Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

14 October 2010

Snoezelen Room, Botox & Berat Badan Nabila

Salam semua..Entry yang agak memboringkan sebenarnya..Namun aku sangat teruja siang tadi. Dan mahu menceritakan di dalam blog ini.

Tadi Nabila ke PDK. Dan pastinya setiap hari khamis dia akan ke sana bersamaku. Dan kali ini sesi terapi yang lebih istimewa.

Di PDK, satu bilik yang dikenali dengan bilik Snoezelon telah pun siap dibina. Agak teruja dan sepertinya Nabila langkah kaki kanan pabila mendaftar di situ. Kerna tak perlu menunggu lama untuk menyiapkan bilik ini.

Apa itu Snoezelon Room?

Pada mereka yang ada anak istimewa..pastinya pernah memasuki bilik terapi ini. Dan pada yang tidak mengetahui..aku ambil sedikit maksudnya.. :)

"Snoezelen or controlled multisensory stimulation is used for people with mental disabilities, and involves exposing them to a soothing and stimulating environment, the "snoezelen room". These rooms are specially designed to deliver stimuli to various senses, using lighting effects, color, sounds, music, scents, etc. The combination of different materials on a wall may be explored using tactile senses, and the floor may be adjusted to stimulate the sense of balance."

Dan ini gambaran mengenai bilik ini..

Cantik bukan? Ini bukanlah gambar di PDK..cuma ihsan dari En.Google je. Nantilah..ada masa aku akan ambil gambar Nabila di dalam bilik ini.

Dan aku sebenarnya sudah lama mahu Nabila masuk ke bilik seperti ini. Bagus untuk matanya. Untuk permulaan, Nabila sepertinya tidak fokus kerna dia dikehendaki melakukan sesi fizikal bersama Kak Fadilah. Hurm..Nabila seperti biasalah..Klu exercise mestinya akan menangis..!!

Apapun..harapnya bilik ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kerna di Sungai Buloh, mereka tidak membinanya. Jadi, tak kisahlah klu Sungai Buloh tak nak bina pun.. At least Nabila merasa gak kat tempat lain..(huh..geram apsal la dorang tak buat bilik tu kat hospital..huhu)

Sambil-sambil Nabila di'kerjakan' oleh Kak Fadilah, sekali lagi aku ditegur tentang kaki Nabila. Sebenarnya aku agak bimbang dengan kaki Nabila. Sebab setiap orang yang memegang Nabila, pastinya akan menegur anggota badannya yang satu ini. Sentiasa tegang. Dan Kak Fadilah ada bertanyakan tentang suntikan botox pada Nabila.

Bukan aku tak pernah tanya pada Sungai Buloh. Minggu lepas, aku ada bertanya pada Puan Zu sama ada perlukah Nabila si suntik botox atau tidak. Aku bertanya kerana sebenarnya aku rimas. Sebab mungkin sangkaan mereka aku tak buat streching kaki Nabila. Sedangkan perkara itulah yang aku buat setiap hari. Bukan sekali..3-4 kali dalam sehari.

Mungkin juga tak cukup. Dan splint, setiap kali pakai, sememangnya tiada makna kerana kaki Nabila pastinya akan menegang semula. Dan sudah diikat kuatpun dia masih lagi menegangkan kakinya. Apa yang perlu aku buat? Buntu memikirkannya. Tapi bila ditanya, kata mereka, Nabila masih lagi belum sampai tahap disuntik Botox. Sedangkan sedari awal inilah yang patut dilakukan.

Aku pun sebenarnya tak nak Nabila di suntik itu dan ini. Selagi boleh aku akan cuba melakukan exercise untuk Nabila. Mungkin benar kata Puan Zu. Nabila belum sampai tahap kena menggunakan botox untuk kakinya.

Apapun, usaha dan usaha lagi kearah itu.. :)

Dan tadi..aku berbual dengan mak..tentang berat badan nabila. Rasanya sudah banyak kali entry tentang berat badannya. Namun kali ini agak mengusik jiwa. (Hurm...tak mo sedih-sedih..tapi nak cerita gak..!!)

