Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 February 2011

Perlu bayar sebelum mendapatkan 'sesuatu'...?

Ini bukanlah bayar apa pun. Memanglah kalau kita inginkan sesuatu, perlu dibayar. Mana ada benda percuma di dunia sekarang ini..

Semalam, sampai saja di rumah, Nabila mula menunjukkan aksinya. Pada awalnya, saya cuba memujuknya untuk tidur. Saya fikir dia letih kerana sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana menangis.

Namun sangkaan saya meleset. Rupanya Nabila menangis kerana mahu saya baringkan dia di atas ruang bermain. Dan Nabila mula menunjukkan sesuatu kepada saya.



Memang tak sangka. Nabila sebenarnya sudah lama cuba untuk mengangkat punggung dan cuba mengesot. Tapi entah kenapa kali ini menjadi pula skill nya itu. Saya tahu gerak hati saya kuat mengatakan sejak kebelakangan ini, Nabila tak sihat, menangis sepanjang masa kerana ingin pandai sesuatu.Sungguh besar cabaran si kecil ini untuk mendapatkannya.

YA, NABILA HARUS BAYAR UNTUK DAPATKAN SKILL INI..!!

Pernah ianya terjadi suatu ketika dulu. Menangis sehingga saya panik dan membawanya ke hospital. Ketika itu hanya selang beberapa hari untuk semua umat Islam berpuasa.

Dan pada bulan puasa tersebut, Nabila telah pun mendapat satu skill barunya iatu meniarap. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Dan kali ini ianya terjadi lagi. Alhamdulillah..

Pagi tadi, Nabila menangis lagi. Dan sedari jam 6 pagi, saya cuba memujuknya. Namun entah kenapa masih gagal. Dan jam 8 pagi, Nabila melakukan ini pula setelah puas saya memujuknya supaya diam.


Bukan mudah perjalanan si kecil ini. Banyak rintangan dan seharusnya saya harus terus berdoa agar perjalanannya dipermudahkan.. Amin...

8 comments:

Mamanurin said...

alahmadullillah..good girl..ya la ina, tu yg dia asyik memerap je..ada benda baru yg dia nak tunjukkan kat ibu dia

senyumm said...

alhamdulillah..

Unknown said...

alhamdulillah...syukur sgt2...rasa nak nagis tgk nabila...InsyaAllah Ina dia akan tunjuk lagi byk skill pada ina nanti...

Jue-Isteri_Ibu said...

alhamdulillah...berair mata saya ina tgk kebolehn demi kebolehan nabila..saya tumpang gembira..dia duduk sendiri ker ina duduk kan?tapi menakjubkan..Subhanallah..

EdaManAli said...

btol laa kak ape yg semua comment kt sni. mmg nabila nk sgt tunjukkan ibu dia ape yg dia dh pandai buat. sbb tu dia menangis...Alhamdulillah, nabila dh ade progress...seronok tgk dia...

we all happy for both of you, laa kak!

Nurul Hazira Razali said...

alhamdullillah...somoga akak akan lebih bersemangat dengan improvement Nabila.

Azma said...

alhamdulillah..syukurla..

Salina@IbuAqil said...

syukur!! Amin!! semoga dipermudahkan segalanya.. Insya'allah!!