Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 August 2010

Tiga hari yang penuh dengan dugaan...

Aku tak pasti apa yang berlaku pada Nabila sejak Ahad lepas. Sedia maklum..Nabila demam pada malam Jumaat lepas.Dan esoknya aku terpaksa mengambil cuti kecemasan menjaga Nabila. Suhu badan Nabila yang tak menentu membuatkan aku tak berani meninggalkan dia di Tasputra atau pada mak. Biarlah aku sendiri yang menjaganya.

Ubat yang kuberi mengikut jadual..namun untuk pulih jauh sekali. Entah berapa kali aku membuka bajunya dan mengelap tubuhnya yang panas. Yang pasti aku dapat rasanya bahang tubuhnya pabila aku mendakap tubuhnya. Kebetulan juga Abg ada di rumah kerana bekerja shift malam.Nasib baik Abg membantu aku menjaga Nabila.

Malamnya, badan Nabila panas kembali. Abg sudah ke tempat kerja. Nabila mula merengek kecil. Aku sendiri tak sedar bilakah Nabila terjaga dari tidurnya. Dan aku lihat jam menunjukkan 3 pagi. Nabila ketika itu tidur di buaian. Malas aku naik ke bilik tidur. Senang lagi tidur di bawah. Dan aku memeriksa suhu badannya. Ya Allah..panasnya ! Nabila merengek lagi. Lantas aku bawa dia ke bilik tidur kami..dan menukar pampers nya. Dan selesai itu, aku turun semula ke bawah dan memberikan susu padanya. Habis diminumnya. Haus barangkali. Dan kemudian, aku terus membuka bajunya dan menyapukan air asam jawa ke seluruh badannya. Menangis Nabila dibuatnya dek tak tahan dengan rasa kesejukan air. Namun, aku tak peduli. Aku perlu turunkan suhunya. Dan malam itu juga, Nabila tidur dalam keadaannya hanya memakai pampers saja. Aku hanya selimutkan paras pinggang saja. Dan setelah ubat diberi, Nabila tidur semula.

Sabtu..suhu badan masih tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap sejuk. Mahu saja ke hospital, namun akal ini melarang. Kerana masih menunggu andai panas lagi..mungkin akan terus dibawa ke hospital. Namun menjelang malam, suhu Nabila mulai stabil. Dan ku lihat Nabila sudah mahu bermain-main dengan kami. Siap merasmikan lagi bilik barunya itu. Dan malamnya, Nabila tidur dengan lena. Agaknya tubuhnya segar bila diberi sentuhan 'istimewa'. Penat agaknya badan asyik berbaring saja...!

Ahad, Nabila mula meragam. Dari pagi hinggalah ke petang..Tangisan tak henti-henti dan diikuti dengan air mata yang berlinangan. Sakitkah Nabila? Wajahnya begitu sayu aku lihat menagih simpati pada ku. Dan malamnya, sesudah family superkids pulang, baru saja mahu melelapkan mata.. Nabila menangis tak henti-henti. Kali ini agak kuat..dan aku dapat rasakan tangisan Nabila dapat didengari sekitar jiran-jiran aku. Dan akhirnya Abg mengambil keputusan untuk menghantar Nabila ke HSB.

Sampai saja..seperti biasa, di bilik saringan dan juga di kaunter pendaftaran. Menunggu lama tu aku tak ambil peduli. Sememangnya aku tahu keadaan hospital bagaimana, namun bila melihatkan jam menunjukkan angka 5.30 pagi..bukanlah ramai orang di dalam wad kecemasan. Memang takde orang...! Nabila mula merengek. Tapi aku sempat mendiamkan Nabila agar tidak mengganggu suasana di dalam hospital.

Satu insiden yang terjadi pada kami semasa mendapatkan rawatan di sana. Sakit hati aku dan Abg melihatkan kedua pegawai perubatan yang seakan sombong tidak mahu melayan kami. Seolah-olah kami datang sengaja untuk menyusahkan mereka. Aku masih ingat senyuman sinis perempuan beruniform biru itu mengatakan kami seolah-olah terburu-buru menghantar Nabila ke hospital. Kalau kalian berada di tempat kami, sudah pasti melakukan perkara yang sama bukan. Hanya mahu pemeriksaan sama ada anak ini benar-benar sakit atau sebaliknya.

Aku dan abg bukanlah suka nak mengadu hal-hal hospital ni. Tapi bila mengenangkan sudah 2 kali aku terkena, siapapun akan marah. Sekurang-kurangnya , kakitangan itu menenangkan aku yang sedang risaukan Nabila. Ini tidak..menyalahkan orang kerana datang pagi-pagi subuh itu. lagipun ketika kami mendapatkan rawatan, tiada pesakit pun ketika itu.Selepas kami pun memang tiada orang yang mendapatkan rawatan. Jadi, kenapa mesti mahu MALAS?!

Kalaulah diikutkan dek akal ini..Aku sendiri pun tak ingin nak datang. Lebih baik aku ke klinik saja. Tapi faham-faham sajalah. Klinik panel Abg bukannya 24 jam. Dan kalau ada pun klinik 24 jam..aku kurang gemar ngan klinik 24 jam di Bukit Sentosa ini.

