Entry lepas, aku ada menceritakan tentang Tasputra. Tentang sekolah Nabila. Dan semalam aku sudahpun mendapatkan jawapannya. Aku cuba menelefon Tasputra kelmarin untuk mendapatkan tarikh temujanji bersama chairman.. Dan semalam kami bertemu.
Rasa gundah..usah cerita. Sejak hari Rabu..selepas sahaja tarikh ditetapkan untuk berjumpa..aku tak senang duduk. Memikirkan pelbagai perkara dan kemungkinan yang berlaku. Mengenangkan kata-kata perangsang dari rakan-rakan blog dan juga facebook..rasa ada semangat sedikit. Cuma ayat ni asyik berlegar-legar di otak ini.. " Adakah mereka akan menerima Nabila nanti?"
Dan jawapannya sudah aku dapatkan semalam. Segala prasangka buruk..aku tolak jauh-jauh. Alhamdulillah..Tindakan mereka sedikit sebanyak melegakan aku. Hasil assessment yang hilang hari itu telah ditemui semula. Terima kasih pada Kak Ina..kerana telah banyak membantu aku memberikan sedikit 'push' pada kakitangan di situ.. :) Terima kasih kak..
Cuma hati ini..Bolehkah aku menghantar Nabila ke situ? Jangan jadi seperti kisah lepas. Ketika Nabila di taska. Aku tak mahu kisah itu berulang..
Alhamdulillah..permohonan kami diterima. Nabila akan mula bersekolah pada 15 April nanti. Sewaktu chairman meninggalkan kami seketika di pejabatnya..Aku bertanya kepada Abg sekali lagi.
Bagaimana?
Adakah dia bersetuju?
Dan abg hanya mengangguk kecil. Tak mengapa jika mahu mencuba terlebih dahulu. Jika serasai akan kami teruskan. Jika tidak..Mungkin kami akan mencari alternatif lain untuk Nabila.
Moga segalanya dipermudahkan buat kami. Bulan depan rasanya banyak pakai duit. Dan mula terfikir-fikir untuk mencari duit lebih. Mungkin juga percutian kami bersama mummy & daddy superkids akan menjadi percutian bajet. Banyak perkara berlaku baru-baru ini dan banyak duit telah dibelanjakan..huhu.
p/s : Nak tanya..ada sesiapa tahu macamana nak buat genetik test? Ada cerita disebalik test itu..dan mahu pendapat kawan-kawan.. Apa kisahnya nanti saja diceritakan.. Cuma mahukan feedback dari semua..terima kasih.. :)
4 comments:
Dah sekolah dah nabila..Ina kena kuat tau..
Maksud ina, test genatik utk apa 2?? sbb masa ina mngandung Aqil dlu, doktor sarankan utk amik sample darah tali pusat aqil waktu dia 11mggu untuk tau dia ada sakit mcm ibu dia atau x.. sbb pnyakit thalasemia ni kn genatik.. x silap ina, nama test tu CVS Ceronical Velus Sampling.. Kalo x silap lah..
Alimin n Jiey penah buat genetik test tu..
amik darah..
pastu dr ckp la normal ke tak..
nape ina?
Ibu ayu : hehe..tu ah..risau nih..takut jadik cam kes kat taska dulu..huhu..
Salina : yeke..ina pun tak tau nama dia apa..ada benda nanti ina cerita kat next entry..
Jiey : yeke..leh la jiey bagitau caranya dan prosedur dia..Ina ada tulis kenapa dia dibuat pada next entry..tunggu yek..
Post a Comment