Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 August 2009

Berbuka puasa bersama Sarra




Semalam kami sekeluarga ke Shah Alam. Berjanji temu dengan keluarga Ita dan Farid dan tidak lupa bersama anak aku yang sorang lagi..iaitu Sarra Deboks..Rancangan hanya satu..berbuka puasa bersama-sama. Kami telah merancang untuk berbuka puasa bersama seminggu yang lalu. Dan Ita telah mencadangkan beberapa tempat. Aku sememangnya menyerahkan segalanya pada Ita, sebab tak pandai memilih tempat untuk berbuka puasa. Almaklumlah..berbuka hanya di rumah sahaja :)

Dan 3 tempat yang telah di cadangkan Ita, kami memilih satu tempat yang agak istimewa. Ita pernah makan bersama keluarga di situ. Orkid Thai namanya. Dekat dengan Hotel Concorde dan Plaza Masalam. Mulanya kami terlajak jalan sehingga ke Pejabat Risda. Dan akhirnya kami menelefon Ita dan bertanya, rupanya Ita juga baru sampai. Dan Ita menunggu kami berdekatan dengan Mc Donald. Dan akhirnya kami bersua juga..

Comelnya Sarra berbaju kemeja..Sangat baik Sarra semalam..walaupun Umminya kata dia agak merengek sepanjang hari di rumah. Dan Nabila pula..seakan tahu berjumpa kembarnya..mulalah buat perangai. Mulanya baik..tidur..Dan sewaktu berbuka..Nabila menangis. mahu berdukung.Aduhai anakku..serba tak kena rasanya. Sarra pula tidur di pangku Ummi sepanjang berbuka. Dan aku pula..memberi laluan pada abg dulu untuk berbuka.

Lauknya..mak ai..mcm makan 10 orang..sedap..dan rasa kalau ada masa boleh pergi lagi ke situ :) Pandai Ita dan Farid mencari tempat. Tempatnya yang selesa untuk kami dan juga anak- anak kami yang sememangnya agak cerewet jika berada di tempat panas. Namun ada perkara yang tak dapat aku lupakan. Berkali-kali kakitangan di situ mahu berikan kami 'high chair' untuk Nabila dan Sarra. Namun mulutku pantas berkata tak perlu.Takpelah..mereka tidak tahu situasi Nabila dan Sarra. Memang sedih..aku mahukan kedua-dua anakku duduk di 'high chair' sambil mulut becok bising meminta makanan dari Ibu dan Ummi. namun apakan daya..mungkin masa akan tiba juga nanti.. Yang penting bersabar...!

Dan disitu, Nabila di sapa oleh seorang anak kecil. Duduk makan di sebelah meja kami. Comel wajahnya. Dia kata "eee baby..!" Aku hanya tersenyum memandang anak itu. Dan aku berkata pada semua, "Tah-tah sebaya..panggil Nabila baby.." Kalaulah Nabila sihat..Mungkin juga Nabila seperti anak itu. Berlari-lari dan mulutnya bising meminta makanan dari ayahnya. Takpelah Nabila..Pelan-pelan yek.. :)

Apapun seronok dapat makan ramai-ramai..dan Ita ada mencadangkan makan bersama-sama lagi..Insyaallah.. :)



p/s : Ita, kek tu free je..bak kata abg semalam..konon-konon mcm tester la..hehe..jangan marah tau pasal duit tu..kitaorg mmg ikhlas..alah..anggap je untuk Sarra k. Ibu tah bila nak cari baju raya untuk Sarra..takde yang cantik la sayang!

29 August 2009

Nabila lambat tidur..

2 hari ini..Nabila agak lewat masuk tidur.Aku pun tak faham kenapa. Mungkin sebab Nabila dah puas tidur siang. Kata mak, Nabila semalam asyik tidur je. Dan akibatnya waktu malam tadi Nabila bulat mata dan berjaga..

Aku pula..sememangnya agak mengantuk malam tadi. Lepas berbuka semalam..aku terus bergerak menuju ke Rawang. Dan sampai sahaja di rumah..mata aku mula mengantuk. Sudahnya aku terlelap di ruang tamu. Abg berborak dengan aku ketika itu.Sudahnya apa yang abg cakap pada aku semalam..aku langsung tak dengar. Tak larat menahan mata ini.Nabila pula..main di atas tilamnya.

Dah 2 malam dah macam ni. Abg pula katanya, dia 'angkat bendera putih' awal-awal. Tak sanggup melayan Nabila dalam keadaan mengantuk yang amat. Dan nak tak nak..aku terus cuba memujuk Nabila untuk tidur. Diletakkan di atas katil..dalam posisi menyarap (kaedah ni paling selesa untuk Nabila tidur)..tak berkesan. Letakkan di dalam rocker kegemaran dia juga tak berkesan untuk matanya. Malah lebih segar lagi. Siap ketawa-ketawa lagi..Adui anakku. Nasib baik la hari ini cuti. Kalau tak..entahlah..

Dan akhirnya Nabila melabuhkan juga 'tirai'nya sekitar jam 2.30 pagi. kaedahnya..aku buaikan juga di dalam rocker dan tak lama dia terlelap sendiri..sebab mungkin letih barangkali..Ibu dah Ayah pun tak layan dia..makluman..memasing dah tak larat nak bukak mata.. :)

Dan yang aku pasti Nabila akan bangun lewat hari ini. Seperti hari-hari sebelumnya..Nabila akan bangun sekitar jam 10-11 pagi. Anak dara aku nih..bangun matahari dah tegak atas kepala..huhu...sapa nanti nak buat menantu nih..!


p/s : Insyaallah..kami akan berbuka puasa dengan UmmiSarra hari ini di Shah Alam.. :) seronok dapat jumpa kembar Nabila hari ini.. :)

26 August 2009

Terapi dan Gigi..

Semalam dan tadi, Nabila ada appointment dengan Rehab..Semalam dengan Puan Sally dan tadi sepatutnya dangan Puan Suhana. Tadi kami di khabarkan Puan Suhana selamat melahirkan baby lelaki. Kata nurse yang ada di situ, dia datang kerja pagi tadi..dan mungkin tengahari tadi dah sakit nak bersalin..terus masuk wad barangkali.. :) Nampaknya Nabila dapat jumpa Puan Suhana nanti lagi 2 bulan lah..sementara itu mungkin tugasnya akan diambil alih oleh therapist yang lain..

