Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 March 2010

Physio lagi..

Tadi Nabila ada temujanji dengan Puan Siti. Tapi sebelum bergerak menuju ke Sg. Buloh, hujan sangat-sangat lebat..diselang seli dengan petir yang kuat..Membuatkan aku takut untuk keluar dari rumah mak. Tapi..takkan pula tak pergi hospital pula kan..Pulak tu kena amik time slip. Nak tak nak aku gagahkan diri jugak untuk ke sana.

Alhamdulillah..kami selamat juga sampai walaupun lewat 1/2 jam. Bukan apa..aku sangat-sangat risau membawa kereta ketika hujan lebat. Takut terlanggar lopak air dan boleh menyebabkan kemalangan.Huhu..

Sampai saja, aku lihat hanya beberapa orang sahaja yang ada di dalam gym. Dan ada seorang anak..lebih kurang seusia Nabila sedang naik standing frame. Dan Nabila pula sedang menanti Puan Siti menguruskan temujanji orang lain. Tak sedar kami masuk ke bilik.

Pada mulanya seperti biasalah 'warming up' dulu.. Dan kemudian bila budak tu turun, giliran Nabila pula untuk berdiri di standing frame itu. Tapi apa yang aku kesalkan..tindakan mereka yang memaksa kaki Nabila untuk mengikut alat itu. Sedangkan ia boleh di adjust lagi. Dan sudahnya Nabila menangis tak berhenti..

Aku bukanlah suka nak menyalahkan orang. Cuma kekadang tu..mereka kena tengok juga keadaan Nabila itu. Adakah sesuai 'setting' alat itu pada Nabila? Ni main sebat je.. Mau meraunglah budak itu.

Puas juga Puan Siti dok 'adjust' benda tu. Tapi tak mau gak ikut. Sudahnya Nabila berdiri dalam keadaan senget. Huh! Sungguh tak selesa aku lihat. Dan Nabila pula..bertambah-tambahlah berjujuran air matanya itu.

Tak sampai 5 minit pun..Puan Siti mengeluarkan Nabila dari alat itu. Dan terus di picitnya kaki Nabila. Huhu..sakit woo.. Puas gak la memujuk.. Sudahnya diam juga. Siap senyum sengih lagi..

Dan balik umah nanti..kenalah buat exercise lebih sket. Pasal tadi Nabila banyak ngelat..Hurm..kenalah buat extra sket malam ni.


p/s : Semalam aku tgk ada orang bawak anak naik motor. Laki bini. 2 kali pulak tu aku nampak petang semalam. Sian anak tu. Berpanas berhujan di atas motor. Bahaya betul. Kang jatuh ke apa ke..kan dah susah. Anak sihat-sihat tu..jagalah elok-elok. Kalau dah sakit cam Nabila kan susah. Huhu.. Bukan nak minta atau doakan sesapa..(ingat aku ni kejam ke) ..Cuma fikirlah sikit..Sian kat anak..Klu nak bagi lasak sekali pun..jangan la sampai anak-anak bau asap kereta dan lori. Bahaya untuk kesihatan anak. Huh! Susahnya... Tak paham aku..!

28 March 2010

Gedangsa..Rumah Ummisarra & Syifa' Al Hidayah..

Semalam kami ke Gedangsa lagi..Dan seperti biasa..datang pagi..turn pasti petang. Malah yang akhir sekali pulak tu. Hurm..tak kisah lah..dah biasa dah pun..

Dan rawatan Kak Raw semalam agak memenatkan Nabila. Menangis sepanjang jalan..sehingga aku sendiri surrender dengan Nabila. Berhenti di tepi jalan dan bertukar driver. Menyuruh abg duduk di belakang dan memujuk Nabila..dan aku pula bawa kereta. Huhu..

Di rumah pun sama. Menangis tak henti-henti walaupun sudah diletakkan di dalam buaian. Sakit barangkali. Sudahnya..penat bila kami tak melayan kerenah dia..terus dia tertidur. Kasihan..

Mak, Ayah dan adik-adik datang ke rumah semalam. Sempena kerja-kerja pembersihan rumah baru dibeli oleh keluarga. Sangat berdekatan dengan rumah kami. Jalan kaki pun boleh. Ini semua atas kehendak mak..yang dah tak larat lagi mendaki tingkat 4 lagi. Kasihan mak..Teringin benar mahu rumah bawah. Sudahnya adik aku menjadi sasaran. Takpe..untuk kebaikan adik aku juga. Sekurang-kurangnya di usia muda sudah mempunyai rumah sendiri..

Dan malam semalam..Kami ke rumah UmmiSarra & AbiFarid... Hurm..pada mulanya kami tak dapat memenuhi jemputan itu. Dek kerna abg telahpun 'tergoda' dengan pujuk rayu Incik Farid..Akhirnya kaki ini melangkah juga ke rumah Ita & Farid. Rupa-rupanya sibuk suami isteri ni memasak. Dapat pulak menyantap ayam dan daging yang dipanggang..bersama mashed potato dan coslow.. hurm..sedap.. :)

Selesai makan..terus pula ke Uptown di MARDI.. Hurm..nampak meriah di sini. Cuma masa sampai tu..ramai dah kemas barang.. Nak tutup..hehe..

Dan kemudian lepak sebentar di Kedai Teh O Beng.. hurm..Inci Zul mahu pekena air panas sket.. Nak jalan jauh..Tapi tak lut la air tu. Sudahnya tukar gak driver.. Aku gak yang bawak. Tapi terhuyung hayang la. Mengantuk giler...

Dan tadi..bercadang ke Sg. Pusu. Sudah lama benar mahu ke Syifa' Al-Hidayah. Nasib baik la Zali tolong telefonkan untuk mengambil no. giliran. Dan kami beramai-ramai..Ita,Farid, Zali, Ida, Ayu dan Syarul bersama-sama dengan niat yang satu...demi anak-anak kami untuk menambahkan lagi tempat-tempat berubat kami..hehe. Yelah..Ikhtiarkan..Manalah tahu..ok pulak ke. Untuk Fizikal sudah bersama Kak Raw.Ini untuk membentuk dalaman pula.. Tak salah bukan.. :)

Terima kasih kawan-kawan..Tanpa kalian mungkin juga Nabila tak dapat melakukan rawatan-rawatan ini.. Tak rugi bersahabat dengan yang senasib dengan kita. Ikatan ini sudah seperti menjadi adik beradik. :)

p/s : Zura..ina mintak maaf tau..lupa sangat2..Ibu Nabila nenong-nenong sket petang tuh..huhu..sori yek.. :(

27 March 2010

Genetik Test..

Entry ini berlanjutan dari entry aku mendapat jawapan dari Tasputra tempohari.

Sebenarnya ada perkara yang telah di suggestkan oleh chairman pusat itu untuk kami berdua. Dia pada mulanya bertanyakan tentang punca Nabila mendapat CP . Dan aku menjelaskan segalanya..

Dan satu soalan dia..

Mengapa aku tidak membawa kes aku ke mahkamah? Tidak menyaman saja doktor yang menyambut Nabila..

Seperti aku katakan dulu..Tidak mahu berfikir lagi tentang perkara itu. Bukan mudah untuk berjuang di mahkamah. Segalanya duit... Maaf..bukan aku tak mahu perjuangkan hak Nabila..Tapi ada perkara yang lebih memerlukan dari kami terus menerus menyalahkan pihak hospital. Aku tahu doktor itu turut kesal..Benda sudah jadi..apa lagi yang perlu di lakukan? Kembali ke masa lampau? Mahu saja aku..tapi aku pula seperti tidak mahu menerima ketentuan Ilahi.. Sudahlah...!

Dan satu lagi perkara yang kami bicarakan tentang perjumpaan tempohari. Chairman itu menyuruh kami melakukan genetik test. Katanya penting untuk kami mengetahui adakah punca kepala Nabila mengecil di sebabkan oleh genetik kami. Hurm..aku rasa agak pelik sebab selama ini aku hanya berpegang pada konsep 'Nabila tak cukup oksigen dan tumbesaran kepala tidak mengikut saiz yang sepatutnya' . Tak tahu pula kepala kecil ini yang sering aku panggil Microcephaly ini di anggap antara penyebab yang berkaitan dengan genetik.

