Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 August 2010

Hujung minggu yang penuh dengan warna-warni..

Sudah lama aku, abg dan Nabila tidak bersantai-santai dek kerna 'amukan' Nabila yang melanda seminggu sudah. Sabtu lepas, family superkids datang menjengah ke rumah kami..Dan agenda tidak lain tidak bukan..berbuka puasa bersama.

Hanya family Jiey dan Rayyan sahaja yang tidak dapat menghadirkan diri. Tak mengapa..nanti kita repeat balik yek 28hb nanti..:)

Kebetulan juga hari lahir Abg jatuh pada hari sebelumnya iaitu Jumaat. Sungguh..! Aku sendiri 'blur' untuk membawa Abg ke mana-mana di hari lahirnya. Dan pada hari lahir Abg, kami langsung tidak berjumpa. Hanya ucapan di dalam FB je yang ku luahkan kepadanya. Aduh..siannya Abg..

Dan nasib baik family superkids datang. Boleh juga celebrate sekali. Terus saja aku menempah cheese tart dari Lieza dan juga membeli kek di kedai 'resipi rahsia...' hehe

teramat la sedap..tapi di hidang pada tetamu..kek mencair..huhu..sori kawan2.. :(

Abg malu-malu nak potong kek..hehe..

Thanks yek pada semua superkids datang berbuka puasa walaupun keadaan kat umah ni serba kekurangan..sian korang makan pun dok merata-rata..umah kecik..huhu.. Kepada Lieza..terima kasih sangat sudi dtg Teratak Nabila. Jauh nun disana..sudi datang dan buatkan sekali cheese tart..Hilang mengidam..hehe..


Ahad....

Akhirnya semalam aku berkesempatan untuk berjumpa dengan Kak Esma. Aku menjemputnya datang kerumah dan dia sendiri ingin mengajar ku teknik dan kaedah yang di peroleh semasa di Nury dan juga keadah Sichida (betul ke aku spell nih?) Masih ingatkah kalian pada entry ini ?

Sesungguhnya banyak aku peroleh dari wanita ini. Hatinya yang kental dan kuat membesarkan Irfan dan aku dapat lihat dengan mata kepala ku sendiri. Irfan tidak lagi seperti anak istimewa yang perlu diusung ke sana sini. Dan nampak bijak, dan memang aku rasakan dia seorang anak yang bijak. Melihatkannnya, mungkin ada yang tidak menyangka dia punya sejarah hidup yang pastinya tiada siapa yang menjangka yang dia akan pulih satu hari nanti.

Dan Kak Esma mengajar aku beberapa perkara yang perlu aku lakukan pada Nabila. Dan aku juga membeli sesuatu yang tidak terfikir untuk aku belikan padanya. Mungkin tak logik, tapi demi Nabila, aku cuba. Manalah tau ok pula kan.. :)

Kak Esma memberikan aku satu CD untuk Nabila dengari sewaktu hendak tidur. Bunyi-bunyi ombak dan kicauan burung yang mungkin akan merehatkan otak. Aku siap membelikan Nabila headphone dan MP3 player untuknya. Mungkin juga aku boleh masukkan sekali zikir-zikir di dalamnya. Nampak membazir, tapi tak salah kalau mencuba bukan?


Bulat mata si Nabila sambil menikmati alunan muzik yang melenakan.. hurmm..

Dan 2 hari ini, projek aku adalah menambah lagi koleksi flash card Nabila. Flash card hasil air tangan sendiri. Dulu pun pernah buat juga, cuma kali ini ingin menambah kepada objek-objek yang lain.. :)

Dah lama juga Nabila tak ketawa  Sejak demam, nak mengukir senyuman pun agak susah baginya. Sudah lupakah dia? Namun tadi sewaktu hendak pulang, Nabila ketawa mengekek bila kereta melanggar bonggolan-bonggolan kecil dan menyebabkan kereta bergegar. Masa demam dulu, langgar apapun, langsung tak mahu gelak. Alhamdulillah..Nabila kembali seperti dulu.

p/s: klu nak tgk video Nabila ketawa tuh..klik je kat tajuk entry ni..nanti kuar la dia..hehe..payah nar nak upload..blogspot tgh bengong kot!

10 comments:

ICAZIESYIRA said...

wah, boleh share pengetahuan ni :D

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina,

Terima kasih sebab kasi kami sepah-sepahkan rumah :P Btw, Kak Esma tu ada blog tak? Sampai ke hari ni, Put xleh recall sama ada Put kenal atau tak Kak Esma ni. Haiyo.. ingatanku!

Yasmin Nabilah.. said...

ica: boleh kita sama2 share yek :)

ieda said...

salam ina..
happy belated birthday buat suami.
bila ina senang nati boleh tak cerita sikit cara2 pn Esma tu?..teringin jg nak tau.

p/s..bulatnya mata nabila...

witri said...

seronoknya...superkids club berkumpul buka puasa sesama...ina, itu bukan membazir namanya...tp usaha utk merawat nabila...sayang nabila...suka tgk nabila dah ceria...ur smile so sweet...:)

Yasmin Nabilah.. said...

Put: huhu..kak esma ni ina tak penah mention kat sapa2 dlm superkids..ina pun baru kenal je dia..pasal dia pegawai baru kat arkib ni. Insyaallah ada jodoh ina kenalkan kat semua superkids yek.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: hurm..nanti ina wat entry yek.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

witri: betul..bila dia senyum kita pun senang hati..hehe.. :) superkids tiap2 minggu klu bleh nak jumpe..hehe..tak dapat kumpul semua..kami kumpul mana yang ada pun dah ok dah..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

baiknya nabila dgn headphone tu. kalau sofie, tah hapa dia buat dgn headphone tu....
ina, akak pun teringin nak tahu kaedah pn. esam tu. ajarkan...

dah tgk nabila gelak kat video FB suami ina, sgt comel dengar dia gelak cam tu...hehehe.

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza; ina private mesej jelah kak..takut ada yang saman ina plak..hehe..