Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

29 October 2011

'Office ' di rumah....

Wah..kalau office kat rumah kan best..Saya tak terkejar-kejar untuk punch card..Tak kena marah dengan bos..atau saya masuk kerja ikut suka hati saya.. :)

Hurm..dah lama impikan begini..Tapi bila difikirkan agak susah untuk direalisasikan. Mustahil sebenarnya.. Namun kalau usaha tak salah kan...

Ala bukan apa pun, saja nak tunjuk office kecik saya..

Bilik kecil yang asalnya stor barang-barang. Last jadi bilik ILHAM KREATIF saya..(huh..kreatif ke? muahahaha..) - Sila abaikan baju yang bergantungan tuh. Tu bukan baju yang saya jahit ok..Almari semua dah full..Incik Suami komplen palang almari asyik runtuh je dek menahan baju yang banyak.. Dah macam kedai baju pun ada..huhu..Alamak..botol TF pun ada..pasal ada cerita pasal TF kejap lagi.. :)

Meja jahit dan dibawahnya barang-barang kraf saya..Felt yang banyak tu untuk buat cenderahati perkahwinan adik saya.. :) Suka sangat meja nih..Berbaloi-baloi beli khas untuk saya memotong kain.. :) Takdelah sakit pinggang bila memotong kain.. :) -meja bersepah, tengah dok potong kain untuk baju kurung saya sendiri..

Mesin jahit kesayangan saya..huhu..bukan senang tau nak mintak kat Cik Abang belikan mesin nih..Harus digunakan sebaik mungkin.. :)

weeee..cik button saya..penuh.. :) Ni semua stok untuk cenderahati adik..saya suka drawer nih.. :) Owh ya..saya sedang tunggu cik abang belikan drawer seperti ini lagi..Semua dah penuh..Nak cari drawer yang besar sket.. :)

Bilik kerja bersepah, standardlah kan..klu tak bersepah bukan bilik kerja namanya.. Disinilah saya menyibukkan diri dengan kerja-kerja peribadi saya.. :) Saya sukakan semua ini.. :)

Owh lupa, pagi tadi saya menerima satu bungkusan. Dah lama saya nantikan bungkusan ini. Transfer Factor, supplement untuk Nabila.. Harga? Kalau beli banyak dapat lah RM150. Fuhhhhhh semangat!! 60 bijik je dalam botol nih...

Moga kesihatan Nabila terus baik selepas ini. Ramai dah yang suruh saya beli.. Dengan harganya, berfikir panjang saya untuk membelinya. Bila mengenangkan Nabila yang sering sakit sejak kebelakangan ini, saya harus mencubanya. Pejam mata jelah ibu keluarkan duit untuk beli supplement ini. Demi Nabila, saya rela korban segalanya....


26 October 2011

Terima kasih...

Entry khas buat mereka yang banyak menyumbang pelbagai perkara untuk Nabila... :)

Sebenarnya saya teringat kepada beberapa insan yang banyak membantu saya dan Abang dalam membesarkan Nabila. Tak kira dari segi kewangan , peralatan permainan, malahan kata-kata semangat serta doa.

Sesungguhnya di sana masih ada insan yang baik dan masih sudi menerima Nabila seadanya. Saya sangat-sangat berterima kasih pada mereka ini.

Jauh di sudut hati saya, saya terharu dengan pemberian kalian.Walaupun ada yang sudah tidak lagi bertanya khabar, namun dalam hati saya, saya terus sentiasa ingat akan mereka ini. Walaupun pemberian itu kecil nilainya, saya menerimanya dengan seikhlas hati saya. Jujur saya katakan, andai Nabila tahu akan perkara ini, pastinya mulutnya bertanyakan insan-insan mulia yang sudi memberinya pelbagai jua bentuk pemberian ikhlas buatnya.

Doa kami buat mereka, agar kehidupan mereka terus bertambah baik dan dimurahkan rezeki sentiasa. Moga Allah permudahkan jalan mereka sepertimana Allah permudahkan jalan saya untuk Nabila. Terima kasih dari saya dan Nabila untuk semua....

p/s : Moga insan-insan ini membaca entry ini. Sungguh hati saya ingin mengetahui berita terkini perkembangan mereka.......