Nak menyangkal kata-kata chairman itu..rasanya tak patut..sebab mungkin juga ada benarnya kata-kata beliau. Adalah lebih baik aku buat kerna untuk persiapan untuk bakal anak yang seterusnya. Mungkin juga dengan cara ini kami boleh tahu perkara-perkara lain yang tak terjangka dek akal fikiran ini...

Jika ada sesiapa yang pernah buat..boleh tak share maklumat. Sememangnya mahu tahu apakah prosedurnya, dimana, kos dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang tak tahu tentang test ini boleh kongsi dan tambah pengetahuan juga.. :)

26 March 2010

Boleh ke?

Entry lepas, aku ada menceritakan tentang Tasputra. Tentang sekolah Nabila. Dan semalam aku sudahpun mendapatkan jawapannya. Aku cuba menelefon Tasputra kelmarin untuk mendapatkan tarikh temujanji bersama chairman.. Dan semalam kami bertemu.

Rasa gundah..usah cerita. Sejak hari Rabu..selepas sahaja tarikh ditetapkan untuk berjumpa..aku tak senang duduk. Memikirkan pelbagai perkara dan kemungkinan yang berlaku. Mengenangkan kata-kata perangsang dari rakan-rakan blog dan juga facebook..rasa ada semangat sedikit. Cuma ayat ni asyik berlegar-legar di otak ini.. " Adakah mereka akan menerima Nabila nanti?"

Dan jawapannya sudah aku dapatkan semalam. Segala prasangka buruk..aku tolak jauh-jauh. Alhamdulillah..Tindakan mereka sedikit sebanyak melegakan aku. Hasil assessment yang hilang hari itu telah ditemui semula. Terima kasih pada Kak Ina..kerana telah banyak membantu aku memberikan sedikit 'push' pada kakitangan di situ.. :) Terima kasih kak..

Cuma hati ini..Bolehkah aku menghantar Nabila ke situ? Jangan jadi seperti kisah lepas. Ketika Nabila di taska. Aku tak mahu kisah itu berulang..

Alhamdulillah..permohonan kami diterima. Nabila akan mula bersekolah pada 15 April nanti. Sewaktu chairman meninggalkan kami seketika di pejabatnya..Aku bertanya kepada Abg sekali lagi.

Bagaimana?

Adakah dia bersetuju?

Dan abg hanya mengangguk kecil. Tak mengapa jika mahu mencuba terlebih dahulu. Jika serasai akan kami teruskan. Jika tidak..Mungkin kami akan mencari alternatif lain untuk Nabila.

Moga segalanya dipermudahkan buat kami. Bulan depan rasanya banyak pakai duit. Dan mula terfikir-fikir untuk mencari duit lebih. Mungkin juga percutian kami bersama mummy & daddy superkids akan menjadi percutian bajet. Banyak perkara berlaku baru-baru ini dan banyak duit telah dibelanjakan..huhu.

p/s : Nak tanya..ada sesiapa tahu macamana nak buat genetik test? Ada cerita disebalik test itu..dan mahu pendapat kawan-kawan.. Apa kisahnya nanti saja diceritakan.. Cuma mahukan feedback dari semua..terima kasih.. :)

22 March 2010

Sekolah oh Sekolah...

Siapa yang nak sekolah ni? Takkan aku pulak yang nak masuk sekolah balik..Hurm..klu dapat apa salahnya..Nak baiki balik result SPM aku..!

Huh..Tak de makne..!

Ni berkisar tentang Nabila.. Pada mulanya aku tak nak cerita lagi pada semua tentang perkara ini. Sebab belum tentu dapat. Tapi entry yang aku buat ini bukanlah bermakna aku sudah ada berita baik..Cuma ingin berkongsi rasa dengan kawan-kawan.

Sejak 2 bulan ini, Aku, Jiey dan Ita sedang berusaha untuk mencari sekolah untuk anak-anak kami. Aik..baru 2 tahun dah masuk sekolah? Hish.. Bukan sekolah taska tau..Ni sekolah untuk anak-anak yang 'sama' ngan Nabila, Ian dan Sarra.

Sekolah yang aku maksudkan adalah Tasputra. Bertempat di Ampang. Mungkin ada yang pernah mendengar tempat ini. Dan mungkin juga ada yang belum. Khas untuk anak-anak Cerebral Palsy dan Developmental Delay seperti Nabila.

Napa awal sangat?

Aku mahu lakukan secepat yang mungkin. Lagi awal lagi bagus untuk pertumbuhannya. Pulak sekarang ni, Nabila sudah mula menunjukkan perkara-perkara positif. Tak banyak..tapi cukup buat aku gembira.

Masalahnyer..

Dan 2 bulan kami follow up dengan pusat itu. Masih belum dapat memberi tarikh yang sesuai untuk kami berjumpa dengan Chairman nyer.. Masih lagi tertunggu-tunggu..

Sudahnya petang tadi, aku ke Tasputra. Ingin bertanyakan tentang permohonan kami. Dan malangnya masih lagi di suruh balik dan menelefon untuk menetapkan temujanji. Letih la dengan cara begini. Kalau la aku surirumah sudah tentu senang. Tak perlu nak sibuk-sibuk ambil cuti untuk ke sana.

Tapi bila di fikirkan..tak patut aku merungut. Kalau nak sesuatu..perlu usaha sehabis daya. Tak guna mengeluh. Kalau mengeluh lagi tak dapat! Huhu... Sudah ibu Nabila.!Bangkit. Tak mau susah-susah hati. Usaha itu tangga kejayaan. Cuba lagi. Cuba selagi boleh. Sampai mereka-mereka ni bosan dan hafal nama YASMIN NABILAH..hehe..

Cuma aku agak sedih sepanjang perjalanan aku ke sana. Abg telah menanyakan satu soalan yang aku rasa agak sukar untuk aku jawab pada mulanya..

Abg : Abg nak tanya, Ibu sebenarnya dah sedia ke nak hantar Nabila ke situ?

Aku : Kenapa tanya pulak. Napa? Abg tak suka ke?

Abg : Takdelah..anak tu kan kecil lagi..sian kat dia. Boleh ke orang tu jaga sama seperti mak jaga dia? Tak kesian kat dia ke?

Aku : (Diam.. air mata dah bergenang ni..)

Abg : Takdelah..Abg bukan apa..ayah tanya aritu. Dia sian kat Nabila.Awak sibuk nak antar dia kat situ..

Aku : ( Air mata ni dah menjejes kuar dah...)

Abg : Napa pulak nak nangis..Abg tanya je..

Aku : Abg ingat ibu ni kejam ke? Ibu pun tak sanggup tau nak hantar Nabila kat situ. Tapi nak wat camner.. Kalau tak hantar sampai bila dia tak pandai nak berdikari. ( meleleh2 air mata aku time tuh)

Abg : Yelah..Abg tau.. Abg pun nak dia berdikari sendiri. Yelah Abg ada cakap kat ayah. terangkan kenapa kita hantar kat situ. Abg cakap takkan la sampai bila-bila kita nak uruskan dia. Nak jugak kita tengok dia uruskan diri dia sendiri. Dia pun bukan makin kecik, makin besar.

Aku : Abis tu ayat abg tu macam tak suka je...

Abg : Cuba pikir balik apa yang abg cakap kat ayah. Abg 'backing' Ibu kan.. Abg sokong Ibu kan.. Bukan abg tak suka..Abg nak..tapi abg risau.. Ibu kenalah fikir postif negatif dia juga.

Aku : yelah..ibu memang fikir..Tahlah..ikut abg la..Klu abg rasa baik..Ibu ikut je. Kalau tak ok..kita patah balik jelah..

Abg : Buat apa nak patah balik..Gi jelah..

Aku : (huhu..)


Entahlah..Adakah aku ni terlalu emosi sangat? Adakah aku ni terlalu berkeras dengan Nabila?

Kadang-kadang aku terfikir..sejak ada Nabila..aku tak pernah meikirkan tentang diri aku. Segala perkara yang ada di otak aku adalah Nabila.

Nabila..Nabila.. Nabila..

