Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

12 May 2011

Persepsi..

Semalam, saya melihat Bersamamu. Pada awalnya saya mahu pulang awal, tapi terlekat di hadapan TV rumah mak. Dan tiba-tiba saya teringat kata salah seorang kakak di PDK Kamii minggu lepas. Katanya anaknya masuk TV rancangan Bersamamu minggu ini. Terus saja saya menonton rancangan tersebut. Dan saya nampak wajah Hazim, kawan sekolah Nabila di PDK.

Air mata ini bergenang melihat anak-anak di dalam rancangan tersebut. Dan pabila saya melihat semangat ibu-ibu itu, saya nampak diri saya. Saya juga seperti mereka. Mahu kehidupan Nabila lebih baik dari hari ke hari.

Mata anak-anak itu penuh dengan harapan. Harapan agar masyarakat menerima keadaan mereka. Tanpa rasa hinaan dan cacian.

Bagi saya, bukan semua ibu bapa mahu menyorokkan anak mereka. Tapi disebabkan keadaan sekeliling, memandang anak mereka serupa makhluk asing membuatkan si ibu dan bapa terasa hati. Saya juga sering mengalami situasi begitu tatkala membawa Nabila keluar. Namun, ada juga yang menyapa..

"Cantiknya dia..umur berapa..?" .

"3 tahun. Dia special kak.."

Selalu itu yang sering saya katakan pada orang yang saya tak kenali. Kerana saya tahu bukan semua tahu keadaan Nabila. Saya tidak mahu orang lain berfikir bukan-bukan tentang Nabila. Saya tak malu untuk mengatakan Nabila special. Kerana saya tahu Nabila adalah anugerah yang tak ternilai buat saya dan Abang. Mengapa harus saya sorok kondisi Nabila pada orang lain?

Dan reaksi mereka yang mengetahui keadaan Nabila?

"owh yeke..tak nampak macam special la dik.."

"Alahai kesiannya, Sayang..muka dia cantik sangat.."

"Owh yeke..kuatkan semangat ye dik..Ahli syurga ni.."

Selalunya saya akan balas dengan senyuman dan anggukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Cuma ada juga yang terus bertanya bagaimana ianya boleh terjadi pada Nabila. Pada yang nampak bersungguh bertanya, saya ceritalah..Pada yang tak bersungguh? Saya cerita jugak! Biar orang di luar tahu disebalik wajah anak CP ini.

Biarlah apa orang nak kata dik, ibu tetap akan bersama adik. Biarlah sejuta orang memandang adik, ibu tak kisah. Yang ibu tahu, ibu mahu membahagiakan anak ibu. Ibu mahu yang terbaik buat anak ibu. Biarlah sesusah mana pun kita, asal kita tidak menyusahkan orang lain.

Moga Nabila terus melangkah lagi. Moga Allah terus beri kekuatan buat kami untuk menempuhi segalanya..Amin..

4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Ina, ayu pun baru jer taip entry bersamamu malam td.Sedih kan tengok wajah anak-anak tuh?Ayu pun bergenang airmata semalam.

MaMa ArIaNa.. said...

Moga Allah memberi kekuatan yg berterusan utk ibu2 dan anak2 nie..Amin

Anonymous said...

kamu seorg yg tabah dik.teruskan,dia perlukan ibu yg kuat sepertmu

Eta said...

aduhai.. sayang kt awak. semoga awak terus tabah ye.. posting awak menyebabkan saya lebih menghargai & menyayangi anak2. terima kasih..