Salah aku kah? Aku tak pasti. Apa yang pasti..aku dan Abg marah benar dengan kejadian itu. Sebab Abg tahu dia tak salah. Bukan ke mencegah lebih baik dari mengubati. Sepatutnya prinsip itu dipegang. Bukan susah pun nak suruh periksa Nabila. Serius, aku kesal dengan sikap mereka.

Dan Isnin, aku ke Klinik Kita Wangsa Maju. Kerana aku ke rumah mak untuk mak melihat sendiri keadaan cucunya. Manalah tau juga Nabila merindui neneknya yang sudah 3 hari tidak bersua muka.

Mujur juga doktor memberikan ubat yang ku minta. Kerana Nabila masih lagi selsema dan batuk. Aku minta antibiotik yang berlainan dan dos yang tinggi sedikit berbanding ubat yang aku dapatkan di Klinik Aniza. Kerna aku tahu, tubuh Nabila seakan kebal dengan ubat-ubatan yang rendah dosnya.

Dan sehingga semalam ( Selasa) Nabila masih lagi menangis. Mungkin juga kami perlukan rawatan alternatif. Kata Abg esok dia akan cuba mendapatkan rawatan di Daru'syifa di Rawang. Dan Abg sudah mendapatkan nama-nama orang yang pandai mengubat cara tradisional...

Entahlah..bila difikirkan.. Mungkin juga Nabila mahu pandai sesuatu. Seperti yang aku katakan pada entry lepas.. Nabila perlu 'membayar' untuk mendapatkan kepandaiannya. Sudah masak benar dengan sifat nan satu ini. Namun aku berdoa agar tiada perkara-perkara yang pelik berlaku pada Nabila. Kami cuba mencari salah dan silap kami..sehinggakan kami terpaksa menyimpan semua mainan yang kami letakkan di biliknya. Cuma mahu menyedapkan hati dan tidak mahu berfikir bukan-bukan. Sebab sebelum ini..sememangnya mainan itu aku sentiasa letakkan di dalam bilik. Tak pernah di simpan di dalam kotak. Di letakkan sama seperti yang ada di dalam bilik Nabila. Entahlah..

Mohon pada kawan-kawan mendoakan Nabila lekas sembuh. Tak sangup rasanya melihat Nabila menangis tanpa henti. Kerana aku dengar suara Nabila juga sudah mulai serak dek tangisan yang berterusan....

19 comments:

A.I said...

Alahai Nabila :(
Dowang ni kan na..kalau x kene kt batang idong sendiri mmg mcmtu la! sakit lak ati aku..isk.

Insyaallah, nabilah cepat2 sembuh tau..

SURIA AMANDA said...

sokong...bila dah kena kat batang hidung sendiri baru diorang tahu..mmg mcm hampeh service spital kerajaan nih...moga nabilah cepat2 sembuh ye sayang...

Rizziela said...

SAsakitnya ti saya dengar ni
Kerajaan dah bayar gaji setiap bulan tu..buat ajerlah..kan mulia keje sebagai nurse?

kenapa nak endah tak endah ajer? kan orang dtg utk berubat..bukan suka2 datang nak buangkan masa..lebih baik tido dari dr hospital kalau anak x sakit & kita tak risau...

shaliza said...

Nabila sayang,cepat sembuh ya,sian ibu risau tu...
Selalulah bacakan ayat kursi kat ubun2 dia. Budak kecik ni dia boleh nampak apa saja.

Betul tu,kalau tak kena batang hidung sendiri sedaplah berkata2...sabarlah.

Cool said...

cuba pasangkan surah al baqarah di dalam rumah sepanjang masa.. anak mcm nabila selalu lemah semangat... anis pon mmg jenis mudah terkena gangguan.. selalu reda bila dah baca/pasang surah al-baqarah

witri said...

ina..moga nabila cepat sembuh...sian nabila..asyik nangis jer..ntah apela yg ingin nabila bagitau pd ibu...?

hospital...mmg gitu...berkira sgt ttg keje...macam ler kita nk sgt gi melepak kt hospital...sakit hati dgn sikap mereka...

ICAZIESYIRA said...

hospital kalau area bandar memang suwey la.. kalau rural area macam batu pahat n muar ok je.. alhamdulillah doktor, sister, nurse semua baik budi bahasa. Atau maybe didikan pengarah dia yang baiklah kan.. dengan tema mesra pelanggan dan profesional.

Geram dengar ina cerita. Tapi sabarlah ina. Biarlah mereka dengan sifat mereka.