Untuk diri sendiri jauh sekali. Dari bab makan, jaga badan..semuanya aku tolak ketepi. Kadang-kadang aku ni dah tak seperti Noina yang dahulu. Tak terurus rasanya..

Namun bukanlah aku merungut. Ya..mungkin juga aku ni terlalu mengambil berat dan menjaga setiap kebajikan Nabila. Sehingga mengabaikan diri sendiri. Dan juga kadangkala kepada Abg. Maafkan Ibu, Abg.

Bukan mudah untuk kembali menjadi Noina yang dulu. Noina kini sudah berubah. Berubah demi anak tersayang..Tak menghiraukan perkara lain. Di otaknya hanya Nabila..

Segalanya demi Nabila...




Senyuman ini saja penawar aku tadi..Release tension kat Mac D..Nasib baik Nabila bagi senyuman manis kat aku..Sejuk sket ati ni..

Lepaks-Lepaks @ Teratak Nabila..

Sabtu lepas..cadangnya ke Tapah. Berjumpa dengan Faizal & Kak Noni sambil-sambil untuk berbicang tentang hal kami ke Teluk Senangin 30 April nanti.

Namun dek kerna ramai yang tidak dapat join..dan kebetulan pula..Ida dan Aiman masih lagi belum sihat, maka tempat pun bertukar. Dan berkumpul di rumah kami.

Seronok..lebih-lebih lagi buat pertama kalinya rumah ini buat BBQ plak tu..Hehe.. Siap masak laksa lagi..Hasil air tangan Kak Noni.. :) Sedap..Klu bukak gerai depan umah ni sure laku.. :)

Dan kehadiran Jiey dan Alimin..serta Ian yang comel..menyerikan lagi teratak kami. Sungguh... Melihatkan Ian menangis melihat Nabila di dalam buai..buat hati aku ingin menangis dlm kegembiraan. Betul..Selama ini aku hanya membaca entry Jiey.Dan kali ini aku sendiri melihat reaksi Ian yang sangat-sangat peka melihat kawan-kawannya. Seronok bila melihat anak itu semakin cerdik dan bijak.. :) Alhamdulillah..

Dan tak lama selepas itu..Ita dan Farid tiba di teratak kami. Kesian Ita..Sangat-sangat keletihan..baru sahaja pulang dari Pahang.Dan atas jemputan kawan-kawan..terus ke rumah kami.. :) Thanks yek Ita..Sori tau susah-susahkan Ita. Hilang rindu kat Sarra.. :)

Namun masih tak lengkap tanpa kehadiran Put & Megat serta Zura & Shah.. Takpelah..nanti lepaks lagi..Next time masa besday Nabila k.. 24th April tau.. Jgn gi memana tarikh ni.. :)

Tak sabar pulak nak gi Teluk Senangin ni. Harap-harapnya cuaca baik dan segalanya berjalan dengan lancar.. Amin.. :)Kak Noni sedang masak laksa..sori la kak..dapurnyer kecik je..
Tiga jejaka sedang sibuk menyucuk daging ayam..BUAT SATE!..(jejaka ke?)
Aiman dan ubatnyer..cian Aiman..huhu..
Jiey sekeluarga..thanks yek..sudi dtg umah kami.. :)

19 March 2010

Salahkah berfikir tentang perkara itu..?

Apa saja yang aku fikirkan..? Tak cukup serabutkah memikirkan banyak perkara dalam hidup ini? Bukanlah serius perkara yang aku katakan dalam entry kali ini. Cuma aku kadang-kala memikirkan perkara yang aku rasa di luar jangkaan aku. Mungkin juga tidak akan menjadi mustahil jika terus berusaha kearah itu.

Huh..apa saja Ibu Nabila ini. Pening orang membaca.

Tadi..aku ke Carrefour Wangsa Maju. Membeli keperluan susu dan lampin Nabila di sana. Dan singgah sebentar di KFC untuk makan tengahari.

Aku bersama Myra..rakan sepejabat aku ketika itu. Berborak sakan. Dari hal pejabat dan terus ke hal peribadi.

Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seorang anak kecil. Duduk di dalam troli. Ketawa girang bersama ibunya. Pantas saja mulut ini berbicara. " Myra, agaknya budak tu mesti sebaya Nabila kan. Kalau la Nabila boleh jalan..mesti dia macam budak tu..."

Mata ni masih lagi melirik ke arah anak kecil itu. Walaupun mereka sudah agak jauh meninggalkan KFC. Dan Myra membalas kataku tadi . " Alah kak Ina..Myra tengok Nabila macam dah nampak ok je. Ada gak la perubahan dia banding dulu."

Aku hanya diam. "Sedih Myra. Aku ingat Nabila sihat. Tak sangka bleh jadi macam ni. Kalau lah boleh balik ke masa dulu kan bagus. "

Dan kali ini Myra pula yang diam. Bukan ini kali pertama aku menyatakan perkara ini kepada Myra atau pada yang lain. Banyak kali! Adakah aku ini masih belum menerima keadaan Nabila?

Tersepit dengan perasaan sendiri. Aduhai. Kadang-kadang aku sendiri tak boleh menghalang apa saja perkara yang terlintas di fikiran ini. Mungkin itu juga bisikan syaitan agar aku tidak percaya dengan kekuasaan-Nya. Entah kenapa..telinga dan hati sering berbisik tentang perkara-perkara ini. Dan pula sering terjadi ketika ada saja anak kecil yang melintas di hadapan aku.

Maaf..Tersangat emo rasanya mengenangkan perkara itu. Lagi-lagi hampir 3 minggu saja lagi Nabila akan berusia 2 tahun. Apa yang telah aku dapat sepanjang tahun lepas untuk Nabila? Susah untuk diungkaikan tentang perkara yang satu ini... :(

18 March 2010

Minyak Oh Minyak..

Tadi aku ke HSB lagi. Apointment dengan Klinik ENT. Apa lagi klu bukan Speech Therapy. Masih lagi seperti biasa. Tiada perkara yang menarik untuk dibincangkan bersama Puan Anida.

Cuma minggu ni..Nabila bermain dengan mainan. Dan aku menceritakan tentang kisah yang terjadi pada aku ketika di dietetik tempohari pada Puan Anida. Dan dia hanya menggelengkan kepala. Kesal juga katanya. Yelah..selalunya tak pernah jadi kejadian sebegitu pada orang lain. Tapi entah kenapa terjadi pulak pada aku. Hurm..malas nak pikir hal lepas.

Dan Nabila pula..Nampak baik ketika sepanjang terapi berlangsung. Dan Tak banyak mengamuk. Cuma di akhir sesi..sudah menunjukkan perangai ala-ala bosan gitu. Hurm..Nasib baik tak lama..Ambil time slip..dan kaki terus melangkah keluar dari bilik no. 6.

Cuma mahu bertanya..andai sesiapa tahu tentang minyak yang ditambah dalam makanan anak. Tujuan untuk menambah berat badan. Ada di jual di farmasi tak? Aku bukanlah terdesak untuk membeli minyak itu..cuma kalau ada di djual di farmasi..ingin juga aku cuba. Manalah tau..boleh pulak berat Nabila naik.. :)

Baru balik dari HSB..Dah mandi..dah makan..buat muka pulak..babap kang Nabila ni..!

P/s : Lama betul tak balik Ipoh.. Opah Nabila mesti rindu kat Nabila punya.. Maaf yek mak.. Kami belum ada kesempatan nak balik. Abg asyik keje je..

17 March 2010

Berperang dengan perasaan..

Entah kenapa..sejak seminggu lepas lagi..aku sedang berperang dengan perasaan aku sendiri. Geram..menyampah..sedih..semua ada dlm diri aku. Ada juga aku menyuarakan perkara ini kepada abg..tapi dia sendiri pun kurang pasti dengan apa yang terjadi kepada aku.

Adakah kerana alat perancang yang aku gunakan? Sudah setahun aku gunakan implanon ini..

Adakah kerana aku sudah lama tak period? Salah satu sebabnya pun tentang perancang ini lah..ini antara effect2 yang terpaksa aku terima..

Tekanan dari kerja.. Rasa macam takde sangat.. Aku buat hal aku sendiri je..Tak campur hal org lain.

Tekanan dari Nabila dan Abg.. Rasanya tak jugak..Mereka berdua baik2 sahaja..


