Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

27 March 2010

Genetik Test..

Entry ini berlanjutan dari entry aku mendapat jawapan dari Tasputra tempohari.

Sebenarnya ada perkara yang telah di suggestkan oleh chairman pusat itu untuk kami berdua. Dia pada mulanya bertanyakan tentang punca Nabila mendapat CP . Dan aku menjelaskan segalanya..

Dan satu soalan dia..

Mengapa aku tidak membawa kes aku ke mahkamah? Tidak menyaman saja doktor yang menyambut Nabila..

Seperti aku katakan dulu..Tidak mahu berfikir lagi tentang perkara itu. Bukan mudah untuk berjuang di mahkamah. Segalanya duit... Maaf..bukan aku tak mahu perjuangkan hak Nabila..Tapi ada perkara yang lebih memerlukan dari kami terus menerus menyalahkan pihak hospital. Aku tahu doktor itu turut kesal..Benda sudah jadi..apa lagi yang perlu di lakukan? Kembali ke masa lampau? Mahu saja aku..tapi aku pula seperti tidak mahu menerima ketentuan Ilahi.. Sudahlah...!

Dan satu lagi perkara yang kami bicarakan tentang perjumpaan tempohari. Chairman itu menyuruh kami melakukan genetik test. Katanya penting untuk kami mengetahui adakah punca kepala Nabila mengecil di sebabkan oleh genetik kami. Hurm..aku rasa agak pelik sebab selama ini aku hanya berpegang pada konsep 'Nabila tak cukup oksigen dan tumbesaran kepala tidak mengikut saiz yang sepatutnya' . Tak tahu pula kepala kecil ini yang sering aku panggil Microcephaly ini di anggap antara penyebab yang berkaitan dengan genetik.

Nak menyangkal kata-kata chairman itu..rasanya tak patut..sebab mungkin juga ada benarnya kata-kata beliau. Adalah lebih baik aku buat kerna untuk persiapan untuk bakal anak yang seterusnya. Mungkin juga dengan cara ini kami boleh tahu perkara-perkara lain yang tak terjangka dek akal fikiran ini...

Jika ada sesiapa yang pernah buat..boleh tak share maklumat. Sememangnya mahu tahu apakah prosedurnya, dimana, kos dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang tak tahu tentang test ini boleh kongsi dan tambah pengetahuan juga.. :)

4 comments:

Jiey^Mien said...

Genetik test tak susah Ina.. Doktor cuma ambik sample blood kita n sample blood anak..
Pastu dia antar la gi lab..
Pastu nnt bila kuar result, dia bgtau la kita.. Macam Ian, summary result yang Jiey ingat is "Baby carries the same chromosome as the father.. As such, it is not significant"
Doktor explained la, since genetically, Ian sama ngan ayah dia, so apa yang jadi kat Ian bukan genetik.. Coz ayah dia normal jer.. Takde apa2 problem kan..
Jiey buat test kat Fetal Medicine and Gyneacology Centre kat Taman Tun.. Sample tu, dia antar gi Lab kat Singapore..
Total cost, kalau tak silap RM2.6K kot..
Personally, Jiey tak rs kes Nabila ni genetik. Kalau dalam family kita ada history, maybe la kot.. Kalau ada, sure Ina dah tau awal kot.. Try discuss dengan Gyne Ina dulu tanya camner.. Kalau unnecessary, baik takyah.. Sbb it's costly..
Tp kalau sbg persediaan ok jugak..

P/s - Masa kami buat dulu berdebar gak before dpt result.. Ms tu kan tgh pregnant kan Ian.. Siap ckp lagi, kalau takde rezeki nak bela anak kita n kita takde peluang nak dpt anakyg sihat lagi, kita amik anak angkat la bang.. Muka masing2 time tu selebet jer.. Tp tuhan tu kan adil..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

macam tu ke? tak tahu pulak akak....

zura_habibhaariz said...

salam ina...hmm kebetulan last week masa sy gi HKL ada satu parent tu anak dia 2 org bermasalah n dirujuk ke neuro..doc nak wat genetik test sbb nk kaji punca nape dua beradik leh jadi mcm tu sedangkan parent normal...saya rasakan..genetik test nie kalu doc nak wat dh lama dieorg bgtau ina sbb setau sy dlm family ina xde pun yg mcm nabila kan? tp xsalah kalu ina bertanya pada mereka tp sy agak yakin dieorg x buat...tp kalu ina rasa leh buat kt tmpt mcm kak jiey buat tu tryla gi tny...

Anonymous said...

salam,if buat kat gomen usually blood sample dihantar ke LPPKN je, result dia karang just show 46XX or 46XY, genetic testing tu too broad, if betul2 needed pakar akan arrange ngan colleague nye cthnye pakar bhagn neuro ke, metabolic ke utk buat chromosomal analysis n ,,n sample tu kena dihantar to either singapore or australia..kirenye just for special betul2 needed sbb bnyk arrangement nk kenee buat..nabila ni tk perlu buat,if perlu doktor paed yg check dia mesti dh lama suggest kn ?bukan masalah genetik aje yg boleh sebabkan microcephaly... dulu sy penah kije kat wad kanak-kanak,department tu punye SOP lebih kurang ngan gini le, na tk yah risau masalah genetik la ye..