23 October 2011

Busy like a bee....

Huhu...Adoiyaiii..sebenarnya ada je entry nak masuk dalam blog..Tapi si Ibu agak sibuk, lagi-lagi minggu lepas, Nabila tak sihat. 2 hari ponteng sekolah dan duduk berehat di rumah neneknya...

Plus, ibu sibuk dengan benda-benda ni...

muahaha..cari duit..!!Adik sibuk nak tolong jualkan dekat staf-staf di Tesco.. :)

Itulah gayanya kalau nak belajar buat semua benda..Sapa yang cari pasal kan..hehehe..

Hurm..2 minggu saya cuba belajar buat nih..

1st bunga yang jadi setelah berpuluh-pulh kali mencuba. Belajar sendiri tau..takde cikgu pun..hehehe...

2-3 hari ni, Nabila agak sensitif. Langsung tak mahu saya berjauhan dengannya. Asyik-asyik menangis. Entah apa silap saya , saya tak pasti. Saya cuba berfikir kalau-kalau saya yang buat salah, namun saya tak jumpa... :(

Semalam, saya bawa juga Nabila berjumpa dengan Kak Raw. Atas tiket sudah 2 minggu tak datang dan kes Nabila menangis tak henti-henti nih. Sebelum balut, Kak Raw bacakan doa dan ambil air minuman Nabila yang sudah dibacakan doa, ditepuknya ke kepala Nabila berulang kali. Kata Kak Raw, maybe Nabila nampak 'sesuatu'. Dan maybe juga sakit perut sebab angin dah terlalu banyak masuk ke dalam badan. Huh!! Mana tak banyak angin! Asyik menangis je..Mau tak kembung perut tuh...

Dan malamnya, kami meredah gelap malam pekat ke rumah Kak Raw sekali lagi. Atas tujuan mandi air masjid.  Hurm..dah lama ibu ngan ayah tak kena simbah dengan Acik Raw nih..hehe..sejuk kut, malam-malam kena simbah. Air yang Kak Raw pukul ke badan Nabila,  buat Nabila menahan sakit sampai berdiri sendiri sebab tak tahan sakit..hehe..

Hurm..Ahad..? Apa je nak buat kat rumah. Tapi rasa hari ini memang malas nak kemana-mana. Nak settle kan kerja-kerja rumah. Huhu....


17 October 2011

Nabila demam lagi..Jalan-jalan cari duit...Rezeki..Kata doktor itu..

Salam semua, 4 cerita yang berbeza. Namun semuanya berkisar tentang Nabila.

Nabila demam lagi...

Sudah 3 hari Nabila batuk-batuk. Si kecik ni kalau batuk, memang tak dapat nak keluarkan kahak dia. Saya pulak memang tak reti nak keluarkan kahak dia. Makanya semalam memang dah nampak makin worse keadaannya. Semalam pun, memang awal pagi nak pergi klinik, tapi terlupa pula yang klinik yang selalu kami pergi tu buka pukul 10.00 pagi. Nak tak nak terpaksa balik dan tunggu sampai klinik bukak..Tapi last, kami tuju ke tempat lain. Kemana? Baca cerita selanjutnya..hehe

Jalan-Jalan cari duit...

Hehe..mana ada orang jalan-jalan cari duit. Orang jalan-jalan keluar duit adalah.

Memang pun semalam keluar duit. Tapi bukan untuk diri sendiri. Untuk bisnes. Semalam keluar mencari barang untuk BCC ( Bella Closet & Crafts). Plus, mencari bahan untuk cenderahati adik saya. Tak banyak pun saya beli. Baju kanak-kanak ada la saya sambar dalam 11 helai untuk dijual nanti. Nantikan dalam facebook Bella Closet & Crafts k.. :)

Rezeki...

Kebetulan membeli borong pakaian kanak-kanak, tauke kedai baju tu suka benar pada Nabila. Agaknya bersimpati pada nasib Nabila dan kebetulan juga, arwah adiknya juga merupakan insan istimewa. Diberinya baju dan seluar untuk Nabila. Hehe..memang rezeki murah kamu ni dik. Pergi mana je mesti ada je rezeki untuk kamu. Sebab itu ibu tak pernah rasa sulit menjaga kamu. Allah sentiasa bantu ibu. Alhamdulillah.. :)

Kata doktor itu..

