Sejak akhir-akhir ini, Nabila kerap demam. Dua minggu lepas, belum kebah demamnya, belum hilang selsemanya, Nabila diserang demam lagi. Dan kali ini agak teruk. Sampai serak suara Nabila. Sudah jadi ala-ala penyanyi Ella..Bezanya..Ella menyanyi dan Nabila menangis..hehehe!
Dan sudah 4 hari Nabila kurang minum susu. Aku bancuh seperti biasa..180ml..selalunya habis diminum..Tapi kali ini tidak. Hendak minum pun aku paksa. Masih tak habis jugak. Dan akhirnya terpaksa di buang sahaja susu itu.
Kenapa anakku sayang..? Ibu dapat rasa yang tekak Nabila perit. Pedih..Tapi apakan daya..kamu mesti minum juga sayang..
Risau..rasa tak keruan di buatnya. Dan tadi, aku bancuhkan susu perisa coklat pula. Mana tau dia mahu minum pula. Silap! Nabila masih juga tak mahu minum..malah di digigitnya puting botol sambil menunjukkan tanda protes.Aduhai..Sudahnya..Nabila tertidur..Dan susu itu sekejap lagi akan aku buang dan basuh kembali botolnya.
Apa yang perlu aku buat sekarang ini? Aku lihat demamnya sudah tiada.Selsema juga. Batuk pun sudah berkurangan. Sekali dua sahaja. Itupun sebab tersedak air liur sendiri. Rasa ingin ke klinik sekali lagi. Minggu depan appointment dengan pediatrik. Pasti doktor akan bertanya lagi tentang berat badan Nabila. Kalau berterusan begini..beratnya pasti susut. Tengok sahajalah demam 4 hari lepas. Susut badannya.Terasa ringan benar pabila aku mendukung Nabila.Demam membuatkan dia hilang selera makan dan minum susu.
Jika tengahari esok masih berterusan, aku akan bawa dia ke klinik. Sebab besok aku ada appointment dengan Puan Sally..iaitu OCC. Harap-harapnya mood Nabila untuk minum susu akan kembali pulih seperti sediakala esok..Amin..
10 comments:
Semoga Nabila pulih segera - insyaAllah..
Dulu Aqim pon sama dlm 3 minggu cmtu die tak selera minum susu. Risau gak, tapi pas 3 minggu tu die minum bnyak.
Noina, cuba cek gigi nabila. Coz, hari tu Husna pun tak nak minum susu. rupanya gigi geraham husna tumbuh sampai 4 batang sekali! Dan gusi dia bengkak. 3 hari Husna tolak minuman dan makanan! Hanya minum susu sejuk dalam peti ais dan sumi jer... Mungkin juga sebab sakit tekak dia tu! Ummi doakan semoga NAbila cepat sembuh yer... :)
salam ina...ms habib xnk minum susu dulu doc suggest sy bg dia minum pki syringe(btl ke eja)
okla dia minum gak n at least dia xkelaparan...
ke ina dh cuba?
nabila blh mkn maknana pekal ker?
Ina, betul tu, cuba kasi minum dgn syringe.
Nnt masa jumpa paed, bagitau ttg Nabila tak nak minum. Kadang2 kita ingat lain, takut masalah lain. Takut selsema dia menyebbkan infection ke paru2, jadi susah dia nak sedut susu dan nafas ke. atau masalah lain, yg kita tak nampak. Harap2 tiada masalah yg serius. Pada doktor paed, ceritakan segala, yg kita angap kecil pun cerita juga. Berbaloila kan tungu giliran lama2 :D. Cepat baik ye Nabila, InsyaAllah.
Hadif pun pernah gak smpai seminggu lebih tak mau nyusu.Smpai intan susah ati,sudahnya bagi pakai syringe n suap nestum je.At least perut tak kosong.Kak ina try la bgi pkai syringe.Cian nabila.Moga nabila cpt sembuh.
alhamdulillah si Syafiah ni sebat je susu. belum la lagi tak berselera. dah la kawan badan tak naik² (risau jugak). aduhhh...
moga cepat la si nabila ni baik insyaAllah. kiss sket pipi nabila tu untuk auntie sue
cian anak ummi nih...semoga nabila cepat2 sehat yer sayang...
Kakcikseroja : alhamdulillah..demam Nabila dah kebah..rasanya nak tumbuh gigi kut..huhu..
Arine : hurmm..Nabila ni masa umur dia 6 bulan..dia buat perangai camnih..hurmm..rasa nak tumbuh gigi lagi kut..hehe.. :)
Liana : betul lah..mmg nak tumbuh gigi..Jumaat lepas mak ina cek..tgk geraham ngan taring.mcm nak tumbuh..
Zura : Haah..pas Zura,Kak Amalina dan Intan ckp minum pakai syringe baru ina teringat nak guna.tak terpikir pun..huhu..dulu masa tumbuh 1st gigi dia..pakai syringe gak..hehe..
zh-ena : Takde la pejal sgt..emm..mcm bubur lagi..tapi tak bleh dah..sayur lembut sket yang bleh lenyek2..
Kak Amamlina : tu ah..ingat nanti nak suh doc tgk betul2 gigi dia..hehe..klu ina yang tgk..mampus tak nak buka..dia tekan mulut dia..rapat2..huhu..
Intan : Pas Intan dan yang lain ckp pakai syringe..baru ina teringat nak guna..hehe.pelupa sungguh..dulu penah gak dia buat camni..ina pakai syringe..ni tah camner lupa plak..hehe..betul..susut la badan dia..kurus jer..huhu..
Kak Sue : ina rasa tumbuh gigi la kak..hehe..pandai la syafiah.tak memilih pun..Nabila ni..dan la minum susu susah..makan pun lag susah..badan pun kecek jer..Nanti Syafiah ajar Nabila yek..nak makan camner..Nabila nih kdg2 degil gak..cam ibu dia..hehehe..
Ita : tu ah..dah sihat dah ummi..Sarra mesti dah sihat kan..:)!
Post a Comment