Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

06 May 2011

Ragam si kecil! Kadang-kadang tak faham!!!

Semalam Nabila buat hal lagi. Tidur seawal jam 9.00 malam dan tersedar jam 11.00 malam. Saya bermain sebentar dengannya. Sudah lama juga tiada aktiviti malam kerana setiap kali saya pulang, Nabila pasti sudah tidur.

Dan jam 12.00 tengah malam, mata saya sudah mengantuk. Namun si kecil ini sukar sekali untuk melelapkan matanya. Saya tak sedar bila masa saya terlelap. Dan sedar-sedar saja Nabila menangis di buaiannya.

Puas saya pujuk. Malah saya dimarahinya lagi adalah. Nabila buat tanda protes. Bukan main lagi marahkan ibu. Sudah pandai ye nak!!

Saya bancuh susu. Tak mahu..
Saya bagi air milo. Tak mahu...
Saya bagi makan. Tak mahu..

Last-last saya check perut Nabila. Agaknya dia sakit perut. Sebab kata mak, Nabila asyik 'membuang' sepanjang hari. Agaknya kesan dari ubat Skilax yang di makan semalam. Tu yang asyik membuang je tuh.

Saya cuba pujuk. Marah benar Nabila. Kesabaran saya di tahap puncak. Sudahnya, suara saya tinggi memarahi Nabila. Bukan tak kesian padanya, cuma kadangkala sikapnya agak melampau. Dipujuk baik-baik tak mahu diam. Anak ini sudah pandai bermain emosi. Sudah pandai memanipulasi si ibu. Huhu...

Kadangkala saya tak faham dengan Nabila. Entah apa yang dimarahkan saya tak tahu. Puas turun naik buai, saya dukung, saya meniarapkan dia, usap-usap belakang..semua tak jalan. Kalaulah Nabila boleh berkata-kata, alangkah baiknya. Mungkin ini yang akan dikatakan oleh Nabila.. "Bu, adik sakit perut..Bu, adik nak makan..Bu, adik nak susu.."

Aduhai..

Jam 2.30 pagi, Nabila masih lagi belum melelapkan matanya. Mata saya memang dah tak larat nak buka dah. Sudahnya saya berbaring di katil dan membiarkan Nabila di buaian. Dan ketika itu dia sudah senyap.

Tiba-tiba....

"aaaaa...kekekekeke....aaaaa...kekekeke..."

Adoi..Nabila ketawa pula. Main dengan sapa tu? Saya tegur..

" Adik..tido yek..Tak mo ketawa-ketawa. Esok nak sekolah kan..."

Dan lastnya saya terlelap. Tak pasti si kecil ini tidur pukul berapa.

Jam 3 pagi saya tersedar. Terus saya mengangkat Nabila tidur di sebelah saya.

.............................................................................

Bangun je jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Alamak, dah lambat! Sudahnya Nabila tak ke sekolah hari ini. Saya terus bersiap ke pejabat. huhu..

p/s: seronok pagi ni, saya dah boleh pakai baju lama balik. Baju yang dah lama saya tak pakai. Baju 2 tahun lepas. Akhirnya... :) Hurm..baru sikit.. Kena usaha lagi. yeah..go Noina..!! Go!!!

4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Dia nak manja lebih ngan ibu kot.Hihihi..
Anyway, CONGRATE's ina sebab dah berjaya pakai baju 2 tahun lepas.Chaiyok2..usaha membuahkan hasil.xsabar nak tgk ahad nih.hihihi

Azma said...

Betul kata ayu tu..ibu dia kan dah jarang2 dpt main2 ngan dia mlm2.. skali-skala apasalahnya..:) Sabar ye ina.

Syoknya dah slim.. teruskan usaha ye!!

Adib said...

se kecil mmg mcm tu..bawa2 bersabar ye akak..

ieda said...

tengah menguruskan badan rupanya ibu nabila nie...tahniah..moga cepat dapat pakai kebaya.
to nabila....pandai yer tunjuk perasaan...be good girl tau...sian ibu.