Walaupun aku sedia maklum yang H1n1 tengah menular sekarang ni,entah kenapa aku tidak menghentikan dahulu sesi terapi Nabila buat masa sekarang ni? Lagi-lagi Sg. Buloh memang pusat nyer untuk H1N1 nih..semalam aku bertanya juga pada Puan Sally, ramaikah yang menghentikan sesi terapi mereka? Dan jawab Puan Sally, ramai yang tak nak datang bulan puasa ni adalah..yang H1N1 ni takde pulak. hurm..susah nak kata..Dan rasanya tak perlu lah tanya pendapat aku kenapa aku tak hentikan sesi terapi Nabila. Aku sendiri pun takde jawapan nak diberi :P

Semalam Nabila kelihatan baik sekali bersama Puan Sally. Dia sememangnya jarang menangis bila bersama Puan Sally. Dan semalam aku hanya keseorangan tanpa ditemani abg.Abg kata sekarang susah nak kuar kilang klu nak gi memana. Aduhai..kesian abg..

Tapi tadi abg cakap dia boleh keluar. Katanya nak temankan aku dan Nabila ke sesi fisioterapi. Terkejut gak..sebab pada mulanya abg kata tak boleh. Dan bila bersua di parking kereta tadi..katanya takde kerja dikilang.. Aku apa lagi..seronoklah..hilang rindu tengok abg .. :)

Dan tadi Nabila bersama Dr. Foo..ketua Jabatan Unit Fisioterapi. Nasib Nabila agak baik..sebab aku seronok melihat Dr. Foo melakukan terapi dengan bersungguh-sungguh. Dan juga pandai mengambil hati Nabila :) Nabila memang betul-betul baik hari ini..dan buat apa sahaja yang disuruh oleh Dr. Foo..

Balik sahaja dari hospital tadi..aku beri Nabila susu..Dan asyik betul aku melihat Nabila yang tersenyum tersengih memandang aku..terlihat aku pada gigi Nabila yang semakin banyak. Baru-baru ini (dalam 2-3 minggu lepas)Nabila demam agak kuat. Dan kurang menyusu. Aku fikirkan Nabila memang sakit tekak..rupanya tumbuh gigi lagi..sebelum ini gigi Nabila sudah 8 batang..dan kelihatan gigi taring dan geraham mula menunjukkan diri..Mak aii..sekali banyak pulak tu. Patutlah Nabila tak nak minum susu..Rupanya cik gigi dah nak keluar.. :)

Dan pastinya..gigi geraham atas kedua-kedua belah..kiri dan kanan akan keluar tidak lama lagi. Dan Nabila kenalah bersiap sedia untuk cuba makanan yang agak pejal sedikit. Sebelum ini aku berikan dia bubur nasi tanpa di kisar..Bagi membantu Nabila merasa testur makanan itu. Walaupun agak lambat, aku tetap cuba juga. Kata emak.. Nabila perlu belajar makan.. Nanti esok-esok dia tak pandai nak makan nasi..Takkan nak makan nestum je.

Teringat masa dulu-dulu sewaktu mula-mula aku beri Nabila makan. Agak susah..dan mulutnya agak kaku..Nabila tidak mengunyah..Dia terus menelan makanan yang ada dalam mulutnya.

Tapi kini..Nabila sudah pandai mengunyah..Walaupun aku masih ada masalah untuk memasukkan makanan dalam mulut..namun aku cuba juga. Orang melayu dah tentu kena makan nasi. Itu sahaja makanan yang akan buat dia bertenaga untuk melakukan aktiviti harian dia seperti bermain dan senam.

Harapnya..Nabila akan berubah lagi menjadi semakin baik dan bertambah baik.. :) Walaupun perubahan yang dia lakukan tidak besar buat orang lain..tapi ia amat bermakna dan sangat besar bagi aku..kerna hanya aku sahaja yang mengerti apa yang dia lakukan setiap hari dan setiap hari jugalah aku melihat perubahan-perubahan yang telah dia lakukan.. :)

23 August 2009

Adik Nabila..

Adik Nabila? Ramai sudah yang bertanya pada aku..bilakah aku akan menambah ahli keluarga kami? Aku hanya tersenyum bila diajukan soalan ini kepada aku..

Sedia maklum..aku bersalin secara c-sear dan rasanya perlulah aku menunggu sehingga 3 tahun untuk berikan Nabila adik lagi. Namun aku masih lagi berfikir panjang..Trauma yang aku alami ketika aku melahirkan Nabila..sudah cukup buat aku gerun untuk melahirkan anak lagi..

Bukan kerana menolak rezeki yang akan diberikan Allah..Rasa kasihan pada Nabila menebal..dan aku rasa dia amat memerlukan aku tika ini. Tidak mudah bagi aku jika Nabila ada adik..

Aku tidak mengatakan TIDAK pada anak yang seterusnya. Aku juga ingin melahirkan zuriat yang sihat buat Abg. Aku juga ingin Nabila merasa perasaan punya adik beradik.

Namun..Bukan sekarang ini..Mungkin akan memakan masa sedikit..Mungkin sesudah aku pulih dari perasaan trauma aku barangkali..Atau mungkin ketika itu perasaan membuak-buak mahukan anak lagi..Dan juga mungkin Nabila sendiri sudah pandai untuk berdikari.. :)

Dan rasanya aku sudahpun merancang untukTIDAK dalam 3 tahun ini. Sesudah implanon ini dikeluarkan (aku sudah memakainya hampir setahun) , akan aku fikirkan kembali niat aku itu.. :)

Gedangsa


Semalam aku ke Gedangsa lagi..Pada mulanya agak keberatan untuk pergi..kerana berpuasa..tetapi bila difikirkan jika tak pergi minggu ini..kemungkinan aku dapat pergi lagi 2 minggu..Maka keputusan telah di buat dan aku bertolak dari rumah mak jam 5.30 pagi.Menuju ke rumah Rawang dulu..sebab mengambil abg yang baru balik kerja..

Jam 7.30 kami bergerak..dan setibanya di situ..aku tak sangka pula ramai..Aku dan abg ingatkan ramai yang tak pergi time bulan puasa ni. Tengok-tengok lagi ramai..huhu..

Dan aku berjumpa Put dan Jiey di situ. Kami berbual-bual sebentar dan tidak lama selepas itu giliran mereka berdua..Dan Aku pula melihatkan Nabila yang baru bangun..terus ke kereta..beri Nabila makan..takut-takut dia lapar nanti..

Dan Nabila pula..anginnya tak berapa baik..mahu berdukung sahaja..Dan apabila Kak Raw mulakan sesi..dia menangis dan matanya mengantuk..Mungkin menunggu agak lama..

