Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 July 2009

Napa dengan mata aku ni?

Assalamualaikukum. Hari ini aku balik ke Rawang. Sebab esok cadangnya aku akan ke Gedangsa dan terus pulang ke Ipoh.

Aku coretkan sesuatu di blog aku hari ini. Takut tak sempat meninggalkan apa-apa berita dalam 2-3 hari ini. Tadi aku drive sendirian menuju ke Rawang. Nabila pada mulanya bermain-main di dalam car seatnya, entah macamana, aku pandang sekali lagi, aku lihat Nabila dah tidur.Alahai kesiannya Nabila.

Kereta kiri dan kanan aku laju betul. Banyak kereta pulak hari ini. Mungkin semua sibuk nak balik kampung barangkali. Dan aku sampai di jalan yang menuju ke Templer Park. Sudahlah lampu jalan memang takde di situ, aku pulak terpaksa melajukan kereta semasa menuruni bukit. Sebab banyak kereta laju-laju belaka. Aku pulak sejak kebelakangan ni, memang ada masalah sikit untuk membawa kereta di waktu malam. Bukan tak biasa, tapi mata aku yang semakin kurang nampak akibat silau-silau lampu kereta. Dan sudahnya, alhamdulillah, aku selamat juga tiba di Bukit Sentosa.

Setiba di rumah, ayah Nabila terkejut bila aku yang mengetuk pintu. Dia baru je bercadang untuk pulang ke Gombak. Katanya tak sempat menelefon aku tadi kerana bateri handphonenya habis. Dan aku yang kelaparan, terus aku mengajak abg keluar makan. Pada mulanya tekak ni teringin nak makan KFC, sebab kesian pada Nabila, aku batalkan hasrat aku. Kesian pada Nabila sebab sejak dari tadi 'terhenyak-henyak' dalam kereta.

Apapun aku dah mula rasa susahnya untuk aku membawa kereta pada waktu malam. Dulu sewaktu nNabila dalam perut lagi, aku sering keluar awal ke pejabat dan pulang agak lewat. Dan mata aku seperti biasa seakan lali dengan cahaya lampu. Tapi sejak bertukar kerja baru, aku dah lambat keluar rumah, dan pulang awal. Sebab dekat dengan rumah mak.Harap-harapnya tak de masalah tentang perkara macam ni.

p/s : sebenarnya aku pakai 'spec' , cuma jarang pakai. Hanya ketika membawa kereta sahaja aku pakai. Rimas dan lemas..huhu. Aku sering berkata pada kawan-kawan aku, tak usah senyum pada aku jika saling berjauhan. Aku akui memang aku tak nampak..huhu..

6 comments:

Naura said...

bagusnya..nabila tak meragam pun dalam keta..

zh-ena said...

better pki ina time drive..sbb bahaya kan, nak2 ina bwk nabila..berhati2

A.I said...

Aku skang ni pon jadik cam gayat bila drive. Laluan rutin aku sama la laluan ke rawang kau tu. Rupanya bila cek mata aku mmg ada problem. Ni sume sbb efek dari ubat yg aku makan..huhuhu

rabunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Yasmin Nabilah.. said...

naurah : hehe..nasib baik kan..terus diam je..ingatkan dia buat apa..pasal dah gelap time tuh..rupanya tido..hehe..

zh-ena : ina mmg pakai spek tapi mungkin silau lampu tuh..pulak tu jalan kat area rawang ni mmg kedekut sket nak pasang lampu..mmg bahaya..

Ai : betul lah..riso gak ni takut power naik.. klu silau tu silau lampu kete yang payah..pulak tu org rawang ni suka beno pasang lampu tinggi..huhu

Unknown said...

Bahaya tu ina..suami akak pun silau teruk..kalau drive mlm..kepala dia kat atas stereng..sbb tu kami jarang blk kg malam..Sian tgk dia..Apa kata ina pakai contact lenses..belila yg kaler biru ker..mesti mcm mat salleh..he..he..gurau jer..

Salam syg buat nabila...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nanie : tu ah kak..mmg susah org rabun nih..nak wat camner kan..contact lense mmg ina pakai..cuma dah lama tak beli..tapi tak penah plak try pakai contact lense drive memalam..nanti lah ina cuba..thnaks kak.. :)