Entahlah..rasa cam nak keluar otak..dan bersihkan segala perkara2 negatif ni..Tapi boleh ke? Klu boleh dah lama aku buat dah..huhu.. TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.

Diambil dari suratkhabar KOSMO..

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.


Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya. Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat.

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya. Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.


p/s : cam gane nih? aku baru je ajar Nabila berbuai..saku sememangnya dah tau dah 'ketidakselamatan' buaian ini untuk budak. Nabila dulu pun masa baby aku tak ajar berbuai. Entah baru-baru ini ..kan Nabila demam panas..tiba2 nak ajar pulak..huhu..

Anak istimewa boleh di ajar.

Tiada apa yang nak dicoretkan sepanjang minggu ini. Senyap sunyi je blog ini. Cuma aku nak tepek sket maklumat yang aku cari dalam internet.. Keluar plak cerita ni. Untuk peringatan aku sebenarnya..dan juga untuk menambah ilmu-ilmu kepada pembaca yang lain. Klu dah baca tu..takpelah.. :)


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

norlaila@hmetro.com.my

“SIAPA kata anak yang ada masalah pembelajaran tidak berhak dihantar ke sekolah? Siapa kita yang boleh menentukan nasib dan keupayaan seseorang?

“Memang mereka ada banyak halangan tetapi anak istimewa boleh diajar, walaupun perkembangannya sangat perlahan dan mengambil masa panjang.

“Yang menyedihkan ialah bila ibu bapa berputus asa dan menganggap anak mereka tiada harapan. Tidak kira bagaimana teruk pun keadaan anak, mereka sebenarnya boleh belajar — sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri,” kata Pengarah Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Istimewa, Wong Yuet Leng.

Sesetengah ibu bapa bersikap sebaliknya dengan terlalu memanjakan anak sehingga menyuapkan makanan, walaupun anak sudah remaja.

Alasan yang sering diberi ialah sayang, kasihan dan tidak sampai hati melihat anak terkial-kial melakukan sesuatu, termasuk makan.

Manakala pembantu rumah pula tidak sabar hendak menunggu si anak menghabiskan tugas atau perkara yang sepatutnya diuruskan sendiri.

Kelahiran anak istimewa memberi cabaran besar kepada pasangan suami isteri. Bukan sedikit pasangan yang bercerai kerana kehadiran anak begini.

Lazimnya suami menyalahkan isteri yang disifatkan mempunyai baka ‘tidak baik’ sehingga melahirkan anak kurang sempurna. Keadaan bertambah buruk dengan campur tangan keluarga, sama ada ibu atau bapa mentua.

Tidak kira siapa menang dalam perbalahan, si kecil tetap menjadi mangsa. Ada juga pasangan menyerahkan tugas menjaga anak kepada ibu bapa. Ia juga bukan tindakan bijak kerana kebanyakan datuk dan nenek mempunyai kecenderungan tinggi untuk memanjakan cucu, apatah lagi jika cucu yang ada kekurangan.

Menurut Wong, tidak kira apa tanggapan orang, ibu bapa harus yakin bahawa anak Sindrom Down, hiperaktif, terencat akal, autistik, gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali), gangguan dwi kutub (bipolar) atau mengalami ketidakseimbangan hormon masih boleh diasuh untuk berdikari.

Malah, berdasarkan pengalamannya, perkembangan anak bermasalah ini lebih baik dan memberangsangkan jika ibu bapa dapat menerima hakikat dan mencari jalan bagi mendidik anak secepat mungkin.

“Anggapan tiada harapan perlu dikikis kerana ia melemahkan semangat semua orang, termasuk ibu bapa dan si anak. Bahkan, ini adalah faktor yang menghalang anak berdikari. Apabila anda dapati anak mengalami masalah, segera dapatkan bantuan pakar perubatan untuk pengesahan.

“Pakar akan mengesyorkan kaedah sesuai untuk anak anda mengikut tahap mentalnya. Pada masa sama, dapatkan guru pendidikan khas yang boleh membantu anak. Anda boleh menjemput guru ke rumah atau menghantar anak ke pusat pembelajaran khas mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun di pusat pembelajaran khas, anak anda belajar untuk berkawan, berkongsi barangan serta mematuhi arahan.

“Apabila menghantar anak ke pusat pembelajaran khas, jangan mengharapkan anak menunjukkan perubahan drastik atau membuat perbandingan dengan kanak-kanak bermasalah yang lain kerana tahap penerimaan dan perkembangan setiap kanak-kanak berbeza. Kadangkala untuk mengajar seseorang kanak-kanak melakukan sendiri perkara yang selalu dilakukan pembantu rumah atau ibu bapa mengambil masa beberapa bulan,” katanya.

Kadangkala ibu bapa tidak tahu ke mana hendak mendapatkan maklumat atau bantuan. Pergilah berjumpa doktor di klinik terdekat, mereka boleh memberi cadangan atau rujukan supaya anak dapat dibantu segera. Lebih cepat mereka diberi pendidikan khas, lebih baik.

Menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran berlipat ganda kerana mereka mempunyai ‘perangai ekstrem’ tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Ketika ini ada kalanya pasangan atau anak lain berasa terpinggir. Justeru, anda perlu membabitkan seisi keluarga dalam aktiviti mengasuh anak istimewa.


Antara ciri kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran ialah:


  • Sukar memahami dan mengikut arahan

  • Sukar mengingat sesuatu walaupun diberitahu berulang kali

  • Tidak boleh mengeja, menulis, membaca atau mengira

  • Sukar membezakan antara kiri dan kanan

  • Tiada koordinasi ketika berjalan, bersukan atau aktiviti mudah seperti mengikat tali kasut atau memegang pensil

  • Selalu kehilangan barang (kerana terlupa di mana ia diletakkan)

  • Tidak faham konsep masa seperti semalam, hari ini, esok atau sekejap lagi

  • Tidak dapat memahami ayat panjang

  • Lambat bercakap dan percakapan tidak jelas

  • Sukar mengingat huruf, angka, hari, warna dan bentuk

  • Mudah terganggu dan resah

    “Sebenarnya ibu bapa lebih tahu masalah atau kemampuan anak. Selain menghantar anak ke pusat pendidikan khas, ibu bapa perlu kreatif sedikit untuk mengasuh anak istimewa kerana keupayaan mental mereka yang agak terhad.“Didik dengan penuh kasih sayang, sabar dan teliti, tetapi jangan terlalu dimanjakan. Ajar anak perlahan-lahan dan ulang setiap hari. Usah marah atau pukul anak kerana ia memburukkan keadaan dan menghilangkan keyakinan anak.

    “Dapatkan bantuan pihak lain untuk bersama-sama menjaga anak, sama ada ibu bapa atau pembantu rumah. Bagaimanapun, jangan lepaskan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan anak mereka boleh berdikari.

    “Bincang dengan guru mengenai kaedah atau pendekatan yang digunakan di sekolah. Sebaik-baiknya kaedah ini disambung di rumah.

    “Menggunakan pendekatan berbeza boleh mengelirukan anak. Luangkan masa untuk berjumpa guru dan mempelajari teknik bagi membantu anak anda.

    “Kebolehan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan ibu bapa adalah pencapaian besar pada kanak-kanak ini,” katanya.

    Aktiviti di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Istimewa di bawah naungan Kiwanis Malaysia itu dimulakan dengan riadah, sama ada berjalan di taman, berenang (bermain air) atau menunggang kuda secara berselang seli.

    Ini diikuti dengan pendidikan seni (melukis dan mewarna); sesi bercerita (guru akan membacakan buku cerita) diikuti kelas komputer.

    Meskipun aktiviti ini dilihat tidak ubah seperti kelas tadika, bukan mudah untuk lima petugas dan guru mengawal anak istimewa yang berumur antara 14 hingga 20 tahun.

    Menurut Wong, kehadiran ke pusat pembelajaran itu juga berbeza setiap hari mengikut ‘mood’ pelajarnya. Malah pelajarnya tidak boleh dipaksa mengikuti program disediakan, terutama jika mereka dalam keadaan tidak tenang.

