Jumaat malam, seawal jam 3 pagi kami tiba di rumah Ita Ummi Alisya . Maaf la ek Ummi, kami lewat. Sampai terseat jalan sebab selalu Ayah Nabila yang bawa kereta. Bila Ibu yang pegang stereng dan kemudian berjalan di malam hitam pekat, agak was-was masuk simpang. Sudahnya 2 kali salah masuk lorong...huwaaaa!!!
Esok paginya kami bergerak bersama dengan 1 kereta saja. Merasa gak la Nabila naik kereta baru Ummi.. :) hehehe.. Best..!! Sampai pun dah lewat. Ingatkan acara dah bermula, Rupanya belum lagi.. :) Nasib baik.. Kalau tak rugilah anak ibu tak dapat masuk acara sukan...
~Wajah sebelum bertolak pagi..Nampak maintain je kan.. :) Tak berdebar ke anak-anak ibu nih..hehe..~
~wah..trek untuk Nabila lari...ehhhh jappp!! Bukanlah! Tak buat kat outdoor..Nabila punya dalam gym..Indoor..lebih selesa.. :) ~
~Banner majlis sukan..Nampak tak logo IMC.. :)~
princess ibu : yang sorang nak mengamok..yang sorang lagi tido lena..hehe..
(baju besau..saiz kecil semua org dah amik..huhu..jadilah kan..)
Bila acara sukan bermula mak bapak yang berlari ke tepi gelanggang bagi sokongan. tak kira lah anak sendiri ke anak orang ke, janji sokong. Seronok betul semalam. Kemudian nampak pula anak-anak ni menjerit keseronokan sebab berjaya ke garisan penamat. Yang jalan perlahan, yang terpinga-pinga, yang duduk dalam wheel chair semua sertai sukan. Seronok tau. Tak sama perasaan itu kalau tengok anak tipikal yang bersukan.. :) Rasa sebak dan bergenang air mata melihat mereka ini.
~2 gelanggang disediakan bagi memudahkan dan melicinkan perjalanan acara sukan.~
~antara hadirin yang hadir~
Owh lupa nak cerita.. Ada 7 centres selain IMC yang participate event ni. Memang meriah. Dapat pula tengok anak-anak dari centre lain. Kira ni antara big event yang dianjurkan oleh IMC. Semua ni atas jasa Abi Alisya, Farid. Thumbs up untuk Farid! Kalau takde Farid sure tak merasa event besar ni punya.. :) Dapat medal gold lagi.. :) berat tau!!
~dari Kiwanis Job Training Centre~
~anak-anak dari IMC.haaaa..nampak Aimy tak? Duduk dalam stroller.. :)
~Ibu dan Ummi sibuk posing dulu..hahaha..~
~bacaan ikrar.. :)~
~nyanyian lagu Negaraku~
~ Orang kuat majlis sukan ini.. ~
~Anak-anak mendengar taklimat sebelum sukan bermula~
~Keluarga Aiman & Aina turut memberi sokongan buat Nabila dan Alisya..~
~Acara pertama~
~Acara pertama Nabila..nanti bawak bendera ditolak oleh Mei..tapi tengoklah nabila..boleh bantai tido lak..huhu~
~yeay..nabila dah bangun!~
~aktiviti untuk parents pun ada gak...~
~aik, dpt medal pun nanes ke dik?~
Harapnya ada lagi event seperti ini di masa akan datang. Saya suka dengan cara pendekatan yang dilakukan. Tidak memandang rendah keupayaan anak itu biarpun anak itu masih belum mampu untuk lakukan apa jua perkara. Moga Nabila akan terus dapat yang terbaik di IMC nanti . InsyaAllah.. :)
10 comments:
Cayalah Nabila dpt Medal.. ;)))))))))
tumpang seronok dan gembira bila melihatnya...go nabila go
bestnye nabila dpt medal lg..siannye baju besar tp xpe,semangat2x..seronoknye tgk picas,meriah
bestnya tgk event ni...support 100% utk diteruskan...cayalah nabila!!
bestnya tgk event ni...support 100% utk diteruskan...cayalah nabila!!
Bestnya nabila n alisya.. mmg kembar yg tak dapat dipisahkan.. tumpang gembira tgk event kembar ni..hehehehe tabik spring tuk nabila n alisya....
uhuhuhu jangan awak sebak, akak yg baca, dan tengok gambar2 ni pun sebak.. ada satu perasaan menerjah jiwa... rasa insaf, bersyukur semua ada..
Insaf, sebab terasa diri ni tak hebat mana pun hebat dan kuat lagi anak-anak istemewa ni..
syukur kerana ada insan-insan yang sentiasa berusaha dan berbakti kepada orang lain.
thanks ina for the entry
mama tumpang gembira tgk nabila happy dng event nie...wah nabila dpt madal la besar nye...thn dpn xmau tido ye sayang...(",)
Wahhh..seronoknya tgk.Nabila dapat medal gold lagi yeh.TAHNIAH.
Alhamdulillah...
Pilihan Yang Bijak...
Semoga Nabila akan terus 'membangun' dlam kehidupan....
Insyaallah..
Amin
Post a Comment