Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 November 2010

Montessori...

Sabtu dan Ahad lepas, saya berpeluang untuk pergi menuntut ilmu di Park Royal Hotel. Mungkin ada yang pernah dengar tentang Montessori Technology..

Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan. Sehinggalah akhir bengkel, terasa seperti sayu untuk berpisah dengan peserta kursus yang lain. Rata-rata mereka bukanlah orang tempatan. Datang dari jauh seperti dari China, Filipina, Thailand, Nepal, India dan Afghanistan. Wakil dari Malaysia adalah dari Tasputra dan juga dari negeri Sarawak.

Saya cuba untuk merangka apa yang perlu dikatakan di dalam blog..namun setelah diteliti halus..sepertinya tidak sesuai untuk menerangkan segala apa yang telah saya pelajari di sini. Takut di saman pula oleh pihak IMS. Hehe..

Namun, pengalaman bersama Mr. Lee Havis, CEO Institute Montessori Society, banyak mengajar saya pelbagai perkara. Sepertinya, tidak boleh mengatakan "TIDAK" kepada anak. Dan beliau telah mengajar pelbagai teknik untuk 'tackle' anak-anak ini.

Namun, ilmu ini lebih kepada anak yang normal. Pada pendapat saya, ianya boleh diaplikasikan kepada anak istimewa, namun perlu juga melihatkan kemampuannya di dalam teknologi ini. Semuanya perlulah sesuai mengikut kebolehannya.

Dan apa yang saya boleh katakan untuk anak istimewa, perlu lebih kepada sentuhan tatkala memberi arahan pada anak-anak ini . Dan 'eye contact' sangat-sangat penting. Berkata pada anak sambil merenung tepat ke matanya. Dan pastinya anak-anak akan rasa lebih dihargai dengan cara ini.

Namun, untuk anak normal, sebolehnya diberikan ruang untuk anak itu bermain. "Minimun Supervision" adalah ayat paling tepat untuk menggambarkan keadaan kita ketika melihat anak bermain. Biarkan anak meneroka dunianya tanpa gangguan dewasa.

Apapun , saya sangat berpuas hati dengan kursus ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip sepanjang kursus ini. Terima kasih pada Mamanurin yang telah memberikan peluang ini kepada saya untuk menimba ilmu ini.

5 comments:

Min said...

thanks anyway...

Mamanurin said...

alhamdulillah, ishhhh perkara kecik je ina, nanti kongsi dgn kengkawan yerk..

Puteri Nuur At-Terawis said...

ina, aci tak kalau nak copy notes/handouts seminar ni? very interesting.

Mawar said...

Menariknya program ni, harap sy jg berpeluang join satu masa nanti

Sueriani Ali said...

Ina, thanks kerana berkongsi tips di atas...