    “Ada kala kita terpaksa memanggil ibu bapa untuk membawa balik anak jika mereka asyik mengamuk kerana dalam keadaan begitu mereka boleh mengancam atau memukul pelajar lain. Biasanya cikgu menjadi benteng bagi mengelak mereka mendekati pelajar lain.

    “Cabaran mendidik mereka memang banyak, tetapi ia bukan mustahil. Setakat ini kita menghantar beberapa pelajar ke kelas kemahiran yang membolehkan mereka bekerja sambil belajar,” katanya.

    Mengikut kaedah digunakan sekarang, pelajarnya juga belajar di sekolah biasa. Mereka juga diberi kerja rumah seperti pelajar lain. Ibu bapa harus menemani anak menyiapkan kerja sekolah untuk menaikkan semangat mereka.

    Pada masa ini anda boleh menjadi teladan baik. Ketika dia menyiapkan kerja rumah, anda boleh membaca akhbar atau buku. Pastikan ketika ini anak yang lain juga bersama kerja sekolah mereka.

    Namun ada ibu bapa membantu menyelesaikan kerja rumah dengan memberi jawapan kerana tidak sabar menunggu. Cara ini tidak membantu anak belajar, anda sepatutnya menunjukkan cara penyelesaian dan bukan memberi jawapan.



    Galakan di rumah

  • Bentuk satu struktur jadual di rumah untuk seisi keluarga yang boleh membantu anak istimewa anda. Contohnya bangun pagi dan kemas tilam pada jam 7; mandi pada 7.15; sarapan pada 7.30 dan pergi sekolah jam 7.45. Beg sekolah perlu disiapkan malam sebelumnya dan diletakkan di pintu depan

  • Jangan ‘terlalu sayangkan’ anak. Asuh dan beri peluang dia menunjukkan kebolehannya melakukan rutin harian, terutama membabitkan pengurusan diri seperti mandi, pakai baju dan kasut, menyikat rambut, mengemas tempat tidur, membawa beg sekolah dan makan

  • Usah biarkan anak mengawal anda. Walaupun ada kekurangan daripada segi mental, anak istimewa tahu dia boleh mengawal anda jika anda cepat mengalah apabila mereka menunjukkan sesetengah kelakuan. Tunjukkan ketegasan anda dengan cara lembut.

  • Babitkan anak istimewa dalam tugasan di rumah yang sesuai dengan kebolehan dan umur mereka. Buat jadual tugasan dan lekatkan di dinding. Cara ini memberitahu mereka bahawa setiap orang ada fungsi dalam keluarga

  • Buat kod warna pada laci dalam bilik anak. Ini memudahkan mereka mencari sesuatu barang. Contohnya laci bertanda biru untuk pakaian dalam dan stoking. Ajar mereka untuk memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul khas

  • Lekatkan carta tugasan (mempunyai perkataan dan gambar) di bilik mandi. Contohnya jam 7.15 pagi perlu memberus gigi

  • Beri pujian setiap kali anak berjaya melaksanakan tugasnya. Walaupun nampak remeh, pujian anda boleh mententeramkan anak dan merangsangnya untuk berkelakuan baik

  • Pandang mata dan wajah anak setiap kali anda bercakap dengannya

  • Beri arahan jelas, pendek dan ringkas. Contohnya, pergi cuci tangan; mari makan atau mari baca buku. Malah perkataan dalam arahan anda perlu disebut satu persatu dengan jelas

  • Beri masa untuk anak bertindak balas pada setiap arahan. Jangan marah jika tindak balasnya perlahan. Ingat, satu langkah pada satu masa

  • Lakukan aktiviti menyeronokkan. Kanak-kanak, termasuk anak istimewa, lebih cepat belajar apabila terbabit secara langsung dalam aktiviti yang membuatkan mereka gembira

    Tidak kira bagaimana sibuk pun anda, pastikan setiap hari anda meluangkan masa untuk makan malam bersama keluarga. Ini masa terbaik untuk berinteraksi dengan anak, termasuk mengetahui perkembangan anak istimewa.

    Pupuk hubungan dengan pasangan. Dalam keadaan ini suami isteri perlu saling memberi sokongan. Sesekali luangkan masa berdua, sama ada berjalan-jalan di taman atau sekadar menikmati hidangan ringan di luar. Ia akan memberi nafas baru kepada hubungan yang sekali gus boleh menguatkan semangat untuk bersama-sama membesarkan anak dengan lebih baik.

    Kata Wong, menjadi ibu yang ada anak bermasalah bukan mudah, apatah lagi jika mereka turut menghadapi masalah ekonomi dan rumah tangga.

  • 14 March 2010

    Gedangsa & Rambut Baru!

    Semalam aku ke Gedangsa lagi. Kali ini lewat sedikit. Sebab sudah 4 minggu berturut-turut kami telah keluar rumah membelah angin sejuk untuk sesi mandi air masjid. Dan sesi itu sudahpun tamat. Dan ada niat lain yang menyebabkan kami lewat keluar untuk ke rumah Kak Raw.

    Sebenarnya sudah berjanji dengan Ayu untuk menemaninya ke rumah Kak Raw semalam. Memandangkan kali pertama..kami bertemu di exit tol Behrang. Dan sampai saja Ayu, kami terus memulakan perjalanan.

    Alhamdulillah..Perjalanan dengan cuaca yang baik dan tidak sukar dan tiada halangan. Nabila tidur sepanjang perjalanan. Mengantuk barangkali dek kerna tidur lewat pada hari Jumaat itu.

    Sampai saja..terus Kak Raw menyapa kami. Ingatkan kami tak datang. Aku hanya tersenyum tersengih.

    Aku check nombor giliran kami. Rupanya..selang sorang saja lagi..giliran Nabila. Tapi melihatkan ada 2 family ni datang lebih lama dari aku, jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan giliran aku kepada mereka. Tak sampai hati pula..baru datang sudah tiba giliran. Tak mengapalah..tunggu sekejap.

    Salah seorang dari mereka, baru sahaja memulakan rawatan dengan Kak Raw. Kisahnya sama seperti aku. Cubaan normal..kemudian vakum dan akhirnya c-sear. Dan yang samanya kami adalah anaknya lahir selang sebulan je dengan Nabila. Ramai juga ahli keluarganya datang. Tak sempat nak berbual panjang. Aku dapat lihat ahli keluarga melihat Nabila dari jauh. Dan mereka juga bertanya adakah aku baru juga seperti mereka. Aku hanya tersenyum dan mengatakan tidak. Dan juga menyatakan sudah setahun aku bersama ngan Kak Raw. Keluarga itu tinggal di Putra jaya. Ramai sungguh sekarang ni yang berasal dari Putrajaya.. :)

    Dan keadaan di rumah Kak Raw aku lihat ramai orang baru petang itu. Nasib baik juga la orang tak ramai..Hanya 5 orang anak saja yang ada. Jadi keadaaan agak tenang dan selesa..

    Selepas giliran yang tinggal kat putrajaya tu aku terus memberikan giliran aku kepada Ayu dahulu. Biar Kak Raw lihat Alanna dulu. Macam-macam Ayu tanyakan pada Kak Raw. Alanna nampak baik saja..Masa nak berdiri pun tak nangis. Bagus.. :)

    Selesai..kami terus berpisah untuk pulang. Dan malamnya agak bosan..aku bercadang untuk menonton wayang bersama abg. Tapi entah kenapa..seperti malas pun ada. Dan terus kami menuju ke rumah mak di Gombak. Kata Abg, sudah lama dia tidak pulang ke Gombak.

    ................................................. :)

    Sempat juga sebelum aku bergerak menuju ke Gedangsa, aku tobekkan rambut Nabila. Hish macam kejam pulak.. Tak lah.. Aku potong rambut Nabila. Tebal dan sudah panjang. Rimas pulak aku tengok. Mulanya Nabila diam..Tapi bila rambut ada yang sudah mengenai mata dan mulut..mulalah menangis si kecil tu. Dan sudahnya rambut depan aku terpotong pendek dek kerna Nabila yang tak mahu duduk diam. Huhu.. nasib kamulah Nabila oiii..

    nilah dia gambar si tecit tonet nih berwajah baru..

    Terpendek sgt la pulak..huhu

    13 March 2010

    Berjoli Katak Dengan Nabila & Opismate!