Pulang saja dari membeli barang untuk BCC, saya dan Abang terus membawa Nabila ke klinik. Agak ramai, namun semuanya menanti giliran untuk berjumpa dengan Doktor Aniza. Saya pula tak kisah la mana-mana doktor pun, janji dapat ubat.

Kami berbual dengan doktor yang merawat Nabila. Doktor lelaki berbangsa India, sangat ramah dan sangat bersimpati dengan  kejadian yang menimpa Nabila. Nampak dari sinar matanya saya tahu dia nak saya terus bersemangat demi Nabila. Bermacam saya cerita tentang Nabila, dan nampak riak kesalnya tentang perihal sewaktu Nabila dilahirkan. Dia mahu saya terus c-sear andai saya mengandung selepas ni. Katanya lagi, saya tak sakit, baby juga nanti tak sakit.

Hurm..banyak sangat hal yang berlaku semalam. Letih, gembira, sedih, sayu semuanya bercampur baur. Bila mengenangkan kata-kata doktor semalam, saya bersyukur. kerana Allah masih beri saya kekuatan untuk teruskan hidup bersama Nabila dan Abang....


p/s: Nabila kat opis sekarang ni. Tak gi sekolah. Tak sampai hati pula nak tinggalkan dia kat sekolah dalam keadaan demam. Nak cuti tak boleh, keje banyak..huhukan bagus kalau ibu full time dok umah..kan Nabila?

16 October 2011

Terkenang kisah dulu...

Tadi, saya melihat wajah Baby Sofea, bidadari hati Mazni Sahabudin di dalam pool. Pool nya begini..

Kalau ada yang minat boleh ke website ni.. :) Mambobaby

Comel je baby Sofea dok dalam pool tuh. Putih melepak. Kaki siap gerak-gerak dalam pool. Bijak betul. Sikit pun air mata tak keluar. Kata Mama Mazni, nak test sama ada Sofea boleh main atau tidak dalam pool ni. Hurm..bila tengok Baby Sofea rileks je dalam pool tu . Apa lagi Mama Mazni, beli jgn tak beli..hehehe..

Bila tengok semua ni, saya teringat kisah Nabila. Rasanya saya pernah buat entry tentang kisah Nabila yang takutkan air. Tak ingat pula entry yang mana. Malas nak review!!

Sekarang ni, sejak di IMC, dan every week ada hydrotherapy (kalau hujan kelas hydro dibatalkan..) Nabila dah ok kalau celup dalam air. Kalau dulu, jangan kan kolam renang, dalam bilik air pun macam berperang...hehe.. Menangis takutkan air. Padahal mandi air panas.

Kelas hydrotherapy Nabila setiap hari Selasa. Teringin nak ambil video bila dia berenang. Nak tinggalkan kamera kat teacher dia, tapi kamera adik pakai pulak.huhu.. Pernah tengok video dari kamera Ummi Alisya, seronok pulak tengok Nabila berendam. Nampak macam ok je..hehe..

Dulu pernah ada kolam ni...

Tinggal kenangan jelah kolam nih..dah bocor..huhu

Tapi tengoklah aksi Nabila....

Muka sememeh jer..huhu...

owh..rupanya nak suruh ayah pakai pelampung gak..hahaha!!!

Hurm..sekali jelah guna pool ni..Last nak kemas, bocor pulak..huhu.. tak tau camner nak tampal balik. Bocor sikit je..

Bila tengok Baby Sofea main dalam pool tadi, macam nak beli pulak pool  tu.hehe..Tapi sure kena bebel dengan ayah Nabila kalau nak beli nih.Huhu.... Nasib baik kat school memang dah ada hydrotherapy. Kalau tak, memang dah sambar satu. Tapi kat sekolah, sekolah punya hal la kan.. Ni kat rumah.. apa salahnya..? Ayah Nabila..jom gi Toy's R Us!

Tadi borak-borak dengan mak pun, dia perasan Nabila sekarang mandi dah tak menangis dah. Kalau tak suara dia lah yang dengar menangis kat tingkat 4 tuh. Huh! Kuat kan. Dekat parking pun dah boleh dengar suara Nabila.