Aunty Ica doakan Nabila ok. Tapi kalau demam kena nengok betul2 ya ina. Kalau panas sangat, mandikan je terus. Takut sawan nanti. Itu yang doktor pesan pada ica la..

ieda said...

salam ina..
sabarlah...budak2 mcm kita yg dewasa jg.bila demam badan sakit..kepala sakit...budak kecik tak tau nak cakap lg mmg akan nangis berterusan.kdg2 ada jangkitan kat telinga @ saluran kencing.kembung perut pun buat dia nangis jg.kalau dah banyak hari tu admit saja dulu.check urine takut ada kuman.jangkitan saluran kencing susah nak detect.
nabila...cepat2 sembuh yer..be strong.

ttg doktor tu...
dr muda kot..sbg seorg doktor mmg dia tau benda tu sakit teruk @ tak..boleh tunggu @ tak...tapi dia kena faham as a parents yg takde full medical knowledge mestilah risau tgk anak menangis berterusan & demam tak sembuh2.sebab tu org bawa anak g hospital tak kira masa.
honestly,akak dulu pun masa kat hosp merungut juga bila org datang kecemasan awal2 pg macam ni.sebab dr on call ni kerja dari pukul 8 pagi.habis duty 8 pg esoknya.badan mmg dah letih sgt esp kalau hosp2 yg sibuk.tapi tengok kes juga.kemalangan mmg takde masalah.budak2 pun sama...kira emergency juga.yg akak pernah merungut ialah org yang demam 3,4 hari tak datang siang2..
tapi bila dah lama kerja...dah banyak mixed dgn masyarakat kita makin faham situasi org & jadi lebih tolerate..sb tu kalau tgk doktor2 senior biasanya lebih mesra & memahami berbanding dr muda yang banyak angin..(i was once in that group).

Pnut said...

Ina-akak doakan Nabila pulih dari menangis tu kesian dia, memang patut try rawatan alternatif, kekadang gangguan halus kita tak nampak, akak sendiri pun standby je air penawar dari Darul Syifa ni, kalau tetiba ALesya meragam tak tentu pasal, akak baca ayat kursi, al-fatihah dan selawat, akak sapu seluruh muka dia, dan masa tido siap letak surah yassin bawah bantal..
so far Alhamdulillah...

Pnut said...

akak lupe nak mention tadi, pasai hospital tu...
sesetengah hospital memang 'kurang' melayan pesakit kalau di wad kecemasan (ina pegi wad kecemasan ke?) dah pukul 5.30pg akak assume kat kecemasan la ek..

ada kawan akak doktor, kalau ikut prosedur sebenarnya definasi kecemasan tu ada untuk kes-kes tertentu sahaja, (kemalangan, serangan sawan, lelah, serangan jantung ni contoh la..) selain dari kes tu kalau ikut prosedur, doktor bahagian kecemasan boleh menolak pesakit yang bukan kategori kes kecemasan, tetapi biasanya jarnag doktor tolak, depa akan rawat juga mengikut budi bicara...

so akak tak pasti HSB cemana,

Yasmin Nabilah.. said...

A.I : huhu..mmg kak..sebab yang kena bukan dorang..at least faham la situasi kita camner..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Suria Amanda: huhu..betul2..bilalah nak tukar mentaliti org2 tu yek..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

riezziela: entahlah..ngantuk kot..bosan asyik buat benda yang sama..tu pasal tak nak layan..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

shaliza: insyaAllah..ina buat.. :) thanks yek shaliza.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Jiji: Owh yeke..pas Jiji ckp ina terus cari surah Al Baqarah tu.. :) thanks yek jiji.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

witri: huhu..tulah..dah banyak kali pesan kat Nabila..hurm..masih lagi nak nanes2..
Klu disuruh lepask pun..ina tak mo..menyampah la tgk mereka..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Ica: Nabila tak demam lagi ica..tapi tak tau apa sebab dia still lagi nanes2..huhu..
Ina takde pilihan lain Ica.. nak tak nak ke sg. buloh jugak..tu paling dekat//dan paling senang sebab semua rekod ada kat sana..klu gi s[ital lain kang dorang lagi tak nak layan kita..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: entahlah kak..dorang tak suruh admit pun..takde ckp pun mintak kita admit anak ..huhu
mmg muda pun..tapi kak..ina tau ..paham keje doc nih..tapi klu tak suka pun..jgn buat muka..org leh tau apa yang tersirat kat ati dia..ikhlas atau tidak kerja tu..ina mmg tak penah nak berkira..klu dpt doc yang baik..ina mmg suka..mmg tak sanggup nak susahkan doc tu..tapi klu peranagi camtuh..ina pun tak hengen..huhu.. Tahlah kak..lain org lain perangai kan..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Pnut: kat umah ini ina mmg ada standby air2 tu..ina ada amik air dari Darussyifa..pastu air dari Syifa al hidayah..pastu air khatam Quran skali.. hurmm..nampak tak berkesan pada Nabila..ina ada bagi ir zam-zam kat Nabila jugak..pun masih tak ilang sakit dia..huhu..
Yang hospital tuh..sebenarnya itu jalan terakhir ina..mmg dah buntu tgk Nabila nangis tak henti2..ina takut klu dia sawan balik..sebab tu nak suh doc tu tgk dia..hurm..tah lah..kdg2 rasa menyesal pulak bawak dia gi spital aituh..tapi klu jadik apa2 kat Nabila sok..pandai pulak dorang komplen kita ni ibu yang tak bertanggungjawab..tah la kak..pening2..huhu..