Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

09 August 2009

Pensil....

Tadi aku baru sahaja melihat cerita ini. Tajuknya Pensil. Jam 9.00 malam tadi bersiaran di Astro Citra. Aku sememangnya ingin benar melihat cerita ini. Dahulunya aku pernah mendengar tajuk ini. Tapi dek kerna tak tahu apa sinopsis cerita ini, jadi aku tidak mengendahkan cerita ini. Abg pernah tengok cerita ini. katanya sedih. Dan bila lihat iklan sahaja 2-3 hari ini..buat aku teringin sangat nak tengok cerita ini.

Bercerita tentang anak istimewa...

Sepanjang cerita ini..aku menangis..air mata aku senang benar tumpah..mengalir ke pipi.. Dan aku mula-mula segan menangis depan abg..terus aku biarkan sahaja airmata aku mengalir. Dan abg pula seakan membiarkan. Dan setiap kali pelakon dalam cerita itu memperlakukan perkara yang tak baik kepada Badrul (si istimewa), Aku terus memandang Nabila..yang sedang seronok bermain di sebelah aku. Sedih bila melihat adegan -adegan yang tak sepatutnya mereka lakukan pada insan istimewa.

Aku tahu cerita ini memang ada kisah benarnya. Pasti ada di luar sana yang perlakukan anak istimewa atau siapa sahaja yang suka mengusik anak-anak istimewa ini..Mereka juga tidak mahu dilahirkan begini.Mereka juga bukan mahu kita susah demi mereka..mereka tahu itu semua..

Namun..segelintir orang yang tidak faham, pasti akan menganggap anak-anak istimewa sebagai beban. Dan mereka ini juga sanggup mengeji ibu bapa yang melahirkan mereka..sebagai pembawa sial..dan sebagainya. Adakah mereka patut di hina begitu?

Andai aku pergi dulu..pasti aku merasa tidak tenang bila meninggalkan Nabila kelak. Siapakah yang sanggup menjaga dia? Mungkin ada yang baik, sanggup menjaga dia..tapi samakah seperti aku menjaga dia? Aku rasa tak ramai yang sanggup untuk pikul tanggungjawab ini.

Bagi aku, sekali kita melayan baik ahli syurga ini..Allah akan balas berlipat kali ganda. Usahlah dianggap beban atau pembawa sial. Segalanya telah ditentukan Allah. Ada sebabnya kenapa Allah menjadikan kita sempurna dan ada yang tidak sempurna...Mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan pada kita.

Aku bersyukur teramat sangat pada Allah..kerna mengurniakan Nabila buat aku. Jika tidak..sampai ke hari ini aku masih belum memahami hati seoarang anak istimewa dan sebagai ibu yang melahirkan anak istimewa..Menjaga mereka bukan mudah..Ia buatkan aku berhati-hati dan sentiasa peka dengan keperluan Nabila.

Dan pada yang masih lagi belum mengenali anak-anak istimewa..selamilah hati mereka..Dan janganlah beri tekanan kepada keluarga mereka. Bukan mereka yang pinta untuk dilahirkan begini.Dan pada keluarga..,berilah kasih sayang dan keperluan yang cukup buat anak. Mereka perlukan perhatian. Aku juga bukanlah insan yang 'perfect' untuk mengajar orang..atau cukup bagus dalam menjaga Nabila. Aku juga masih lagi dalam proses pembelajaran.

Terimalah anak-anak ini seikhlas hati... :)

9 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

hmm..terharu baca entry nih. sesungguhnye perasaan kami yg membaca nih mmg takkan sama ngan org yg melahirkan n menjaga insan2 istimewa spt nabilah..smoga awk sntiasa tabah dlm memlihara n membesarkan nabilah yek..

A.I said...

Aku baca ni pon aku nangis jugak. terkenangkan anak ke2 aku tu. dia takde tinga sebelah. dah besar ni (6thn) dia dh cerdik. Org pandang lain mcm kat dia pon dia tau. balik skolah ngadu itu ini kat aku. kata org ejek dia tinga kecik la..takde tinga la..alahaiii...aku yg kene kuat. takmo kasi air mata aku ni jatuh depan dia. kene pandai main ngan kata2 supaya dia tak tambah sedih.. :)

LYaFRINA said...

kak..sy pun tgk drama pensil 2..n trut terasa pedihnya..(sbb sy snsitif dgn crita2 bgini)...
kak..sbnarnya nabila bukan tidak sempurna...TAPI..Nabila adalah anak yang sangat2 ISTIMEWA....N satu y kita kna tau,, semua manusia itu x SEMPURNA.. N masing2 ada klemahan tersendiri.. Akak adalah insan bertuah krn diberi pluang utk mnjaga ahli syurga(ganjaran y berlipat ganda jk kt sabar)..Sy hrp akak trus mjaga nabila sebaik mungkin n jd kn dia sperti manusia biasa.(supaya dia senang disisi kt)..Sy syg Nabila..

ratna said...

sedihkan citer tu.. walaupun kurang upaya.. tp dia still ada perasaan..

ami said...

Teringin nak peluk Nabila
sayangnyee kat diee...
kuat semangat sayang..

Luvvvvv said...

tabahla ina... akak mmg x sanggup nak tgk citer tu, klu tgk gazzette kt tv pun dh teringat uwais... x sanggup nak tgk!!

Yasmin Nabilah.. said...

lily : Entahlah..ina sendiri pun kdg2 rasa tak kuat..dan entry ni..ina taip mmg dari dalam lubuk hati ina.Sedih..tapi kena kuat..demi Nabila..Ina dulu rasa seperti apa yang lily rasa..kurang mengerti dan kurang faham dengan anak2 istimewa..bila alami sendiri..mmg sangat menakjubkan kuasa Allah..

ai : kak..sedihnya..apalah perasaan dia kan..org pandang dia..ta sanggup rasa..Kita kena kuat kan kak..demi anak2..Ina nak pinjam semangat akak jap..huhu..

LyaFrina : thanks Lya..Mmg dia sgt-sgt istimewa buat akak.. :) Mungkin dengan menjaga Allah beri ganjaran lebih buat akak dan suami..

ratna : betul..dah la dia pandai kan..siap pandai lukis lagi..suka sgt..semangat yang ditunjukkan..Gigih mencari rezeki..:)

Ami : Peluklah Ami.. :)Nabila mmg suka..hehe.DIa mmg kuat semangat..Ina jugak yang masih lagi tumpang semangat dia.. :)

Ibu_uwais_ameenah : huhu..ina sebenarnya tak sanggup gak..tapi hati ni nak tgk gak ending dia apa..tapi tak best la..ending tergantung..huhu..sedih part last tu dia pergi gak dari umah dia..gi KL..cari rezeki..huhu..

Rofaizal Jaafar said...

Haa betoi.. Citer tu ending nmpk cam tergantung je kan.. Tp rasa nyer nk kuar Pensil Part 2 kot.. Tunggu.. Memang layan citer tu..

Yasmin Nabilah.. said...

Rofaizal : yeke..wah..ini sudah bagus..hehe.. :)