Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 January 2011

Kekuatan diri datangnya dari anak!

Semalam kami ke rumah Ita Ummi Alisya. Dan turut bersama adalah Zali, Ieyda & Aiman. Dan kemudian Le' Bastion di kunjungi oleh Ayu Ibu Aisya bersama kedua anaknya dan adik-adiknya.

Banyak perkara yang kami bualkan. Dan sebenarnya aku amat merindu anak-anak ini. Alisya,Aiman dan Aisya.

Alisya kini ku dapat rasakan perubahannya. Tubuhnya semakin lembut bila dipeluk. Syukur! Dan sedikit pun tak menangis merengek semalam.. Agaknya tahu Nabila datang berkunjung ke rumahnya :) Dan pabila berbual aku melihat wajahnya. Matanya yang merenung dan cuba memahami apa yang ku sampaikan kepadanya.

Aiman pula sudah berambut lebat. Sangat comel! Jarang sekali aku melihat Aiman berambut. Dan lagaknya sudah seperti seorang abang. Perut Ieyda juga sudah semakin membesar. Dan katanya Aiman bakal dapat adik lelaki. Alhamdulillah.

Aisya yang agak lama ku tak ketemu. Sangat comel dengan sepit riben di kepala. Dan tak disangka-sangka Aisya melangkah setapak demi setapak untuk berjalan. Kata Ayu, di rumah dia langsung tak mahu untuk berjalan. Ya..pastinya dia ingin menunjuk pada semua bahawa dia anak yang kuat semangat! Terharu aku bila melihat Aisya melangkah berjalan ke seluruh rumah. Alhamdulillah.. :)

Melihatkan anak-anak ini membuatkan aku sedar tentang kebesaran-Nya. Ya, benar kata Ita semalam. Allah tahu kemampuan kita untuk anak-anak ini. Allah tahu kekuatan kita untuk menghadapi segala yang telah ditakdirkan. Ya..segalanya mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebalik kehadiran anak-anak ini!

Kekuatan itu tidak datang bergolek. Kesungguhan demi anak bukannya datang sekelip mata. Hanya masa yang menentukan segalanya. Air mata? Tadah saja mungkin sudah sebaldi air mata ini luruh. Namun hidup tetap diteruskan. Dan menjaga anak-anak ini selagi Allah masih mahu meminjamkannya buat kita. Berbakti kepada mereka selagi daya.

Biarlah seribu mata memandang pada anak-anak kami..kami tidak ambil peduli. Tolehlah kepala itu sampai terteleng sekalipun..kami tak kisah. Muncungkanlah mulut itu sambil berkata tentang anak kami..kami dah tak heran. Ini hidup kami . Dan kami tahu apa yang terbaik buat anak-anak kami.

Usah risau..usah ragu bila melihat anak kami. Anak kami bukanlah pembawa virus yang boleh menjangkiti sesiapa. Andai anak ini ada penyakit berjangkit sekalipun kami rela. KERANA KAMI IBU BAPANYA. KAMI AKAN MENJAGA SEHINGGA HUJUNG NYAWA KAMI..

Syurga menanti di sana untuk anak-anak kami. Itu sudah pasti ! Kita? Entah dapat atau tidak melangkah ke situ. Selagi mereka bersama kita..selagi itulah kita harus melakukan yang terbaik buat anak-anak ini.

Kekurangan diri sendiri bukanlah penghalang. Ya, kita manusia biasa yang punya kelemahan. Seperti aku, yang inginkan terbaik untuk Nabila, namun kadangkala tewas dengan percaturan hidup ini. Adakalanya dapat ku atasi..dan ada kalanya aku jatuh terduduk.

Dan ku mendoakan agar semua rakan-rakan ini terus diberi kekuatan untuk anak-anak ini. InsyaAllah..Amin...

10 comments:

ieda said...

they are just simply very special....

Bicara hati ibu aisya said...

ina..xpuas jumpa korang.banyak yang nak dibualkan.rasa xnak balik jer.huhuhu.xsempat pun nak pegang dan main ngan nabila (bella..naper tido awal?xtunggu ibu ayu dan aisya?hihihi)lain kali kita date lagi yeh?kali ni kita lepak dari pagi.lama sikit masa untuk bersama.datang umah ayu pulak tau.

Ummi Alisya said...

huh..shedeh pulak ummi ghase!

takdir dariNya, tidak menolak... hanya berusaha untuk mendapatkan takdir yang lebih baik... takdir boleh berubah andai kita berusaha dan terus yakin serta tawakal kepada Yang Maha Esa! Dia lebih mengetahui akan segalanya!

Sangat setuju cakap ibu nabila nih;
".... Anak kami bukanlah pembawa virus yang boleh menjangkiti sesiapa....."

Yaaaaa!!! Anak kita bukan nya racun, tapi dialah penawar bagi seribu kekusutan!!!

Min said...

kadang2 kak min pun rasa yang kita sebagai ibu ni yg menumpang kekuatan si anak yang innocent tu... they are so precious!

Mawar said...

kak ina,

haa setuju, setuju, setuju...kekuatan diri datangnya dari anak!

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

ayu: hehe..tulah ibu.awat dtg lambat..klu awal leh main2 ngan bella..:) yup! nanti kita jumpe lagi..date2 lagi ek.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

ita: huhu..terkenang yang masa kita gi makan roti canai tuh..dorang dok pandang2..huhu..rasa nak congkil jerk mata dorang..

Yasmin Nabilah.. said...

kak min: betul kak.. dorang sumber kekuatan kita..:)

Yasmin Nabilah.. said...

mawar: betul kan..hurm..bila rasa lemah..bila tgk dorang..macam ada energy baru serap kat badan kita.. :)