    Hehe..yuhuuuuuuuu! Joli katak ye..!

    Hurm..semalam aku dan opis mate main bowling di Midvalley. Pada mulanya nak booking awal..tapi tepon je kata dah penuh. Hurm..hati tu still lagi nak gi..Pedulik hapa..gi gak la..

    Hujan dan jalan sesak petang tu..sedikit pun tak melemahkan semangat masing-masing. Aku dengan Myra dan Ani juga bersama si kecik Nabila..kemain excited lagi dalam kete. Nabila terutama nyer..Dah tau dah siap-siap nak gi jalan. Suruh tidur tak mau!

    Huh..memang semua nak mengediks nih..tak hengat donia..huhu.. Sampai je kami dikhabarkan masih lagi full dalam bowling tu. Ada tournament kat situ. Ramai gak.. dan kata org di kaunter tu, jam 9.30 baru ok. Hurm..boleh ke tunggu?

    Yang lain ok je pasal bujang kan.. Yang aku nilah..Hurm..pikir punya pikir..Nabila pun mood baik jerk..aku sanggup la amik risiko ni. Kalau mengamuk kang..terus balik jelah gamaknya..!

    Kami makan dulu sementara menanti jam 9.30. Aku bagi Nabila makan dulu.. dan pastu barulah ok nak jalan-jalan.

    Dan jam menunjukkan 9.30 kami terus ke pusat bowling. Bayar dan terus mengambil kasut dan bola masing-masing. hehe.. Dan masing-masing jugak..menunjukkan kehandalan dan keterroran luar biasa.. :)

    Biasalah main ngan budak-budak..hurm..ada saja gelak tawa. Aku pun dah macam budak-budak balik..(Huh..perasan..awak la paling tua kat situ..!) Nabila pula..? Tengok ok jer..siap gelak-gelak lagi..Dan kemudian..Nabila mengantuk..terus aku tidurkan dia. Nasib baik jugaklah Nabila mau ngan orang..Lepas sorang-sorang pegang dia.

    Game yang terakhir..Nabila bangun. Bulat je mata tengok keadaan pusat bowling yang dah pakai lampu malap. hehe..Dengan lagu yang kuat..bola berdentam-dentum..langsung tak terkejut tuh!Hurm..memang saja nak jalan-jalan yek.. :) Pandai! ..next time klu baik camni lagi..Ibu bawak lagi tau.. :)

    p/s : Best..memang happening betul semalam.. :) Tak puas rasa. Nak main lagik! Jgn tak caya..Aku ngan Nabila semalam sampai umah kul 1.20 pagi.. :)

    ~Nabila senyum sengih..puas ati dapat jenjalan..~

    10 March 2010

    Macamana nak jaga gigi ni?

    Sebenarnya sudah lama aku berperang dengan perkara yang satu ini. Sedia maklum sejak dulu lagi, Nabila sememangnya agak sukar untuk membuka mulut. Baik makan atau apa sahaja yang di suap ke mulutnya. Dia akan 'mengunci' mulut itu serapat-rapatnya.

    Dan sejak gigi Nabila tumbuh ketika dia berumur 6-7 bulan, aku seperti kekok untuk memasukkan jari ke mulutnya. Dengan tujuan untuk menggosok gigi. Ada juga yang menyatakan menggosok menggunakan kain yang basah. Ya..Aku sudah cuba melakukannya. Kadangkala berjaya. Kadangkala tidak.

    Sehinggalah Nabila berusia 1 tahun 5 bulan. Aku cuba untuk mengajar Nabila menggosok gigi. Maksud aku bukanlah dengan cara memegang berus gigi. Yelah..keadaan Nabila begitu..agak sukar untuk mengajar dia memegang berus gigi seperti budak normal. Dan tugasku adalah memegang berus itu dan membantu Nabila untuk membersihkan giginya. Risau juga aku..jika tidak dijaga..pasti belum pun berganti gigi, sudah banyak yang rosak.

    Keadaan Nabila? Usah cakaplah. Menangis dan meronta-ronta di dalam bilik air. Dan pandai menutup mulut sendiri. Susah benar. Namun ku cuba juga. Takkan nak biarkan! Betul tak?

    Sebelum ini, aku hanya memberus tanpa ubat gigi. Dan baru-baru puas juga aku mencari ubat gigi yang boleh ditelan. Faham sahaja..Nabila mana boleh meludah. Dan pasti dia akan menelan apa yang ada di dalam mulutnya. Adakah selamat?

    Soalan itu berlegar di kepala aku. Dan rasanya mungkin di luar sana ada jawapan untuk persoalan aku. Apa jenama yang sesuai untuk anak- anak? Apakah teknik yang betul untuk memberus? Terutama anak-anak CP.Pasti ramai juga yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk penjagaan gigi untuk anak CP.

    Harapnya ada sesiapa yang boleh berikan info tentang perkara ini. :)

    Physio..Physio..Physio

    Tadi aku ke HSB lagi. Untuk sesi physiotherapy Nabila. Sudah hampir 2 bulan juga tidak menjengah ke sana. Mana taknyer..appointment sebelum ni terpaksa dibatalkan..gara-gara kaki Nabila terkena badan cerek tempohari. Dan terpaksa mengambil temujanji baru.

    Kenapa lama pulak untuk next appointment tu?

    Huhu..Sekarang ni prosedur untuk HSB dah lain. Setiap hari Selasa sahaja untuk anak-anak kecil menjalani rawatan. Tiada hari lain!

    (Insiden bengong jadik kat aku tadi!)

    Sampai saja di hospital, aku terus mencari kad Nabila. Nak keluarkan siap-siap la konon.. Sekali buka beg tengok kad Nabila tiada di tempat asal. Puas juga aku mencari. Sudahnya aku menelefon ayah Nabila di rumah.

    Tak angkat!

    Tepon lagi.

    TAK ANGKAT!

    Tepon umah pulak.

    TAK ANGKAT JUGAK!

    Hish..geram plak aiii.. Try sekali lagi..barulah dengar suara.. Rupanya dah tidur. Huhu.. Lantas mulut ini menyuruh Abg mencari kad di bawah. Yang aku ingat last skali kad Nabila digunakan ketika mengambil medical report Nabila tempohari. Hurm..Kata Abg TAK JUMPE! Hish..carilah betul2..risau gak..pasal aku ada bawak kad Nabila ke pejabat hari itu. Sebab nak tulis reminder tentang semua temujanji Nabila di dalam diary.

    Sudahnya Myra..rakan office aku menjadik mangsa. menggeledah laci meja. Mana tahu ada pulak kat office. Kata Myra takde pulak.Alamak aii..mana pulak nih!

    Dan tiba-tiba Abg call. Sekali dia kata ada kat umah.! huhu..Nasib baik ada. Kemudian dah tak tau nak wat apa. Last skali aku tawakal..bawak Nabila ke Rehab juga dan tanya kerani boleh masuk atau tidak tanpa kad.

    Masuk saja..terus bertanya. Dan nasib Nabila baik..mereka kata ok..Cuma nak nombor daftar sahaja. Selesai di meja pendaftaran..terus sahaja aku membawa Nabila masuk ke gym. Aku lihat 3 kanak-kanak sebaya Nabila sibuk dengan terapi masing-masing. Dan kami dikehendaki menunggu sementara Puan Siti melayan anak-anak lain.

    Nabila? Sangat-sangat baik. Senyum bila orang puji dia. Semua tanya macamana aku jaga kulit Nabila. Takde pakai losyen pun! Memang semulajadi kulit lembut dan halus. Tiada ruam tau!

    Dan Puan Siti ada menyatakan bahawa kemungkinan Puan Suhana akan kembali ke Sungai Buloh. Kalau Puan Suhana balik..alhamdulillah.. Ada sikit la bernafas aku bila Nabila ada temujanji dengan physio nanti. Bukan tak percaya pada Puan Siti..cuma aku lebih selesa dengan Puan Suhana. Dan dia juga tahu apa kehendak Nabila. Almaklumlah sudah biasa dengan Nabila sejak berumur 4 bulan lagi.