Sampai di rumah..merengek..dan sudahnya..aku terus membuka balutan yang hanya tidak sampai 3 jam..huhu..terasa letih yang amat kerana hari pertama berpuasa..dan Nabila menangis tak henti-henti..dan aku takutkan yang aku akan hilang sabar..baiklah aku bukakan sahaja balutan itu..Dan kemudiannya aku terus ke dapur dan memasak untuk di bawa pulang ke rumah mak..dan abg tugasnya memandikan Nabila.Dan tepat jam 5.30 kami terus bergerak menuju ke Gombak untuk berbuka puasa bersama keluarga aku..Alhamdulillah..Nabila berkelakuan baik tatkala aku sedang berbuka..bermain sorang diri.. :)

21 August 2009

Kenangan Puasa Tahun Lepas

Tadi..aku ke Sogo.Membeli belah untuk Nabila..Baju raya la..apa lagi..huhu..rambang mata..cuma..tak banyak yang berkenan (tapi sebat 6-7 helai gak baju..hehe)

Dan bila teringatkan tentang puasa yang akan menjelang esok..teringat ketika aku dan abg berpuasa bersama Nabila tahun lepas. Tragisnya..kerana ketika itu, Nabila masih belum mengerti apa2..Yelah memang la Nabila time tu baru je berumur 4 bulan..Tapi Nabila sangat-sangat berbeza dengan anak-anak yang lain.

Apa yang bezanya? Nabila menangis sepanjang masa maghrib hinggalah ke jam 10-11 malam. Sedihnya aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Pada ketika itu, aku sudahpun pulang semula ke Rawang..kerana mula menghantar Nabila ke Taska. Dan hidup kami bertiga ketika itu..aku rasakan agak kelam kabut. Orang lain sedang menikmati juadah berbuka puasa..Aku pula sedang memujuk Nabila untuk tidur..Dan aku terpaksa bergilir-gilir berbuka puasa dengan Abg.

Aku sehingga kini masih tak dapat jawapan mengapa Nabila menangis sedemikian rupa. Adakah dia nampak 'benda-benda halus' di waktu maghrib? Atau sakitkan dia? Dan yang pastinya..tangisan itu akan datang tepat pada waktunya dan berlaku setiap hari sehinggalah Nabila berusia 5 bulan.

Sehinggakan, satu ketika, aku menangis bila melihat Nabila yang tak henti-henti menangis di hadapan aku. Dugaan yang telah berlaku buat aku sabar dan berkat kesabaran inilah..akhirnya Nabila berhenti juga menangis.

Dan pada tahun ini, Aku besyukur kerana aku masih lagi berpeluang untuk berpuasa lagi. Dan kali ini, Nabila semakin baik.Tidak lagi meragam seperti dahulu.. :)

p/s : Beberapa hari ini aku sangat teruja dengan Nabila.Ada perkara yang dia lakukan buat aku sangat-sangat kagum dengannya.. :)

19 August 2009

Banyak Perancangan...

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah beri jalan pada Ina untuk selesaikan masalah yang ina utarakan pada entry lepas. Terima kasih banyak-banyak.. :)

.

Namun..Abg telah memberi kata putus. Agar aku tinggal sahaja di rumah mak sepanjang bulan puasa ini. Katanya kemungkinan aku akan berbuka seorang di rumah. Namun hati aku masih berat. Kasihankan abg.

Aku terlupa menyatakan pada entry lepas kenapa Abg tidak mahu duduk bersama keluarga aku. Katanya, aku punya seorang lagi adik perempuan. Memandangkan susah baginya kerna kami bertiga berkongsi bilik yang sama. Almaklumlah..Bilik hanya dua. Abg memang penyegan orangnya.

Lagipun Abg memang punya masalah untuk bangun pagi dan selalu mengantuk ketika memandu. Aku risaukan keselamatan dia untuk berulang-alik dari Gombak ke tempat kerja. Kerja yang sangat membebankannya..membuatkan dia sering letih.

Namun aku tetap risaukan kesihatan Abg. Abg sejak akhir-akhir ini diserang tekanan darah tinggi dan doktor juga mengatakan antibodinya semakin kurang. Dan tadi, kata abg, dia terpaksa mengambil suntikan seperti bayi baru lahir..setiap bulan perlu dicucuk untuk mengembalikan antibodinya. Aduhai..sakitnya hati..sedih..mungkin sebab tekanan dengan kerja dan bila pulang rumah pula, aku dan Nabila tiada di rumah untuk menghiburkan hatinya. Risau aku dibuatnya.

Bilalah abg akan dapat pekerjaan baru? Sudah berpuluh borang rasanya diisi..SPA juga tidak ketinggalan..namun rezeki masih belum menjenguk lagi..

Namun bila di fikir kembali..jika abg di beri pekerjaan lain, entah di mana pula abg akan di tempatkan. Dan tidak tahu sama ada kami akan terus menetap di Rawang..atau abg juga yang semakin jauh dengan kami berdua.

.

Perancangan aku selepas raya ini..mungkin aku akan mencari PDK yang sesuai untuk Nabila. Atas cadangan Put, Mama Idris, dia hanya ke PDK seminggu sekali. Memandangkan kami sama-sama bekerja dan susah untuk tumpu setiap hari di PDK , maka ada benarnya juga tindakannya itu. Mengapalah aku tak terfikir tentang ini?

Dan mencari PDK yang sesuai bukannya mudah.Untuk mencari PDK, aku perlu melihat sendiri persekitaran di situ sebelum memilih. Itu hanya perancangan. Dan harap dapat di realisasikan nanti :)

Dan untuk terapi-terapi lain..rasanya bertambah banyak lagi selepas ini. Bertambahnya speech therapy, aku harap officemate dan pegawai aku 'tak bising' bila lihat aku kerap membawa Nabila ke hospital. Harap mereka semua mengerti.

17 August 2009

Nak Balik ke Tak Nak...?

Tadi aku YM dengan Kak Eli dan Zura..Kak Eli ni kawan aku masa kami sama-sama kerja di KTM dulu. Zura ni pula Mama Habib. Saja menghilangkan rasa bosan sebab tension dengan internet kat office.. Nak masukkan data-data pun terbantut dek kerna line yang sangat-sangat lembab..

Dan tadi aku meminta pandangan pada kedua kawan aku itu tentang pulang ke Rawang. Mungkin ada yang dah tahu..aku sekarang ini duduk bersama mak aku di Gombak. Dan Abg pula keseorangan di Rawang. Aku memikirkan jika aku berada di rumah mak, tidak lah aku berkejar-kejar di waktu pagi untuk menghantar Nabila ke rumah mak dan ke tempat kerja.

Mungkin ada yang pelik..tapi itulah cara hidup aku yang hampir masuk ke satu tahun ini..Setahun yang lalu..aku pernah menghantar Nabila ke Taska. Dek kerana nak sangat balik ke Rawang, maka aku telah membiarkan Nabila tanpa penjagaan yang sepatutnya oleh pengasuh di Taska tersebut. Dan akhirnya aku juga yang merana. Nak menghantar Nabila..dengan linangan air mata..Dan pulang ke rumah bagai terbang rasanya kancil aku..Ingin segera mengambil Nabila dari pengasuhnya. Begitulah aku setiap hari di bulan puasa tahun lepas. Dan rasanya tak sanggup untuk meninggalkan Nabila pada orang yang kita sendiri tak pasti bagaimana dia menjaga anak kita. Nak berhenti kerja.. memang aku pernah fikirkannya..Namun memikirkan belanja yang semakin meningkat dan kasihan melihat abg yang menanggungnya seorang diri..aku gagahkan juga. Dan pula aku baru dapat kerja tetap..Maka untuk soal berhenti ini..patut aku ketepikan dahulu..

