Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

12 August 2010

Aduhai..dugaan yang mencabar di bulan puasa ini...!

Hari-hari yang dilalui di bulan puasa sama seperti di bulan-bulan lain. Sesi terapi Nabila dan kesibukan kerja di pejabat masih lagi berjalan seperti biasa walaupun sudah memasuki bulan puasa. Aku takkan ponteng untuk sesi terapi Nabila walaupun badan ini terasa sangat-sangat penat dek kerna setiap hari pulang lewat ke rumah.

Serius aku katakan..Badan ini sememangnya penat, lesu dan rasa tidak bermaya. Dan juga tidak bertenaga. Walau apapun aku paksakan diri untuk cuba memenuhi setiap tuntuan kerja dan juga masa yang berkualiti dengan Nabila. Namun, kadangkala tersasar jua..

Tadi, aku ke PDK lagi. Dan masih meneruskan sesi merendam Nabila dalam Jakuzzi. Namun kali ini aku tidak keseorangan. Aku ditemani Abg yang mahu melihat sendiri keadaan sekolah anaknya. Terima kasih Abg..!

Nabila yang hampir terlelap dek kerna selesa ngan air di dalam jakuzzi..

Pulang saja dari PDK, badan sudah mula merasa letih. Terkejar-terkejar pula menggosok baju kurung dan bersiap untuk ke pejabat. Dan sampai di pejabat, kerja sudah menanti di atas meja. Aduh..sangat stess hari ini. Mujur juga jalan tak sesak seperti semalam. Cuma jalan sesak ketika di Taman Melati. Aduh..ramai betul yang membeli juadah berbuka. Sampai kereta-kereta nak lalu pun kena perlahan...

Dan tadi, aku berbuka berdua bersama adik aku, Yazid. Di rumah hanya tinggal kami berdua saja. Ayah sudahpun ke tempat kerja..Adik aku, Ain, makan di luar dan mak pula sejak semalam memang tiada di rumah kerana berada di wad sekarang ini atas urusan pembedahan membuang tiroid. Aku masih belum kesempatan untuk melihat mak kerana Nabila tiada siapa yang menjaganya di rumah.

Pulang saja dari rumah mak sudah pukul 10. Kereta meluncur laju kerana jalan yang lengang di bandar Rawang, dan mahu lekas sampai ke rumah. Nabila pula sepanjang hari ini, tidurnya hanya sekali. Entah kenapa sejak demam lepas, Nabila sudah jarang-jarang sekali tidur siang. Dan kata Kak Ina, Nabila menangis semalam di Tasputra. Kerana ada yang memaksanya melakukan terapi. Aku tak kisah..kerana sedia maklum dengan sikap Nabila yang satu ini. Sukar benar mendapat kerjasama ketika terapi. Tapi dengan aku , ok pula..huhu..

Tertido keletihan. Tak faham kenapa Nabila dah sukar tidur diwaktu siang. Agaknya dah besar kot..kurang dah tido siang...asyik main jer..huhu..

Dah angkat, masuk buai..mata bukak besar pulak..aik..tak mo tido ke?

Ralat memikirkan bila aku masih belum punya masa untuk cukup untuk sesi bersama Nabila diwaktu malam. Badan sudah penat, masakan aku mahu memaksa diri. Sukar sungguh untuk mencuri masa untuk Nabila. Sangat cemburu andai ibu-ibu di luar sana yang tidak bekerja dan punya masa yang banyak bersama anak..huhu..!

p/s : masih belum merancang aktiviti untuk Nabila ketika aku bercuti nanti. Aduh..seminggu yang lepas dibuang begitu saja kerana sibuk melayan kerenah Nabila yang menangis tak sudah-sudah. Dan minggu ini, kerja yang sangat banyak..dan banyak yang perlu aku belajar sebelum staf SPS tamat kontrak hujung tahun ini.. Aduiii..

10 comments:

Eray Majid said...

noina adalah contoh ibu yang kuat
eray kagum :)

hehehe syiok pulak tengok nabila dalam jakuzi

EvisuKyme said...

Sabar ye....rumah ina kat mana eh?

A.I said...

mmg best kalau dpt dok kt umah jaga anak kan? puas ati kita adap dia..huhu

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kesian ina...sabarlah yer. ganjaran besar Allah beri pada kita yg bersabar. lagi2 bulan mulia ni.
tang nabila tu, ina jgn la rasa stress sgt. sekurang2nya in dah lakukan yg terbaik utk nabila. Allah akan balas setiap pengorbanan ina utk nabila...

ICAZIESYIRA said...

ayesha pulak takmo tido. dah malam-malam buta nak main lagi. sampai kena tutup pintu bilik supaya dia tak keluar. :D

Yasmin Nabilah.. said...

eray: huhu..kuat ke? slalu rapuh je eray.. :( mmg best tgk Nabila..rasa mcm mau masuk je dlm tuh..hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

Evi: kat Bukit sentosa Rawang? napa? tinggal kat sini gak ke? :)

Yasmin Nabilah.. said...

kak A.i: betul kak, tersangat puas hati...huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza: huhu..mmg kena banyak sabar kak..sebenarnya masih banyak yang belum ina lakukan pada Nabila..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

ayesha: hehe..ayesha dah pandai.. :)