Alhamdulillah. Kini Nabila dah tak menangis lagi bila mandi. Berkat doa semua dan usaha tak putus-putus demi Nabila.. :) Syukur.. :)

14 October 2011

Menjual tudung pula....

Hurm..nampak macam saya ni tak duduk diam kan..hehehe..Haritu saya sibuk menjual baju-baju bayi dan hasil-hasil kraf saya di Bella Closet & Crafts . Ok kini saya bersama partner saya, Kak Ida membuka satu lagi perniagaan online iaitu.. Idana Hijab Collections .

So far Alhamdulillah, mendapat sambutan. Saya memang sukakan tudung Annisa yang sememangnya selesa untuk dipakai. Lembut dan sejuk. Jahitannya juga kemas.. :)

Sebenarnya memang saya cuba curi masa untuk berniaga online, walaupun sibuk dengan tgas-tugas harian di pejabat dan juga hal-hal Nabila. Kalau nak diikutkan saya taklah nak dapat untung pun, sebab kerana minat, saya cuba usahakan. Memang dah lama saya ingin lakukan semua ni, cuma dulu memang mahu tumpukan pada Nabila. Sekarang pun masih tumpu pada Nabila, cuma keadaan sekarang sudah agak berbeza dari dulu.. :)

Selain tudung Annisa kami juga menjual Tudung Bawal No. 1 bercorak batik. Kami juga sedang mencari pemborong dan harga boleh runding lagi.. :)

Ni antara tudung yang kami jual.. :) Berminat? Klik pada Idana Hijab Collections ni yek.. :)



12 October 2011

Berdiri lah sayang...

Hurm... 2-3 malam ni lepas mandi, saya mesti berdirikan Nabila di sisi katil. Agak lama juga tak buat aktiviti sebegini. Kat sekolah pun Teacher Sheyla pun  rajin berdiri kan Nabila kat tepi meja..

Memandangkan standing frame dah takde..makanya saya gunakan alternatif ni..Sebab nak rapatkan semula tapak kaki Nabila yang menjengkit (eh betul ke spelling nih?) Hurm..Nabila memang ada masalah tapak kaki menjengkit. Tegang je urat betis kalau pegang. Huhu..


Bila dah pegang punggung, tekan sikit rapat ke bawah, mesti ok..Kemudian..bila Nabila seronok, sure dia jengkit lagi kalau berdiri. 2 hari lepas, saya cuba memegang tangan Nabila. Tak sangka pula badannya nampak tegak bila berdiri. Selalu senget je pinggang tu..Kemudian Nabila senyum-senyum. Agaknya sukalah tu orang berdiri kan dia..

senget je pinggang tuh..huhu..pinggang saya tak kuat lagi ibu...

Moga anak ini terus maju lagi..Amin..Kita cuba sama-sama yek dik.. :) InsyaAllah...

09 October 2011

Nabila bersukan?

Hehehe..memang saya nantikan hari bersejarah semalam. Alhamdulillah, Sejak berada di IMC saya merasakan seronok melihat aktivitinya di situ. Walaupun Nabila belum lagi mampu berjalan hatta bergerak mengesot, namun Nabila tetap diberi peluang merasai nikmat seperti anak yang lain. Akhirnya saya mampu berbicara pada rakan-rakan tentang sukan sekolah anak. Siap buat kat Stadium Bukit Jalil lagi. Huh!! Ibu dulu pun tak berpeluang nak pergi stadium besar-besar untuk sukan.. :) hehe...

Jumaat malam, seawal jam 3 pagi kami tiba di rumah Ita Ummi Alisya . Maaf la ek Ummi, kami lewat. Sampai terseat jalan sebab selalu Ayah Nabila yang bawa kereta. Bila Ibu yang pegang stereng dan kemudian berjalan di malam hitam pekat, agak was-was masuk simpang. Sudahnya 2 kali salah masuk lorong...huwaaaa!!!

Esok paginya kami bergerak bersama dengan 1 kereta saja. Merasa gak la Nabila naik kereta baru Ummi.. :) hehehe.. Best..!! Sampai pun dah lewat. Ingatkan acara dah bermula, Rupanya belum lagi.. :) Nasib baik.. Kalau tak rugilah anak ibu tak dapat masuk acara sukan...