Dan apa yang telah dikatakan oleh Zura dan Kak Eli ada benarnya. Aku memang sudah patut pulang ke Rawang. Semalam aku dan abg meluah rasa.Menitis air mata kami bila mengenangkan apa yang berlaku dan aku mengatakan keinginan aku untuk balik semula ke Rawang. Tetapi aku rasa terhalang. Adakah sebab Nabila masih lagi aku rasa seperti anak kecil..seperti bayi yang aku rasa kasihan jika naik ke kereta dalam jam 5 pagi? Dan Kak Eli menyarankan aku memikirkan tentang Abg pula kali ini. Dia sendiri punya pengalaman membawa Adam, anak lelakinya, menaiki kereta dari KL ke Serdang tanpa memasukkan ke dalam car seat. Dia memberi semangat pada aku. Jika dia boleh buat..aku juga boleh buat!

Dan rasanya akan aku fikirkan nanti. Rasa ingin pulang ke Rawang membuak-buak..Memanglah ini rumah mak, tapi rasanya lain jika kita dah berumah tangga. Rumah mak bukan lagi rumah kita. Dan kasihan pada suami makin menebal. Bagaimanakah makan minumnya di bulan puasa nanti? Sempatkah aku untuk pulang ke rumah? Atau aku laksanakan sahaja selepas raya nanti..?

Bantulah aku, suluhkan jalan untuk aku wahai kawan-kawan..Patutkah aku tinggal bersama mak..atau kembali ke Rawang bersama Abg?


p/s : tadi baru je dapat surat panggilan temuduga lagi. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Gred yang sama..cuma bidang tugas mungkin berlainan..Nak pegi ke idak ni?

16 August 2009

Besday Abg,Potong Rambut,Projek Selesai dan Gedangsa..

Wah..panjang benar tajuk entry kali ini. Aku masukkan 4 cerita sekaligus.Sememangnya aku kekangan masa untuk update blog beberapa hari ini ;)


BESDAY ABG....

Entry lepas aku ada sebut tentang besday abg.. Dan malam itu..aku keluar dengan abg..tanpa membawa Nabila. Cadangnya nak mencari gula..konon-kononnya..hehe..tapi almaklumlah..memang agak teruk jugak krisis gula kali ini..Tak jumpe gula..kami ke Pizza Hut di Wangsa Maju..berdekatan dengan Carrefour Wangsa Maju.Cadangnya..hanya makan-makan biasa sahaja.Tapi sebelum tu aku lupa nak cerita..yang kami keluar menaiki motor sahaja.Saja nak rasa romantik dengan abg..hehehe..Tapi takde makne jugak romantiknya..Motor ayah semput..motor tua..hehe..stail lembap giler..huhu..

Dan tiba di Pizza..kami order ini..


huh..kenyang giler..tak hengat dunia... :)

Dan kebetulan tiba-tiba..staff kat Pizza tu pasang lagu birthday..Kitaorg terkejut lah..nak tau gak sapa punya besday sama ngan abg..abis semua customer pandang-pandang..mcm kitaorg gak..tercari-cari sapa punya besday..hehe..dan lastnyer aku ckp..

"Abg..abg anggap je la lagu ni untuk abg..hehehe.."

Abg dok senyum senyum..aku pulak dah tak boleh nak teruskan makan..sebab rasa cam kelakar je..tergelak-gelak aku bila dengar lagu besday ni..diulang berkali-kali pulak tu dalam versi B.M dan B.I..hehe..Dan yang pasti sampai kitaorg bayar bil pun ..masih jugak tak tau sapa punye besday sebenarnya.. :)



POTONG RAMBUT

Petang Jumaat, Aku dan adik aku, Yazid..mengerjakan rambut Nabila. Last potong aritu kat cheeky monkey. Dan rasanya..sama sahaja jika aku potong di rumah. Geram melihat rambut Nabila yang mula membusut dan mengembang..aku menyuruh Yazid mengambil gunting yang bergerigi..untuk menipiskan rambut. Nabila ni kalau diikutkan memang tak sesuai potong rambut pendek. Sebab akan menampakkan kepalanya yang kecil. Tapi apakan daya..ibu dia dah naik rimas tgk rambut dia..maka kami berdua mula melakukan operasi tersebut sebelum Nabila mandi petang.

Aku dudukkan Nabila di Bumbonya sebab senang sket nak control. Mulanya dia diam sahaja..Tapi sekejap je. Nabila ni pantang orang pegang kepala dia..mulalah terpekik-pekik..huhu..Kami hanya menggunting bahagian depan yang semakin mencucuk mata Nabila..dan bahagian belakang yang semakin kerinting. Nasib baik lah adik aku nih pandai juga dia menggunting..hurmm..nampak senget sket..tapi jadilah..dari kembang jer rambut tu. Aku rasa pun Nabila juga rimas dengan rambutnya..huhu

*auntie..comel tak saya? :)

PROJEK SELESAI..

Apa yang selesai? hurmm..benda ni lah..

Dan kata atuknya..benda ni akan diubahsuai lagi..kata nak letak besi untuk lekatkan belt itu..supaya nampak teguh..dan semalam dah tunjuk kat Kak Raw.. dia kata boleh berdiri..tapi jangan lama..letak dalam 10 minit je. Dan kak Raw tak kisah klu aku tak buat pun benda ni..dia lebih prefer klu aku slalu golek2 kan Nabila..cam buat golek balak..hurmm..dulu buat..skrg nih dah jarang..kena buat balik.. :)


Apapun..harap ia berguna nanti..kalau sesapa nak dtg umah mak..nak guna papan ni..silalah..leh gak jumpe2 bloggers yang lain.. :)





GEDANGSA


Semalam aku ke Gedangsa lagi..Tidak keseorangan..tetapi bersama sorang yang amat istimewa..Selalu wajahnya aku lihat di dalam blog sahaja..Tapi kali ini..aku dapat melihat secara live..sapa tuh..?jeng..jeng..jeng..berikan tepukan buat Idris bersama Put dan Abahnya. :)

Sebenarnya dah lama dah Put bercadang untuk membawa Idris ke Gedangsa. Disebabkan Put baru sahaja berpindah..dan banyak urusan yang perlu diselesaikan..dia terpaksa menunda keinginan untuk membawa Idris ke Pusat Rawatan Kak Raw. Dan kebetulan juga..Ummi Nabila..Ita dan Sarra juga ada sekali. Seronok dapat berjumpa sesama rakan blog yang lain..

