Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 August 2010

Kerna Kasih Giveaway

 Untuk pertama kalinya nak join giveaway dari Jiey . Ini link nyer ..Kerna Kasih Kita Yeah.....

Rules and Giveaway Details:
1) Giveaway is open to all moms/dads/legal guardians having kids aged 0-3 years old.

Owh...Nabila baru saja 2 tahun 3 bulan.. :)

2) Giveaway is open to Kerna Kasih Kita blog’s followers. Be one if you want to join this GA
Sure, of course..!Dah lama dah follow blog Jiey.. :)

3) Giveaway is open to only Malaysian residents (non-Malaysian residents can join this giveaway but need to provide Malaysia address - for prize delivery).
Yes..sure warganegara Malaysia..
 
4) Entry can be written in Bahasa Malaysia or English only
Bahasa Malaysia.. :)


 Nama bayi : Yasmin Nabilah binti Zulhilmi
Nama ibu : Noina binti Ali
Tarikh Lahir : 17 April 2008

Mempunyai anak istimewa merupakan satu cabaran buat saya. Bukan mudah untuk melakukan dua kerja dalam satu masa  iaitu sebagai penjawat awam dan juga seorang surirumah yang memerlukan segala kekuatan dari segi fizikal dan mental bagi membolahkan anak ini terus mendapat apa sahaja keperluan pendidikan yang khusus buatnya.

Sedia maklum Nabila mempunyai masalah dari segi memegang mainan dan sebagainya. Apatah lagi untuk memandang mainan tersebut. Di sini saya memilih rock-a-stack sebagai mainan rutinnya. Melalui mainan ini, Nabila akan cuba belajar memegang sekaligus cuba fokus terhadap sesuatu mainan.Di awal permulaan dahulu, tangan Nabila agak keras dan kekok untuk memasukkan bentuk -bentuk donut ini di dalamnya. Namun, setelah di ajar berulangkali hampir 3 bulan, barulah tangannya lembut dan mudah untuk saya mengajarnya. Namun Nabila masih belum boleh menguasai sepenuhnya permainan ini.

Untuk memenuhi masa berkualiti bersama Nabila, kebanyakannya saya peruntukkan masa di waktu malam. Kerana di sebelah siangnya, Nabila akan ke sekolah. Setelah pulang dari tempat kerja, saya akan ke rumah mak menjemput Nabila pulang.  Dan di sini, saya meluangkan masa hampir setengah jam untuk bermain dengan Nabila sebelum pulang ke rumah kami. Di rumah mak, saya memberikan Nabila permainan yang berbentuk bunyi. Permainan ini menghasilkan bunyi-bunyi haiwan seperti kucing, anjing, ayam dan sebagainya. Permainan ini banyak merangsang deria pendengaran Nabila untuk fokus terhadap perbezaan bunyi-bunyi haiwan itu.Kadangkala mulutnya hampir meniru bunyi-bunyi yang yang terhasil dari mainan tersebut.

Di waktu malam, saya memperuntukkan masa hampir sejam untuk merangsang derianya. Bagi saya tidak cukup.  Kerana Nabila perlu lebih waktu dari yang apa yang telah saya peruntukkan. Namun, sebagai anak kecil, saya faham, Mungkin juga Nabila sudah keletihan dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya melakukan aktiviti mengikut 'mood' Nabila. Andai meragam, saya hentikan awal. Tiada guna memaksa andai anak tidak memberikan perhatian sepenuhnya atas aktiviti yang dilakukan.

Selain dari permainan di atas, beberapa alat mainan yang lain juga saya gunakan. Seperti anak patung yang berbulu, bola berduri dan berus untuk merangsang deria rasanya. Untuk mata, saya memilih untuk memasang lampu kelip-kelip yang terpasang di bilik saya dan lampu yang menyerupai dawai-dawai halus yang mengeluarkan cahaya melaluinya.Saya juga memberikan Nabila buku sambil membacakan untuknya dan juga menonton CD Magic English bersamanya. Tak lupa juga flash card untuk dirinya mengikut kaedah Glenn Doman.

Di samping itu tidak dilupakan sesi terapi fizikal. Saya akan mengurut kaki dan tangan Nabila dengan minyak bayi sebelum memulakan aktiviti fizikal. Antara aktiviti fizikal yang dilakukan seperti menaiki bola dan juga mengunakan booster yang telah saya buat sendiri dengan  menggunakan tin susu. Disamping itu saya melatih Nabila menggunakan tangan untuk merangkak dan juga mengesot. Saya mengajar Nabila duduk dengan menggunakan tangannya untuk support badan dari jatuh. Alhamdulillah, Nabila sudah mula menguasai keadah duduk dan merangkak. Tangannya sudah kuat untuk menampung tubuhnya. Cuma memerlukan masa lebih lagi untuk terus kuat lagi.

Pada hari cuti, masa yang diperuntukkan lebih lagi dari hari-hari biasa. Di waktu pagi, saya akan menyelesaikan segala kerja-kerja rumah dan pada waktu petang sekitar jam 2, saya akan memulakan aktiviti bersama Nabila. Di sini saya tak menghadkan masa kerana saya mahu menggunakan sepenuh masa saya bersama Nabila di waktu ini. Namun seperti yang saya katakan pada awal-awal lagi, saya tidak akan menggunakan konsep paksaan kerana saya tahu , Nabila pastinya akan mengamuk andai dipaksa melakukan itu dan ini.

Berharap agar Nabila mendapat input dari apa yang telah saya ajarkan kepadanya. Segalanya memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam membentuk anak istimewa. Andai segala yang di ajarkan berhasil, ia akan mendatang satu kepuasan yang tak terhingga dalam diri ini.

7 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

semoga berjaya,ina...

byk yg ina lakukan utk nabila. malu akak dibuatnya. akak rasa mcm sikit sgt apa yg akak buat utk sofie.akak perlu masa lebih dgn sofie, tapi terpaksa korbankan sbb ada anak2 lain yg perlukan perhatian akak.

akak pun berhasrat jugak nak join GA blog jiey ni..tapi, nanti. akak perlu cari masa. saja nak meriahkan GA. hehe...

produk ococ said...

nak juga

ibu_Arifa said...

good luck kak Ina.. semoga segala usaha mu di permudahkan Allah..aminn.

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: semoga berjaya juga untuk akak.. :)

Ala kak..ina klu bleh semua ina nak buat, tapi faham2 saja Nabila. Bukan leh nak paksa2..slalu pun bleh tahan sampai sejam je..lebih dari tu dia dah tak nak kerjasama nagn ibu dia..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

JMY : jom la join..kita meriahkan giveaway jiey ni.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ibu arifa: terima kasih ibu arifa.. :) hehe..saje je join..at least leh share info ngan kawan2 kan.. jom la ibu arifa join skali.. :)

produk ococ said...

nabila dah pandai duduk sendiri ?