25 February 2011

Kalau saya dapat 1 juta....

Saya terdengar dalam radio tentang program terbaru TV3. Sejuta Impian! Katanya program itu menawarkan wang bagi mereka yang mempunyai impian yang boleh membangun dan membantu masyarakat sekeliling.

Ya! Saya punya impian yang sudah sekian lama saya ingin kecapi. Dan rasanya ianya pasti akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya mereka yang memerlukan.

Saya ingin membina sebuah pusat terapi dan daycare bagi anak-anak istimewa. Di Malaysia, begitu sukar untuk dapat pusat-pusat sebegitu. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang beragama islam.

Bukanlah persoalan agama yang saya ingin utarakan, namun jumlah pusat-pusat ini boleh dibilang dengan jari. Jika ada pun seperti PDK. Namun ianya bukanlah seperti daycare yang saya inginkan. Ramai saja ibu bapa yang punya anak istimewa tidak dapat memasukkan anak mereka ke PDK. Atas alasan, anak tak cukup umur! Atau anak tidak pandai berdikari. :(

Dan sebenarnya ia juga sangat penting lebih-lebih lagi untuk ibu bapa mereka yang bekerja. Sepanjang hari berada di pusat jagaan dan ditambah bersama terapi-terapi yang sepatutnya mereka jalani, sebenarnya ia sudah cukup untuk anak-anak ini mengisi masa mereka.

Namun, saya tahu sebenarnya banyak tempat-tempat yang masih boleh menerima anak-anak istimewa ini. Cumanya maklumat begitu sukar didapati, dan kadangkala yuran yang agak mahal bakal membebankan keluarga. Saya turut merasa tempiasnya bila Nabila bersekolah. Yuran yang agak membebankan, namun, saya terpaksa memejam mata demi kebaikan Nabila.

Saya tahu, ramai ibu bapa di luar sana yang senasib dengan saya, mahu yang terbaik untuk anak mereka. Bersekolah dan mendapat pendidikan khas. Bukan untuk mendapat gred A dalam setiap bidang, tetapi mahu anak-anak ini mampu untuk berdikari sendiri pabila kita menutup mata kelak. Saya juga mahu Nabila pandai mengurus diri, tak kisahlah dia bekerja di mana-mana untuk mencari rezeki halal.

Itupun kalaulah saya dapat 1 juta..... :)

1 comment:

yatie Awang said...

Saya juga punya impian yang besar,
dan buat Noina semoga tabah...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...