Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

10 November 2010

Banyak hal pula hari ini..semuanya tentang Nabila...

Sepanjang hari..semuanya berkisar tentang Nabila..

Pagi-pagi menapak saja di depan pintu Tasputra, sudah bercerita tentang Nabila..

Tengahari..ketika mengambil Nabila di Tasputra, pun cerita tentang baiknya Nabila 2 hari ini ketika di sekolah..

Petangnya di Klinik ENT, speech therapist bercerita tentang Nabila yang sudah bertambah bagus dalam segi pertuturan..

Malamnya, Nabila dengan sesi urutan bersama kak Yusnita berjalan seperti yang dirancang pada minggu lepas..

Banyaknya tentang Nabila..!!

Hurm...pagi tadi, physiotherapist Nabila di Tasputra, Siti ada bertanyakan padaku siapakah therapist Nabila di Sg. Buloh. Aku menyebut nama Puan Syu dan lantas dia mahu bertanya pada Puan Syu berkenaan Nabila.

Bercanggah pendapat mengenai kaedah terapi yang dilakukan di sekolah Nabila. Seorang mahu begini..dan seorang lagi mahu begitu..Malas mahu mengulas lebih panjang hal demikian. Sebab ini perihal sekolah Nabila. Yang aku mahu..mereka menjalankan tugas mereka dengan baik. Melakukan terapi yang bersesuaian untuk Nabila.

Cuma aku dapat berita baik. Kata therapist di sekolahnya, Nabila sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif. Datang ke sekolah dengan angka 0 dan kini Nabila boleh dianggap sederhana dan boleh kearah lebih baik lagi. Aku juga nampak tanda positif itu sejak Nabila bersekolah. Alhamdulillah..

Tengahari, tatkala aku mengambilnya di sekolah, Nabila sedang lena tidurnya. Kata mereka, Nabila baru lepas makan. Dan moodnya sangat baik sekali. Semalam pun sama. Ketika sesi terapi berlangsung, moodnya pun sangat baik. Diam pabila badannya disentuh untuk exercise. Kerna itu aku ralat untuk 'memontengkan' Nabila di sekolah hari ini, walaupun ada temujanji di hospital. Biarlah dia di sekolah. At least, sesi terapinya tak tertinggal biar sehari...

Petang di ENT Sg. Buloh, Nabila juga terut menunjukkan sifat yang baik. Tak meragam. Cuma di saat-saat akhir, dia sudah mula bosan. Aku dan speech therapist Nabila berbual pelbagai perkara. Rupanya dia pernah membaca blog Jiey dan turut menjumpai gambar Nabila ketika kami semua ke Teluk Senangin.

Dan aku bercerita pada speech therapistnya tentang Nabila yang sudah semakin riuh mulutnya. Dan sempat therapist itu mendengar Nabila menyebut beberapa bunyi. Katanya Nabila sudah mula mengeluarkan bunyi. Katanya lagi itu satu perkembangan yang baik untuk Nabila. Cuma ianya agak lambat..sepertinya bayi berumur 7-8 bulan. Takpelah dik..janji berbunyi.. dari senyap je..ibu pun risau..!!

~Santeknyer anak dara ni tido ngan gaya terkangkang gini..adoiyaiii penat sangat la tuh sampai tak sedar kaki dah camtuh..~

Malam..aku dan Nabila bertemujanji dengan kak Yusnita. Yang urut Nabila sewaktu aku bercuti separuh gaji tempohari. Aku mulakan sesi urut ini dari hari ini dan akan berlangsung setiap hari Rabu malam setiap minggu. InsyaAllah jika tiada halangan untuk aku menjemput kak Yusnita datang mengurut Nabila di rumah.

~ aksi mengamuk..bukannya sakit pun dik..pegang-pegang je..~

Moga segalanya bertambah baik dan dipermudahkan..Amin..

7 comments:

produk ococ said...

apa lagi hidup ni klu bkn utk mereka..

Azma said...

byknya aktiviti nabila... tak pe, takpe..semuanya utk nabila jugak kan!

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..seronok dgr nabila dah makin banyak pencapaian.Teruskan meneroka dan maju ye nabila sayang.ni semua ganjaran atas semua usaha ibu selain nabila sendiri kan?Semoga nabila maju dan terus maju.

yatiyahya said...

suka nya dengar good development dari nabila...moga2 nabila ada kemajuan lagi..:)

Jue-Isteri_Ibu said...

Ainie jeles tau dengan Nabila..hehehe..terus maju anakku..

ieda said...

nabila dah seronok g sekolah tu...dah boleh adapt...good girl.

ICAZIESYIRA said...

ica rasa nabila boleh stand straight suatu hari nanti. insyaallah, nabila akan sentiasa bawa berita gembira untuk ina dan suami :D

Ya Allah, makbulkanlah doa-doa sahabatku ini...