Sebenarnya aku dan mak risau melihatkan Nabila yang makan hanya dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Memang sedikit. Jarang benar dia menghabiskan makannya.

Namun kata-kata ini keluar dari hati nuraniku...

"Agaknya mak, adik tak nak makan sebab dia kesian kat Ayong kot. Dia kesian kat ibu dia yang kena dukung dia ke sana ke mari. Yelah kalau berat, mesti Ayong penat..mesti Ayong tak larat nak dukung dia. Dia pun faham kot camner nak bawak dirinya. Tak nak susahkan ibu dia"

Sebenarnya hatiku sayu bila berkata begitu pada mak. Dan mak pula hanya mendiamkan diri. Dan aku sambung lagi..

"Takpelah mak, janji adik sihat. Kalau makan banyak pun asyik sakit je tak guna jugak kan. Ayong pun dah malas nak pikir pasal berat badan adik. Janji adik sihat.."

Ya, benar. Janji Nabila sihat.Bagiku tak mengapa andai kuantiti makanan yang dimakan sedikit..Janji dia makan juga dan dapat merasa tekstur-tekstur makanan itu. Dan tadi, salah seorang ibu yang membawa anaknya ke PDK juga berkata padaku..

"Dulupun dia tak nak makan gak masa sebaya Nabila..Tapi dah besar-besar ni..dia dah faham..Kadang-kadang bila kita makan..dia pun pandai buat isyarat nak makan juga.."

Tak mengapalah adik..Ibu akan sabar menanti masa itu nanti..


9 comments:

Azma said...

laa..tmpt tu namanya Snoezelon Room ke?
Ahakss..akak tak tau pun.. Hasi setiap 2 minggu sekali dia kan masuk bilik ni kat PPUM. Kdg2 guna semua kemudahan yg disediakan, kdg2 buat OT je. Thanx Ina for the info. Kalau tak sampai sudah tak tahu agaknya.. PDK yg ina pegi tu kat mana ye? Akak kat kota dsara ni tak tau nak tuju kat mana.. Smg nabila sentiasa sihat ye..

Unknown said...

Nabila makan la banyak2...bia badan sehat,nanti cepat baik...ok...?!!

annapeje said...

awk jgn risau saya rasa mmg budak2 ada masa dia kurang mkn juga..janji nabila sihat :D sentiasa comel

produk ococ said...

bestnya kat pdk nabila ada bilik tu. kat pdk aisyah takde, kat negeri sembilan ni ada kat taman sinar harapan je

Unknown said...

La..napa kat hospital sg buluh tak der...hospital besar juga kan...kat serdang ada...byk kali jugala iman masuk dalam tu...wayar lampu berselirat...apalagi iman main tarik2 la...wah bestnyer PDK tu...bertuah nabila...mmm..iman makan byk..tapi berat baru 10kg..dr kata tak perlu jumpa nutritions, yg penting dia tak menolak makanan..harap nabila pun kuat makan cam abg iman...

Puteri Nuur At-Terawis said...

bestnya bilik ni dan idris tak pernah masuk lagi. nak google lagi dan nak bawak idris jugak. ayue cakap hospital serdang ada eh? ku nak pegi sana jugak lah.

Mamanurin said...

eeee bestnya bilik tu..caler caler lagi..mesti nabila teruja!!! mama yg tgk gambar pun dah teruja, rasa mcm nak terlompat lompat je pegi bilik tu..alaaaaa ibu nabila ni, tak mau cedih-cedih, nanti nabila tahu ibu cedih sebab dia, nanti lagi dia sedih, nanti lagi dia tak nak makan...nabila cayang, makan yer..

Mayyonnizz said...

sedihnya lak aku baca ina.. badan nabila ok lah ina.. ayu rasa xde lah kurus sgt.. for gurls.. eh ada budak normal yg lg kurus dr itulah.. xpe ina janji die sihat...k ..jgn risau2 tau.. k take care.

Min said...

ina, kat sini diorang panggil light room, sebijik macam ni la jugak. ada kat new park house yg kak min bawak mawaddah every weekend tu. tapi tak le tiap2 minggu masuk situ... setiap minggu diorang bagi aktiviti yang berbeza...