Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 July 2010

Sakit..perit..segalanya kami bertiga rasakan semalam... & kegembiraan kami atas Nabila..

Aduh..baca tajuk entry saja sudah menyakitkan..Sungguh! Tak tipu punya.. ni semua gara-gara hal semalam...Maaf klu ada yang tak faham dengan istilah-istilah yang aku tulis ini..Susah untuk 'menyatakannya.."

Kemanakah kami semalam..?

Semalam..seperti biasa..aku dan Abg pastinya membawa Nabila ke Gedangsa. Kali ini rawatan yang lebih istimewa. Kami berpeluang untuk berjumpa dengan ustaz yang dipanggil oleh Kak Raw untuk membantunya memulihkan anak-anak istiemewa di situ..termasuk ibu dan ayah..

Pada mulanya, aku hanya membawa Nabila pada Ustaz itu. Melihatkan sama ada 'sesuatu' di dalam dirinya. Alhamdulillah..kata ustaz..Nabila 'bersih' . Hanya masalah fizikal yang mengganggu dirinya untuk terus pulih. Dan kemudian giliran Abg. Kata ustaz.. 'ada'..Dan Abg dikehendaki mandi untuk 'membuang benda' itu.

Aku juga turut mencuba. Sangkaan aku nampak seperti biasa tatkala Ustaz memegang jari kakiku. Rupanya ianya sakit seperti urat dihiris-hiris. Aduh..tak tertahan rasanya..sehinggakan aku memeluk Abg dan menangis kesakitan. Katanya..aku 'punya agak kuat'. Aduh..berpeluh-peluh saat 'ianya' di 'buang'.

Dan kami berdua dikendaki 'mandi'. Selesai urusan mandi.. kami bersiap-siap untuk pulang. Serius ku katakan..sewaktu mandi, aku menangis. Aku tak faham kenapa..mungkin juga 'sakit' sehinggakan air mataku tumpah.. :(

Apapun..kami berdua merasai keperitan Nabila. Sakitnya tubuh kami semalam..sakit lagi tubuhnya. Aduh..sungguh besar sekali dugaan yang Nabila lalui. Dia juga perit merasai tubuhnya di pulihkan. Bukan mudah untuk kami bertiga melaluinya.

Aku ingin kongsikan sesuatu untuk kalian pada entry ini. Sejak minggu lepas.. perut Nabila agak kurang sihat. Asyik membuang walaupun makan hanya sedikit. Aku jadi hilang punca ketika itu. Serius..aku takut apa-apa jadi pada Nabila. Hanya berdoa agar keadaan pulih seperti sediakala..

Kenapa tak bawak ke klinik..?

Aku terfikir Nabila pernah melalui perkara ini satu ketika dulu. Sudahnya selepas kejadian itu..Nabila tampak seperti sudah pandai sesuatu. Kata orang-orang tua..sakit sebab nak pandai. Aku cuba menganalisa keadaannya masa dulu dan sekarang. Ya..perkara yang sama berlaku padanya.

Apa yang terjadi pada Nabila?

Nabila sudah mula riuh mulutnya untuk bercakap. Walaupun kata-katanya seperti bayi berusia 4-5 bulan..Namun..mulutnya tak henti-henti berbunyi..seperti yang aku katakan dalam entry sebelum ni..sewaktu Nabila di dalam kereta.. Dan perkara itu kami alaminya lagi semalam. Aku berbual dengan Abg di dalam kereta..dan kemudian Nabila menyampuk. Bersungguh-sungguh dia mengeluarkan bunyi. Aku hampir saja menitiskan air mata melihatkan keadaannya ketika itu. Ya Allah..Jika inilah yang kau beri..aku terima dengan rasa syukur. Alhamdulillah. Nabila sudah mula menunjukkan perkara positif. Biar sedikit..namun..atas apa usaha yang telah dilakukan..hampir membuahkan hasil. Dan pasti akan ku gilap lagi nanti.. :)

Kata Abg..setiap apa sakitanya pasti ada balasan. Sakit dahulu..dan pandai kemudian. Inilah Nabila yang sebenarnya. Banyak kali juga Nabila sudah berkeadaan demikian. Dan aku tahu..Nabila harus 'membayar' dahulu untuk mendapatkan kepandaiannya..

Mungkin ada yang memikirkan segala kataku ini adalah mengarut. Namun aku tahu..dia anakku. Apa jua yang mereka di luar sana katakan..aku tak peduli. Aku tahu kerna Nabila adalah anakku...

Kasih kami pada Nabila hingga ke syurga....

9 comments:

Mamanurin said...

alhamdulillah..mama nabila,sekarang mcmana? dah ok? syukur sgt2 bila baca tentang perkembangan nabila, bertakung-takung airmata ni..ekekekek nanti mama dgn ayah nabila tak yah pasang radio dah dlm keter, sebab nanti nabila je yang nak bercakap ekekke..go nabila go nabila!!! jgn lupa mama nabila ya, bercakap je dgn dia..and jgn terkejut bila dia panggil "MAMA"

Yasmin Nabilah.. said...

nak kata ok tu takdelah sgt..mamnurin menangis ke..huhu..jgn sedih2..Nabila ok.. :) seronok sgt tgk dia..klu mamanurin jumpe dia..mesti best!..sebab mamanurin slalu bg sokongan pada Nabila..:) thanks yek mamanurin.. :)

Salina@IbuAqil said...

Setiap dugaan ada hikmahnya.. Namun ia menuntut banyak pengorbanan.. Kadangkala kita tak nampak apa hikmahnya.. Cuma bila kita sedar & nampak hikmahnya saat itulah kita rasa betapa AGUNG kasih sayang Allah pd kita.. Sekarang ina tgh berusaha maka yakinlah bahawa segala usaha ina itu akan dibayar dengan pulangan yg sungguh besar.. Buat Nabilah.. Keyakinan & kekuatan dia adalah kalian ibu bapanya.. Jika kalian yakin kalian kuat maka percayalah, nabilah jugak begitu.. ;o) Sesungguhnya dia tak pernah BERJUANG bersendirian.. U go gulrzzzzzz..

ICAZIESYIRA said...

owh... tak sabarnya nak dengar ayesha panggil mama juga. :D

Yasmin Nabilah.. said...

Salina: atas dorong rakan2 jugak..ina terus berjuang demi Nabila..terima kasih Salina.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ica: ina pun tak sabar..dgr gak dia sebut "buuuu"..hehe..harapnya betullah dia panggil ina..hehe

ieda said...

selalu2lah sembang dgn nabila & guna bahasa/perkataan yg betul..insyaAllah dia akan mengikut...
teringat cerita kawan saya..abang ipar dia sgt excited bila bbnya sebut papa buat kali pertama.dia eksyen dgn wifenya (kakak kawan saya) sb anak sebut 'papa' dulu.then satu hari masa bb buang air besar bb tu tunjuk kat najisnya & cakap 'papa'..gelak besar kakak kawan saya tu...

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak..ada sedara ina dari kecik sampai besar masih lagi ckp pelat.huhu.risau jugak..budak2 cepat pick up pulak..amik je perkataan yang kita sebut tanpa pikir ckp tu pelat..huhu..

Anonymous said...

salam
pedulikan saja andai ada yang menganggap itu mengarut
hati ibu tetap mengatakan itu "harapan"
yang jauh lebih baik dari putus asakan...
putus asa=mati sebelum mati
yati