Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
31 March 2009
Masihkah ada ruang untukku?
Yang tidak mengerti apa2
Mengapa?
Apa yang terjadi padaku?
Mengapa aku tidak seperti yang lain?
Bermain…
Berlari..
Girangnya..!
Ada mata yang memandang ku
Aku tak mengerti pandangan itu
Jelek kah?
Simpatikah?
Namun aku masih punya hati..
Usahlah memandang aku begitu
Sedihkah hati ini?
Ya! Aku sedih..
Aku bukan mahu dilahirkan sebegini
Tapi inilah perjanjian ku dengan Ilahi
Ku pandang ayah
Ku pandang ibu
Walau kabur pandanganku..
Aku tahu ibu dan ayah menyayangi aku
Menyokong aku..membantu aku..
Akanku cuba ceriakan hati mereka
Dengan tawaku..
Ya! dengan tawaku yang tidak seindah mana ini..
Di luar sana..
Masihkah ada ruang
Buat insan seperti aku di hati mereka?
28 March 2009
Nabila di Gedangsa arini dan berita baik buatnya!
Aktiviti kali ni..Kak Raw naikkan Nabila atas 'ball' dan golek2 kan dia..dan mcm biasa gak Nabila nangis2 sebab ngantuk..hehe..tak cukup tido..almaklumlah..masa nak pegi aku terpaksa kejutkan dia utk mandi..on the way tadi dah nak sampai Gedangsa baru nak tido..emm..apa lagi..menangis meraung la..!
Dan Kak Raw sempat cakap ngan aku dan abg..yang Nabila dah nampak semakin ok..Alhamdulillah..tu satu petanda yang baik..aku sempat bertanya tentang Nabila yang aku slalu buat exercise melangkah..saje nak tanya pendapat dia..Kak Raw kata dia tak galakkan aku buat camtuh pada Nabila..dia lebih prefer klu aku buat 'golek balak'..emm..mmg ramai yang cakap golek balak tu ok..aku dulu slalu buat..cuma kebelakangan nih..mcm dah tak buat..huhu..sori yek sayang..nanti ibu balik..!
Apapun..berita yang Kak Raw bagitau aku tadi buat aku semakin bersemangat..dan aku akan teruskan apa yang terbaik buat anakku..dan pada kawan2 aku yang ada anak senasib ngan Nabila..jgn putus asa yek..jadikan kisah Nabila arinih sebagai semangat! Aku doakan setiap kawan2 aku yang ada anak seperti Nabila akan cepat2 sembuh..dan boleh hidup seperti kanak2 yang normal..Amin!
26 March 2009
Apa yang Nabila buat arini?
Nabila tumbuh gigi lagi..
Harap semua berjalan lancar!
Mulanya aku mmg berat nak cerita tentang Nabila pada kawan2 baru..yelah..kenal pun baru 3 ari..takkan nak bukak kisah2 duka lak kan..!kang orang kata aku ni apa lak.tapi tah lah..kawan2 baru aku ni kebanyakannya dah kawin..dan ada anak..bila cerita bab anak ni..mcm2 la..dan mereka2 ni bertanya tentang Nabila..dan aku pun dah malas nak sorok2..aku ceritakan pada mereka..ada yang simpati, ada yang buat biasa jer..biasalah..tak kena batang idung sendiri..mana yang tanya jer aku cerita..aku tak cerita kat semua org..
Ramai yang tgk gambar Nabila dlm handphone aku..semua kata Nabila nampak normal dan ok..emm..mgkin la skrg tak nampak lagi..tapi akan datang...?dah..dah..tak moh pikir bukan2..!
Dan tadi pegawai aku panggil aku dan beberapa kawan aku..tujuan dia untuk bertanya penempatan untuk keje nanti..mampu atau tak mampu untuk buat keje lebih masa dan komitmen yang lebih..bagi aku komitmen tu tak menjadi masalah..cuma bab lebih masa tu aku mcm tak dpt nak beri..dengan keadaan Nabila mcm ni aku terpaksa pikir ttg dia lebih dari kerja aku..mmg keje tu penting..tapi aku rasa Nabila LAGI PENTING dari semua tu..Nabila perlukan aku..dan aku terpaksa berkorban..aku terpaksa bercerita kepada pegawai tu tentang keadaan Nabila..dia faham..dan aku harap dia dapat berikan aku penempatan yang mudah untuk aku uruskan Nabila..maksud aku dar segi cuti dan bawa Nabila ke Hospital..