Melihatkan Idris..aku sangat teruja melihat pergerakannya yang aktif. Aku juga mahukan Nabila seperti Idris..suka bergolek-golek..dan aktif..Dan wajahnya sangat mulus..Handsome tau..geram je aku tengok..bleh buat menantu :)

Aku dapat rasakan semalam masa berlalu agak lama. Entah kenapa padahal ketika itu tak ramai pun yang datang. Kasihan melihat Idris yang kepanasan di rumah Kak Raw..sehinggakan Put dan suaminya terpaksa membawa Idris ke masjid dan duduk di dalam kereta. Aku sendiri pun terasa bahangnya duduk di rumah Kak Raw.. Dan juga bahang dalam hati ..hehe..

Cuma ada insiden yang kurang enak berlaku semasa rawatan Kak Raw berlangsung. Aku hanya mendiamkan diri dan berfikiran positif..walaupun pada masa yang sama terpaksa menahan hati untuk marah. Buat Put dan Ita..Ina minta maaf..klu muka Ina time tu kelat mcm cuka..hahaha!geram kan kita tgk..huhu..

Dan berharap..kami bertiga dapat teruskan lagi rawatan. Nabila pula..menangis sepanjang jalan. Tak tahan rasanya melihat tangisannya Namun memikirkan penat lelah aku menunggu giliran..apa salah klu aku kuatkan semangat sedikit..semuanya untuk Nabila juga kan.. :)

Dan terapi Nabila berakhir jam 6.30 petang..selesai bandage dibuka..beri nabila makan..dan mandikan..lega rasanya bila bandage itu dibuka. Alhamdulillah..berkat sabar..Nabila dapat juga complete kan terapinya selama 4 jam..satu pencapaian yang baik..hehehe.


13 August 2009

Fisioterapi..Pediatrik..dan besday abg..

TENTANG FISIOTERAPI.
Isnin lepas, aku ada appointment lagi dengan Puan Suhana. Nampak dia dah sarat benar..Lagi 2 minggu nak bersalin katanya.Mungkin Nabila sempat nak jumpa dia sekali lagi sebelum dia bersalin nanti.


Dan macam biasa juga..Nabila menangis sewaktu terapi. Kali ini segala aktiviti dilakukan oleh budak praktikal. Puan Suhana terpaksa attend 2 orang kanak-kanak lagi..yang agak sama agresif dengan Nabila..hehe..KUAT NANGIS.


*Nabila dan bola..Suka benar naik bola..huhu..exercise lain langsung tak nak buat..



DI KLINIK PEDIATRIK


Hari ini Nabila ada apointment dengan Pediatrik.Dan hari ini juga aku ambil cuti. Malas nak masuk office semula. Dan hari ini memang special untuk kami sekeluarga..

Perkara yang kami bincangkan bersama Dr. Faisal tadi, tentang keputusan EEG Nabila yang kami buat pada bulan 6 lepas. Seperti yang dijangka..keputusan masih lagi di HKL. Dan aku juga turut meminta pandangan doktor tentang 'speech therapy' untuk Nabila. Aku telah pun meminta pandangan pada Puan Sally, OCC Therapist nya..Puan Sally pada mulanya memberitahu yang kami perlu tingkatkan dari segi fokus Nabila terhadap keadaan sekeliling. Seperti ada yang tahu..Nabila masih lagi kurang fokus dalam melihat apa jua benda melalui pancainderanya. Namun Puan Sally memberi cadangan agar aku bertanya dahulu pada doktor di Pediatrik dahulu sebelum mebuat apa-apa keputusan.

Dan tadi Dr. Faisal bersedia untuk membantu dalam mengaturkan appointment dan referral letter pada Speech Therapist.



Dear Colleagues,

Reason For Referral : Swallowing Management

Comments : 13 months old. Known case of HIE developmental delay. Occasionally refuse feeding at times.Also sounded chesty and according to parents has lot of 'phlegm' in the throat. Starts to vocalise now.

Mulanya, kami berfikir masih terlalu awal untuk Nabila melakukan therapy ini. Memandangkan dia masih belum boleh fokus dengan sebarang apa jua benda. Namun Dr. Faisal tadi ada berkata..ia tidak semestinya untuk bercakap. Ia juga mengajar anak untuk menelan. Maka aku pun rasa tak patut aku biarkan. Tak mengapa..Bukan kena bayar pun. Ambil sahaja peluang yang ada untuk rawatan Nabila. Yang lain itu belakang kira.

Entahlah..apa yang kami lakukan ini betul atau tidak..aku pun masih lagi belum dapat pastikan apa yang akan terjadi pada Nabila nanti. Harap ia beri kesan yang positif buat Nabila.Dan appointmentnya dengan Klinik ENT (ear,nose & throat) akan berlangsung pada bulan puasa iaitu 9.9.2009

Dan tadi ada sorang makcik kat klinik pediatrik. Rajin menegur aku. Aku sedang menunggu surat dari Dr.Faisal dan abg pula ke Farmasi untuk mengambil vitamin Nabila. Dan mulalah sesi berbual..

Mulanya makcik tu puji-puji Nabila comel. Aku senyum jelah..Dan lepas tu tanya Nabila sakit apa.Seperti biasa jawapan aku, Nabila lemas dalam perut. Dan rupanya cucu dia pun ada kes juga. Anak dia demam ketika mengandung dan ketika cucunya berusia 3 bulan, diserang sawan yang agak teruk. Namun makcik tu mengatakan cucunya boleh meniarap. Alhamdulillah..Kira cucunya bernasib baik. Dan tadi aku sempat melihat cucunya yang sedang tidur di dalam stroller..lena tidurnya. Dan selesai ku terima surat dari nurse, terus aku beredar untuk ke Farmasi..mencari Abg.

Selesai urusan di ENT, kami pun pulang. Cuma abg tak berpuas hati dengan layanan nurse di kaunter klinik ENT tu. Katanya kurang mesra. :(





BESDAY ABG.

Hari ini memang istimewa buat kami sekeluarga. Hari ini merupakan Ulangtahun kelahiran abg yang ke 27. Namun sedih rasanya. Mulanya selesai urusan di hospital..kami bercadang untuk keluar makan. Tak jauh pun. Hanya di OU. Namun..disebabkan Nabila tadi tak nak minum susu..dan pagi tadi masih lagi belum 'breakfast' aku membatalkan hasrat untuk makan di luar. Dan sekarang ni kes H1n1 makin teruk..dan aku rasa tak patut untuk aku mebawa Nabila berjalan-jalan sekarang ini.Kasihan abg..Tiada apa pun yang istimewa sempena hari lahirnya. Ralat pulak rasanya. Mungkin nanti sahaja aku fikirkan kemana kami akan celebrate nanti. Sori yek abg..Hadiah pun tak dapat nak beli..Kureng bajet sket..pasal baru jer renew roadtax dan lesen kete aku.huhu..


