13 August 2010

Down

Terasa berat benar kepala hari ini. Sungguh sakit dan berdenyut-denyut tatkala jari ini menaip sesuatu untuk diluahkan di dalam blog ini.

Tadi, aku ke Hospital Sg. Buloh lagi. Nabila ada temujanji dengan physiotherapist nya. Dan kali ini therapist bertukar lagi. Puan Syu, melihatkannya aku fikir dia seorang yang tegas dan serius. Pada mulanya aku ingatkan Puan Siti yang akan 'mengadun' Nabila. Rupanya salah. Dan aku menunggu di ruang gym peadiatrik. Menanti kemunculan therapist baru.

Puan Syu pada mulanya melayan seorang lagi anak yang baru saja menjalani pembedahan di bahagian lututnya. Kata ibunya, anaknya punya masalah untuk berjalan. Masalah di bahagian urat. Terjerit-jerit juga anak itu menahan kesakitan. Sayu pula aku melihatkan anak yang berumur 9 tahun itu menjerit meminta tolong pada ibunya. Mungkin terlalu sakit baginya. Namun Puan Syu masih meneruskan aktiviti straching malah menekan lebih kuat bila anak itu semakin kuat tangisnya.

Kasihan, namun jika berlebih kasihannya, akan memburukkan lagi keadaan anak itu. Lantas aku memandang Nabila yang sedang bermain dengan pelajar praktikal. Begitu banyak siri tangisan Nabila di sini. Dari tangan Puan Suhana ke tangan Puan Siti dan ke tangan Puan Syu, aku fikir episod menangis memang agak sukar di keluarkan dalam kamus hidup Nabila.

Selesai dengan anak itu, Puan Syu terus mendapatkan Nabila. Dan Nabila sudah mula keletihan kerana badannya sudah 'diulit' oleh pelajar praktikal tadi. Nabila tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya pada Puan Syu. Aku pula, pelbagai soalan yang ku ajukan padanya. Mahukan pendapat!

Namun, kata Puan Syu tadi sedikit menganggu konsentrasi aku. Katanya aku perlu bertindak cepat. Dia nampak Nabila ada potensi untuk baik, namun aku harus pergiatkan lagi usahaku demi Nabila. Aku berfikir sepanjang perjalanan tadi di dalam kereta. Aku tahu, masih belum cukup untuk Nabila bagus. Aku tahu Nabila masih belum dapat peroleh 'skill' yang diharapkan. Aku terasa seperti 'jatuh' bila mengenangkan segala usaha ku selama ini dipandang sepi. Benar, memang tak cukup pada Nabila..namun apalah dayaku. Aku tak mampu untuk memberikan terbaik buat Nabila.

Saat aku meluah rasa pada rakan pejabat tadi, hampir saja air mata ini menitis jatuh. Sebak bila dikata kurang berusaha untuk Nabila. Di manakah puncanya? Mengapa Nabila masih belum memperoleh apa yang yang telah dipelajarinya?

Bukan tidak bersyukur, namun hati keras ini sememangnya mahukan Nabila dapat apa yang sepatutnya. Namun, untuk aku mendapatkan semuanya, agak sukar kerana bekerja dan mempunyai masa yang kurang bersama Nabila. Sayu mengenangkan pabila Nabila seperti mahu lakukan itu dan ini, namun terhad dek kerna kerosakan di bahagian otaknya. Entahlah..mungkin masih tak cukup..dan mahu menambah lagi. Dan lagi..dan lagi....

Aku mohon kepadaNya agar permudahkan segala urusanku untuk Nabila. Sesungguhnya hati ini ralat bila ada yang memperkatakan keadaan Nabila yang kurang mendapat rawatan yang sewajarnya. Tidak berusahakah aku? Bila ku fikirkan setiap masa, sepanjang hari aku berfikir dan cuba mencari jalan untuk Nabila. Tidak tinggal sedetik pun aku tidak memikirkan hal Nabila. Setiap hari otak ini berfikir cara untuk memulihkan Nabila. Dan cuba mempraktikkan. Masih tidak cukup?

Aduhai hati..terlalu sedih mengenangkan itu semua........

9 comments:

Rosie Posie said...

banyak2 sabar yer ibu nabila... awak je sendiri tahu sejauh mana yang awak dah usaha nak nabila dapatkan yg terbaik.. orang lain takkan nampak sbb ibu nabila tak bukak kertas report pon kat dorg kan.. ;) so ibu nabila toksah down² yek... teruskan usaha!! ibu nabila pasti boleh punya!!InsyaAllah Allah tu tahu hambaNya yg mana berusaha..yg mana tidak...

kuntum said...

sayu sy bc blog awk..
kalau sy d tmpt awk..sy rs sy x sekuat awk..
tabahkan dr awk ye..

A.I said...

Jangan camtu Na..aku tau kau dah sehabis daya buat yg terbaik utk nabilah. kau takleh down macam ni. kau kan kene kuat..kene cekalkan hati. benda2 mcm ni mmg lumrah Na..org kata, org komplen ke apa. yg penting kita sendiri tau sebanyak mana dah kita usaha utk anak kita. Kau jgn stress2 sgt k...

Pnut said...

Ina-biarlah orang kata apa, awak tahu yang terbaik untuk anak awak.. kalau orang bising, cakap je la..

"berusaha sejauh dan secanggih mana pun, kalau Allah Taala tidak izinkan apa jua takkan berlaku"

akak yang dok baca blog awak saban hari ni pon rasa macam dah lebih dari berusaha dah awak buat, sanggup sebelum subuh ke gedangsa... ambil cuti dsbnya..

sabar dan redha la..ini ujian Allah untuk awak, nasib manusia ni tak sama, orang boleh cakap bukan-bukan, mereka tidak berada di tempat awak. kita hanya akan betul faham orang lain kalau kita kat tempat dia je..

Kerikil Kehidupan said...

Salam ina..sabar ek....InsyaAllah jika Allah izinkan kadang-kadang kita akan dapat lihat perubahan walaupun kita tak jangka...berlapang dadalah..InsyaAllah kita akan tenang menerima apa sahaja....Buat Nabila...Teruskan usaha ye nak...nanti leh main kejar-kejar ngan abg Iman...

witri said...

salam ina, org lain tak tahu setakat mana sudah ina berusaha untuk nabila...ina dah buat yg terbaik sbg ibu utk nabila...setiap perkara yg ingin dilakukan...pasti akan ada kekangannya...bukan semuanya akan semudah dan selancar air mengalir...ina, be strong...Allah akan sentiasa memberikan yg terbaik utk hambanya yg sabar...amin

ieda said...

biarlah apa yg org nak cakap pada ina..org lain bukannya tahu @ faham rutin harian & beban hidup kita.ina juga berusaha bukannya biar nbila mcm tu saja.lagipun perkembangan anak2 ni bukannya sama.takyah sedih2 ina.enjoy your day with this pretty & sweet nabila.

Min said...

salam ina...

kuatkan hatimu dik. kita tahu apa yang telah lakukan sebagai ibu kepada anak-anak kita. jgn terlalu memikirkan expectation org lain. insya Allah, Allah knows best! berserah dan berdoa kepadaNya moga dikurniakan kita kekuatan ye ina...

iLa said...

ina rawang dok mana?ila dok kat bandar tasik puteri.my little zhariff pun terapi under hosp sungai buloh.tp ngan pn zuriati.tp slalu je dtg lmbt(ila la.bkn dia)app. slalu pukul 8.dtg dh 8.15.kol 8.50 dia dh stopkan xtvt..ape la yg zhariff belajar..esok ade app.kena keluar awal supaya tak terlewat lg

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...