Dan...bila aku kuar dari bilik dia..aku berdoa moga Allah permudahkan aku dalam menguruskan Nabila dan pegawai tu dapat beri apa yang aku mahu....
25 March 2009
Tag dari Ummisarra
1.Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
- Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi..panjangnya..hehe..
2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
- http://yongnoina.blogspot.com.. timbul idea sebab saje..nak abadikan kenangan bersama Nabila demuks..emm.dan nak share pengalaman ngan ibu-ibu yang punya anak seperti aku..
3.Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
- Dah tentu semuanya tentang Nabila..
4.Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
- buat setakat nih..takde la lagi..baru jer berjinak2..hehe..baru 3 bulan..dan akan meneruskan selagi termampu..semua nih pun untuk Nabila gak..leh la dia baca2 dan tau apa yang jadi kat dia masa kecek2 dulu!
5...Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
- Emm..aku syukur sgt dapat jumpa ita..yelah kitorg kenal pun dlm blog gak..dan nasib kami serupa..sekurang2nya ita jadi penguat untuk aku harungi semua ini..dan pasti anak kami akan membesar bersama2..dan mereka juga akan berkawan seperti mana kami berkawan! thanks ita!
6...Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
- Rasanya tak yah la kot..tgk ramai dah buat dah..hehe!
Kena tangguh gi Rehab mggu depan!
Aksi Nabila hampir Demam @ Dedau!
emm..pakai cool fever nih..ada sket la kurangnya..tapi asyik tertanggal jer..tangan tak dok diam..dok garu hidung pastu tertarik skali ngan cool fever nih..memang lasak!
tah hapa yang Si Nabila ni dok senyum2 sengih tah..?
Aksi half naked..hehe..tapi ibu pandai amik gambar..sensored tau..pasal malu la Nabila..hehe
Sambung kisah semalam!
Entry semalam saya ingat nak bercerita tentang Nabila di rumah Rawang. Tapi terbantut dek kerana Nabila terbangun semalam. Selalunya waktu malam, Nabila memang mudah nak tidur. Dan akan bangun pada keesokan harinya.
Nabila ni jenis tidur sekejap kalau waktu siang. Dia tidur ada la dalam 15 minit. Kemudian dah bangun. Tapi tidurnya kerap. Sekejap tidur..sekejap bangun. Saya memang seronok sangat bila Nabila dapat tidur nyenyak. Saya pun join sekaki la..hehe..boleh tidur sampai tak sedar diri..!
Nabila malam-malam sudah biasa tidur di rumah mak dengan aircond. Memanglah tak elok, tapi saya takut kalau badan Nabila panas. Takut demam dan kemudian sawan. So far memanglah tiada . Saya akan sejukkan bilik sebelum bawa Nabila masuk ke bilik. Rumah mak memang panas!. Kalau siang rasa macam sauna..hehe..
Saya ada ambil gambar Nabila tengah demam ni. Tapi next entry la saya masukkan. Ok la..sambung lagi...!
Mom Award?
Sorry Ibu Arifa. Makan masa sikit saya buat kerana busy seminggu ni. Apapun terima kasih atas award ini..
Nak kata saya ibu yang terbaik pun tak boleh juga. Kerana saya rasa macam banyak sangat kekurangan dalam diri ini.
Saya sebenarnya rasa bersalah pada Nabila. Andai semua ini tidak terjadi sudah pasti Nabila adalah salah seorang anak yang sihat. Saya akan gunakan setiap detik untuk bersama Nabila dan sentiasa beri semangat pada dia. Dan pastikan Nabila mendapat rawatan yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya hilang rasa bersalah ini..
Apapun semua ibu pasti mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi kita seharusnya menghargai mereka dan selami hati mereka. Jangan dianggap anak sebagai beban. Walaupun berbeza namun saya bangga dengan Nabila. Tidak semua boleh jadi kuat semangat seperti Nabila!
24 March 2009
Nabila balik Rawang!
