Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 July 2011

Nabila berfesyen baru lagi...

Tak sempat nak amik gambar.. Tapi kalau tengok sure kesian kat Nabila..huhu..

Semalam Nabila tidak ke sekolah. Gara-gara demam dan ibu yang tak nampak jalan (spek tertinggal kat PNM..tak boleh nak drive malam dan subuh) makanya semalam adalah hari Nabila bersama neneknya.

Alhamdulillah, pagi ini nampak Nabila kembali sihat. Itupun berulang kali makan ubat dan selsemanya sudah nampak kurang berbanding kelmarin.

Semalam, kata mak dia geram tengok rambut Nabila. Nampak sudah mengembang sedikit. Tak silap saya, saya baru sahaja memotong sedikit rambutnya pada bulan lepas. Dan cepat benar rambut itu tumbuh kembali..

Zaassssssss... habis rambut Nabila dikerjakan neneknya. Hurm..kalau betul potongnya takpe..ni habis senget benget dikerjakan mak saya. Bila saya balik saja, habis tengok belakang rambutnya senget. Dan nampak ada yang panjang dan ada yang pendek. Aduhai..kesiannya si kecil ni. Kalau Nabila boleh cakap..sure dia kata.. "Nenek tak cantiklah!!"

Adoii..hilang kecomelan Nabila. Dan sudahnya, saya terus menyuruh adik lelaki saya membeli gunting rambut (yang khas untuk menipiskan rambut) di kedai. Dan jam 8 malam, rambut Nabila dikerjakan lagi oleh saya dan adik lelaki saya.

Takpelah..Nak buat camner. Habis semalam nenek Nabila kena bebel dengan saya semalam. Kata saya, mak yang tak sabar-sabar. Tunggulah anak-anak balik rumah dulu, baru potong. Huhu..Tapi biasalah mak saya. Sure pertahankan dirinya..hehe..Katanya cucunya panas. Nak tunggu saya, entah bilalah dapat potong. Sibuk je memanjang.. :(

p/s : bercakap tentang sibuk..ya, saya memang tengah sangat-sangat sibuk sekarang ni. Saya mahu cepat-cepat selesaikan kelas menjahit saya. Barang-barang kraf hasil tangan saya pun belum dapat buat stok baru. Ada 2 tempahan menanti ni. Nak kejar jahit baju kurung mak dan adik yang sibuk dah suruh saya jahit. Ini pun dah start jual baju-baju baby..hurm..rasa tak menang tangan pulak. Ni ada rasa nak hired assistant la..huhu..

3 comments:

Mayyonnizz said...

hihi..nak jadi asistant boleh..gaji nak 3k seminggu hahah :P

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..rezeki nabila murah nak raya nih.Hihihi..Ibu ina, nak tempah baju gak boleh tak?
Ina, tepeklah pic gaya baru nabila.Sure nampak makin cute dengan rambut baru.Lamanya xjumpa dia.

Tika said...

ha camne jadi rambut nabila tu? hahahaha.. Jgn marah mak, niat suci dia nak tolong tu kikiki. Dah tu dah jadi GI Jane ke Nabila?? Sure cute ! haha.. Takpe laa.. sesekali kasi Nabila ringan kepala hehe.

Eh Aimy pun demam tau petang rabu tu.. panas sangat badannya. Nasib khamis dah berkurang walau masih demam. Petang dah turun dah suhu walau masih dedar². Hari ni alhamdulillah nampak ok. Cuma selsema kadang dah takde.. kadang cam selsema balik. Ntah allergic ke apa tak tau laa.. sinus ke? haha