Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

11 July 2010

Bergembira selagi ada...

Benar kata orang..Hargai setiap masa bersama orang tersayang. Hargailah selagi nyawa dikandung badan....

Aku dan Abg sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat Nabila. Walaupun hidup serba kekurangan..tapi kami gembira. Nabila hanyalah satu-satu cahayamata yang kami ada..dan kami sanggup buat apa saja deminya. HATTA NYAWA DITUKAR GANTI..

Benar..andai nyawaku ini boleh menyembuhkannya..aku sanggup. Andai nyawa ini boleh memberikan kebahagian ini..aku redha. Semua demi Nabila.

Dikala ku sedih..aku tahu..ramai juga yang sedih dengan kehidupan masing-masing. Hidup tidak selalunya indah. Bak kata rakan sepejabatku..Hidup ini kadangkala di atas..kadangkala di bawah..

Ku mengharapkan segala usaha ini akan membuahkan hasil. Aku tahu kami sedang diuji..dan Ujian ini jugalah yang menentukan aku berjaya atau tidak dalam menjaga Nabila. Walaupun lambat..akan aku usahakan juga. Tidak mahu berpeluk tubuh dan hanya meratapi nasib ini.

Jumaat lepas..Nabila, Alisya dan Aiman..ke Pusat Rawatan Syifa' Al Hidayah. Untuk pertama kalinya setelah temujanji yang kami buat hampir 3 bulan yang lalu. Namun..sewaktu tiba di situ..hatiku tersentuh. Teringatkan arwah Alanna. Saat kami bersama-sama mengambil nombor giliran kami. Untuk pertama kalinya arwah menaiki kereta aku. Kebetulan Abg kerja ketika itu..jadi Syarul mengambil alih tugas membawa kami semua ke situ. Masih ku ingat arwah ketika itu. Kesian kerana kepanasan menunggu aku di dalam kereta. Sempat juga arwah naik ke rumah mak aku. Aduh..rindunya pada arwah Alanna...

Sampai saja di rumah Hj. Lokman, kami duduk di ruang menunggu. Menantikan nombor dipanggil. Mujur juga nombor kami tidak jauh. Tak lama menunggu. Selepas giliran Aiman dan Alisya, giliran Nabila tiba. Hati aku berdebar-debar ketika itu. Nun jauh di sudut hati mendoakan perkara-perkara baik sahaja pada Nabila. Setelah di periksa..alhamdulillah..tiada yang pelik pada Nabila..dan Ustaz memberikan potongan ayat untuk dibaca dan diamalkan selepas solat Maghrib atau Isyak dan juga solat Subuh.

Selesai urusan kami dengan Syifa Al-Hidayah, kami terus pulang ke rumah mak. Kebetulan Nabila 'membuang' ketika itu. Tak sempat untuk bersama-sama dengan ahli superkids yang lain untuk makan bersama. Lagipun Abg kelihatan penat. Baru pulang dari kerja. Jadi kami terus berangkat pulang ke Gombak.

Dan semalam, operasi aku membuka kolam Nabila. Biarpun ada yang kata membazir padaku..aku rasa demi Nabila..aku biarkan saja apa orang nak kata. Yang penting itu salah usaha aku untuk Nabila. Terapi air memang sangat bagus untuk anak-anak seperti Nabila. Untuk menguatkan otot mereka. Lagipun bagus untuk Nabila sebab dia takut dengan air. Mudah-mudahan jika slalu didedahkan dengan air nanti dia tak takut dengan air lagi. Apapun kata mereka..aku akan cuba juga. Kalau dah tak nak guna sangat..buka saja Mudah.Com , Jual..Abis cerita..hehe..


p/s: Perancangan untuk cuti separuh gaji masih dalam pertimbangan. Aku masih belum kesempatan untuk menghalusi sehabis baik perkara itu. Kalau ada kesempatan akan ku lakukan.Doakan segalanya yang baik untuk kami sekeluarga yek..:)

7 comments:

Mamanurin said...

wah bestnya nabila mandi kolam..mamanurin pun rasa dah teringin sangat nak mandi kolam ekekeke..mama nabila, selga ada usaha dan daya, berusahalah, insyallah pasti ada balasan dari allah.

Mayyonnizz said...

ina...............tuh pasal kitorg sedih nak pg Al-syifa...teringat arwah adik yg tak sempat pergi...huhuhuh......xpelah Allah dh sembuhkan dia kata sana...Amin..

P/s-- jagalah buah hati semua si Nabilla sehabis baik.....kami semua sygkan dia...:)

Puteri Satu said...

ina... bestnye kolam tu..? beli kat maner.. harga berapa tu?

Yasmin Nabilah.. said...

Mamanurin: hehe..mmg syok..tapi si Nabila ni dah 2 kali masuk kolam..2 kali tu jugakla dia nanes2..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu: masa dia panggil no. giliran adik nun..kami terdiam sekejap..pastu anak tekak ni mcm tak tercakap yang arwah dah takde..sedihnyer ayu..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Puteri satu: hehe..ina beli kat One utama. Kat Toys r' us. Nama kolam tu intex. Ina beli saiz kecik je..tapi kecik dia pun jenuh gak nak isi air.hehe..harga dalam RM 300++ . Including filter skali. ada yang saiz besar..tapi ruang kat umah ina kecik je..tu je yang termampu..hehe..

Puteri Satu said...

nak jual nanti cari je akak... kalu akak lum beli lagi kolam ni... hiks...