Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

10 July 2009

Bermain perasaan..!

Assalamualaikum..main perasaan..? Apa tuh? Nabila sudah pandai bermain perasaan dengan aku. Dengan semua orang. Mungkin pelik bagi sesiapa yang membaca, tapi itulah Nabila. Microcephaly dan kerosakan otak yang Nabila alami buat aku kagum dengan apa yang dia lakukan sekarang ini.Sama seperti budak normal.Dia boleh mengeluarkan perasaannya..seperti marah,gembira,ketawa,sedih dan sebagainya. Aku pernah berjumpa dengan seorang anak ini. Kanak-kanak itu tidak mempunyai deria rasa dan perasaan seperti Nabila.Ini bermaksud..jika sakit atau gembira..anak itu hanya mendiamkan diri sahaja.Kasihan. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai segala perasaan Nabila. Segala sedih dan tawanya jadi ubat buat aku.

Kalau aku cerita tentang kebolehan Nabila ketika ini bila umur dia sudah menginjak ke 15 bulan..Memang banyak yang aku nampak perubahan dia. Namun itu tidak membuatkan aku boleh bersenang lenang dan bergoyang kaki tanpa buat apa pun. Seperti tadi (malam jumaat), aku melakukan sesi terapi lagi dengan Nabila.Walaupun tak sehebat dan sebanyak mana yang boleh dilakukan, aku cuba juga. Aku tak nak menyesal dikemudian hari, dek kerana tak melakukan apa-apa bila aku berada disampingnya.Sudahlah diwaktu siang aku bekerja. Malam pula, nak tak nak, aku perlu juga menghabiskan masa bersama Nabila.Sebab ini sahaja masa yang aku ada.

Tadi sesi terapi yang aku buat sendiri..Tak mengikut sequence pun..sebab aku buat atas mood Nabila juga.Aku tak suka memaksa dia.Sebab bila menangis, pasti tiada apa yang aku dan Nabila akan dapat nanti.Hasilnya pasti mengecewakan. Dan, mula terapi..Nabila seakan enjoy..dia sekarang memang suka aku dudukkan dia dan tangannya cuba belajar untuk menyokong badan. 2 hari ini, aku dapat rasakan Nabila cuba untuk lakukan.Alhamdulillah Nabila seronok dan suka bila aku lakukan begitu berkali-kali.Dan mulutnya mulai bising. "huwaaaa...aaaaaa...buuuuuu..ooooooo" . Tu antara perkataan yang sering keluar dari mulut Nabila.Mak kata Nabila mcm nak bercakap.Tapi bunyi macam mengeluh. Mungkin penat barangkali. Yelah..tenaga dia memang terhad.

Dan bila penat sangat Nabila akan merengek..rengek dia bagai sengaja dibuat-buat. Aku sengaja membiarkan dan berkata " Nabila saje yek..tak yah tipu ibu..ibu dah tau taktik Nabila"..hurmmm.. aku cakap begitu macamlah Nabila tu dah besar..hehe..

Bila kehendaknya dipenuhi..Dia akan memandang ke atas, kearah muka aku..kemudian senyum-senyum.Alahai anakku..Napa dibuat muka comel itu..?!

Walaupun apa yang aku ceritakan tak sehebat mana tentang kebolehan Nabila..Tapi bagi aku itu dah cukup buat aku gembira dan bangga sangat dengan seorang anak yang bernama YASMIN NABILAH. Biarpun Nabila begitu, aku tahu ramai yang sayang padanya. Bak kata jiran aku tadi bila melihat gambar Nabila di skrin laptop ini.."NABILA MEMANG NAMPAK MACAM BUDAK NORMAL." Bagi aku normal atau tidak, semuanya tak penting..yang penting aku perlu usaha untuk berikan apa sahaja untuk memulihkan dia. Ya Allah..Kau perkenankanlah hajat hambamu yang kerdil ini.Ku pohon padamu,berikanlah sedikit sinar cahaya buat anak ini.Berikan ketabahan dan kekuatan untuk aku berusaha demi anak ini..AMIN..

.

p/s : tadi mak aku berkata..teringat masa Nabila masa kecil-kecil dulu..dengan kuat menangis nyer..dengan ragamnya..dan macam tak sangka Nabila dah besar..Besar di tangan dia..Dan sekarang Nabila dah tak banyak ragam lagi..Alhamdulillah..

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah dah byk progress nAbila.. suka untie dengar... at least dia boleh buat ibu dia tersenyum melihat gelagat dia... gembira baca bila tgk nabila buat muka comei ngan ibu dia... nak bermanja la tuh...

Eta LaZiM said...

Nabilah mmg COLOURFUL kan ? Ok lah tu... at least dia tak KAKU jer...

InsyaAllah.. kalau kita POSITIF, she will grow up dlm ruang yg Positif..

BEST OF LUCK yer Noina!!

Yasmin Nabilah.. said...

As : betui2x..Kdg2 kan masa kat opis..ina ketawa sorang2 bila teringat telatah dia..pastu asyik belek hp jer..tgk video Nabila..hehe..

Mamaqaypo : ni berkat doa akak..dan org lain gak..Alhamdulillah..ina takut sgt klu2 dia kaku..huhu..Thanks kak..