Sorry Ibu Arifa. Makan masa sikit saya buat kerana busy seminggu ni. Apapun terima kasih atas award ini..
Nak kata saya ibu yang terbaik pun tak boleh juga. Kerana saya rasa macam banyak sangat kekurangan dalam diri ini.
Saya sebenarnya rasa bersalah pada Nabila. Andai semua ini tidak terjadi sudah pasti Nabila adalah salah seorang anak yang sihat. Saya akan gunakan setiap detik untuk bersama Nabila dan sentiasa beri semangat pada dia. Dan pastikan Nabila mendapat rawatan yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya hilang rasa bersalah ini..
Apapun semua ibu pasti mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi kita seharusnya menghargai mereka dan selami hati mereka. Jangan dianggap anak sebagai beban. Walaupun berbeza namun saya bangga dengan Nabila. Tidak semua boleh jadi kuat semangat seperti Nabila!
Rasanya semua ibu patut mendapat award ini. Kerana kita saja yang mengandungkan mereka, melahirkan dan membesarkan mereka..!
1 comment:
betoi..betoi..betoi..
Post a Comment