BESDAY ABG....
Entry lepas aku ada sebut tentang besday abg.. Dan malam itu..aku keluar dengan abg..tanpa membawa Nabila. Cadangnya nak mencari gula..konon-kononnya..hehe..tapi almaklumlah..memang agak teruk jugak krisis gula kali ini..Tak jumpe gula..kami ke Pizza Hut di Wangsa Maju..berdekatan dengan Carrefour Wangsa Maju.Cadangnya..hanya makan-makan biasa sahaja.Tapi sebelum tu aku lupa nak cerita..yang kami keluar menaiki motor sahaja.Saja nak rasa romantik dengan abg..hehehe..Tapi takde makne jugak romantiknya..Motor ayah semput..motor tua..hehe..stail lembap giler..huhu..
Dan tiba di Pizza..kami order ini..
huh..kenyang giler..tak hengat dunia... :)
Dan kebetulan tiba-tiba..staff kat Pizza tu pasang lagu birthday..Kitaorg terkejut lah..nak tau gak sapa punya besday sama ngan abg..abis semua customer pandang-pandang..mcm kitaorg gak..tercari-cari sapa punya besday..hehe..dan lastnyer aku ckp..
"Abg..abg anggap je la lagu ni untuk abg..hehehe.."
Abg dok senyum senyum..aku pulak dah tak boleh nak teruskan makan..sebab rasa cam kelakar je..tergelak-gelak aku bila dengar lagu besday ni..diulang berkali-kali pulak tu dalam versi B.M dan B.I..hehe..Dan yang pasti sampai kitaorg bayar bil pun ..masih jugak tak tau sapa punye besday sebenarnya.. :)
POTONG RAMBUT
Petang Jumaat, Aku dan adik aku, Yazid..mengerjakan rambut Nabila. Last potong aritu kat cheeky monkey. Dan rasanya..sama sahaja jika aku potong di rumah. Geram melihat rambut Nabila yang mula membusut dan mengembang..aku menyuruh Yazid mengambil gunting yang bergerigi..untuk menipiskan rambut. Nabila ni kalau diikutkan memang tak sesuai potong rambut pendek. Sebab akan menampakkan kepalanya yang kecil. Tapi apakan daya..ibu dia dah naik rimas tgk rambut dia..maka kami berdua mula melakukan operasi tersebut sebelum Nabila mandi petang.
Aku dudukkan Nabila di Bumbonya sebab senang sket nak control. Mulanya dia diam sahaja..Tapi sekejap je. Nabila ni pantang orang pegang kepala dia..mulalah terpekik-pekik..huhu..Kami hanya menggunting bahagian depan yang semakin mencucuk mata Nabila..dan bahagian belakang yang semakin kerinting. Nasib baik lah adik aku nih pandai juga dia menggunting..hurmm..nampak senget sket..tapi jadilah..dari kembang jer rambut tu. Aku rasa pun Nabila juga rimas dengan rambutnya..huhu
*auntie..comel tak saya? :)
PROJEK SELESAI..
Apa yang selesai? hurmm..benda ni lah..
Dan kata atuknya..benda ni akan diubahsuai lagi..kata nak letak besi untuk lekatkan belt itu..supaya nampak teguh..dan semalam dah tunjuk kat Kak Raw.. dia kata boleh berdiri..tapi jangan lama..letak dalam 10 minit je. Dan kak Raw tak kisah klu aku tak buat pun benda ni..dia lebih prefer klu aku slalu golek2 kan Nabila..cam buat golek balak..hurmm..dulu buat..skrg nih dah jarang..kena buat balik.. :)Apapun..harap ia berguna nanti..kalau sesapa nak dtg umah mak..nak guna papan ni..silalah..leh gak jumpe2 bloggers yang lain.. :)
GEDANGSA
Semalam aku ke Gedangsa lagi..Tidak keseorangan..tetapi bersama sorang yang amat istimewa..Selalu wajahnya aku lihat di dalam blog sahaja..Tapi kali ini..aku dapat melihat secara live..sapa tuh..?jeng..jeng..jeng..berikan tepukan buat Idris bersama Put dan Abahnya. :)
Sebenarnya dah lama dah Put bercadang untuk membawa Idris ke Gedangsa. Disebabkan Put baru sahaja berpindah..dan banyak urusan yang perlu diselesaikan..dia terpaksa menunda keinginan untuk membawa Idris ke Pusat Rawatan Kak Raw. Dan kebetulan juga..Ummi Nabila..Ita dan Sarra juga ada sekali. Seronok dapat berjumpa sesama rakan blog yang lain..