    Dan Alhamdulillah..progress semakin baik. Cuma perlu banyak usaha lagi. Kata Puan Siti..Nabila sudah pandai untuk mengimbang badan ketika duduk. Mungkin juga atas usaha terapi di 'kaki katil' nampak pinggang Nabila agak kuat banding dulu. Ya usaha lagi sayang. Jangan putus asa. Ni yang buat ibu bersemangat lagi.. :)

    09 March 2010

    Si banyak akal!

    Hurm..Sangat-sangat banyak akalnya.. Ada saja yang dibuat untuk menarik perhatian si Ibu!

    Sapa lagi kalau bukan Nabila. 2 - 3 hari ni ada saja 'peel' yang dia buat. Sebenarnya nak keluar. Tak nak dok kat umah..Memerap. Huhu.. Dan plak tu..asyik menangis. Aku kena mengadap muka tuan puteri ni setiap masa. Entah kenapa aku pun tak faham.

    Mulalah terfikir..Mungkin si Atuknya memanjakannya ketika menjaga Nabila keseorangan. Asyik mahu berbuai dan merengek. Huh! Sudahnya satu keje rumah pun tak boleh nak buat. Masak pun! Langsung tak boleh nak ke dapur. Macamana nih?!

    Sabtu itu..mood agak baik di rumah orang. Hurm..nasib baik. Kalu tak..mau balik cepat lah kami.

    Tetapi Ahad saja..seperti mahu memberontak. Saja diteran suaranya. Merengek dan menangis. Asyik mahu duduk di dalam buai dan tidur. Risau gak aku.! Namun..takde pulak terfikir untuk menelefon mak di rumah.

    Dan petang Isnin..mak menelefon aku. Tak sempat berjumpa ketika mengambil Nabila pulang. Kata mak..Nabila masih lagi merengek pagi itu. Dan sudahnya dilihatnya mulut Nabila. RUPANYA NAK TUMBUH GIGI GERAHAM LAGI! Huh..sangat-sangat mencabar keimanan mak pagi isnin tu. Jari mak digigit Nabila kerna mak sibuk nak lihat gigi yang bakal tumbuh..Adui.!

    Malamnya..senyum-senyum pada aku. Minta diajak main. Huh..ada aja perangainya. Nampak je tak pandai apa..tapi pandai meluah ekspresi muka tu. Sambil memanggil aku..Bunyinya.. "UUUUUUUU"..tu je yang Nabila tahu..

    Memikirkan perkara itu..aku dapat rasakan Nabila punya respon yang baik..baik dari segi "TIDAK SUKA" atau "GEMBIRA" ..nampak sudah pandai memainkan watak-watak itu. Mungkin ada saja yang tak tahu keadaan Nabila dulu. Ya..agak teruk. Sehingga sukar mengerti perasan dia ketika itu. Entah menangis atau suka..Nabila tetap punya perasaan satu.."MENANGIS". Itu saja yang dia tahu. Sedih bukan..?

    Sekarang gelak ketawa..mengekek..buat aku rasa lega. Sekurang-kurangnya Nabila tahu perasaan gembira. Itu sudah cukup buat aku rasa bahagia sekali tatkala melihat senyuman dibibirnya.. SUNGGUH! AKU SANGAT BAHAGIA..


    p/s : Masih merancang-rancang untuk celebrate besday Nabila bulan depan. Mahu jemput semua sebab tahun lepas tak dapat nak jemput rakan-rakan bloggers. Hurm..kena tunggu kalau-kalau ada rezeki lebih..sebab nak simpan duit untuk bercuti bersama MySuperkidsClub nanti..Yeay!

    Jemputan ke Rumah Ayu & Nur..

    Sabtu lepas..kami sekeluarga dijemput ke rumah Ayu & Nur. Sempena majlis hari lahir abg Nur iaitu Nadime yang ke 2 tahun. Nadime ni sebaya ngan Nabila tau.. :) Seronok tengok Nadime berlari ke sana kemari. Kalaulah Nabila sihat..sudah pasti mereka berdua bermain bersama..

    Terima kasih atas jemputan ini. Teringin benar rasa peluk Nur sekali lagi. Mungkin juga dia kenal orang-orang di sekelilingnya. :) Bijak sungguh anak ini. Dan tak lupa juga kepada Nadime tersayang. Happy Birthday to you! Moga Nadime jadi anak yang sihat, baik dan bijak nanti.. :)

    Ayu & Nur..Aku & Nabila( Ibu nabila si tembam..huhu)

    Nabila sempat je nak tidur sebelum datang umah org..Pandai!

    07 March 2010

    Medical Report Nabila..

    Agak lama juga aku membuat keputusan ini. Pada mulanya niat tidak mahu berkongsi dengan sesiapa. Namun 'terms' yang digunakan dalam laporan ini cukup buat aku pening lalat. Ada juga yang meminta untuk aku meng'email' laporan itu pada mereka..Namun..hati masih berat. Hampir sahaja kami suami isteri bertengkar kerana berbalah pendapat. Dan akhirnya..aku mengakui kata-kata abg. Mungkin juga abg risau tentang Nabila..dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi pada Nabila jika laporan itu didedahkan.

    Aku buntu. Hati melonjak ingin tahu. Memang mudah jika aku boleh search istilah-istilah itu di dalam internet..tetapi hasil itu masih lagi kurang difahami..Susah jugak kan?

    Dan demi kebaikan Nabila..akan ku tulis apa yang telah di laporkan oleh pihak doktor tentang Nabila. Atas kebenaran si suami setelah meneliti halus permohonan ku ini.. Mungkin juga sebagai kenangan untuk tatapan Nabila nanti. Mohon pada semua..janganlah ambil kesempatan atau memikirkan yang bukan-bukan tentang kami. Malu? Huh..jauh sama sekali dalam diri aku. Tiada istilah malu dalam kamus hidup aku sekarang ini. Semua ini kenyataan. Buat apa nak sorok-sorok. Mungkin dengan ini..ramai yang dapat bantu aku..mungkin ada perkara yang selama ini yang aku tak tahu..akan aku ketahui nanti..

    Pada yang ingin membantu..terima kasih diucapkan.Moga ada perkara yang baik lagi berlaku pada kami sekeluarga nanti.. Amin.. :)

    SEJARAH (HISTORY):

    Child was born on 17/4/2008 via emergency LSCS at Hospital Sg. Buloh for prolonged second stage failed vaccum extraction. Birth weight was 2.7 kg. She was delivered with poor Apgar score 2 at 1 minute 7 at 5 minutes and 8 at 10 minutes. Baby was subsequently intubated and admitted to NICU.

    PEMERIKSAAN FIZIKAL (PHYSICAL EXAMINATION):

    On discharged from NICU :
    pink
    perfusion good
    no jittery, bilateral cephalhaematoma
    no high pitch cry
    tone -normal
    Anaterior fontanelle normotensive

    CVS : dual rhythm no murmur
    RS : Clear
    P/A : soft, liver 2cm

    KEPUTUSAN UJIAN MAKMAL DAN RADIOLOGI (SUMMARY OF INVESTIGATIONS):

    MRI of brain done on 29/10/2008

    -Areas of encephalomalacia involving both posterior parietal circulation and part of the temporal lobes -Normal myelination -Corpus callosum present. Normal posterior fossa -No grey matter heterotopia -Dilated temporal horn and sulci in keeping with volume loss

    DIAGNOSIS (DIAGNOSIS) :

    1) HIE grade 3
    2) Subaponeurotic hemorrhage

    RAWATAN (TREATMENT)

    She was extubated at 10 hours of life to HB O2 for 4 hours before changed to NCPAP for 10 hours. She developed one episode of seizure requiring phenobarbitone loading and maintenance. She developed another episode of seizure at 42 hours of life requiring phenytoin loading and recurrent fit at day 4 and day 6 life treated with midazolam. The patient also had subaponeurotic hemorrage, thus was transfused with blood products. She also had hyponatremia, hypocalcemia and clinical sepsis which were treated accordingly.

