Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

04 March 2011

Rindu..air mata mengiringi perjalanan ini..

Semalam, sebelum berangkat ke Cherating, saya berbual dengan Abg. Berkisar hal Nabila.

Saya meluah rasa hati saya pada Abg mengenai sekolah Nabila. Kami berbincang, dan cuba mencari penyelesaian kepada hal sekolah Nabila.

Sebenarnya, saya agak kecewa. Kelmarin, saban waktu saya mencari maklumat mengenai sekolah lain. Dan hasilnya tidaklah seperti yang saya jangkakan.

Dan kata Abg, dia hanya menurut kemahuanku. Dan cuma, ada beberapa perkara tidak dipersetujuinya. Abg tahu saya melakukannya kerana memikirkan mahu yang terbaik buat Nabila. Cuma Abg risau andai ianya berlebih dari kemampuan kami.

Ya, saya tahu batas-batasnya. Entah kenapa air mata saya mudah benar mengalir semalam. Saya memandang sayu wajah Nabila sedang lena di dalam kereta. Maafkan ibu adik, Ibu bukanlah ingin menunjukkan rasa hati ibu pada adik. Namun semalam, hati ibu rapuh sangat bila mengenangkan dirimu.

Dan semalam juga, Nabila bertemu janji dengan pakar dietetik. Kata dietician tersebut, bilangan skop susu Nabila perlu ditambah. Sebenarnya dietician tu pelik, kenapa kami mengurangkan skop susu Nabila. Kami tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Rupanya baru saya ingat. Saya mengurangkannya kerana risaukan badannya yang tidak boleh menerima susu tersebut. Dan sekarang, selepas pulang esok dari Cherating, saya akan cuban menukarkan menu untuk Nabila.

Semuanya perlu di tambah dengan Carborie. Dan juga MCT oil. Makanan seperti bubur nasi untuk Nabila juga perlu saya letakkan Carborie dan minyak zaitun. Seperti biasa juga, roti yang selalu Nabila makan, Butterscotch dari Gardenia adalah merupakan pilihan jenis roti yang tepat untuk anak-anak seperti Nabila. Hurm..standard la budak suka manis. Bagi aiskrim sundae coklat Mac D pun dah pandai demand. Nak yang coklat je.. Siap mulut tu bercepak-cepuk bila dapat rasa coklat tu..hehe..

Dan malam tadi, saya menelefon rumah mak. Mahu mendengar suara si kecil ini. Bila gangang bertukar tangan, saya mendengar suara Nabila..

"Buuuuu...uuuuuuu...huuuuuuu"

Ya Allah, rasa nak menitis air mata ni bila mendengar suara halusnya. Nabila pasti mencari saya sekarang ini. Saya tahu itu! Serasanya mahu balik ke KL malam itu juga.

Takpe..esok ibu balik yek dik..Ibu dah rindu sangat kat adik.. :)

6 comments:

Fysa Ismail said...

ala suke nye die mkn..pilih la yg terbaik utk akk n abg and nabila..
ye mst die pun rnd akk..

Mama Q said...

susahkan... bila kerjaya memerlukan kiter berjauhan dgn anak...tp klu x kerja mcm mana nak bg yg terbaik utk anak?..hmmm..

Mama Q said...

susahkan...bila kerjaya menuntut kiter berjauhan dgn anak..terseksa rasanya...tp klu x kerja x dpt la pulak nak beri yg terbaik utk anak...semua perkara perlu duit..hmmm...

A.I said...

alahai =(

Unknown said...

saya doakn yg terbaik utk anak akak dan akak..semoga dia cepat sembuh :)

ak yuyunz said...

terharunya ina.. nabila rindukn ibu ye..