APAPUN..IBU UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR.MOGA ABG DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.DAN HARAP KASIH SAYANG ABG KEPADA IBU DAN NABILA TETAP UTUH.TABAHKAN HATI..KUATKAN IMAN..KITA PASTI DAPAT LALUINYA BERSAMA..ABG TETAP SUAMI DAN AYAH YANG TERBAIK BUAT IBU DAN NABILA..!


sayang sangat kamu berdua...!


11 August 2009

Exam dan projek Atuk..

Pagi tadi aku ke Politeknik Shah Alam. Ada apa di situ?hurmm..exam untuk confirm jawatan..huhu..

Seperti entry lepas..aku mmg tak sempat untuk menyelak-nyelak buku untuk dibaca..cuma semalam..aku sempat menyelak sedikit dan membaca apa yang patut. Itu pun..banyak berborak dari membaca.

Dan hari ini..peristiwa yang agak malang jugak bagi aku..entah mana silapnya, aku seakan teragak-agak dengan jalan untuk menuju ke pusat peperiksaan. Abg dah tunjukkan jalannya..Tapi waktu tu malam..mana nak perasan. Dan 2 kali aku tersalah masuk jalan. Kononnya nak ikut Plus, senang..sampai kat simpang nak masuk highway Duta..aku jadik bengong..Aku pergi masuk simpang ke Jalan Duta..Dah la sesak..ada kete rosak..masa tu..jam menunjukkan pukul 8.00 pagi..ada masa 1 1/2 jam lagi nak sampai ke Shah Alam..Dan aku buat U turn kat depan Kompleks Kerajaan..dekat ngan opis aku..aku terus membezittt..naik highway..selamat jugaklah...

Tapi tak lama..aku tersalah masuk simpang lagi selepas tol Shah Alam..Aku masuk ke Bukit Jelutong..Penyudahnya..nak pusing balik punyalah jauh..Aku pusing sampai ke Setia Alam..aduhai..pening2..Bayar tol sekali lagi kat Setia Alam..dan pusing balik ke Shah Alam..huhu..Rasa cam bengong jerh...

Dan sampai sekali lagi di Plaza tol Shah Alam..Bayar lagi..nasib baik RM 1.40 jerh..ahh..pedulikkan..dan tiba-tiba kawan aku call..dia kata dia dah sampai..huhu..tunggu aku Nolly..aku tak sampai lagi..Jam pulak masa tu menunjukkan jam 9.00 pagi. Mak aiii..sempat ke nih..

Kat depan NSTP..sesak lagi..Ada traffic light kat situ. Aku ingat jauh lagi..cuak dah ni..Banyak kali dok tepon abg..Tanya jauh lagi ke idak..Sekali bila traffic light dah hijau..tengok-tengok simpang Politeknik tuh..hehe..alah..dekat jerh..Dan cepat-cepat la aku menyelit masuk ke celah simpang tu..Ramai gak yang baru sampai..Dan terus masuk ke Politeknik tu. Nasib baik bangunan pun tak jauh..Dapat je parking..Aku terus masuk dewan..Ramai dah sampai rupanya..Pengawas peperiksaan dok bising suh dok depan..huhu..yang blakang-blakang nih tak nak pulak ke depan..Aku pilih tempat yang agak strategik gak la..Tengah-tengah..Hambik kau..! hehe..ok gak..Nasib baik orang-orang keliling aku jenis tak bising..diam je time peksa..Takde la aku gelabah sangat..huhu..

Dan rasa cam tak sempat je nak jawab semua soalan..Tak sempat nak belek semula jawapan yang aku beri..tawakal je lah..Kalau tak lulus..kenalah repeat lagi..huhu..Harap-harap taklah..malas mokcik nak amik lagi..sangat-sangat tensen!

Nasib baik salah-salah jalan tadi..tak mengugat aku nak peksa..dok pikir positif je dalam kete..malas nak pikir apa..Plak tu..aku nih pantang klu gelabah-gelabah nih..silap2 jadi insiden memalukan lagi..Cam yang aku jatuh kat perhimpunan arituh..huhu.. :(


Dan stop cerita pasal peksa..ni nak cerita pasal Nabila pulak..


Projek mega atuk dia berlangsung dengan hebatnya.. Apa tuh..?hurmm..Buat standing frame..untuk Nabila berdiri.. Dulu atuk dia penah buatkan.Tapi sebab tak berapa sesuai..Maka projek itu dibubarkan..hehe..aku la..pepandai je ckp Nabila susah nak berdiri la.. apa la..lastnya ayah bukak balik standing frame yang dia buat dulu.. Jadi meja apa tah..untuk adik aku..

Dan ni dia buat lagi..hehe..untuk sapa..cucu dia gak..hehe..Tapi masih lagi belum pasti nak berdirikan kat mana..cam takde tempat jerk .. Almaklumlah..umah ni mmg kecik..

hurm..pada sesapa yang masih blur apa bendanya nih..meh aku tunjukkan..




Masih lagi dalam pembinaan..nanti dah siap..Insyaallah..aku letakkan gambar dia..Harap-harap jadilah nih..!

09 August 2009

Pensil....

Tadi aku baru sahaja melihat cerita ini. Tajuknya Pensil. Jam 9.00 malam tadi bersiaran di Astro Citra. Aku sememangnya ingin benar melihat cerita ini. Dahulunya aku pernah mendengar tajuk ini. Tapi dek kerna tak tahu apa sinopsis cerita ini, jadi aku tidak mengendahkan cerita ini. Abg pernah tengok cerita ini. katanya sedih. Dan bila lihat iklan sahaja 2-3 hari ini..buat aku teringin sangat nak tengok cerita ini.

Bercerita tentang anak istimewa...

Sepanjang cerita ini..aku menangis..air mata aku senang benar tumpah..mengalir ke pipi.. Dan aku mula-mula segan menangis depan abg..terus aku biarkan sahaja airmata aku mengalir. Dan abg pula seakan membiarkan. Dan setiap kali pelakon dalam cerita itu memperlakukan perkara yang tak baik kepada Badrul (si istimewa), Aku terus memandang Nabila..yang sedang seronok bermain di sebelah aku. Sedih bila melihat adegan -adegan yang tak sepatutnya mereka lakukan pada insan istimewa.

Aku tahu cerita ini memang ada kisah benarnya. Pasti ada di luar sana yang perlakukan anak istimewa atau siapa sahaja yang suka mengusik anak-anak istimewa ini..Mereka juga tidak mahu dilahirkan begini.Mereka juga bukan mahu kita susah demi mereka..mereka tahu itu semua..

Namun..segelintir orang yang tidak faham, pasti akan menganggap anak-anak istimewa sebagai beban. Dan mereka ini juga sanggup mengeji ibu bapa yang melahirkan mereka..sebagai pembawa sial..dan sebagainya. Adakah mereka patut di hina begitu?