Kenapa?
Saya dan Nabila pulang ke Rawang. Time cuti-cuti ni asyik dok rumah mak jer kesian juga pada abang. Asyik dia saja yang balik ke Gombak . Lagipun abang kerja malam. Jadi siang dia ada di rumah.
Hari Rabu saya pulang ke Rawang sehingga Sabtu. Hari sabtu ayah dan mak saya pula datang ke Rawang Mahu menyiapkan rumah baru. Nak pasang cangkuk kipas dengan mengecat kemudian nak kasi kemas betul-betul rumah itu.
Ok, saya mahu tidur dulu. Nabila tak nak tidur pula . Esok saya dikehendaki melapor diri di JPM. Ermmm..tak tahu lagi macamana . Nanti sambung lagi..daaa...!
17 March 2009
Rambut Nabila dah kontot!
Pada awalnya saya memang ingin menyimpan rambut di bahagian depan. Tapi bila saya tengok ianya sudah mencucuk mata, makanya saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya itu.
Dan saya pun memulakan operasi (ceh..macam nak benteras apa je!) memotong rambut Nabila. Saya tak sempat untuk mengambil gambar. Mana nak pegang kamera, mana lagi nak pegang gunting. Dan hasilnya...Taraaaa....
~Takut jatuh, ibu letak Nabila kat tilam. Baru nampak Nabila senyum-senyum. Nak main golek-golek rupanya! Huh, terkangkang..apa la anak dara ibu nih...!~
Nabila dah 11 bulan arinih!
Apapun saya mengharapkan keajaiban pada bulan ini. Sekurang-kurangnya Nabila dah boleh meniarap sendiri. Seperti bulan-bulan sudah, Nabila sudah mula mahu mengajak orang main-main , sudah pandai ketawa mengekek, tapi bab skill motor kasar masih lambat lagi. Saya semakin risau tengok Nabila. Yelah, bulan depan sudah setahun. Kalau dia masih macam ini, alamatnya perkembangan Nabila semakin lambat.
Tapi yang best nya. Nabila sudah tidak lagi menangis semasa makan. Sudah pandai makan bubur. Cuma pandai memilih, kalau bubur tu macam tak sedap, Nabila tak mahu makan. Terpaksalah saya membancuh Nestum.
Apapun sayang, Ibu ucapkan Selamat Ulang Bulan yang Ke 11..Moga Nabila lekas-lekas sembuh dan boleh cepat-cepat jalan. haha! Sayang Nabila Demukss...!
~Ni apsal lak nih..?~
16 March 2009
Tag lagi?
5 tahun dulu?emmm..baru pas abis blajar kat ADTEC Shah Alam..pastu keje..pastu bertunang..dan kawin ngan ENCIK ZULHILMI..pastu dapat si Nabila Demuks..hehe..Rasanya tahun 2008 paling mencabar..tapi rasanya akan mencabar lagi kot akan dtg..
2. What were the 5 things on your to do list today?
list ke hapa nya..dh mlm..benda dah jadik..hehe..
-Mandikan Nabila
-Bawak Nabila gi ex-opis
-Bagi Nabila mkn
-Tgk TV ngan Nabila
-Tido ngan Nabila..semuanya Nabila..
3. What are 5 snacks that you enjoy?
Entah..aku nih mkn jer..bdn pun makin naik nih..emm..tah bila nak kurus tah..?
4. What are 5 jobs you've had?
-cikgu sek (cikgu ganti jer)
-Promoter(zaman kegelapan..susah nak dpt keje)
-Counter Clerk kat KTM (emm..darah tinggi naik lo!)
-Pembantu Pembangunan Masyarakat
-Pembantu Tadbir
lebih leh tak? doakan dapat job baru..J29..amin...
5. Tag 5 person and who are they?
tak yah sesapa la..semua dah buat kot..haha!
Nabila ke Rumah Kak Raw lagi..
Agak ramai juga yang mendapatkan rawatan dan kami menunggu di tepi jalan sambil menghirup udara pagi. Bila dah clear baru kami masuk ke dalam rumah Kak Raw.
Lama juga kami menunggu giliran. Dan akhirnya lebih kurang jam 2 petang, barulah sampai giliran kami. Punyalah ramai orang jadi nak tak nak kenalah bersabar.