    PRESKRIPSI UBAT-UBAT

    Nil


    KEADAAN PESAKIT KETIKA BERJUMPA KALI TERAKHIR DENGAN DOKTOR

    Patient was noted to have microcephaly with global developmental delay on follow up and was referred to audiologist for hearing assesment and ophthalmologist for eye assessment. She is also under Occupational Therapy and Physiotherapist follow up.


    p/s : klu nak ikutkan banyak yang aku tahu..cuma perkataan warna merah tu buat aku tak paham. Dan sebenarnya..aku lupa berapa kali Nabila diserang sawan ketika di NICU. Aku tak mahu ingat sebenarnya. Keadaan kucar-kacir ketika itu..buat aku rasa malas nak ingat apa yang telah Nabila alami sebenarnya. Buat Nabila..maafkan ibu. Tak sangka boleh jadi begini. Keadaan ini membuatkan ibu kadang-kadang serik untuk memberikan kamu adik sekali lagi. Ibu sentiasa mendoakan anak ibu ini sihat dan riang walaupun ada kekurangan dalam dirimu. Bagi ibu..kamulah yang terhebat di mata ibu..!


    ( hampir saja air mata ini mengalir setiap kali menaip baris-baris ayat di dalam entry ini. Bagai filem..berputar kembali peristiwa itu. Semahunya tidak ingin mengingat kembali. Pedih luka hati siapa yang tahu.. )

    Jika ingin berbicara panjang..boleh email pada Ina .. antu_suci83@yahoo.com

    06 March 2010

    Berbaloi-baloi..

    Hurm...mana nak tau berbaloi ke idak beli benda ni. Tak tau ia kan berkesan pada Nabila atau tidak.

    Sempena untuk menjadikan terapi mata lebih berkesan..aku belilah benda ini semalam..(huh..niat ke Toys R Us OU nak beli hadiah untuk besday kawan Nabila..sudahnya..beli benda lain..)
    Rainforest Peek-A-Boo leaves Musical Mobile

    Nabila sebelum tidur..dia akan main-main dulu di dalam baby cot nyer. Aku sengaja mengajar Nabila tidur sendiri. Bukan apa..umur pun nak masuk 2 tahun. Kalau masih lagi diajar dodoi..susah nanti.

    Alhamdulillah..sejak-sejak guna baby cot ni..Nabila pandai tidur sendiri ( selalunya aku yang tertidur dulu..hehe). Bila dijenguk..rupanya dah tertidur. Tidak seperti dulu, aku terpaksa membawa rocker Nabila naik ke bilik dan tidurkannya di dalam rocker. Kesian..Badan bukan semakin kecik..makin besar. Tak muat dah dok dalam tu.

    Dan kenapa aku pilih jenama ini? Sememangnya aku penggemar jenama ini. Puas hati beli walaupun mahal. Memang tahan. Tengok saja rocker Nabila. Walaupun klu diikut..baya-baya Nabila ni dah tak naik benda ni..

    Tapi untuk dia..memang mak aku gunakan benda ni kat umah. Untuk bagi makan dan santai-santai.

    Mahal..memang mahal.Mesti orang cakap aku membazir. Yelah dah besar-besar beli benda ni. Napa tak dari dulu. Entah. Lagipun dulu kan Nabila tak pakai baby cot. Sekarang dah tidur sendiri..ada baiknya kau beli sesuatu untuk dia. Itu pun kira untuk aktiviti mata juga sebelum tidur.. :)

    Test semalam..Mulanya Nabila macam pelik. Yelah..deria pendengaran Nabila sangat-sangat sensitif. Dia menghayati lagu dalam mainan itu. Dan kemudian sesekali aku dapat lihat, Nabila menjeling duan-daun dan patung-patung yang bergerak diatasnya. Harapan cuma satu..Nabila mampu untuk melihat segala apa yang berada disekelilingnya. Amin..

    p/s : Hari ini rasanya org kedai aircond datang pasang aircond kat ruang tamu ni. Yeay!.. Pasni takdelah panas lagi umah Nabila..TAKDELAH NABILA NGAN IBU LARI-LARI NAIK BILIK LAGI.. :)

    04 March 2010

    Bikin kecoh je Ibu Nabila nih!

    Hahahaaaa..(ketawa jahat..! )

    Hurm..aku ni suka gak kecoh-kecoh nih. Nak-nak lagi tentang Nabila. Dah 2 kali aku buat aduan tentang hal hospital nih. Tak puas hati!

    Macam kejam gak la..tapi ini hak aku. Hak untuk bersuara. Apa..ingat suka-suka je nak marah orang..nak maki orang. Kalau asyik ditindas je..Takkan nak diamkan diri..

    Tapi kawan-kawan jgn risau..ni bukan lah insiden yang buruk berlaku pada Nabila sekali lagi..Cuma Ibu Nabila ni je yang 'over act' sket nih..

    Kisahnya, aku buat aduan tentang report Nabila yang bagi aku 'agak lambat' untuk disiapkan. Dan masa itu jugak, bila ditanya pada pihak Pediatrik, masing-masing tak tahu mana report itu pergi. Risau gak aku. Aku perlukan sangat report tu. Untuk satu hal yang aku rasa belum sesuai untuk diceritakan pada semua. Nantilah yek.. :)

    Agak gusar dengan kata-kata pihak pediatrik, dan atas cadangan pakcik aku, aku terus membuat aduan. Dan tadi adalah sikit impaknya..Tapi yang kena adalah Incik Zul, sewaktu dia mengambil report tersebut pagi tadi.

    Siap bertanya pada abg, nama isteri. Abg pada mulanya pelik..mengiyakan sahaja apabila kerani tersebut menyebut nama aku. Dan kemudian pegawainya keluar. Dan terus menyatakan prosedur penyediaan report itu di hospital.

    Aku dapat rasakan perasaan abg ketika itu. Maafkan ibu, ayah. Ibu buat semua ini untuk kebaikan Nabila. Ibu takut Nabila terlepas peluang akibat kecuaian kita. Ibu takut kita menyesal sepanjang umur hidup kita. Maafkan ibu yek.

    Bagi aku..mungkin juga aku ni agak gelojoh bila aku terus jugde mereka-mereka ni tak buat keje...Tak baik tau ibu Nabila. Pada staf berkenaan..maafkan saya..!

    p/s : masih mencari-mencari istilah yang tertulis dalam report. Hurm..susah betul nak paham istilah2 hospital ni. Ada sapa-sapa nak tolong translate kan? Ke patut aku tulis balik apa yang dorang tulis dlm report Nabila dalam blog ni? Tak puas hati lagi.. Mana report EEG?

    02 March 2010

    Entah kenapa menangis semalam..

    Semalam, Nabila ada appointment dengan Occupational Therapy. Bersama Puan Rokiah. Pada mulanya tidur sepanjang jalan. Sampai saja..aku terus meniarapkan dia. Diam. Main-main pun respon sekejap je. Dan kemudian kembali diam.

    Tiba saja Puan Rokiah dan mula memegang Nabila, Nabila menangis tanpa henti. Geram juga..sebab aku tahu..tangisan sedemikian rupa akan menyebakan Nabila langsung tak mahu bekerjasama dengan Puan Rokiah. Puas pujuk..namun tak berhenti jua.

    Sudahnya, aku bagi susu. Diam. Dan selesai saja susu..cuba memancing Nabila untuk meneruskan sesi terapi. Gagal. Nabila merengek kecil. Rimas dengan keadaan yang semakin tak tentu arah, aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pulang. Sangat-sangat rugi. Puan Rokiah hanya tersenyum memandang kami. Geram sungguh rasa hati. Bukan suka nak memaksa..tapi aku fikirkan satu kerugian buat Nabila jika tak buat apa-apa. Hanya membazir masa dan membuang minyak untuk ke Sungai Buloh.

    Masuk saja kereta..Nabila senyum.Aku rasa nak gigit je pipi dia..(boleh ke gitu?). Huhu.. Saja nak ambil hati. Huh..! Malam ni siaplah..!

    Tapi malam tadi kami ada aktiviti lain. Sudahnya, pulang ke rumah dalam keadaan yang letih. Terapi Nabila? huhu..maafkan aku.. Tak dapat berlangsung dengan sempurna..kerana selepas mandi, aku terus 'tergolek terbaring' kat depan TV. Pengsan ! Penat amat-amat.

    Nabila pula? Senyum sengih kesukaan..!

    p/s : masih menunggu jawapan. Harap perkara baik saja.. :)