Andai aku pergi dulu..pasti aku merasa tidak tenang bila meninggalkan Nabila kelak. Siapakah yang sanggup menjaga dia? Mungkin ada yang baik, sanggup menjaga dia..tapi samakah seperti aku menjaga dia? Aku rasa tak ramai yang sanggup untuk pikul tanggungjawab ini.

Bagi aku, sekali kita melayan baik ahli syurga ini..Allah akan balas berlipat kali ganda. Usahlah dianggap beban atau pembawa sial. Segalanya telah ditentukan Allah. Ada sebabnya kenapa Allah menjadikan kita sempurna dan ada yang tidak sempurna...Mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan pada kita.

Aku bersyukur teramat sangat pada Allah..kerna mengurniakan Nabila buat aku. Jika tidak..sampai ke hari ini aku masih belum memahami hati seoarang anak istimewa dan sebagai ibu yang melahirkan anak istimewa..Menjaga mereka bukan mudah..Ia buatkan aku berhati-hati dan sentiasa peka dengan keperluan Nabila.

Dan pada yang masih lagi belum mengenali anak-anak istimewa..selamilah hati mereka..Dan janganlah beri tekanan kepada keluarga mereka. Bukan mereka yang pinta untuk dilahirkan begini.Dan pada keluarga..,berilah kasih sayang dan keperluan yang cukup buat anak. Mereka perlukan perhatian. Aku juga bukanlah insan yang 'perfect' untuk mengajar orang..atau cukup bagus dalam menjaga Nabila. Aku juga masih lagi dalam proses pembelajaran.

Terimalah anak-anak ini seikhlas hati... :)

Salam Ahad..

Salam..Sabtu Ahad ni..takde perkara menarik pun yang berlaku pada kami sekeluarga.. Alhamdulillah..segala biasa-biasa sahaja. Cuma minggu ini..pada mulanya aku merancang untuk ke Gedangsa semalam..tak dapat dilaksanakan. Memikirkan Nabila yang baru sahaja sihat dari demam panas dan nampak kembali berselera dengan susu..membuatkan aku berfikir dua kali untuk ke Gedangsa. Mungkin minggu depan kami akan ke sana. Sebab tak elok membiarkan Nabila tanpa rawatan lebih dari 2 minggu.

Dan semalam..agak bosan juga berada di rumah. Rancangannya..aku dan abg memasak bersama.. Katanya teringin nak makan tomyam buatan sendiri. Dan akhirnya abg ke dapur juga..hehe..Susah tau nak rasa masakan abg..sebab abg ni ada mood gak klu nak ke dapur..hehe.. :)

Dan akhirnya tomyam pun siap..banyaknya..macam nak kenduri pulak... :) Makanya jadilah lauk untuk 2 hari..hehe..

Dan malam tadi, aku mengajak abg ke Politeknik Shah Alam. Buat apa? Aku ada exam hari Selasa ni. Jadi aku ni bukanlah mahir dengan jalan-jalan Shah Alam.Lagi-lagi area Politeknik. Dan rupanya dekat je..hehehe..

Hurm..buku pun tak baca lagi nih..Dok mengisahkan Nabila..kerja2 rumah nih..hurmm..takde masa ngadap buku..huhu..Doakan aku berjaya yek..Amin..

07 August 2009

Percubaan kali kedua..


Ini bukanlah sebenarnya kali kedua aku memasukkan Nabila ke dalam walker. Sudah banyak kali namun aku tak sempat untuk merakam segala yang dilakukan oleh Nabila. Tapi ini memang kali kedua selepas percubaan pertama..(entry yang lepas)..tak dapat direalisasikan. Kelmarin, dek kerna tiada kerja, aku cuba mengambil gambar untuk dijadikan kenangan aku. Lihat sahaja telatah dia yang TIDAK mahu duduk di dalam walker. Mungkin sesetengah fikir bagus kiranya aku tidak mengajar Nabila duduk di dalam walker. Ada juga yang berfikir sebaliknya. Bagi aku hanya satu. Mempelbagaikan kaedah terapi untuknya. Tidak hanya berbaring sahaja di walker atau berbuai di dalam buaiannya. Atau duduk di kerusi 'Bumbo' nya..


Segalanya jelas. TIDAK MAHU dan KURANG SENANG dengan WALKER..Dan aku masih lagi mencari gadget yang sesuai unuk Nabila lagi.. :) Dan semalam ada seorang rakan dari sini. Dan dia mengesyorkan aku membeli ini....

Namanya Evenflo Smartstep ABC Exersaucer. Barang terpakai..baru je guna 6 bulan..dan harganya..huhu..sangat-sangat..huh..susah nak cakap..RM700++. hehe.. Nak beli kena pikir dulu, pasal dah nak puasa dan raya kan..banyak nak pakai duit..hurmm..


p/s : Masih lagi terpikir-pikir untuk membeli Jumperoo untuk Nabila. Nabila memang suka lompat-lompat..Tapi lihatkan keadaan dia masa di rumah Ita aritu..aku berfikir 2 kali untuk membelikannya..huhu..!

06 August 2009

Tak nak minum susu..

Sejak akhir-akhir ini, Nabila kerap demam. Dua minggu lepas, belum kebah demamnya, belum hilang selsemanya, Nabila diserang demam lagi. Dan kali ini agak teruk. Sampai serak suara Nabila. Sudah jadi ala-ala penyanyi Ella..Bezanya..Ella menyanyi dan Nabila menangis..hehehe!

Dan sudah 4 hari Nabila kurang minum susu. Aku bancuh seperti biasa..180ml..selalunya habis diminum..Tapi kali ini tidak. Hendak minum pun aku paksa. Masih tak habis jugak. Dan akhirnya terpaksa di buang sahaja susu itu.

Kenapa anakku sayang..? Ibu dapat rasa yang tekak Nabila perit. Pedih..Tapi apakan daya..kamu mesti minum juga sayang..

Risau..rasa tak keruan di buatnya. Dan tadi, aku bancuhkan susu perisa coklat pula. Mana tau dia mahu minum pula. Silap! Nabila masih juga tak mahu minum..malah di digigitnya puting botol sambil menunjukkan tanda protes.Aduhai..Sudahnya..Nabila tertidur..Dan susu itu sekejap lagi akan aku buang dan basuh kembali botolnya.

Apa yang perlu aku buat sekarang ini? Aku lihat demamnya sudah tiada.Selsema juga. Batuk pun sudah berkurangan. Sekali dua sahaja. Itupun sebab tersedak air liur sendiri. Rasa ingin ke klinik sekali lagi. Minggu depan appointment dengan pediatrik. Pasti doktor akan bertanya lagi tentang berat badan Nabila. Kalau berterusan begini..beratnya pasti susut. Tengok sahajalah demam 4 hari lepas. Susut badannya.Terasa ringan benar pabila aku mendukung Nabila.Demam membuatkan dia hilang selera makan dan minum susu.