 ~Wajah sebelum bertolak pagi..Nampak maintain je kan.. :) Tak berdebar ke anak-anak ibu nih..hehe..~

 ~wah..trek untuk Nabila lari...ehhhh jappp!! Bukanlah! Tak buat kat outdoor..Nabila punya dalam gym..Indoor..lebih selesa.. :) ~

~Banner majlis sukan..Nampak tak logo IMC.. :)~

Seronok bila melihat anak-anak istimewa bersukan. Yelah, selalu nampak anak yang boleh berjalan je. Namun, inisiatif Mrs. Sunny Pengetua IMC cuba untuk libatkan semua anak-anak walaupun dalam wheelchair memang berjaya. Saya berpuas hati. Even tugas Nabila hanya duduk di dalam stroller dan pegang bendera, at least Nabila dapat gak merasai bersukan. Tapi yang tak bestnya, acara pertama, Nabila boleh bantai tido plak. Kembar nya pun sama si Alisya. Korang pakat tido sama-sama ek..


 princess ibu : yang sorang nak mengamok..yang sorang lagi tido lena..hehe..
(baju besau..saiz kecil semua org dah amik..huhu..jadilah kan..)

Bila acara sukan bermula mak bapak yang berlari ke tepi gelanggang bagi sokongan. tak kira lah anak sendiri ke anak orang ke, janji sokong. Seronok betul semalam. Kemudian nampak pula anak-anak ni menjerit keseronokan sebab berjaya ke garisan penamat. Yang jalan perlahan, yang terpinga-pinga, yang duduk dalam wheel chair semua sertai sukan. Seronok tau. Tak sama perasaan itu kalau tengok anak tipikal yang bersukan.. :) Rasa sebak dan bergenang air mata melihat mereka ini.

~2 gelanggang disediakan bagi memudahkan dan melicinkan perjalanan acara sukan.~

 ~antara hadirin yang hadir~

Owh lupa nak cerita.. Ada 7 centres selain IMC yang participate event ni. Memang meriah. Dapat pula tengok anak-anak dari centre lain. Kira ni antara big event yang dianjurkan oleh IMC. Semua ni atas jasa Abi Alisya, Farid. Thumbs up untuk Farid! Kalau takde Farid sure tak merasa event besar ni punya.. :) Dapat medal gold lagi.. :) berat tau!!

~dari Kiwanis Job Training Centre~

~anak-anak dari IMC.haaaa..nampak Aimy tak? Duduk dalam stroller.. :)

~Ibu dan Ummi sibuk posing dulu..hahaha..~

 ~bacaan ikrar.. :)~

 ~nyanyian lagu Negaraku~

~ Orang kuat majlis sukan ini.. ~

~Anak-anak mendengar taklimat sebelum sukan bermula~

~Keluarga Aiman & Aina turut memberi sokongan buat Nabila dan Alisya..~

~Acara pertama~

~Acara pertama Nabila..nanti bawak bendera ditolak oleh Mei..tapi tengoklah nabila..boleh bantai tido lak..huhu~

~yeay..nabila dah bangun!~

~aktiviti untuk parents pun ada gak...~

~aik, dpt medal pun nanes ke dik?~

Harapnya ada lagi event seperti ini di masa akan datang. Saya suka dengan cara pendekatan yang dilakukan. Tidak memandang rendah keupayaan anak itu biarpun anak itu masih belum mampu untuk lakukan apa jua perkara. Moga Nabila akan terus dapat yang terbaik di IMC nanti . InsyaAllah.. :)

04 October 2011

Dalam hati melonjak-lonjak...

Ya..melonjak-lonjak mahu lakukan itu dan ini pada Nabila...Kerana minggu lepas saya tak punya kesempatan untuk lakukan itu semua...


Namun........

Bila melihatkan dirinya sewaktu saya mengambilnya pulang, Nabila tampak letih. Hanya berdiam diri di dalam car seat sambil tubuhnya tegak memandang depan. Mengapa Nabila? Selalunya tak begitu pun...

Saya rasa tubuhnya. Ok!!  Cuma tiba-tiba....


