Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 August 2010

Mahu berkongsi, namun....

Sudah 2 hari aku mahu menaip sesuatu di dalam blog, tetapi entah kenapa, bukak saja aku sudah berasa jemu. Adakah aku sudah mula bosan dengan untuk mencoret lagi tentang Nabila?
 
Sungguh..sangat bosan! Tapi bukan bosan dengan kehidupan ini..! Bosan dengan BLOG..! huhu..Padahal macam-macam yang ingin aku tulis di sini berkenaan puteri kesayanganku.
 
Sebenarnya, aku memang mahu berkongsi pelbagai teknik yang telah aku pelajari dengan Kak Esma, namun bila di fikirkan semula, aku tak jadi untuk publish kan entry itu. Abg menghalang kerana takutkan pihak di sana menyaman aku. Hehe.. Yelah blogging pun ada had limit jugak kan.
 
Apapun, Aku sudah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari, namun masih berhati-hati kerana kecederaan dan kecelakaan akan berlaku bila-bila masa saja. Sedangkan yang arif tentang terapi pernah membuatkan salah seorang anak istimewa terkehel tulang atau patah..Inikan pulak aku yang tak punya pendidikan dalam bidan fisioterapi.
 
Apapun yang aku lakukan kenalah berhati-hati dan jangan memaksa anak. Memaksa akan membuatkan anak tidak suka dan benci dengan terapi. Aku lakukan mengikut mood Nabila dan sentiasa melakukan dalam keadaan rileks tetapi kerap. Mengharapkan akan berlaku keajaiban nanti. Sedikit pun tak mengapa. InsyaAllah.
 
Surat mengenai permohonan cuti separuh gaji telah pun diluluskan di peringkat Jabatan. Cuma menunggu jawapan dari pihak kementerian saja lagi. Kalau nak diikutkan aku akan bakal bercuti pada 17 Sepetember nanti. Dan selama sebulan, aku akan mengulit bersama Nabila nanti. :) Tak sabar rasanya kerna aku akan menumpukan sepenuh perhatian pada Nabila nanti. Sesi terapi bersama hospital akan diteruskan, begitu juga dengan PDK. Cuma untuk Tasputra, aku tidak menghantarnya ke sana kerana agak jauh dari rumah dan memakan belanja yang banyak untuk berulang alik ke sana. Sepertinya hati ini ingin mencuba di Nury, namun faktor kewangan membantutkan hasrat. Tak mengapalah, mungkin rezeki Nabila di kemudian hari.. :)
 

6 comments:

Anonymous said...

seronok bila dpt bercuti dan berulit dgn anak2..mcm akak, walaupun anak2 dah x baby lagi..tp kalau boleh hari2 nak mengadap dorang 24 jam.. :)

Unknown said...

Semoga segalanya dipermudahkan Allah ina...Teruskan berusaha dan berjuang selagi daya...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak pe ina...yg penting ina dah aplikasikan pada nabila. ina pun dah kongsikan sedikit dgn akak, suka akak. terima kasih....

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Firuz: hehe..mmg seronok kak..tak sabar rase.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

kak nani: terima kasih kak.. Akak pun.. teruskan berjuang buat Iman tersayang.. (kak teringin betul nak jumpe akak..bilalah kita nak jumpe yek.. )

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: hehe..insyaallah..klu ina tahu apa2 lagi ina bagitau akak yek.. :)