Salam semua, 4 cerita yang berbeza. Namun semuanya berkisar tentang Nabila.
Nabila demam lagi...
Sudah 3 hari Nabila batuk-batuk. Si kecik ni kalau batuk, memang tak dapat nak keluarkan kahak dia. Saya pulak memang tak reti nak keluarkan kahak dia. Makanya semalam memang dah nampak makin worse keadaannya. Semalam pun, memang awal pagi nak pergi klinik, tapi terlupa pula yang klinik yang selalu kami pergi tu buka pukul 10.00 pagi. Nak tak nak terpaksa balik dan tunggu sampai klinik bukak..Tapi last, kami tuju ke tempat lain. Kemana? Baca cerita selanjutnya..hehe
Jalan-Jalan cari duit...
Hehe..mana ada orang jalan-jalan cari duit. Orang jalan-jalan keluar duit adalah.
Memang pun semalam keluar duit. Tapi bukan untuk diri sendiri. Untuk bisnes. Semalam keluar mencari barang untuk BCC ( Bella Closet & Crafts). Plus, mencari bahan untuk cenderahati adik saya. Tak banyak pun saya beli. Baju kanak-kanak ada la saya sambar dalam 11 helai untuk dijual nanti. Nantikan dalam facebook Bella Closet & Crafts k.. :)
Rezeki...
Kebetulan membeli borong pakaian kanak-kanak, tauke kedai baju tu suka benar pada Nabila. Agaknya bersimpati pada nasib Nabila dan kebetulan juga, arwah adiknya juga merupakan insan istimewa. Diberinya baju dan seluar untuk Nabila. Hehe..memang rezeki murah kamu ni dik. Pergi mana je mesti ada je rezeki untuk kamu. Sebab itu ibu tak pernah rasa sulit menjaga kamu. Allah sentiasa bantu ibu. Alhamdulillah.. :)
Kata doktor itu..
Pulang saja dari membeli barang untuk BCC, saya dan Abang terus membawa Nabila ke klinik. Agak ramai, namun semuanya menanti giliran untuk berjumpa dengan Doktor Aniza. Saya pula tak kisah la mana-mana doktor pun, janji dapat ubat.
Kami berbual dengan doktor yang merawat Nabila. Doktor lelaki berbangsa India, sangat ramah dan sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Nabila. Nampak dari sinar matanya saya tahu dia nak saya terus bersemangat demi Nabila. Bermacam saya cerita tentang Nabila, dan nampak riak kesalnya tentang perihal sewaktu Nabila dilahirkan. Dia mahu saya terus c-sear andai saya mengandung selepas ni. Katanya lagi, saya tak sakit, baby juga nanti tak sakit.
Hurm..banyak sangat hal yang berlaku semalam. Letih, gembira, sedih, sayu semuanya bercampur baur. Bila mengenangkan kata-kata doktor semalam, saya bersyukur. kerana Allah masih beri saya kekuatan untuk teruskan hidup bersama Nabila dan Abang....
p/s: Nabila kat opis sekarang ni. Tak gi sekolah. Tak sampai hati pula nak tinggalkan dia kat sekolah dalam keadaan demam. Nak cuti tak boleh, keje banyak..huhukan bagus kalau ibu full time dok umah..kan Nabila?
1 comment:
tak nangis ke nabila ikut ibu gi ofis?get well soon ye nabila
Post a Comment