Melihatkan Idris..aku sangat teruja melihat pergerakannya yang aktif. Aku juga mahukan Nabila seperti Idris..suka bergolek-golek..dan aktif..Dan wajahnya sangat mulus..Handsome tau..geram je aku tengok..bleh buat menantu :)
Aku dapat rasakan semalam masa berlalu agak lama. Entah kenapa padahal ketika itu tak ramai pun yang datang. Kasihan melihat Idris yang kepanasan di rumah Kak Raw..sehinggakan Put dan suaminya terpaksa membawa Idris ke masjid dan duduk di dalam kereta. Aku sendiri pun terasa bahangnya duduk di rumah Kak Raw.. Dan juga bahang dalam hati ..hehe..
Cuma ada insiden yang kurang enak berlaku semasa rawatan Kak Raw berlangsung. Aku hanya mendiamkan diri dan berfikiran positif..walaupun pada masa yang sama terpaksa menahan hati untuk marah. Buat Put dan Ita..Ina minta maaf..klu muka Ina time tu kelat mcm cuka..hahaha!geram kan kita tgk..huhu..
Dan berharap..kami bertiga dapat teruskan lagi rawatan. Nabila pula..menangis sepanjang jalan. Tak tahan rasanya melihat tangisannya Namun memikirkan penat lelah aku menunggu giliran..apa salah klu aku kuatkan semangat sedikit..semuanya untuk Nabila juga kan.. :)
Dan terapi Nabila berakhir jam 6.30 petang..selesai bandage dibuka..beri nabila makan..dan mandikan..lega rasanya bila bandage itu dibuka. Alhamdulillah..berkat sabar..Nabila dapat juga complete kan terapinya selama 4 jam..satu pencapaian yang baik..hehehe.
9 comments:
Apapun kita buat kesabaran itu penting.Akak pun rasa masa bawa alia berubat dulu...Rawatannya kejap je tapi nak menunggu tu..sabarjelah..
Oklah tu rambut nabila..makin tembam je nampak
Ina,
Terima kasih banyak-banyak sebab menunggu kami yang begitu lama :P Berjalan dengan anak kecil susah nak diramalkan.
Idris hari tu pun steady je nak completekan 4 jam kena wrap. Sepanjang dalam kereta dia bantai tido. Heheheh.
Next week rasa macam nak pergi lagi sebab nampak macam ada perkembangan je semalam yang Put rasa dia improve banyak.
Nanti baca blog eks (ntah bila la sempat nak berblogging ni) :P
Ini N3 all in 1 ni! hihihi...puas aku baca..tp kes mkn kt piza hut tu kelakar gak wei..kihkih..
dah siap dah yg atuk nabila buat tu..emmm tak tau nak pggl aper..
letak kat situ nabila nangis tak ina..mcm ok jea ena tgk nabila berdiri tu
Semoga nabila cpt sembuh.... N lya doakan nabila makin aktif, sihat n sntiasa menunjukkan pkembangan y positif.. okehhh,,,love u nabila.
nabila ni kalau senyum comel sgt. cute.. suka tgk.
ibuayu : menunggu tu ina tak kisah lagi..ni kes org potong Q ni yang buat panas hati nih..huhu..tak patut betul..
Comey ke..ni main potong je ibuayu..hehe..mana dan je nih.. :)
Put : Bagus la Idris..hehe..agaknya sedap kot badan dia kena wrap camtu..Klau camtu leh la pegi lagi..kesan balut tu sebenarnya datang dari kesan kat kepala.Oksigen dia dah sampai otak la tu..bagus2..leh cuba lagi :)
Ai : puas yek..hehe..jenuh jugak nak siapkan entry nih..haha..panjang bebenor..mmg kelakar pun..rasa mcm akan ingat sampai bebila la!
zh-ena : tak nangis pulak.tapi tak leh lelama la..hehe..ina namakan dia standing frame..senang..hurm..jenuh gak atuk dia nak siakan..almaklumlah..Quality inspektor nya cerewets sgt..me!
lyafrina : "Luv u too auntie" . Nabila hugs n kiss auntie.. :)
ratna : hehe..mahal tu senyum..susah nak senyum cam ibu dia jugak..hehe.. :)
kak....lya rase sedih tgk nabila... keperitan yg terpaksa nabila lalui utk teruskan hidup... Kesakitan @ ketidakselesaan semasa melakukan treatment..Lya xtau nk kate ape,,tp mudah2han suatu hari nanti nabila mampu utk berdiri sndiri... Lya pasti nabila akan berjaya suatu ari nanti...LOVE u FOREVER NABILA...
Wah.. Pandai la atuk wat standing frame tu.. Bila la agaknya nak bawak Irfan test benda tu..Dan satu lagi..nak bawak Irfan ke Gedangsa la.. Hari apa yang boleh datang ye? Ada hari yg tertentu kan? Sebab kalau nak gi kena set satu hari yg sesuai.. Almaklum la ibu Irfan keje shif.. Apa yg diperlukan masa rawatan tu? Tengah excited nih.. And than last sekali Nabila tetap kiut walau cam maner pun rambut nyer di potong.. Betoi..
Post a Comment