe..awek sapa la nih..Senyuman khas untuk Ian..

suealeen : ha, tuah..ina nak tanya akak aritu..pasal dah baca entry yang akak kata gi lawat kawan syafiah tu..nak tulis tapi tak tertulis la plak..hurmm..Nabila pulak, tak jumpa kawan2 yang katil sebelah dgn dia..teringin gak nak jumpa ada sorang akak tu, dulu dok sebelah katil ngan Ina. Anakdia premature..

naurah : hehe..klu Naurah nak tau, mlm tu dia mmg senyum memanjang. Suka sangat bila dibawak berjalan. Tu pikir nak balik tu tak sampai ati. Sebab sian kat dia, baru nak enjoy2..dah kena balik..huhu..

zh-ena : tu ah..ina dah dgr 2 org komplen pasal hospital tuh. mungkin pengalaman berbeza kot...

Rofaizal Jaafar said...

salam buat yong dan semua.. blog ni bnyk mengajar saya tentang kasihsayang utk anak2 kita.. lupa nk kenal kan diri.. saya ayah muhd irfan yg ada dikenalkan dulu.. ibu irfan tak berapa reti nk bukak blog2 ni.. tu pasai ayahnyer yg terlibat kena buat blog ni.. hehe kami ni buta it sikit.. maaf la kalu ada yg tak betoi tu.. yong org ipoh yee.. singgah la umah kami kat tapah ni.. boleh jumpa si nabila demuk tu.. boleh sembang2 pasai anak2 istimewa kita ni..

Yasmin Nabilah.. said...

Faizal : salam perkenalan..tinggal kat tapah ke..family saya pun banyak ada kat sana..sebelah ayah saya..Insyaallah..jika tiada adaapa aral..kita boleh berjumpa sekeluarga :) nanti cerita lah tentang anak-anak..Saya dulu pun tak pandai jugak..tapi nak share pengalaman dan cari kengkawan yang senasib dengan Nabila,kena redah je lah..hehe..betul tak betul belakang kira..hehe..

Rofaizal Jaafar said...

Org tapah jugak ye.. kt area mana tu? ibu irfan mmg pure org tapah.. tah2 kenai.. mana la tau kan..

Yasmin Nabilah.. said...

Sg. Lampam..Bukan tapah la..kira dah masuk Teluk Intan..ada makcik dok kat situ. Atuk pulak dok kat felcra Redang Punggur..

zali azali said...

ermmm...citer pasal hospital sg buluh...betul la..ikut luck kots..dulu masa dok kat sana 1 malam dia orang layan baik baik jer...

Nurhayati Mohd Nasir said...

Hurm kanak2 yg nk mlawt ibu bsalin pn xdbnarkn ka? Huhu