Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 July 2011

Tukar kepada lain?

Saya membaca entry Jiey yang ini. Dan banyak menceritakan tentang khasiat susu yang di minum oleh Rayyan.

Pernah dulu saya berkira-kira untuk menukar susu Nabila. Susu sekarang? Rasanya antara susu termahal kot kat Malaysia. Tapi mahal pun tak guna bila berat badan Nabila tak naik-naik. Kata doktor itu adalah susu terbaik untuk anak lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila.

Ini bukanlah masalah kewangan yang ingin saya ceritakan. Ini lebih berkisar tentang kesihatan Nabila. Saya tak kisah duit keluar banyak mana janji Nabila benar-benar sihat dan dapat cukup nutrien yang diperlukan dalam badan.

Bila saya utarakan masalah ini kepada doktor peads, mereka memarahi saya. Sepertinya mereka mahu saya meneruskan susu jenama Pediasure kepada Nabila. Semuanya kerana berat badan.

Ya, dengan berat sebanyak 8 kg..dan umur 3 tahun, sah-sahlah doktor bising kenapa Nabila tak naik beratnya. Habis tu, apa lagi yang harus saya buat? Nabila bukan tak makan nasi. Makan tau! 3 kali lagi kalau kat rumah. Tapi kat sekolah rasanya 2 kali kut. Tapi kira tetap 3 kali jugak lah sebab saya akan bagi makan lagi selepas pulang dari sekolah.

Saya memikirkan untuk menukarkan susu kerana Nabila kini kerap sangat demam dan selsema. Hampir setiap bulan pasti akan demam. Nampak sangat antibodi tak berapa nak kuat... :(

Ada cadangan tak susu khas untuk antibodi ni? serius blur. Kalau ok..boleh syorkan pada Abang untuk dipertimbangkan penukaran susu Nabila.

p/s: pediasure pun buat Nabila sembelit gak nih..huhu..

11 comments:

Tika said...

hehe.. saya pulak selang selikan Aimy dengan Sustagen Full Nutrition tu.. nak beli peadisure tak mampu laks.. anak 3 org semua masih suka susu hehe.

Tapi saya baru dikenalkan dengan TF Advance untuk antibodi dan sistem imunisasi yang bagus. Baru cuba nak beli, tak dapat lagi. Nanti nak cuba berikan pada anak². Dari testimoni nampak amat bagus.. kawan yang dah bagi pada anak pun kata bagus. Anak tak mudah sakit dan cepat baik kalau sakit. Tu yang beli juga tu walau mahal, tapi share dengan kawan² untuk dapat murah hehe. Cuba Ina google pasal TF Advance ni.. Apa pun saya sebelum ini tak tahu TF Advance ni under produk 4 Life. Bila tahu, teringat pula seorang kawan baik yg mengalami thyroid tempohari, dah hampir pulih sepenuhnya selepas beberapa bulan mengambil produk 4 life.. Produk apa, saya tak pasti. Tapi dia pun pernah cakap, memang bagus untuk anak² yg sering sakit. WaAllahualam

AIN NAZRI said...

akak try laa susu mcm rayyan minum tu.. try sikit dulu dan tgk Nabila mcm mana.. mana tahu ada improvement.. tapi kalau tak ok.. kita stop kan.. kdg2 doktor nie pon x nak explore.. gunakan kata hati akak as ibu nabila.. insyaAllah, ibu tahu yang terbaik buat anak dia kan..

ieda said...

try dutch lady baru yg 5X DHA tu...rep dia dtg citer kat akak ttg benefit susu tu...nampak elok la utk anak2.harga pun tak mahal.

Ma Ri Ni said...

u might wanna try UHT milk for ur daughter, however, it is cheaper compare with other expensive formula milk u ever bought, for me, expensive does not mean it is better. perhaps, u should google first to know why UHT milk is better than formula milk :). In my opinion as well, for 3 years old child, milk is not the main source of food, milk is just additional food. If u want ur daughter to gain weight, no need to focus to the milk, Maybe u need to change ur daughter everyday menu, with high fiber, high carbohydrate, high protein. monitor the food ur daughter consume as well as the weight. Just wanna share my opinion...:)

Jue-Isteri_Ibu said...

ainie pun dulu minum susu cam nabila...x ada perubahan pun selama setahun minum.. last2 kitaorg tukar Dumex Dugro.. Alhamdulillah, antibodi kuat, berat naik n yg penting dah x sembelit.. dlm masa yg sama sy letak scot emulsion sebanyak setenagh sudu kecil setiap kali minum susu, 4 oz..

mama akid said...

saya pun dalam proseb bagi akid makan tf advance...produk 4life sejenis makanan tambahan untuk ketahanan badan...ramai testimoni berpuas hati dan kesan amat memberansangkan...dah cuba baru tahukan...

Tika said...

Jue
Aimy ni pun minum Dugro 123.. Bab sembelit memang tak ok lagi. Tapi dah puas dah tukar macam².. dia tetap sembelit. Kena makan fiber banyak baru ok kut, tapi kena pilih² laks.. tak boleh yg sejuk nanti asthma hehe.

SAya pula mencampurkan multivitamin atau vit c ke dalam susu setiap pagi. Kalau ada scott pun gitu gak hehe..

n0rraslida alias said...

asmlkm...dear...im silent reader...lida kjer kt spital....yg lida thu susu tue manis sgt....xsesuai tok sume kanak2 sbnrnye...sbb lida sndri cuba rasa...mmg mnis...so lida rse akk mmg plu tkr susu tok nabila...cian cik comey ney yer...... suke tgk nabila yg cenyum2...;)

MummyAya said...

salams..dulu anak sy pun underweight.umur setahun setengah x cecah pun 10kg..risau je..lelama paed suggest tukar pediasure.mmg bagus la..now dah 12.6 kg berat dia.dlm setengah tahun jugak la menanggung.and developtment dia lg bagus.umur 2 tahun setengah dah hafal alif ba ta,abc sampai z..123 sume..n bdn dia lebih fit dr budak sebaya dia yg masih lembik2 gitu..tp x tau la kan.lain org lain penerimaannya.consult doc.

Puteri Satu said...

bab sembelit... anak akak minum mamil gold pun stil sembelit.. tapi mamil gold memang bagus untuk antibodi baby.. Aqilah anak akak yang sulung... dari kecik sampai 3 tahun.alhamdulillah jarang demam n selsema... then stop 3 tahun.. kasi dugro 345..pun sama... last2 akak kasi minum air rebina.. haha..terus elok je... tak sembelit... tapi sembelit aqilah... sembelit yang tak terukla...cuma po po dia keras jekla...

Anonymous said...

I'm sorry to hear that. Harap Nabila dah okay sekarang. Anak saya juga pernah mengalami situasi yang sama. Tapi, selain memberikan dia Pediasure, I feed her banana to help with her digestion. 2 bananas before my daughter sleeps in the night plus 1 or 2 bottle of pediasure in a day. This has solved my problem and berat badannya juga naik.