"Haaaaaaachhhoooooooo!!" (bersin lagi..)-Faham sajalah lepas bersin keluar apa kan.. Alamak si kecik ni selsema ke? Alamak aiiiii!!!!!!!

Saya memang tak mahu Nabila jatuh sakit lagi. Serik dan letih badan ini melayan dirinya yang demam. Takut juga En. S***N datang. TAK MAHU!!!

Lepas diberi makan dan minum, saya berdirikan Nabila sebentar di sisi katil. Lemah saja lututnya untuk berdiri. Sehinggakan saya terpaksa menggunakan tubuh saya untuk menahan Nabila..

Kesian..mungkin dia letih. Dikhabarkan cikgu Nabila tadi, dia ada kelas renangnya. Hurm..bila ada kelas renang hydrotherpy nya..pasti dia balik dalam keadaan keletihan..

Hati mahu lakukan satu lagi aktiviti. Saya pilih yang ringan. Rasanya sudah lama tidak bermain ini..

Saya cuba membantunya untuk memegang. Lembut sekali tangannya mengikut rentak tangan saya untuk menyusun blok-blok tersebut. Lepas tangan kanan, saya tukar tangan kiri. Saya ulang berkali-kali.

Bila lihat dia hilang fokus, saya berhenti. Aduhai dik..Takkan sikit ni je aktivitinya...? Hati saya tak puas namun akal saya menghalang. Nabila penat ibu!!!!

Saya cuba pula untuk dudukkan Nabila. Dan mengajarnya untuk meletakkan tangan di atas lantai sebagai support tubuhnya ketika duduk. Aduhai..walaupun tak merengek, namun saya tahu dia keletihan untuk buat aktiviti yang saya mahu buat. Sudahnya, saya angkat dia untuk tidur. Nabila sudah memejamkan matanya dengan mudah.

Maafkan ibu sayang. Kadang kala hati ibu mahu lakukan semua, dan hampir saja memaksa dirimu. Apakan daya ibu, ibu tak mahu anak ibu ketinggalan. Maaf ibu sayang.....

03 October 2011

Kurang sensitiviti..? Fikir sendiri sudah!!!

Sabtu lepas, saya ke Hari Keluarga Perodua. Hurm..agak menarik juga dan seingat saya sepanjang perkahwinan kami, ini kali kedua saya menyertai Hari Keluarga Perodua.

Banyak acara menarik, namun ada perkara kurang menarik yang ingin saya cerita di sini. Bukanlah nak menyalahkan pihak pengurusan, namun saya lebih fokuskan kepada orang ramai yang datang menghadiri hari keluarga tersebut.

Kalau nak di ikutkan kaedah untuk ke Hari Keluarga tersebut ( majlis nya dalam kilang Perodua..), semua keluarga perlu menaiki bas yang disediakan oleh syarikat. Dan majlis tersebut bertumpu di padang bola (kata abang la tu padang bola..). Yang menjadi masalahnya, orang keliling yang agaknya kurang rasa sensitiviti pada mereka yang membawa anak kecil dan sebagainya. Yang saya geramkan, orang-orang muda gagah perkasa, boleh tolak dan menghalang saya untuk naik bas sedangkan sepatutnya mereka dahulukan pada mereka yang membawa anak kecil.

Saya jadi geram. Kebetulan waktu saya pergi adalah waktu puncak. Encik suami juga turut terkena tempias bila tubuhnya ditolak ke tepi ketika dia cuba mengangkat stroller untuk naik. Geram bukan. Memang takde akal. Namun, saya diamkan saja di dalam hati. Nabila pula hampir terlepas dari pegangan saya. Saya peluk Nabila erat!

Dalam bas pulak hal lain. Memang saya rasa orang Malaysia ni dah kurang rasa sensitiviti hal-hal begini. Sudah lah penuh, kena berdiri pula. Itupun saya terpaksa duduk di sebelah suami orang. Si isterinya tertinggal di belakang. Kononya si suami mahu 'cop' la tempat untuk isteri. Bila ada orang lain pelawa duduk pada saya, si suami tu tak boleh nak kata apalah. Sebab saya pegang Nabila.