Nabila macam biasalah. Kalau badan kena usik sikit mulalah meraung! Nak baik punya pasal tahan jelah ye dik
Selesai semua dalm jam 3 petang, kami terus gerak untuk pulang ke rumah. Mula-mula menangis Nabila , bila emosi pun dah stabil Nabila bercakap-cakap dalam bahasa dia. Nak mengadu la tu pasal kena balut-balut tadi..
~Sarra Deboks & Nabila Demuks dengan aksi memakai pempers jer..santai-santai sambil bergolek..hurmm..kata si Kembar!~
13 March 2009
Muka anak patung...?
Hari tu mak ke Jusco Wangsa Maju dengan adik saya, Ain. Entah macamana mak ternampak patung di dalam cermin (ala patung display tuh). Mak saya kata muka macam Nabila. haha... Kesian Nabila, ada ke patut nenek cakap begitu kat Nabila.
Kemudian bila balik heboh cerita pasal anak patung tu pada saya. Cuma anak patung tu botak, tiada rambut. hehe....
Sekarang ini sudah lekat nama panggilan Nabila yang baru..
"Anak patung Chet Chet"..hehe..
Kalau tengok betul-betul memang macam anak patung. Badannya kenit . Muka nampak comel je. Matanya besar, bulu mata melentik..hehe. Agaknya masa mengandung dulu saya suka tengok anak patung.hahaha!....
~Main-main dengan nenek...anak patung chet chet...~
Tag?
1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Perkara yang dibuat sepanjang semalam...
Saya sebenarnya tak suka untuk mengingati lagi hal itu. Kalau ingat mesti mengalir air mata ni.huhu..
Macam biasa Nabila akan menangis bila therapist sedang meneliti Nabila ? Kenapa ? Masa di KLCC tadi tak nak tidur. Dalam kereta main-main. Ini sudah sampai hospital baru nak tidur. Pening ibu memujuk Nabila ni. Last pukul 3 dapat la dalam sejam therapist buat sesuatu untuk Nabila.
09 March 2009
Nabila belajar makan bubur semalam!
Nak kata tak betul tu mungkin ya. Mana taknya Nabila makan terus telan, tak kunyah. Hanya kadangkala sahaja Nabila mengunyah.
Semalam saya terasa seperti mahu buat bubur untuk Nabila.Mahu dia belajar untuk merasai tekstur makanan lain.
~masa ni belum makan lagi tau..menangis pula..lapar kot..hehe..ibu ni lambat betul!~
~Bersedia untuk makan! Saya beri Nabila makan di rocker chair kerana Nabila tak boleh nak duduk tegak lagi. Kalau duduk mesti senget badan dia. Tak mengapalah dik, janji selesa, tak tercekik~
~Emm..tak habis pun!~
p/s: lupa nak cerita..Nabila selama ini saya beri makan Nestle Gandum dan Ikan Bilis (stage 3). Makanan lain dia belum pandai lagi untuk kunyah.. :(
08 March 2009
Rezeki Nabila....
Saya akan melapor diri pada 24/3/2009 nanti . Saya tak pasti situasi kerja di tempat baru . Apapun, semua ini rezeki Nabila. Kerana Nabila saya berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap. Alhamdulillah.
Dapat beli rumah pun atas rezeki Nabila juga. Murah betul rezeki Nabila . Sungguh!! . Seingat saya kalau diikutkan gaji saya dan abang memang tak cukup untuk kami 3 beranak. Namun, Allah sentiasa melapangkan jalan kami untuk membesarkan Nabila.
Nabila meragam dalam kereta!
Sebenarnya banyak perkara yang berlaku 2-3 hari lepas. Tapi tak berapa menarik sangat, cuma saya nak bercerita tentang perkara yang berlaku petang tadi.
Saya pulang ke Rawang. Kerna mahu kemas barang di rumah. Sepatutnya saya dah mula untuk packing barang-barang untuk pindah ke rumah baru, tapi saya malas sangat. Kemudian blur tak tahu nak start kemas apa dulu.
