Ya..melonjak-lonjak mahu lakukan itu dan ini pada Nabila...Kerana minggu lepas saya tak punya kesempatan untuk lakukan itu semua...
Namun........
Bila melihatkan dirinya sewaktu saya mengambilnya pulang, Nabila tampak letih. Hanya berdiam diri di dalam car seat sambil tubuhnya tegak memandang depan. Mengapa Nabila? Selalunya tak begitu pun...
Saya rasa tubuhnya. Ok!! Cuma tiba-tiba....
"Haaaaaaachhhoooooooo!!" (bersin lagi..)-Faham sajalah lepas bersin keluar apa kan.. Alamak si kecik ni selsema ke? Alamak aiiiii!!!!!!!
Saya memang tak mahu Nabila jatuh sakit lagi. Serik dan letih badan ini melayan dirinya yang demam. Takut juga En. S***N datang. TAK MAHU!!!
Lepas diberi makan dan minum, saya berdirikan Nabila sebentar di sisi katil. Lemah saja lututnya untuk berdiri. Sehinggakan saya terpaksa menggunakan tubuh saya untuk menahan Nabila..
Kesian..mungkin dia letih. Dikhabarkan cikgu Nabila tadi, dia ada kelas renangnya. Hurm..bila ada kelas renang hydrotherpy nya..pasti dia balik dalam keadaan keletihan..
Hati mahu lakukan satu lagi aktiviti. Saya pilih yang ringan. Rasanya sudah lama tidak bermain ini..
Saya cuba membantunya untuk memegang. Lembut sekali tangannya mengikut rentak tangan saya untuk menyusun blok-blok tersebut. Lepas tangan kanan, saya tukar tangan kiri. Saya ulang berkali-kali.
Bila lihat dia hilang fokus, saya berhenti. Aduhai dik..Takkan sikit ni je aktivitinya...? Hati saya tak puas namun akal saya menghalang. Nabila penat ibu!!!!
Saya cuba pula untuk dudukkan Nabila. Dan mengajarnya untuk meletakkan tangan di atas lantai sebagai support tubuhnya ketika duduk. Aduhai..walaupun tak merengek, namun saya tahu dia keletihan untuk buat aktiviti yang saya mahu buat. Sudahnya, saya angkat dia untuk tidur. Nabila sudah memejamkan matanya dengan mudah.
Maafkan ibu sayang. Kadang kala hati ibu mahu lakukan semua, dan hampir saja memaksa dirimu. Apakan daya ibu, ibu tak mahu anak ibu ketinggalan. Maaf ibu sayang.....
1 comment:
Aimy pun dah kurang masa nak belajar² di rumah. Selalu awal bismillah dah ngamok dan tidur. Kadang jer bertahan sampai jam 9mlm. Tambah kalau ada swimming tu.. lagi la dia ngaruk keletihan. Kiranya Nabila bagus tak amok keletihan.. diam & cool jer dia hihihi..good girl nabila ;)
Post a Comment