Sejak minggu lepas, hidup kami agak serba tak kena. Kelam kabut kerna Nabila. Aku ada menceritakan keadaannya pada entry lepas.
Entah kenapa emosi si kecil ini agak terganggu. Sering menangis. Hari Jumaat lepas, seperti acara kemuncaknya. Sedari pagi, naik saja kereta, Nabila sudah mula melaungkan suara nyaringnya. Sepanjang jalan, puas aku memujuknya. Namun tidak berhasil. Dan akhirnya, sampai saja di pejabat, tak sampai sejam aku melabuhkan punggung di meja, aku mendapat panggilan telefon dari mak. Katanya, Nabila bagai sudah hilang kawalan. Ketika itu, rakan-rakan di pejabat sedang khusyuk mendengar kisah Nabila menangis, sambil memujukku supaya bersabar. Ketika itu, air mataku sudah bergenang. dan sesudah meletakkan telefon, tak tertahan hiba rasa hati. Terus menangis di hadapan rakan-rakan.
Lantas, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Melihatkan keadaan Nabila, aku terus ke klinik dan meminta surat untuk dirujukkan ke HKL. Dan di HKL, doktor berkerumun melihatkan keadaan Nabila. Sepertinya Nabila menahan kesakitan perutnya. Dan mengambil tindakan untuk x-ray perut Nabila.
Dan kata mereka, nampak seperti ada masalah pada saluran pemakanannya . Aku sendiri tidak pasti apa puncanya dan terus mereka menahan Nabila sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut.
Di wad, Nabila diperiksa secara terperinci, dan kata doktor saluran pemakanannya tidaklah serius seperti yang dikatakan oleh doktor di bahagian kec emasan. Dan Nabila diberi ubat dan dipantau juga sistem perkumuhan, bagi memastikan Nabila merasa selesa. Dan juga ulser di mulutnya yang menyebabkan Nabila sakit dan tidak mahu makan. Mungkin juga perut Nabila sudah dimasuki angin dan terasa seperti menyucuk-nyucuk di perutnya.
Sabtu, Nabila demam. Dan masih merengek lagi. Namun tangisannya mulai kurang berbanding Jumaat. Dan Ahad , Nabila mula mengukir senyuman di wajahnya. Alhamdulillah. Memang nampak keadaan Nabila tidak serius. Cuma aku sendiri mahu memastikan Nabila betul-betul tidak sakit. Ibu mana yang tak risau melihat anak yang ceria,tiba-tiba berubah tingkah laku. Mungkin juga Nabila sudah mula menunjukkan perubahan dari segi emosi. Ya, Nabila sudah besar... :)
Apapun, aku sangat takut dengan kejadian yang menimpa kami seminggu lepas. Sehinggakan kerja di pejabat aku abaikan dek kerna risaukan Nabila. Aku syukur Nabila dah kembali seperti sediakala. Alhamdulillah.
...........................................................................................................................
Pejam celik pejam celik, Ramadhan muncul lagi. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Seperti aku masih terasa kehangatan puasa dan raya pada tahun le pas. Dengan teringatkan Nabila berbaju kurung lengkap di pagi raya, dan kami telah kembali semula ke kediaman kami di Rawang, segalanya begitu pantas berlalu.
Dan kali ini, aku berdoa agar aku dapat menjalani ibadah puasa kali ini selengkapnya seperti tahun-tahun lepas. Yang pasti, aku akan berpuasa penuh lagi tahun ini, kerana 'bulan terang' pastinya tidak akan berkunjung tiba untuk tahun ini. Sebenarnya sudah hampir 2 tahun ianya tidak muncul sejak aku memasang perancang 2 tahun lepas.
Kami sekeluarga mengucapkan SELA MAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua rakan-rakan yang mengikuti kisah Nabila. :)
25 comments:
SALAM RAMADHAN NOINA...
LYA SELALU JENGUK SINI...
TP X SIGN IN...
MAKIN COMEL NABILA...
SEMOGA RAMADHAN KALI NI LBH SEMPURNA DR THN SEBELUMNYA..
KISS NABILA UTK LYA...
selamat menyambut ramadhan but noina & family.. :)
moga tabah m'hadapi ujiannya ya
salam ramadhan utk saudari skeluarga
alhamdulillah nabila dah kembali sihat.. sejak akak tahu nabila tak sihat... doa akak sentiasa untuk nabila...
Alhamdulillah, nabila dah kembali sihat =)...
selamat berpuasa untuk ina dan keluarga...
SEMOGA DIJAOHKAN BENDA2 YG BUROK DARI NABILAH...amin..
Slamat Berpose utk kau sekeluarga (^_^)
Lya: Salam ramadhan buat Lya juga.. :) Moga ramadhan kali ini juga menjadi ramadhan yang bermakna buat Lya jugak.. :)Jaga kesihatan tau..!
kak firuz: salam ramadhan buat akak juga.. :)
meera: terima kasih..salam ramadhan buat meera juga.. :)
Puteri satu: terima kasih atas doa akak dan yang lain2 lah yang buat Nabila kembali ceria. Alhamdulillah.. :) Salam ramadhan buat akak sekeluarga juga.. :)
kak A.I : Amin.. :) Thanks kak.... :)
noina, selamat menjalani bulan ramadhan. nabila sangat ayu kat pic tuh :)
salam ramadhan, sept kan rambutnya tu, buat nabila comel..
alhamdulillah.. senang hati nengok nabila dah senyum!
comel la nabila..slm ramdhan jgk... :D
baguslah nabila dah sihat....moga terus mendapat rahmatNya di bulan ramadhan ni.
salam ramadhan buat Nabila dan keluarga..moga nabila jadi anak yang baik ye ..dari auntie Lisa suami isteri
salam ramadhan buat ina, suami dan nabila...alhamdulillah, nabila sudah kembali ceria...moga ramadhan kali ini membawa banyak rahmatnya untuk kita semua...amin
eray: salam ramadhan dan selamat berpuasa..hehe..tu pic lama..tak silap tahun lepas kot..:)
JMY: hehe..cepit ummi alisya bagi..Ibu Nabila tak pandai beli cepit2 nih..hehe. salam ramadhan dan selamat berpausa..:)
ica; tulah..tenang sket ati.hehe..
deqla: hehe..mala tu gambar lama..tahun lepas kot..hehe
kak ieda: Insyaallah..salam ramadhan buat akak juga..:)
lisa: Salam ramadhan juga buat lisa sekeluarga juga.. :)
witri :Insyaallah..moga mendapat rahmat..Amin.. :) tulah akhirnya Nabila senyum balik..syukur..salam ramadhan buat witri sekeluarga :)
Post a Comment