Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 March 2010

Salahkah berfikir tentang perkara itu..?

Apa saja yang aku fikirkan..? Tak cukup serabutkah memikirkan banyak perkara dalam hidup ini? Bukanlah serius perkara yang aku katakan dalam entry kali ini. Cuma aku kadang-kala memikirkan perkara yang aku rasa di luar jangkaan aku. Mungkin juga tidak akan menjadi mustahil jika terus berusaha kearah itu.

Huh..apa saja Ibu Nabila ini. Pening orang membaca.

Tadi..aku ke Carrefour Wangsa Maju. Membeli keperluan susu dan lampin Nabila di sana. Dan singgah sebentar di KFC untuk makan tengahari.

Aku bersama Myra..rakan sepejabat aku ketika itu. Berborak sakan. Dari hal pejabat dan terus ke hal peribadi.

Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seorang anak kecil. Duduk di dalam troli. Ketawa girang bersama ibunya. Pantas saja mulut ini berbicara. " Myra, agaknya budak tu mesti sebaya Nabila kan. Kalau la Nabila boleh jalan..mesti dia macam budak tu..."

Mata ni masih lagi melirik ke arah anak kecil itu. Walaupun mereka sudah agak jauh meninggalkan KFC. Dan Myra membalas kataku tadi . " Alah kak Ina..Myra tengok Nabila macam dah nampak ok je. Ada gak la perubahan dia banding dulu."

Aku hanya diam. "Sedih Myra. Aku ingat Nabila sihat. Tak sangka bleh jadi macam ni. Kalau lah boleh balik ke masa dulu kan bagus. "

Dan kali ini Myra pula yang diam. Bukan ini kali pertama aku menyatakan perkara ini kepada Myra atau pada yang lain. Banyak kali! Adakah aku ini masih belum menerima keadaan Nabila?

Tersepit dengan perasaan sendiri. Aduhai. Kadang-kadang aku sendiri tak boleh menghalang apa saja perkara yang terlintas di fikiran ini. Mungkin itu juga bisikan syaitan agar aku tidak percaya dengan kekuasaan-Nya. Entah kenapa..telinga dan hati sering berbisik tentang perkara-perkara ini. Dan pula sering terjadi ketika ada saja anak kecil yang melintas di hadapan aku.

Maaf..Tersangat emo rasanya mengenangkan perkara itu. Lagi-lagi hampir 3 minggu saja lagi Nabila akan berusia 2 tahun. Apa yang telah aku dapat sepanjang tahun lepas untuk Nabila? Susah untuk diungkaikan tentang perkara yang satu ini... :(

6 comments:

ibuayu said...

Tersangat faham perasan ina....Sabar ye..
akak dulu lagi teruk tak boleh gi melawat member yang bersalin takut hati ini tersentuh apabila tengok anak orang lain..
masa tu selalu berkata2 kenapa aku diuji sebegini ..kenapa org lain begitu mudah hidupnya.
lama2 baru berjaya menghadapinya......

Asz said...

ina ... u r not alone dear ... we r in da same boat, i do have da same tots too ... we r only human, dan saya rasa itu x salah ... bkn kita x redha .. i guess its nature, kita kan ibu ... ibu manalah yg xmo tgk anak yg dilahirkan sihat dan normal kan???... namun takdir buat kita sudah tertulis, begini jalan ceritanyer ... moga kita sama2 tabah mengharungi dugaan ini ... Amin!

zikachiCOOL said...

salam. dugaan Allah ada bermacam jenis. dan Dia x pernah menduga hambaNya dengan sesuatu yg tak mampu ditempuh hambaNya.sabar kak. insyaAllah, nabila akan lebih baik. it's not easy but it's not hard. tabahkan hati. nabila kan dah de perkembangan yang baik. insyaAllah kak.

mayyonnizz said...

slm ..kak yong oi..

jgnlag sedih..nt ayu pun sedih.. mmg betul..kdg2 kita igt kita dah kuat.. tp hakikatnyer....belum lagi... kdg2 time mandi nangis sorang2 dlm bilik air... tp nangis banyak mana pun..anak kita tetap anak kita..xkan sama mcm anak org lain.... itulah darah daging kita...
kita sabarlah yer..amin.

Anonymous said...

Salam ina....
the same thing happened to me....setiap kali tgk kanak2 baya yusuf, pasti ayat tu terlintas dlm kepala..." kalaula usop sihat, mesti dia cam budak tuh.." Bukan bermaksud kita takleh nak terima keadaan dia sekarang, tapi kadang2 itu sekadar luahan hati sedih seorang ibu mengenangkan nasib nasib anak...I do understand ur feeling....Semoga Allah tabahkan hati kita......- Haryati yaacob-

A.I said...

:( mmg camtu le perasaan ibu. sama gak mcm aku ni. selalu je terpikir. 'kalau la tinga angah cam budak lain, musti lagi chumel, musti dia tak rasa rendah diri"..huhuhu