Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 August 2010

Air mata ketika berbuka puasa......

Kisah bermula dengan semalam, selepas berbuka puasa bersama Ayu dan Ita sekeluarga. Usai berbuka, Ayu mengajak kami melepak sebentar di rumahnya.

Sedang rehat-rehat dan berbual dengan Ayu, Aku menjeling melihatkan Nabila sedang baring dalam keadaan telentang. Sama seperti biasa.

Leka berbual dengan ayu, dalam tak sedar, aku lihat Nabila sudah mengiring. Sudah biasa melihat perkara itu kerna sejak 2-3 bulan lepas aku membiasakan Nabila tidur dalam posisi mengiring. Dan dia begitu selesa dengan keadaan itu.

Aku hanya melihat tanpa membetulkan apa-apa posisi. Mulut ini masih lagi sibuk tak henti-henti berbual dengan Ayu. Dan tiba-tiba, Nabila memusingkan badannya, dan terus Nabila dalam keadaan posisi meniarap.

Aku menjerit melihat Nabila. Abg, Ayu dan Syarul menjadi saksi Nabila berpusing dengan sendirinya. Nabila pula ketika itu diam. Sedikit suara pun tak keluar dari mulutnya. Aku sememangnya dalam keadaan tergamam dan terus berkata yang aku tak percaya apa yang aku lihat tadi.

Benar..tidaklah sehebat mana meniarap bagi budak normal. Tapi bagi aku..entahlah. Tak tergambar perasaan bila Nabila dapat berpusing dengan sendirinya. Sudah lama aku menantikan saat itu. Namun, selepas kejadian pusing memusing di rumah Ayu, tiada lagi kejadian serupa berlaku pada hari ini....

Sehinggalah pagi selepas aku ke tempat kerja....

Abg seperti memberi laporan apa yang dia dan Nabila lakukan sepanjang hari di rumah. Katanya sudah 2 kali Nabila berpusing sendiri. Dan waktu maghrib..semasa aku sedang berbuka puasa, memang aku pasti Nabila dalam keadaan telentang.

Dan tiba-tiba..dia melakukan lagi aksi itu. Cuma tidak secara terus menerus. Dia mulakan dengan meletakkan badannya dalam keadaan mengiring dan kemudian dia cuba berpusing sekali lagi untuk posisi meniarap. Namun, tersilap langkah kerana tangannya terhimpit di atas badannya. Agak lama juga Nabila cuba mengeluarkan tangannya , namun tidak berjaya. Dan akhirnya ayahnya membantu mengeluarkan tangan di tindih oleh tubuhnya.

Aku ketika itu? Meleleh air mata sambil mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi peluang pada Nabila untuk terus maju lagi. Namun, ini tidak bermakna Nabila sudah bagus. Nabila masih lagi belum betul-betul mahir untuk berpusing. Dan rasanya tak sabar menanti esok untuk aku mengulit lagi bersama Nabila pabila cuti. sengihnampakgigi

Semalam hatiku di pagut sayu. Mummy Ayu memberikan sesuatu buat Nabila. Carborie powder untuk Nabila. Dan di tin itu tertera tag kepunyaan arwah Alanna Qish yang aku amat aku sayangi. Sayu..memang sayu. Dan tarikhnya ditulis sebelum beberapa hari arwah meninggalkan kami semua.

Aduhai hati..sayu benar. Rindukan si kecil itu. Dan kataku kepada Ayu, seperti sudah lama benar kami berkawan. Padahal, kami baru saja kenal pada bulan Mac yang lalu. Dan kaki ini melangkah ke rumah Ayu buat pertama kalinya kerna menghadiri majlis hari lahir Abg Nadime.

Sungguh..melihatkan Nadime bermain patung pemberianku buat arwah membuatkan hatiku luluh. Betapa Nadime merindu adiknya. Dan tatkala Nabila memeluk 'adik nun' itu, Nadime ketawa girang. Barangkali suka benar dia melihat Nabila memeluk 'adik nun'.

Dan Nabila ketawa girang sepanjang di rumah Ayu. Adakah dia nampak kehadiran Adik Nun? Entahlah..sukar untuk merungkai setiap persoalan itu. Yang aku pasti Adik Nun bahagia di sana..

