Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 July 2009

Kepada semua followers..

Assalamualaikum..Entry ini khas buat semua followers blog Yasmin Nabilah. Sedar tak sedar dah hampir setengah tahun aku ber'blog' dan mencurahkan segala pengalaman aku dalam menjaga Nabila. Buat mereka yang ikuti blog ini..aku ucapkan terima kasih. Sebab tanpa kalian, aku juga tidak dapat mengutip pengalaman dan segala pendapat yang telah kalian berikan untuk aku menjaga anak seistimewa Nabila. Tak terbalas rasanya jasa kalian yang telah memberi semangat pada aku dan abg untuk meneruskan hidup dan berusaha untuk memulihkan Nabila. Bagi aku sokongan kawan-kawan amat penting. Walaupun kawan-kawan dari alam maya yang aku sendiri tidak pernah kenal dan bersua muka.

Aku dapat banyak 'feedback' dari apa yang aku tulis. Bagi aku hanya 1 sahaja niat di hati ini. Untuk membantu dan mendapatkan maklumat serta menjalinkan silaturrahim sesama mereka yang punya nasib yang sama seperti aku. Bukanlah populariti yang dicari, aku cuma mengharapkan segala apa yang aku curah walau tidak sebanyak mana inputnya, dapat beri manfaat pada ibu bapa di luar sana. Aku dan Abg juga bukanlah insan yang 'perfect'. Bukan insan yang telah berjaya merawat Cerebral Palsy. Bagi aku bukan mudah untuk mendekati kejayaan. Kesungguhan dan berkat kesabaran serta dorongan keluarga dan kawan-kawan lah yang telah buat kami sekeluarga bangkit.

Namun, apa yang dicoretkan disini tidaklah sebanyak mana. Ini sekadar pengalaman aku sahaja. Aku mengharapkan ada lagi insan-insan yang sudi bercerita tentang anak mereka..tentang pengalaman mereka dalam mendidik anak-anak istimewa. Bukan niat untuk membuka pekung di dada..Niatlah untuk membantu sesama insan di kalangan kita yang mungkin tidak bernasib baik seperti orang lain. Blog Nabila ini sendiri di inspirasikan melalui penulisan Kak Amalina. Ya, Kak Amalina lah blog yang pertama sekali aku buka. Blog yang bernama All About Nurul Afiqah.. Cuma aku ketika itu menjadi silent readernya sahaja. Dan kemudian aku cuba ingin berkongsi maklumat aku tentang Nabila, sama seperti apa yang telah di buat oleh Kak Amalina. Cerita yang sama iaitu Cerebral Palsy.

Pada semua, terima lah hadiah tidak seberapa dari Nabila buat semua..



Dan aku telah menerima satu poems dari Zalina iaitu qasehaina.blogspot.com. Poems ini dicipta oleh ibubapa yang punya anak austime di JB dan telah di ubahsuai oleh Dr. Alina. Zalina memberikan poems ini kepada saya kerna poems ini banyak memberi kekuatan mental kepadanya. Dan ia telah berikan poems ini kepada saya melalui email tadi . Terima kasih Zarina..:)

I`m sending u a special child to cherish in my name,
For u to love with all ur heart n teach her juz the same,
For she is not like other babies, nor will ever be,
But u can love her just the same n take care her 4 Me,
She may not hear. see or run or learn as other do,
but she'll be yours and she will take her guidance all from u,
The road is hard, she'll break ur heart,
You'll cry a million tears
But I promise when she smiles at you,
the pain will dissapear,
I know you'll cry "why she, why us" but I needed the teachers true,
And that is why we care and trust i've selected you,
so please don't turn ur back on her, although she may be slow,
if you'll accept her as she is, together u will grow,
she needs to learn the skills of life,
for that i've chosen u,
and with ur love to guide her
i'll know u see her through
don't try to see the future, i promise that to none,
just live each other all it's worth
and enjoy my special one

16 comments:

ratna said...

ibu nabilah, awak mmg kuat. harap awak lebih kuat selepas ini. saya pun tidak sekuat awak walaupun anak sudah 2.

peluk cium utk nabilah.

