Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

05 August 2010

DIA beri petunjuk pada kami..

Ramai yang mencadangkan kami ke Darussyifa bagi mendapatkan rawatan untuk Nabila. Tentang hal menangis tak henti-henti itu.

Sebenarnya..sudah pelbagai cara kami lakukan termasuk memberikan air penawar kepada Nabila. Di rumah, aku ada menyimpan 3 jenis air penawar untuk Nabila. Dan hasilnya, Nabila masih lagi menagis tanpa sebab..

Dan tadi..gerak hati aku untuk berjumpa salah satu ustaz di situ. Kami ke Darussyifa Rawang selepas solat Maghrib tadi. Petang tadi, abg setkan temujanji bersama Ustaz Ismail. Pada mulanya, mahu bertemu pada waktu petang, tetapi Abg menukar waktu temujanji ke waktu malam. Dan usai solat Maghrib, kami terus ke sana.

Dan Ustaz membacakan beberapa potongan ayat untuk Nabila. Keadaan Nabila ketika itu? Menangis sekuat-kuat hatinya. Ya Allah..tak tertanggung rasa hiba di hati melihat keadaan Nabila sedemikian rupa.

Dan kemudian, ustaz mencampurkan air penawar ke dalam susu Nabila..Dan Nabila minum dengan rakus sekali. Haus barangkali..penat menangis.

Perasaan aku ketika itu..?

Berdebar-debar menantikan apa yang bakal diucapkan oleh Ustaz ismail itu.....

Sebenarnya, menurut kata Ustaz Ismail, tiada 'gangguan' yang mengganggu Nabila. Dan hati aku sebenarnya yakin yang Nabila tidak diganggu. Aku berani menyatakannya kerana mengikut naluri aku sendiri. Aku dapat rasakan saat ustaz cuba 'menarik' dan 'membuang' benda itu, aku tak rasa apa-apa. Aku terasa seperti Nabila 'kosong' . Tiada 'isi' pun. Kalau ikutkan aku pasti akan rasa meremang dan sebagainya. Ini tidak..sepertinya tiada yang 'menumpang' pada Nabila.

Bukan aku tak percaya, aku memang yakin dengan perubatan ini. Mungkin juga naluri keibuan aku kuat menyatakan Nabila sakit sebenarnya. Dan Allah telah menunjukkan sesuatu pada Abg tadi. Sewaktu ustaz sibuk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, Nabila pula menangis dan Abg ternampak sesuatu di dalam mulutnya. 2 bintik hitam yang ada di dinding pipinya. Dan Abg terus memberitahu aku ketika kami berangkat pulang dari Darussyifa. Itupun sesudah aku menyatakan yang Nabila tak apa-apa dan mahu Nabila dibawa ke klinik sekali lagi.

Sebenarnya sudah banyak kali aku memeriksa mulut Nabila. Memang takde apa-apa. Tetapi entah bila masanya mulut Nabila luka..aku tak pasti..

Kami ke klinik Aniza sekali. Dan Doktor Nizam yang merawat Nabila ketika itu. Kami meminta doktor memeriksa mulut Nabila. Ternyata 2 bintik hitam itu jelas kelihatan. Dan kata doktor, mungkin Nabila tergigit dinding pipi dan menyebabkan ia bengkak. Dan doktor telah memberikan ubat sapu untuk mulut Nabila dan juga ubat tahan sakit.

Apapun, Nabila masih lagi dalam pemerhatian aku. Dikhuatiri bintik itu hanya sebahagian dari punca tangisannya. Entahlah.. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar segalanya pulih kembali sedia kala..Terlalu rindu pada senyuman dan gelak tawanya. Aduhai hati..tenanglah..

12 comments:

deelira@deeliraz said...

bersabar la kak..
semoga nabila cepat sembuh dari tangisannya

Anonymous said...

maybe nak tumbuh gigi kot

ICAZIESYIRA said...

Patut la dia menangis je kan.. Alahmdulillah la dah tau. aunty doakan nabila sihat cepat ok.

Mayyonnizz said...

slm ina..yerlah kalo baby menagis..mesti die sakit kat mana..terpaksalah buat apa2 utk find out... dia tak pandai nak bgtahu..kesian nabila...

kuntum said...

salam akak...
siannya nabila..
bwk bnyk sbr eh..
akak dok kat mn?
akak g klinik Aniza bkt sentosa ke?

ieda said...

masih nangis lagi nabila???
ina kalau dia dah tak demam cuba bawa dia ambik angin petang2 kat taman ker...just a change of environment.
pening juga kan bila anak nangis takmo berenti ni.

Yasmin Nabilah.. said...

deelira: huhu..tulah..mmg kena banyak sabar kali ini.. :(

Yasmin Nabilah.. said...

anony: huhu..tumbuh lagi ke? rasa cam takde jerk..mungkin sakit mulut..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

ica: huhu..agaknya lah kot..salah satu sakitnya..

Yasmin Nabilah.. said...

ayu: tulah..klu la nabila leh ckp atau tunjuk..senang je nak detect..ni nanes2..manalah nak tau kan..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

kuntum: haah..akak dok bukit sentosa 6..kat seroja..mmg Klinik Aniza la..tu je klinik yang ok kat bkt sentosa nih..hehe kuntum, dok sini gak ke? klu dekat sini leh la dtg umah.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

kak ida: huhu..dah bawak dah kak.tak jalan pun..even dok dlm kete pun tak mo.slalu dia lah yang paling suka dok dlm kete..huhu