Jika tengahari esok masih berterusan, aku akan bawa dia ke klinik. Sebab besok aku ada appointment dengan Puan Sally..iaitu OCC. Harap-harapnya mood Nabila untuk minum susu akan kembali pulih seperti sediakala esok..Amin..

02 August 2009

Hujung minggu yang sibuk..dan jemputan ke rumah UmmiSarra..

Hujung minggu ini adalah minggu yang sibuk buat aku dan Nabila. Ayah Nabila terpaksa bekerja pada Sabtu lepas sebab 'shift' siang pada Sabtu itu. Dan Ahad, ayah Nabila akan masuk 'shift' malam pula.

Dan pada mulanya aku memang bercadang untuk duduk di rumah sahaja minggu ini. Letih dek kerna ke Gedangsa setiap minggu berturut-turut, maka hasrat aku untuk berehat di hujung minggu sangat-sangat menebal. Namun..terfikirkan hasrat aku untuk menyerahkan satu bungkusan kecil yang tak seberapa untuk anak aku yang sorang lagi..iaitu Sarra..maka aku mengikut Ummi dan Abi Sarra ke Gedangsa minggu ini. Dan kami berlima bertolak dari rumah aku lebih kurang jam 8.30 pagi.

Alhamdulillah..kami tiba di Gedangsa jam 9.30 pagi. Tidak ramai yang datang untuk sesi terapi dengan Kak Raw minggu ini. Aku menarik nafas lega kerna masih teringat aku pada minggu lepas..betapa ramainya anak-anak kecil dan rata-rata aku tidak mengenali mereka.Mungkin kebanyakannya orang baru barangkali.

Tiba giliran Sarra..Minggu ini Sarra akan mula rawatan tolak tulang buat pertama kalinya. Alhamdulillah..selesai Sarra..giliran Nabila pula. Dan tangisan Nabila bagai memarahi Kak Raw yang sedang membalutnya. Aku hanya tertawa kecil..teringatkan ketika Nabila memarahi aku tatkala aku mamaksanya makan dan melakukan exercise seperti yang disuruh. Alahai anakku sayang..

Aksi kedua-dua anak aku ketika menunggu giliran..Sarra rileks lagi time nih.. Nabila dah mula menunjukkan taringnya.


Selesai semua, kami pulang. Nabila pula sepanjang perjalanan menangis tak henti-henti. Naik segan aku pada Ita dan Farid dek kerana Nabila yang berperangai sedemikian rupa. Dan akhirnya kami sampai ke rumah aku di Bukit Sentosa.. Ita dan Farid berehat sebentar di rumah aku.

Jam 5 petang abg pun pulang..Dan selepas Maghrib, Ita dan Farid pun beransur pulang ke Serdang. Dan malam tadi bermulalah kisah demam Nabila yang kembali menyerang Nabila.

Malam itu, Nabila tak boleh melelapkan mata. Dan suaranya mula bertukar..menjadi serak akibat kahak yang banyak dan sakit tekak yang menyerang Nabila. Kasihan anakku..Dan aku pula..sememangnya dalam keadaan yang teramat letih..maka..aku bernasib baik lah, abg yang banyak membantu aku melayan Nabila.

Pagi tadi (Ahad), badan Nabila semakin panas. Aku mengambil keputusan untuk ke klinik memandangkan bekalan ubat Nabila habis.Dan kami bertiga punya rancangan lain sebenarnya. Rancangan untuk ke rumah Ita.
Semalam (Sabtu) Ita pada mulanya ingin keluar, dan akhirnya menukar rancangan dengan mengajak kami bertiga ke rumahnya.Dan Ita melukis peta ke rumahnya kerana kami sememangnya kurang arif bab jalan di area Serdang..Selesai urusan ke klinik, aku pulang ke Gombak dan terus menyiapkan Nabila. Almaklumlah, kami memang tak plan nak ke mana-mana.


Tak sesusah mana untuk kami menuju ke rumah Ita dan Farid. Dan abang pulak seakan mahir dengan selok belok jalan di Serdang ini. Katanya dulu dia selalu ke South City Plaza. Sebab mengahdiri kursus di situ. Dan jalan ke rumah Ita senang bagi dia. Aku pula sememangnya tak tahu langsung jalan itu.Tak pernah sampai lagi.. :) Dan Alhamdulillah, kami sampai juga di rumah Sarra.


Ita dan Farid masak untuk kami. Segan rasanya..Sebab kami sekeluarga datang hanya untuk makan sahaja. Dan Ita juga bercerita tentang Sarra yang juga demam tadi.Nama pun kembar..demam pun asyik sama aje..

Sarra dan Nabila bergilir-gilir menangis. Almaklumlah dua-dua tak sihat. Terkujat dengan Kak Raw kot..hehe..Gambar ni pun diambil waktu aku dan abg nak beransur pulang. Dan Sarrayang ketika itu tidur..seakan tahu Nabila nak balik..terus bangun..Siap salam lagi tangan nak balik..hehe..comel sungguh..!

Suka aku lihat design rumah Ita. Cantik dan kemas. Hurmm..senang nak kemas.Dan paling menarik hati sekali lampu di bawah meja makan dan lampu di bahagian TV. Cantik youuuu...!

Dan buat pertama kalinya, Nabila menaiki Jumperoo milik Sarra. Ita baru sahaja belikan untuk Sarra Jumaat lepas..hehe..Aku pun mulalah nak 'mengecek' ayah Nabila, belikan satu juga untuk Nabila. Test punya test Jumperoo Sarra, Nabila nangis pulak. Tak suka..huhu. Alahai anakku..mungkin demam, jadi Nabila takde mood untuk naik.

"huhu..ayah..tak mau naik..Ila peningla ayah..Ibu ni ngada-ngada lah..huwaaaa!"
"Cantik la Ila..Ibu nak beli gak..tak kira..!"

Dan sesudah kami pulang dari rumah Ita..kami singgah ke Carrefour Wanga Maju. Membeli keperluan rumah di Rawang dan kebetulan aku terjumpa kawan dalam friendster di Delifrance.Rabiatul namanya. Kami bertegur sapa kerna tak penah bersua muka sebelum ini.Hanya 'chit chat' sahaja di dalam friendster.

Aksi tengah demam..tapi kalau berjalan..huh..melompat sakan..malas nak bawak stroller Nabila pasal nak gi pun kejap je..Dan yang atas tu gambar Nabila lena tidur dek kerana penangan ubat yang kuat..hehe..

Dan sewaku aku menulis entry ini, Nabila sudahpun tidur dek kerana ubat yang aku berikan tadi.Mudah-mudahan Nabila lekas-lekas sembuh.Amin..

p/s : Ummi..nanti kita mandi kolam yek..hehe..bestla gi umah Ummi..!Abi Farid masak pun sodap!Leh bukak kedai.. :)