NzA said...

salam..semoga terus tabah..doa akak semoga nabila sntiasa dilinduni Allah.

Naura said...

naura setuju..sekurang2nya bertambah ilmu dalam menjaga anak2 istimewa ni.

afdni said...

the poems really touch my heart..wish u get the strength from that beautiful words..

Anonymous said...

Saya harap ibu Nabila bersabar ya.. suka baca poem tuh... sedih plak.. tentu ader rahmat disebaliknya... semoga ibu & ayah Nabila tabah menghadapinya....

Anonymous said...

semoga nabila terus shat..
akan ku amik adiah ni sbb ade pic nabila.. :)

leadleedeea said...

lead amik yek...hehehee~!!!

Yasmin Nabilah.. said...

ratna : salam..saya takdelah sekuat mana.tumpang kekuatan Nabila yang mahu terus hidup..thanks yek.. :)

nza : Amin..terima kasih atas doa.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

naurah : betul..kawan makin ramai sejak ada blog Nabila.. :)

afdni : betul..ayatnya sangat menyentuh hati.Masa ina dapat, ina menangis..

As : terima kasih As. betul..tu luahan perasaan ayah dan ibu yang punya anak istmewa..

Ommy : hehe..hurmm..saje letak gambo Nabila..:)

zh-ena : hehe..

lead : boleh..sila2...

Lightnur said...

Assalamualaikum Noina

Terima kasih untuk entry ini. Sangat ikhlas dan tulus luahan hati Noina. Saya suka poem tu juga. Terima kasih kongsi bersama.

Insha Allah kita akan dapat banyak manfaat dan belajar dari pengalaman masing-masing.

Semoga Allah terus memberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat ibu Nabila. Ameen.

Salam sayang untuk Nabila dan Noina
lightnur

Amalina said...

Pandai betul yg karang puisi ni... Alhamdulillah skrg kita boleh bertukar2/ kongsi maklumat. InsyaAllah apa yg ina, kak amal, dan ibu2 kpd special child yg lain kongsi dlm blog boleh jadi panduan, inspirasi, dan memberi maklumat kpd ibu2 yg lain, mahupun punya atau tidak anak istimewa. Bila makin ramai org yg faham ttg anak2 istimewa, akan dtg takla terasa janggal.
Semoga kita dpt berikan yg terbaik buat anak2 istimewa kita ni.

Unknown said...

Tersentuh hati akak...ada rasa sebak yg menular...ada air jernih yg menitis...hanya kita yg tau derita rasa ini...dan akak yakin...andai kita redha dan pasrah...akan ada kemanisan di hujung perjalanan ini....

Terima kasih kerna sudi berkongsi...

Salam sayang buat nabila...

Yasmin Nabilah.. said...

Lightnur : Moga akak juga diberi ketabahan yang sama..Amin..ina aritu tgk Muja makan..yang akak upload video tu..menitis air mata ina..harap Muja mampu untu makan seperi kanak2 yang lain..Amin..

Kak Amal : thanks kak..sebab sejak bukak blog, ramai gak yang email. ada yang takde blog..dan ramai yang share pengalaman da luahan hati pada ina..sedih kak..dulu ina tak taukat luar ni ramai yang punya anak mcm kita. Sekarang ni..terbuka mata ina..ramai sangat..dan sedih bila kita tak dapat nak buat apa2 untuk anak...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nanie : betul kak..harap ada kemanisan kan..Amin..salam peluk cium jugak buat Iman..

p/s : Iman..bila nak ajar Nabila meniarap?Acik dah tak sabar tgk Nabila meniarap..

Lily@MamaZaraZareef said...

syahdunye poems tu. mmg sgt menggambarkan kehidupan awk skeluarga dlm menjaga insan seistimewa nabilah. always be strong ok ibu nabilah..=)

Yasmin Nabilah.. said...

lily : thanks lily..memang menyentuh jiwa..