Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

23 August 2010

Gerhana dihati....

Semalam aku lihat Nabila begitu seronok sekali. Ketawa berdekah-dekah..tak henti-henti. Begitu ceria dia semalam. Senyum dan tawa tak lepas dari bibirnya. Sangat-sangat senang melihat keadaannya semalam. Hanya sesekali merengek. Itupun kerna mahu tidur dan minum.

Dan tatkala tangan ini sibuk melipat kain yang menggunung..aku letakkan Nabila bersebelahan denganku. Aku lihat dia main..sambil mulutnya riuh. Entah apa yang dibebelkan..aku kurang pasti. Apa yang aku nampak..sepertinya dia bermain sendirian.

Ku katakan pada Abg, suara Nabila lembut bila berkata-kata..namun pabila menangis..suara seperti aku. Bak petir..hehe..!

Dan melihatkannya bermain sendirian, timbul rasa kasihan. Andai dia punya adik beradik yang lain..pastinya dia sedang bermain dengan adik beradiknya. Namun, akal ini menghalang. Seperti yang kukatakan pada entry yang lepas..kami belum bersedia lagi.

Tetapi, melihatkan suasana sekeliling..rakan-rakan yang rata-ratanya sudah menambah bilangan ahli keluarga membuatkan diri ini dipagut sayu. Lantaran kes Nabila dahulu membuatkan aku takut untuk berhadapan keadaan itu sekali lagi. Aku sendiri tidak yakin sama ada aku mampu untuk menyelamatkan anakku sekali lagi.

Pernah ku suarakan pada Abg, adakah dia benar-benar mahukan anak lagi dalam masa terdekat ini? Abg seakan memahami situasi diri ini. Aku tahu, hati Abg meronta-ronta mahukan anak yang sihat..boleh bermain dengannya, apakan daya..ini saja rezeki kami. Namun aku bersyukur. Nabila hadir membawa seribu rahmat buatku. Lahirnya bagai bintang yang bersinar di kala aku dan abg meraba dalam kegelapan.

Bila hati mahu, aku takut ia tidak berlaku. Dan mengharap pada benda yang tak pasti. Aduhai.......



12 comments:

ICAZIESYIRA said...

Nanti bila masa sesuai tiba, 2-2 pun akan terbuka nak tambah anak. Meantime, biarlah nabila besar dulu kan.. :D

Nurul said...

Assalammualaikum wbt.

Saya dah lama menjadi silent reader blog ini. Setiap kali membaca perkembangan nabila, saya akan tersenyum apabila nabila gembira dan bersedih apabila nabila berduka. Dan dalam tak sedar hati saya telah terpaut pada si kecil ini. Sungguh saya kagum dengan ina sekeluarga. Kalian cukup sabar dan tabah. Setiap kali membaca blog ini mengingatkan saya kepada anak abang saya yang kini telah berusia 11 tahun. Saya doakan agar keluarga ini sentiasa dirahmati ALLAH..amiin..salam perkenalan dari Nurul

azzul said...

we share the same feeling..teringin nk pregnen lagi tapi pengalaman pertama tu buat kita jadi takut..masih menanti masa yg plg sesuai..

Ied @ May said...

tapi nabila nmpk mcm bdk sihat kan. kalo tengok gambar2 dia, comel je, manja. x nampak pun dia sakit. dia pun da pandai main.

ieda said...

takpe ina...tunggu bila dua2 dah ready....emosi yg stabil pun sgt penting masa pregnant.insyaAllah akan hadir peneman buat nabila nanti.

Min said...

ina,

it's true to wait till both of you ready. but having a sibling have a greater impact to a kid like our baby. the siblings will help a lot in stimulating and actively participate in our babies' development.

kak min ada satu pengalaman melihat one of my fren's daughter yg ada problem jugak masa lahir and slow in development. about more than a year later kawan kak min tu dapat 2nd baby. and you know, they grow like twin. when the 2nd one tu mula bercakap, yg kakaknya pun mula bercakap. mmg mcm kakak tiru adik la most of the time. but they become close to each other and support each other. mmg adik dia selalu cepat dan selalu ke hadapan dr si kakak in all factors. tp yg bagusnya kakak akan usaha untuk lwn si adik, so a very healthy competition. at least the kakak achieved something in life instead of nothing. adik dia become a very good helper to mum & dad especially in kakak's developement. actually mak dia cakap, doktor jugak yg cadangkan diorg bg adik kat kakak tu untuk membantu. mula2 mmg dia phobia, tp redha & berserah serta bersangka baik dgn Allah je lah untuk anak kedua tu...

just a piece of experience to share with u... sori amik byk ruang komen ni...

kak min, leicester

Yasmin Nabilah.. said...

Ica: betul..mmg kena amik masa..lagi2 tgh trauma..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

nurul: salam perkenalan nurul terima kasih yek sudi mengikuti kisah Nabila.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

azzul: huhu..betul..betul2 dah bersedia..baru ok..:)

Yasmin Nabilah.. said...

ied: klu tgk gambar mmg ied..tapi dha tengok real..ada nampak la dia delay..:( tapi takpe..still cute as a baby..:) hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak..emosi pun penting gak..:) thanks kak..:)

Yasmin Nabilah.. said...

kak min: thanks kak.. :) betul kata akak..ina pun ada tgk beberapa kawan ina..nampak anak2 mereka bagus if mereka ada siblings..:) cuma kami suami isteri masih nak tumpu pada Nabila..Lagipun 2nd baby maybe ina akan operate lagi. so ingat nak sihatkan luka2 dulu..sebelum nak 2nd baby..tapi klu dah rezeki mmg tak tolak kak..sebab mmg nak sangat bagi Nabila adik..:) thanks kak share info..sangat2 hargai.. :)