17 February 2011

Bengkak!!

Semalam, saya bersama Ayu Ibu Aisya ke Hospital Putrajaya. Melawat Idris yang sudah berhari-hari di sana. Maafkan Ina Put! Lewat melawat Idris. Ada saja hal yang menghalang untuk melihat si handsome Idris.
Pada awalnya, saya ingin ke sana sendirian. Dan sememangnya saya tawakal saja kerna tak tahu selok belok jalan ke Putrajaya. Bukan tak pernah pergi, cuma saya pastinya akan tersesat berpusing di sekitar Putrajaya!
Dan lantas teringat Ayu. Terus saja mendail telefon dan rupanya saya langkah kaki kanan. Ayu juga mahu melawat Idris petang itu. Kami berjanji temu di Stesen Kuala Lumpur. Ayu memandu sendiri, begitu juga dengan saya.
Sampai saja, kami lihat Put tiada di sisi Idris. Hanya bibik dan Idris yang sedang nyenyak tidur. Salah kami juga datang tak menelefon Put terlebih dahulu. Dan terus kami melihat Idris. Dan kami berbual-bual kosong bersama bibik.
Melihatkan keadaan Idris, hati saya sayu. Kesan cucukan di sana-sini membangkitkan rasa marah saya kepada nurse di situ. Apakan daya Idris untuk menghalang mereka dari terus menyakiti dirinya.. :(
Dan jam 7, kami berangkat pulang. Dan saya terus saja bergegas pulang ke rumah mak kerana sudah pasti Nabila menanti saya di rumah!
Sampai saja, saya lihat kaki Nabila bengkak. Sangat menakutkan dan kata mak, Nabila tak pula menangis. Dan terus saya mengemas beg Nabila dan membawanya pulang. Dalam perjalanan saya terus menelefon Abg untuk membawanya ke klinik.
Saya menceritakan perihal kakitangan sekolahnya yang menelefon untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Kata Nabila, Nabila sihat-sihat saja di sekolah sepanjang hari Isnin lepas. Tangisan yang di ceritakan dalam telefon hanyalah tangisan biasa saja.
Saya bertanya kepada mak sebelum balik, andai mak terlihatkan kesan kakinya yang luka itu. Kata mak, kaki Nabila baik-baik saja. Tiada luka!
Pelik! Dan saya teringatkan kejadian malam sewaktu ayah Nabila pulang ke rumah. Katanya saya sedang tidur manakala dia nampak Nabila mencelikkan matanya. Tersedar barangkali sewaktu ayahnya membuka pintu bilik. Dan ayahnya membawa Nabila ke bawah. Dan diletakkanya di dalam buai 'ikan' Nabila.
Tiba-tiba saya tersedar pabila terdengar jeritan Nabila. Dan saya terus melihat katil Nabila. Kosong. Manakah Nabila?
Saya berlari ke bawah dan mendapati Nabila sedang berbuai dan ayahnya terlena di sebelahnya. Ya Allah, nasib baik tak jatuh. Dan saya lihat Nabila menangis. Terus saja saya mendukungnya dan meletakkannya di dalam buai tidurnya. Dan tangisan Nabila berhenti di situ.
Dan pagi itulah saya perasan kaki Nabila sudah luka :(
Saya dan Abg berbual sebelum masuk ke dalam bilik doktor. Bertanyakan pada Abg, apakah sebenarnya yang berlaku sepanjang saya tidur malam Isnin itu? Kata Abg, mungkin Nabila terkena skru di buai 'ikan'nya. Dan dia sendiri tidak sedar apa yang berlaku sepanjang malam itu. Bayangkan saja..dari pukul 12-3 pagi Nabila bebuai..sudah tentu mungkin ada perkara yang berlaku padanya.
Dan kata doktor, kemungkinan perkara yang sama yang kami bualkan tadi terjadi pada Nabila. Mungkin Nabila terkena skru yang karat dan menyebabkan kuman sudah masuk ke dalam kakinya dan terus membengkak :(
p/s: Harap-harapnya tiada halangan untuk 23 hb ini. Nabila ada appoinment dengan ENT dan Audio, tapi dengar-dengar macam saya kena pergi Cherating pada hari yang sama. Alahai...susahnya...!!!!

5 comments:

Eryati said...

ciannya nabila..moga tak teruk sangat la...

ieda said...

ooo...gitu kisahnya.tapi bengkak tu adalah sebahagian dari healing process..jgn risau.asalkan tak bernanah & nabila tak demam.tapi better makan antibiotic jugak.

Amyna said...

Alalalala~~
untie doakan kaki nabila cepat sembuh ya.. nabila anak yang baik, tak menangis..

Moga segala yang di aturkan berjalan lancar demi untuk nabila.. InsyaAllah.

MaMaNuRiN said...

moga nabila cepat sembuh..

Jue-Isteri_Ibu said...

harap-harap, kaki nabila cepat sembuh..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...