Semalam kami ke Gedangsa lagi..Dan seperti biasa..datang pagi..turn pasti petang. Malah yang akhir sekali pulak tu. Hurm..tak kisah lah..dah biasa dah pun..
Dan rawatan Kak Raw semalam agak memenatkan Nabila. Menangis sepanjang jalan..sehingga aku sendiri surrender dengan Nabila. Berhenti di tepi jalan dan bertukar driver. Menyuruh abg duduk di belakang dan memujuk Nabila..dan aku pula bawa kereta. Huhu..
Di rumah pun sama. Menangis tak henti-henti walaupun sudah diletakkan di dalam buaian. Sakit barangkali. Sudahnya..penat bila kami tak melayan kerenah dia..terus dia tertidur. Kasihan..
Mak, Ayah dan adik-adik datang ke rumah semalam. Sempena kerja-kerja pembersihan rumah baru dibeli oleh keluarga. Sangat berdekatan dengan rumah kami. Jalan kaki pun boleh. Ini semua atas kehendak mak..yang dah tak larat lagi mendaki tingkat 4 lagi. Kasihan mak..Teringin benar mahu rumah bawah. Sudahnya adik aku menjadi sasaran. Takpe..untuk kebaikan adik aku juga. Sekurang-kurangnya di usia muda sudah mempunyai rumah sendiri..
Dan malam semalam..Kami ke rumah UmmiSarra & AbiFarid... Hurm..pada mulanya kami tak dapat memenuhi jemputan itu. Dek kerna abg telahpun 'tergoda' dengan pujuk rayu Incik Farid..Akhirnya kaki ini melangkah juga ke rumah Ita & Farid. Rupa-rupanya sibuk suami isteri ni memasak. Dapat pulak menyantap ayam dan daging yang dipanggang..bersama mashed potato dan coslow.. hurm..sedap.. :)
Selesai makan..terus pula ke Uptown di MARDI.. Hurm..nampak meriah di sini. Cuma masa sampai tu..ramai dah kemas barang.. Nak tutup..hehe..
Dan kemudian lepak sebentar di Kedai Teh O Beng.. hurm..Inci Zul mahu pekena air panas sket.. Nak jalan jauh..Tapi tak lut la air tu. Sudahnya tukar gak driver.. Aku gak yang bawak. Tapi terhuyung hayang la. Mengantuk giler...
Dan tadi..bercadang ke Sg. Pusu. Sudah lama benar mahu ke Syifa' Al-Hidayah. Nasib baik la Zali tolong telefonkan untuk mengambil no. giliran. Dan kami beramai-ramai..Ita,Farid, Zali, Ida, Ayu dan Syarul bersama-sama dengan niat yang satu...demi anak-anak kami untuk menambahkan lagi tempat-tempat berubat kami..hehe. Yelah..Ikhtiarkan..Manalah tahu..ok pulak ke. Untuk Fizikal sudah bersama Kak Raw.Ini untuk membentuk dalaman pula.. Tak salah bukan.. :)
Terima kasih kawan-kawan..Tanpa kalian mungkin juga Nabila tak dapat melakukan rawatan-rawatan ini.. Tak rugi bersahabat dengan yang senasib dengan kita. Ikatan ini sudah seperti menjadi adik beradik. :)
p/s : Zura..ina mintak maaf tau..lupa sangat2..Ibu Nabila nenong-nenong sket petang tuh..huhu..sori yek.. :(
2 comments:
ina,
rawatan apa kat Syifa` al-Hidayah tu?boleh gak akk try utk sofie lepas sofie operation nnti. eh budak mcm sofie boleh ke?
nampaknya, sofie terpaksa bercuti dari pergi jumpa kak raw. insya Allah lepas dah pulih sepenuhnya nanti baru sambung balik dgn kak raw.
Kak Fiza; Owh..tu yang cerita kat astro oasis tu. Aritu ada gak yang suruh ina gi sana..ni kira dah rezeki nabila..kami gi lah tu..Cuba mana yang patut kan.. :)
Try la kak..Tapi tu ah..kena sabar sket.. rawatan dia lambat sket..Nabila punya turn bulan 7 nanti..
Post a Comment