Kelmarin aku berbual dengan Kak Aini di dalam YM..Ibu kepada Irdina..Siapa Irdina?Irdina sangat-sangat istimewa buat Kak Aini. Kenapa? Tak perlulah aku ceritakan.Cukup sekadar yang Irdina dan Nabila punya masalah yang sama.
Aku mengenali Kak Aini sejak Kak Aini memberi email kepadaku. Katanya dia salah seorang silent reader blog Yasmin Nabilah. Apa yang membuatkan aku menerima Kak Aini sebagai sahabat adalah kerna nasib anak kami yang sama..iaitu masalah mata. Semua sedia maklum..Nabila ada masalah dari segi penglihatan. Aku masih belum dapat memastikan yang Nabila nampak atau tidak segala keindahan ciptaan Allah di dunia ini. Dan pada Kak Aini lah aku meluah rasa dan merujuk segala perkara yang berkaitan dengan mata Nabila.
Aku cuba untuk berikan stimulasi..berikan cahaya dan mainan..Dan Nabila masih lagi dengan caranya..memandang tanpa sebarang fokus. Sebab apa aku berkata begitu? Sebab aku dapat lihat matanya yang kurang memandang wajah aku. Menatap tidak lama..hanya sesaat dua sahaja. Sedih kerna anak sendiri masih belum dapat melihat wajah ibunya walaupun sudah menginjak ke usia 1 tahun. Bertanya dengan pakar mata, seolah-olah masih lagi menjadi tanda tanya. Mereka juga masih tidak memastikan yang Nabila nampak atau tidak.Semua bergantung pada saraf mata pada otaknya.
Mungkin Nabila nampak..cuma otak tidak dapat menganalisa apa yang telah dia nampak. Sedih tatkala, Nabila lebih cenderung menggunakan deria pendengaran untuk mengenalpasti siapa yang memanggilnya. Namun aku bersyukur, Allah masih lagi menyimpan satu lagi harta untuk Nabila meneruskan kehidupan iaitu mendengar dan pertuturan.
Sejak akhir-akhir ini, Nabila semakin kerap bercakap.Walaupun aku tak memahami sebutir pun, namun aku bersyukur, Nabila masih punya kemahuan untuk bercakap. Tapi aku dapat rasa, masih terlalu awal untuk aku berkata Nabila boleh bercakap. Masa akan menentukan..dan doaku untuk Nabila..biarlah perkara baik ini berterusan dan menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.
Wahai mata, berikanlah peluang untuk anak aku melihat segala keindahan ciptaan Allah. Berilah peluang untuk Nabila melihat wajah ibu yang telah melahirkannya dan wajah ayah yang sentiasa berada di hati,walaupun jauh di matanya. Berikan peluang untuk anakku merasai kenikmatan mempunyai sepasang mata yang cantik dan dapat berfungsi baik..Amin..
p/s : Sedih bila ada orang kata anak-anak yang gagal fungsi matanya adalah kanak-kanak buta. Aduhai..aku tak sanggup menggunakan perkataan itu. Berilah peluang pada Nabila dan Irdina untuk meneruskan kehidupan.
12 comments:
sama je geng dengan Syafiah tu. mata dia tak fokus. tak reti nak analisa apa yang ada di depan mata. kena dekatkan sket muka kita dengan mata dia, baru dia fokus dan cuba untuk gelak.
terapi mata pakai torchlight pun mungkin ambil masa. sabarlah. insyaAllah kalo kita yakin pada dia, dia akan berjaya jugak. jangan paksa dia dan expect tinggi. kita hanya boleh mengharap. sampai masanya nanti dia pasti boleh melihat jua... you'll never walked alone ok...
nabila good gurl..
auntie yana doakan semoga nabila akan sembuh matanya insyaallah..
hargai mata kita...
Kak ina tabahkan hati ye.Insyaallah nabila dan irdina akan dpt melihat dgn sempurna atas izin dan kuasa dari Allah Taala.Amin Ya Rabbal Al-amin...
tabahkan hati dalam menghadapi dugaan Allah.
Sama-sama berdoa agar Nabila dan Irdina dapat meneruskan kehidupan bersama insan2 yang menyayanginya. :)
Kak Sue : Insyaallah..berkat doa akak..nabila harap2nya boleh nampak nanti..Betul..kita jangan expect tinggi sangat..nanti takut kecewa..Thanks kak.. :)
Yanadzul : Amin..thnaks Yana..mudah-mudahan kan.. :)
shinawawa : betul..mata ni hanya untuk tgk perkara yang baik2 aja.. :)
Intan : Amin..Thanks Intan..matalah indera paling penting sekali..
azrina : Amin.. Harap hati ini sentiasa tabah dan redha apa yang telah berlaku..Thanks azrina..harap2nya Nabila dan Irdina dapat teruskan kehidupan..Amin..
salam..tabahkan hati ina dlm menghadapi apa jua dugaan dari allah..setiap kekurangan pada ank ina pasti ada kelebihannya yg kita sendiri tak thu atau mgkin takde bgi ank2 biasa..mimi doakan suatu hari nanti agar nabila dpt melihat dgn lebih baik..mgkn terlalu awl lgi bg nabila...mimi turut sedih jika ditempt ina dan tak pasti adakah mimi akn setabah ina.bagi mimi, ina adalah ibu yg amt prihatin n tabah..siapa tahu suatu hari nanti keajaibab akn berlaku setelah pelbagai dugaan yg DIA bg pada ina..doa seorg ibu adalah yg terbaik..
Miemiey : salam..terima kasih atas sokongan dan doa miemiey..Insyaallah..berkat doa semua..mungkin Nabila boleh lihat dengan baik nanti. Jika Miemiey di tempat ina pun..mesti miemiey akan buat sama apa yang ina buat..berkorban segalanya untuk anak.. :) Harap2nya ada keajaiban akan berlaku kan? Amin..
Assalamualaikum Ina
Terima kasih tulis entry ini. Membacanya seperti membaca kisah dan perasaan saya dan Muja suatu masa dulu. Sudah lima tahun masih belum melihat dan mendengar. Alhamdulillah setelah lima tahun kegelisahan dan keresahan terhadap apa yang Muja tidak boleh lakukan hilang begitu saja. Saya pasrah... Namun jalan ini tidak mudah, penuh ranjau dan duri... Semoga Ina tabah dan sabar.
Salam peluk cium buat Nabila dan Irdina
lightnur
salam tuan rumah....
sekadar beri pandangan...
cubalah bertanye dengan pakar permata hijrah...
manalah tau ada antara ubat2an mereka yg boleh membantu...
samala.... kitapun gelisah,resah,pilu...qasehpun xde pe2 respon..asik lari2 je matanya..x fokus pong...
lightnur : salam kak..kalau bleh nak pinjam kekuatan akak.kdg2 rasa tak tertanggung bila hati ni tersayat lihat Nabila cuba nak lakukan tapi tak terdaya.sedih tapi biladifikirkan alau Nabila tahu ina sedih, pasti dia pun akan sedih juga..
Anonymous : yeke..ada website ke?leh gak klu nak cuba..mana tau berkesan ke.. :)terima kasih yek..
Qasehaina : Ada cuba buat apa2 tak untuk terapi dia?nak share gak..mana tau buat kat Nbaila ok ker.. :)
Post a Comment