Naik pula anak si suami orang tu..sibuk merengek kat ibunya nak duduk. Saya pula yang rasa serba salah. Yelah, ayahnya 'cop' tempat duduk untuk anak dan bininya duduk. tapi tengok saya duduk, anak dia dah dok jeling semacam je kat saya dan Nabila. Saya pula memang langsung tak selesa kut. Hati saya bernada geram. Kenapa? Sebab 'mangkuk' 3 ekor yang duduk depan saya mudah gagah perkasa, boleh selamba duduk tanpa fikir orang yang ada anak kecil. Serasa saya, mahu je jerit satu bas, suruh dorang turun..huhu..Namun apakan daya saya... :(

Agaknyalah kan, kalau Nabila besar dan kebetulan ketika itu dia belum boleh berjalan, saya terpaksa dukung macam tu, rasa-rasa ada tak orang nak bagi saya duduk? Mesti orang akan pandang pelik kan. Entahlah. Bukan nak mengadu nasib cuma saya mahu sedarkan semua orang bahawa bukan mudah seorang ibu mendukung anak, lebih-lebih lagi anak istimewa. Mujur Nabila diam dalam bas, kalau tidak entahlah...

Pernah dulu, saya mengandungkan Nabila, menaiki train dari Sentul ke stesen Sultan Ismail. Waktu itu memang saya dah sarat. Berjalan pelahan dengan harapan ada tempat duduk untuk menghilangkan lelah setelah penat memandu dari Rawang ke Sentul. Namun, hampa. Tiada orang yang sudi bangun dan beri tempat duduk pada saya. Malah semuanya buat tak reti je. Rasa sendu dalam hati saya ketika itu. Namun itupun selang 2-3 minit tercari-cari tempat duduk, barulah ada perempuan bangun. Itupun bukan nak bagi saya tempat duduk. Sebab dia nak turun. Sedih bukan?

Saya bukanlah kemaruk mahukan semua ini, namun ada saat dan ketikanya saya rasa saya perlu didahulukan. Serasa saya, jika saya ternampak insiden yang sama berlaku pada orang lain, sudah pasti saya orang pertama yang akan bangun dan berikan tempat duduk saya, biarpun saya letih ketika itu. Kerana saya pernah alami apa yang orang itu rasa. Perasaaanya pasti sama seperti saya.Hanya mereka yang mengalami saja yang tahu perasaan itu..

p/s : sebab tu saya dah tak suka naik pengangkutan awam. Saya lebih rela drive jauh-jauh dari naik pengangkutan awam atau apa saja yang membabitkan orang ramai..huhu...


01 October 2011

Gedangsa lagi

Alhamdulillah..Masih diberi kesempatan untuk membawa Nabila menjalani rawatan bersama Kak Raw pagi tadi. Dan sempat berjumpa dengan Kak Jue Mama Aiman  . Memang sudah berhasrat untuk berjumpa dengan Aiman. Comel je wajah Aiman..Putih mulus...Kebetulan saya sampai, Aiman pun sudah berbalut.

 ~kredit pic to Kak Jue..(kak pinjam gambo ni jap..hehehe)~

Alhamdulillah, Nabila dapat rawatan baru hari ini. Sudah bertahun lamanya ke Kak Raw, akhirnya kami berpeluang mencuba sesuatu yang baru..Apa dia.. ?

~Nabila diberi oksigen selepas melakukan tolak tulang~

Sebenarnya Nabila perlu ulang step tolak tulang semula.  Ya, dulu kami hampir saja menamatkan step-step yang ada. Namun bila terputus di tengah jalan..hehe..Faham-faham sajalah..berubat tak Habis.. So kenalah mula sekali lagi. Cuma dulu, mana ada sedut-sedut gas ni. Alhamdulillah,moga ianya mendapat manfaat untuk anak-anak di sana..

~tong gas oksigen~

Kalau nak diikutkan, Nabila rasanya belum boleh tolak tulang tadi. Tapi tadi, kata Kak Raw, Nabila memang lekas baik. So cepat pulak Nabila dah mula step tolak tulang. Saya kira tadi maybe Nabila akan kena 2-3 minggu lagi baru boleh tulang tulang. Alhamdulillah. Ibu tahu Nabila mesti boleh.. :) 

Moga niat untuk terus berubat Nabila dengan kak Raw akan kekal .. InsyaAllah.. :)