Sabtu lepas, saya ke Hari Keluarga Perodua. Hurm..agak menarik juga dan seingat saya sepanjang perkahwinan kami, ini kali kedua saya menyertai Hari Keluarga Perodua.
Banyak acara menarik, namun ada perkara kurang menarik yang ingin saya cerita di sini. Bukanlah nak menyalahkan pihak pengurusan, namun saya lebih fokuskan kepada orang ramai yang datang menghadiri hari keluarga tersebut.
Kalau nak di ikutkan kaedah untuk ke Hari Keluarga tersebut ( majlis nya dalam kilang Perodua..), semua keluarga perlu menaiki bas yang disediakan oleh syarikat. Dan majlis tersebut bertumpu di padang bola (kata abang la tu padang bola..). Yang menjadi masalahnya, orang keliling yang agaknya kurang rasa sensitiviti pada mereka yang membawa anak kecil dan sebagainya. Yang saya geramkan, orang-orang muda gagah perkasa, boleh tolak dan menghalang saya untuk naik bas sedangkan sepatutnya mereka dahulukan pada mereka yang membawa anak kecil.
Saya jadi geram. Kebetulan waktu saya pergi adalah waktu puncak. Encik suami juga turut terkena tempias bila tubuhnya ditolak ke tepi ketika dia cuba mengangkat stroller untuk naik. Geram bukan. Memang takde akal. Namun, saya diamkan saja di dalam hati. Nabila pula hampir terlepas dari pegangan saya. Saya peluk Nabila erat!
Dalam bas pulak hal lain. Memang saya rasa orang Malaysia ni dah kurang rasa sensitiviti hal-hal begini. Sudah lah penuh, kena berdiri pula. Itupun saya terpaksa duduk di sebelah suami orang. Si isterinya tertinggal di belakang. Kononya si suami mahu 'cop' la tempat untuk isteri. Bila ada orang lain pelawa duduk pada saya, si suami tu tak boleh nak kata apalah. Sebab saya pegang Nabila.
Naik pula anak si suami orang tu..sibuk merengek kat ibunya nak duduk. Saya pula yang rasa serba salah. Yelah, ayahnya 'cop' tempat duduk untuk anak dan bininya duduk. tapi tengok saya duduk, anak dia dah dok jeling semacam je kat saya dan Nabila. Saya pula memang langsung tak selesa kut. Hati saya bernada geram. Kenapa? Sebab 'mangkuk' 3 ekor yang duduk depan saya mudah gagah perkasa, boleh selamba duduk tanpa fikir orang yang ada anak kecil. Serasa saya, mahu je jerit satu bas, suruh dorang turun..huhu..Namun apakan daya saya... :(
Agaknyalah kan, kalau Nabila besar dan kebetulan ketika itu dia belum boleh berjalan, saya terpaksa dukung macam tu, rasa-rasa ada tak orang nak bagi saya duduk? Mesti orang akan pandang pelik kan. Entahlah. Bukan nak mengadu nasib cuma saya mahu sedarkan semua orang bahawa bukan mudah seorang ibu mendukung anak, lebih-lebih lagi anak istimewa. Mujur Nabila diam dalam bas, kalau tidak entahlah...
Pernah dulu, saya mengandungkan Nabila, menaiki train dari Sentul ke stesen Sultan Ismail. Waktu itu memang saya dah sarat. Berjalan pelahan dengan harapan ada tempat duduk untuk menghilangkan lelah setelah penat memandu dari Rawang ke Sentul. Namun, hampa. Tiada orang yang sudi bangun dan beri tempat duduk pada saya. Malah semuanya buat tak reti je. Rasa sendu dalam hati saya ketika itu. Namun itupun selang 2-3 minit tercari-cari tempat duduk, barulah ada perempuan bangun. Itupun bukan nak bagi saya tempat duduk. Sebab dia nak turun. Sedih bukan?
Saya bukanlah kemaruk mahukan semua ini, namun ada saat dan ketikanya saya rasa saya perlu didahulukan. Serasa saya, jika saya ternampak insiden yang sama berlaku pada orang lain, sudah pasti saya orang pertama yang akan bangun dan berikan tempat duduk saya, biarpun saya letih ketika itu. Kerana saya pernah alami apa yang orang itu rasa. Perasaaanya pasti sama seperti saya.Hanya mereka yang mengalami saja yang tahu perasaan itu..
p/s : sebab tu saya dah tak suka naik pengangkutan awam. Saya lebih rela drive jauh-jauh dari naik pengangkutan awam atau apa saja yang membabitkan orang ramai..huhu...
2 comments:
Betol la Na =( opismate + adik aku yg hari2 naik turun train pon cerita camni gak. memasing buat muka xde perasaan bila tgk pompuan mengandung / ada anak / tua berdiri. smp ati dowang..isk
suami akak kje perodua rupenye..kwn sy ade cite bnd yg same kt sy,die pun pegi family day perodua baru2 nih..tu lah risikonye naik pengangkutan awam..rase geram sgt2.sy dlu selalu jugak naik bas kalau nak ke bndr,sbb x yakin nk drive.tp tanam tekad tak nak naik bas dah
Post a Comment