Actually saya sudahpun start packing barang-barang yang tak digunakan. Buat sikit-sikit dengan Abang..hehe. Cumanya hari ini saya perlu buat seorang diri. Kerana ayah dan abang nak ke rumah baru. Kerja-kerja mengecat tak selesai lagi.
Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang kemas rumah. Saya nak cerita tentang si Nabila budak demukss ni..haha!
Nak jadi ceritanya, saya ingat saya malas untuk membawa Nabila bersama saya. Mengenangkan ayah Nabila ni sudah beberapa hari tak jumpa Nabila jadi saya bawa Nabila berjumpa ayahnya.
Sampai saja di rumah, saya lihat abang sudah mengeluarkan barang-barang untuk dikemas untuk dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian Abang meninggalkan saya bersama kerja-kerja yang tak siap tadi. Saya sambung semula kerja-kerja abang tadi.
Nabila mulalah merengek. Sebab tiada orang di hadapannya. huhu..
Bila sudah selesai semuanya, saya rehat sebentar menunggu ayah dan abang menyiapkan kerja-kerja mengecat. Kemudian Nabila terbangun dari tidurnya. Kemudian menangis. Namun cara Nabila menangis nampak lain macam.
Nabila merengek tak henti-henti dan sudahnya saya bawa Nabila keluar dari rumah Hish..diam pula.. :) Agaknya Nabila suka tengok pokok depan rumah bergoyang-goyang di tiup angin.
Jam 4.45 ptg , ayah dan Abang pulang ke rumah sewa kami. . Kesian ayah Nabila, konon-kononnya nak jumpa anak , tapi sudahnya tak sempat nak pegang Nabila pun.
Dalam kereta Nabila menangis tak henti-henti sampai ke rumah mak. Sampai naik bengkak lengan kiri saya dek menahan tubuh Nabila yang suka melonjak ke belakang bila saya memeluk Nabila. Ni kes tak mahu duduk dekat car seat. Sampai ayah saya nak bawa kereta pun dah naik runsing. Sudah la jalan sesak pula tu.huhu..
Saya kata pada Nabila..
"Nanti pasni tak yah gi jenjalan lagi..ibu dah tak nak bawak Nabila.."
Tapi cakap je. Tapi tak sampai hati kalau keluar saya tak bawa si kecil ni . huhu....
Apapun habis sakit-sakit badan saya dek penangan Nabila..huhu..
~ gambar sewaktu pulang dari HSB untuk sesi fisioterapi . Seronok Nabila naik kereta. Main dekat car seat ..gelak ketawa..~
03 March 2009
Nabila kena balut lagi!
Hadiah dari Ummisarra..
Special untuk Nabila!!
Dulu asalnya meja komputer masa saya belajar di Shah Alam dulu. Ayah buatkan special untuk saya kerana saya tiada meja komputer ketika saya menyewa di luar dulu. Dan sekarang ini meja itu dijadikan tempat untuk Nabila berdiri pula.
huhu...Ayah Nabila jarang bertukang sampai terketuk jari sendiri masa dalam proses menyiapkan 'Projek Mega'..aduh..sakitnya!
02 March 2009
Nabila & Adik Aisyah..
Kebetulan saya free semalam. Maka saya mengajak abang melawat Midah.
Comel betul Aisyah. Seiras ayahnya. Nabila pula mujur tak banyak ragam di rumah orang. Kebetulan kawan saya, Su datang sekali menjenguk Midah.
Pulang dari rumah Midah, saya keluar bersama Abang dan Nabila. Cadangnya mahu membeli Nestum, susu dan pampers, jadi kami ke Tesco Extra Selayang.
Saya sempat membeli sepit rambut untuk Nabila. Rambut Nabila sudah panjang rupanya. Habis semua saya borong sepit. Sampai satu kedai saya beli sekali banyak. Rambang mata!! Nanti Ibu beli jewellery box ye sayang.
Nabila @ Pusat Rawatan Kak Raw (episod 3)
Aisyah sedang dalam rawatan...
Selesai balut..kena berdiri di sini pula..lepas menangis..nak tidur..mengantuk..kesian anak ibu..
Kesian Nabila...buat 5 minit je..saya yang nak menitik air mata..huaaaaaa!!!!!!
Dalam kereta..tidur..