Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

07 March 2010

Medical Report Nabila..

Agak lama juga aku membuat keputusan ini. Pada mulanya niat tidak mahu berkongsi dengan sesiapa. Namun 'terms' yang digunakan dalam laporan ini cukup buat aku pening lalat. Ada juga yang meminta untuk aku meng'email' laporan itu pada mereka..Namun..hati masih berat. Hampir sahaja kami suami isteri bertengkar kerana berbalah pendapat. Dan akhirnya..aku mengakui kata-kata abg. Mungkin juga abg risau tentang Nabila..dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi pada Nabila jika laporan itu didedahkan.

Aku buntu. Hati melonjak ingin tahu. Memang mudah jika aku boleh search istilah-istilah itu di dalam internet..tetapi hasil itu masih lagi kurang difahami..Susah jugak kan?

Dan demi kebaikan Nabila..akan ku tulis apa yang telah di laporkan oleh pihak doktor tentang Nabila. Atas kebenaran si suami setelah meneliti halus permohonan ku ini.. Mungkin juga sebagai kenangan untuk tatapan Nabila nanti. Mohon pada semua..janganlah ambil kesempatan atau memikirkan yang bukan-bukan tentang kami. Malu? Huh..jauh sama sekali dalam diri aku. Tiada istilah malu dalam kamus hidup aku sekarang ini. Semua ini kenyataan. Buat apa nak sorok-sorok. Mungkin dengan ini..ramai yang dapat bantu aku..mungkin ada perkara yang selama ini yang aku tak tahu..akan aku ketahui nanti..

Pada yang ingin membantu..terima kasih diucapkan.Moga ada perkara yang baik lagi berlaku pada kami sekeluarga nanti.. Amin.. :)

SEJARAH (HISTORY):

Child was born on 17/4/2008 via emergency LSCS at Hospital Sg. Buloh for prolonged second stage failed vaccum extraction. Birth weight was 2.7 kg. She was delivered with poor Apgar score 2 at 1 minute 7 at 5 minutes and 8 at 10 minutes. Baby was subsequently intubated and admitted to NICU.

PEMERIKSAAN FIZIKAL (PHYSICAL EXAMINATION):

On discharged from NICU :
pink
perfusion good
no jittery, bilateral cephalhaematoma
no high pitch cry
tone -normal
Anaterior fontanelle normotensive

CVS : dual rhythm no murmur
RS : Clear
P/A : soft, liver 2cm

KEPUTUSAN UJIAN MAKMAL DAN RADIOLOGI (SUMMARY OF INVESTIGATIONS):

MRI of brain done on 29/10/2008

-Areas of encephalomalacia involving both posterior parietal circulation and part of the temporal lobes -Normal myelination -Corpus callosum present. Normal posterior fossa -No grey matter heterotopia -Dilated temporal horn and sulci in keeping with volume loss

DIAGNOSIS (DIAGNOSIS) :

1) HIE grade 3
2) Subaponeurotic hemorrhage

RAWATAN (TREATMENT)

She was extubated at 10 hours of life to HB O2 for 4 hours before changed to NCPAP for 10 hours. She developed one episode of seizure requiring phenobarbitone loading and maintenance. She developed another episode of seizure at 42 hours of life requiring phenytoin loading and recurrent fit at day 4 and day 6 life treated with midazolam. The patient also had subaponeurotic hemorrage, thus was transfused with blood products. She also had hyponatremia, hypocalcemia and clinical sepsis which were treated accordingly.

PRESKRIPSI UBAT-UBAT

Nil


KEADAAN PESAKIT KETIKA BERJUMPA KALI TERAKHIR DENGAN DOKTOR

Patient was noted to have microcephaly with global developmental delay on follow up and was referred to audiologist for hearing assesment and ophthalmologist for eye assessment. She is also under Occupational Therapy and Physiotherapist follow up.


p/s : klu nak ikutkan banyak yang aku tahu..cuma perkataan warna merah tu buat aku tak paham. Dan sebenarnya..aku lupa berapa kali Nabila diserang sawan ketika di NICU. Aku tak mahu ingat sebenarnya. Keadaan kucar-kacir ketika itu..buat aku rasa malas nak ingat apa yang telah Nabila alami sebenarnya. Buat Nabila..maafkan ibu. Tak sangka boleh jadi begini. Keadaan ini membuatkan ibu kadang-kadang serik untuk memberikan kamu adik sekali lagi. Ibu sentiasa mendoakan anak ibu ini sihat dan riang walaupun ada kekurangan dalam dirimu. Bagi ibu..kamulah yang terhebat di mata ibu..!


( hampir saja air mata ini mengalir setiap kali menaip baris-baris ayat di dalam entry ini. Bagai filem..berputar kembali peristiwa itu. Semahunya tidak ingin mengingat kembali. Pedih luka hati siapa yang tahu.. )

Jika ingin berbicara panjang..boleh email pada Ina .. antu_suci83@yahoo.com

3 comments:

Asz said...

sabar ye ina ... saya faham perasaaan ina waktu ini ... hanya yg pernah melalui situasi sebegini tau betapa pedih & peritnya hati ini ... apa2pon saya doakan yg terbaik utk ina sekeluarga esp 4 lil nabila .. kisses to our gojes nabila ... mmmmuahh!!! take care ...

ieda said...

salam ina...akak dah baca report tu..
ringkasnya mcm ni;
nabila lemas masa lahir sb ambil masa yg panjang utk keluar..vakum tu ada kemungkinan menyebabkan pendarahan pada lapisan bawah kulit kepala nabila (subaponeurotic haemorrhage)dan bengkak pd kepala nabila tu (cephalhaematoma).
dr segi pembentukan otak & saraf nabila nampak semuanya okay..

akak explain lebih lanjut dgn gambar sekali sb susah nak tulis gitu jer..akak e mel jer kt ina.harap ina faham ayat2 akak tu..

with therapy insyaAllah nabila will get better.

Yasmin Nabilah.. said...

Asz: Betul..kita yang rasa..kita je paham macamana keadaan anak kita.. Kem salam peluk cium gak untuk Ammar yek.. :)

Kak Ieda: owh..thanks yek kak..tu ah..perkataan haemorrhage tu cik abg jumpe..tapi perkataan sebelumnya tu tak jumpe plak maksudnya..Harap2nya ok la kan..Doktor ada gak terangkan istilah tu..tapi dia ckp dlm bahasa yang senang. Tapi kita risau gak tentang bengkak tu..yelah takut melarat jadik benda lain pulak kan..huhu..