Apapun..aku gembira dengan perkembangan Nabila. Terubat juga hati dengan apa yang telah aku lalui sepanjnag 2-3 minggu lepas tentang berita yang kurang menyenangkan tentang Nabila. Sekurang-kurangnya, ia memberi semangat untukku terus berjuang untuk Nabila. Kawan-kawan..mohon doakan agar mudahkan perjalanan anak ini. Amin... senyum

22 comments:

ibuayu said...

progess yang baik..berkat di bulan ramadhan..sayang nabila

ummi nia said...

alhamdulillah..antie doakan moga2 nabila mkin byk perkembangan dr sehari ke sehari..mybe btul nabila nmpk roh adik nun time kat umah kak ayu..tue yg dia senyum kegirangan tue..

Min said...

ina,
alhamdulillah... syukur kak min baca tentang nabila. that's what happened kat mawaddah last 2nd ramadhan. berkat doa di bulan mulia ini, anak2 kita menjadi kuat... syukur sangat! peluk cium kak min buat nabila...

Mamanurin said...

hampir seminggu mamanurin dlm kesibukan, seminggu jugak nabila makin kuat dan makin pandai!! tahniah gegirl!!! mamanurin lak yang bertakung airmata..moga terus kuat ya cayang!! ibu, jangan putus asa, insyallah, pasti ada lagi yang nabila boleh buat,tunggu!!!

anissue said...

Don't ever give up on Nabila...

Unknown said...

tahniah buat nabila..

ICAZIESYIRA said...

wah.. bestnya dengar. walau sebesar zarah pun perubahan yang dilakukan, adalah satu kegembiraan yang teramat sangat. Ica faham. Ina faham. Dan hanya ibu yang punya anak istimewa macam nabila dan ayesha je yang faham :D

Mayyonnizz said...

nangis baca... hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira hati kita.... kita lebih gembira jika nak dibandingkan dengan ibu2 yg anaknya sempurna meniarap buat kali yang pertama...kerana hanya kita yan tahu betapa payahnya anak kita mencuba.. alhamdulillah & syukur..

Azrine Razak said...

Seronoknya saya baca perkembangan Nabilah sekarang! Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan Noina & suami. Saya tumpang gembira untuk kalian & nabilah juga..

Jiey^Mien said...

Alhamdulillah.. Another miracle of Ramadhan..
Nanti Nabila kena buat depan Mama Jiey pulak tau.. =)

Anonymous said...

go nabila go....aunty know u can do it

Yasmin Nabilah.. said...

ibuayu: alhamdulilah..berkat bulan ramadhan.. :) terima kasih kak.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ummi nia: Amin..: terima kasih ummi..:) Tylah..agaknya dia nampak adik nun kut..tu yang asyik gelak2 tuh.:)

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Min: tulah kak..memang menitis air mata bila lihat dengan mata kepala sendiri dia berpusing. berkat bulan ramadhan kan kak.. :) harapnya Mawaddah dan Nabila akan terus maju lagi..InsyaAllah..Amin..:)

Yasmin Nabilah.. said...

mamanurin: huhu..tulah..tgk mama tak update blog..bz yek..:) Mmg seronok sgt..atas doa mama juga kan buat nabila bertambah baik..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Anissue : yes..sure...!

Yasmin Nabilah.. said...

kakyong: terima kasih KakYong..:) berkat doa akak juga..:)

Yasmin Nabilah.. said...

ica: betull..rasa kepenatan itu berbayar.. biar sedikit..tapi cukup buat ina gembira.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu: Alhamdulillah.berkat datang umah ayu..hehe..:) tak sangka first pusing kat umah ayu. Agak Nabila nak jumpe adik nun kot..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Mama Mia: terima kasih mama mia.. berkat doa mama juga untuk nabila.. :) terima kasih.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

jiey: betul..berkat bulan ramadhan..:) hehe..hurm..Nabila..dgr tuh..mama jiey nak tgk pasnih.. hehe..

Yasmin Nabilah.. said...

Anonymous: Thanks Aunty.. :) Berkat doa aunty juga..:)