07 February 2011

Menangis di sekolah...huwaaaaa!!!!!!!

Pagi ini seperti biasa saya pastinya menghantar Nabila ke sekolah. Badannya pagi tadi agak 'dedau'. Risau juga nak hantar..tapi bila memikirkan rumah mak pastinya tak ada orang yang akan menjaga Nabila (adik bongsu sekolah..mak gi dylisis) makanya nak tak nak terpaksalah saya menghantarnya ke sekolah.

Sampai di sekolah, Nabila masih lagi tidur. Penangan ubat demam dan antibiotik pagi tadi membuatkannya 'lalok' seketika. Saya meninggalkan Nabila tanpa sebarang ciuman di pipi kerana sudah terlewat ke pejabat. 8.15 pagi masih di Tasputra dan rasa-rasanya pasti saya sampai lewat nanti. Aduhai..!!!

Namun saya sempat berpesan kepada kak Zakiah, andai badan Nabila panas supaya terus saja menghubungi saya nanti. Saya tak membekalkan sebarang ubat demam pada Nabila. Kerna pernah dulu, bila dibekalkan ubat, habis ubatnya tertinggal di sekolah. Sudahlah malam itu Nabila masih demam, dan saya rasa serik untuk meninggalkan ubat di sekolah lagi.

Tak sampai tengahari, telefon saya berdering. Dan aku lihat nombor dari Tasputra..

"Ina, Yasmin menangis la.Tak henti-henti dia menangis ni. Risau pulak akak.." Suara Kak Zakiah kedengaran di hujung talian.

"Badan dia panas tak kak?"

"Tak panas pun. Tapi menangis je nih..Susu dah bagi dah.."

" Dia dah makan belum kak? Kalau tak makan lagi..akak bagi dia makan dulu.."

"Akak tak pasti la plak..nanti akak check dulu.."

Sayau tahu Nabila pastinya akan menangis sepanjang hari ini kerana sudah seminggu lebih tidak ke sekolah. Sedap berada di rumah. Tapi katakanlah kalau seronok di rumah pun, Nabila masih tetap menangis di rumah bila bersama dengan saya. Makan sudah diberi, minum sudah dibagi. Apa lagi nak wahai anak..!!

Saya cuba menelefon semula. Dan panggilan saya dijawab pula oleh Grace. Dan Grace juga menyatakan Nabila menangis tak henti-henti sedari pukul 9 tadi.

Dia juga bertanya adakah Nabila bersikap demikian di rumah. Dan saya mmengakuinya. Kadangkala begitu sukar saya memahami kehendak si kecil ini.

Dan saya terus memecut laju menuju ke Ampang. Nasib baik jugaklah keje tak banyak pagi tadi. Dan rakan-rakan pejabat semua dah memahami keadaan Nabila. Bukan pertama kali Nabila buat perangai begini...sudah banyak kali!!

Sampai saja di sekolah, Nabila sedang berbuai di Gym. Diam pula ketika itu. Sedang melayan perasaan! Dan seorang staff sedang menemaninya. Therapist Nabila, Siti pun mengatakan perkara yang sama. Terapi tak dapat dilakukan langsung kerana amukan Nabila maha dahsyat. Semua orang takut untuk memegang Nabila. Mood angin puting beliung!

Dan saya tak ambil peduli dengan tangisan Nabila. Kerna saya tahu ianya lakonan semata-mata. Saya tahu Nabila sudah pandai. Tak mahu buat terapi. Lagaknya seperti anak bijak yang mahu mengelat lari dari exercise.

"Nak balik ke kak.." tanya Siti.

Hurm..exercise dulu!" Tegas saya.

Rugi betul kalau ambil Nabila balik tanpa sebarang terapi. Nak tak nak, saya temankan dia sewaktu Siti memegang Nabila untuk exercise. Meraung dan meraung..dan makin lama makin senyap. Rupanya matanya dah lelap! Kata Siti, kalau budak tidur mata separuh terbuka tu tandanya budak bijak. Hurm..memang bijak Nabila nih..dan bijak mengelat..hehe..

Dan selesai urusan di sekolah, saya mengambil Nabila pulang dan terus membawanya ke rumah neneknya.

Ya, saya harus kuatkan semangat. Tangisan Nabila itu sangat kecil jika dibandingkan perkembangannya yang lebih penting dari segalanya. Nabila, tiada apa yang dapat ibu berikan padamu melainkan pendidikan dan terapi yang akan membantumu kelak. Moga diri ini terus kuat dan kuat lagi untuk Nabila...

8 comments:

Yana@Noni said...

sabar yer....ina...anggaplah ia dugaan di pagi Isnin...nabila mcm kita gak...Monday Sickness..hihihi..moga Nabila cepat sembuh dr demam yer...:-)

ieda said...

tahap perkembangan anak2 tak sama...lambat pun takpe.teruskan saja ke sekolah.memang susah hati bila anak2 menangis tapi kita kena kuat utk kebaikan mereka.

Yasmin Nabilah.. said...

kak Yana: hehe..boleh ker gitu..monday blues..huhu..payah ler klu tetiap isnin mengamuk..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak..ayah Nabila nih tak faham.masa nak masuk dulu pun dia mcm tak setuju..huhu..

Azma said...

Betul kata ieda tu.. sedangkan anak2 normal perkembangan berbeza, apatah lagi anak kita yg istimewa tu.. Cubalah buat hubby ina faham ye.. Bila insan tersayang menyokong kita, semangat kita akan jd lebih kuat.. teruskn usaha ina kay!

Min said...

be strong ina... mohon bantuan dari yang Maha Memberi juga... Insya Allah! nabila will be fine...

kakyong said...

salam yongnoina,

lama nya kakyong tak singgah ke mari...

baca n3-n3 terbaru ni... nampak nabila dah byk progress.. tahniah utk nabila... terus kan pergi sekolah... :)

Bicara hati ibu aisya said...

Sabar banyak2 ye ina..dugaan tu namanya.
Alahai siannya anak ibu nih.pandai yer ngelat xmau terapi?xboleh macam tu tau.Nabila kan good girl.
kiss for nabila yg cantik

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...